Kalaulah jam dapat diputar kebelakang kembali, ingin sekali aku hendak ke zaman remaja. Ia zaman dimana semua orang melaluinya. Bagi aku zaman yang aku tempuhi mungkin berbeza dengan zaman orang lain. Aku semasa remaja dan kawan-kawan suka sangat mengejar sejenis hantu yang kami panggil tengelong atau penanggal. Sebenarnya ia bukan hantu tetapi orang yang belajar ilmu hitam dimana siangnya menjadi orang malamnya menjadi penanggal. Itu kata orang tua-tua la. Makanannya ialah uri wanita lepas bersalin, tahi ayam dan macam-macam ada. Setahu aku makanannya hanya dua ini sebab aku sendiri terjerempat sendiri sewaktu ia melahap tahi ayam seperti menghirup sup yang panas. Badannya hanay separuh dan ia bercahaya. Tentu kalian semua boleh bayang.
Suatu malam kami semua berpakat selepas selesai mengaji quran kami akan mengejar penanggal. Aku sebagai ketua menyuruh mereka menyediakan pelepah kelapa sawit sebab ia berduri dan penanggal amat taku sekali dengan ia. Selepas selasai mengaji projek berjalan. Kami melalui sawah ke hutan pokok getah. Terlihat cahaya penanggal dari jauh. Hati begitu seronok sebab malam ini akan raya sakan kami mengibas penanggal dengan pelepah sawit. Bila ia hampir apa lagi kami semua terus serbu. Terkejut penanggal ini terus terbang tinggi dan berbunyi whit... Kami terus mengejarnya. Tiba-tiba penanggal buat u turn dan menyerang kami pula. apalagi bertempiaran lari kami sebab takut terkena air bisanya. Ada yang terjun dam sawah. Ada yang terjun dalam kawah kerbau dan macam-macam aksi.
Aku seperti biasalah tempat aku ialah telaga buruk yang airnya tidak dalam. Hanya selam saja. Selesai serangan kami semua berkumpul. Kami semua dikejutkan dengan jeritan seorang kawan yang terloncat-loncat. Kena kacau ka budak ni. Kata saya. Ia hanya menonggek menunjuk arah punggungnya. Kami semua melihat, mak datuk besarnya lintah kerbau. Ada 3 ekor. Setelah kami mencabutnya lalu di tunjukkan kepada apalagi meraung sakan. Kelam kabut kami.
Kesokkan harinya riuh dari tuan punya sawah mengamuk padinya banyak rosak. Katanya kerbau sapalah yang putus. Kami hanya diam membisu saja. Misai pak cik tu macam Panglima Hitam. Sapa berani mengaku.
Sekian Ariman
2 comments:
hahaha...nk tglak....
sekarang nie bnyk spesies 'penanggal' lepak kat KFC kat Bukit Jambul,mcm2 jenis,kaki bell bottom,rambut mcm lansuir..haha,pak njang p lar kejar ngan pelepah kelapasawit,ajak sepupu2 lain p hahah
Post a Comment