Teman-teman

Friday, June 06, 2008

SIKSANYA MATI SEORANG KAKI BOTOL

Ketika mendengar kuliah Maghrib, ustaz berkata, Tuan-tuan dan puan-puan, jangan kita percaya kalau kita lihat seseorang itu mati ketika senyum, merupakan seorang yang beriman. Katanya pertama ketika dia menang tiket lotri dan tersenyum dan ketika itulah malaikat maut mencabut nyawanya. Kedua ketika dia sedang bersanding dengan senyuman dan ketika itulah juga malaikat maut mencabut nyawanya. Orang akan berkata masyaallah dia mati dalam iman sebab senyumannya.

Kenanganku mengimbau ketika aku di bangku sekolah rendah lagi. Jiranku merupakan seorang kaki botol. Balik kerja sure anak bini kena hentak kalau silap. Matanya merah ketika ia minum. Memang tabiatnya tak dapat dibuang. Puas siisteri nasihat tapi tak dengar cakap. Kalau dia minta aku buat sesuatu, matanya pasti terbeliak. Pula tu tugasnya ialah seorang pendidik.

Satu hari dia pengsan sebab alkohol dah terlalu banyak. Dia di bawa ke hospital. Kemudian dapat berita dia meninggal. Persiapan di buat dirumah. Sebentar saja ambulan sampai dan membawa masuk mayat kedalam. Aku ni suka sangat ingin melihat mayat. Aku ikut mereka yang membawa mayat dan diletakkan diatas katil. Bila kain dibuka terkejut aku sebab mukanya bewarna hitam pekat. Baunya pula amatlah busuk. Buih keluar dari mulutnya.

Bila pak cik yang bagi mandi mayat melihat aku, dia terus suruh aku beredar sebab katanya budak-budak tak boleh tengok. Selepas aku besar dan juga mendengar kuliah agama barulah aku fahami bahawa ninum arak itu merupakan satu dosa besar. Kata ustaz kerana araklah seseoarang itu boleh berzina, membunuh dan lain-lain lagi. Semoga umat islam sedar betapa bahayanya arak, dadah dan juga dedah. Wallahualam......

Sekian
ARIMAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...