Waktu aku dalam tingkatan 2, aku merupakan seorang remaja yang nakal dan aktif. Aku dan rakan-rakan suka modified basikal. Pagi lagi kami dah tukar segala macam jenis kelengkapan basikal yang membolehkan basikal bergerak dengan laju. Nanti selepas Maghrib akan kami konvoi beramai-ramai ke pasar malam yang terletak 5 kilometer dari rumah. Ada yang menukar spoket dan lain-lain lagi. Aku yang tidak ada duit hanya menarik rantai basikal agar cekang supaya ia berlari dengan laju.
Lepas solat Maghrib seperti yang dijanjikan kami dalam 10 orang bergerak menuju ke pasar malam. Juadah yang kami beli diratah disitu juga. Jam menunjukkan pkul 9.30 malam. Peniaga sibuk menyusun kembali. Makna nak tutup la. Kami beredar dari situ. Aku berkata mari kita race sapa sampai dulu. 1 2 3 maka kami semua mengayuh dengan lajunya. Aku bersungguh-sungguh mengayuh. Mana boleh ketua kalah.
Kami melintasi jirat cina. Kawan-kawan yang lain berada di depan. Aku termengah-mengah. Dah kenyang pula tu. Tiba - tiba terasa rantai basikal ku tersangkut dan pranggggg!!!! putus. Aku melambung jatuh. Kawan-kawan nun jauh meninggalkan aku. Aku mencari kembali rantai yang putus. Baru aku terasa bahawa aku terjatuh dibawah pokok yang besar. Aku terus mendongak keatas. Mak datuk lembaga putih sedang mengibar kainnya dan memandang kearahku. Yang buat aku tak tahan ialah hilaiannya begitu menggerunkan.
Apalagi silat yang aku belajar iaitu kalau musuh datang tak dapat lawan terus cabut. Aku cabut lari macam ular kena pukul. Langsuir terbang mengikuti aku sambil mengilai. Keadaan begitu gelap sekali. Peluh sejuk membasahi badan. Sampai dirumah kawan-kawan lain dah tidur dan tidak tahu apa yang berlaku kepada aku. Seminggu aku demam akibat terkejut. Emak & ayah tidak tahu apa yang berlaku. Kata ayah tu demam biasa saja. Kalau ayah tau tentu aku kena spring charge. Kalau boleh masa di pusing balik, teringin nak ligan hantu lagi. Kini hantu pula yang suka mengusik aku.
Sekian
Ariman
2 comments:
ooo nie kira cam geng amar lar,kaki modified basikal,siap jadi ketua geng lagi,hahaha,ganas pak jang time dulu2
hantu2 la nie dok balas dendam tu
ades...lawak2...sti p pasar malam byn lepas nih...muahahahhahaha...
Post a Comment