Teman-teman

Wednesday, April 01, 2009

Wanita Tidak Lemah

Aku amat risau tentang perkembangan anak gadisku. Ketika dia mengambil peperiksaan, ibunya sedang tenat. Aku tak berani nak kacau dia. Akhirnya terpaksa juga aku beritahu tentang keadaan ibunya yang sebenar setelah Dr sendiri mengatakan yang isteriku mungkin tidak dapat diselamatkan. Dia sempat juga mengambil peperiksaan yang terakhir dan bergegas pulang. Tapi ibunya sudah tidak sedarkan diri lagi. Hanya linangan airmata sahaja memohon kemaafan dari ibunya yang koma.

Sebagai ayah aku berkata kita pasrah kepada Allah andaikata result yang diterima tidak memuaskan. Bersiap sedia menghadapi kenyataan. Semalam aku menghantarnya pulang ke Kolej di Sungai Petani dan pagi ini dia menalipon aku mengatakan yang dia telah lulus kesemua mata pelajaran yang diambil walaupun tidak mendapat pointer yang baik. Aku bersyukur kepada Allah kerana setiap kali selepas solat aku mendoakan agar kedua-dua anakku berjaya didunia dan diakhirat.

Tidak dinafikan yang anak gadisku persis ibunya. Tenang dalam menerima keadaan. Isteri aku walaupun sakit masih lagi boleh tersenyum. Aku yang jantan ni kalau sakit sikit riuh satu rumah. Yang tu masa ada isteri. Sekarang sakit duduk diam-diamla jawabnya. Aku masih ingat lagi semasa arwah adikku lemas didalam perigi. Aku ketika itu sedang mengambil peperiksaan LCE. Terus gagal. Kira anak aku ok lagi dari aku.

Mungkin kita melihat wanita itu lemah. Ya mungkin mereka lemah dari sudut kekuatan. Tetapi emosi, pemikiran mereka dapat mengalahkan lelaki. Aku pernah jadi bendahari. Memang memeningkan kepala. Tetapi isteri aku relax boleh selesaikan masalah walaupun tarafnya sebagai surirumah. Yang seronoknya orang puji aku.

Ni seorang lagi anak lelaki aku. Relax juga ikut ibunya. Baru-baru dia berkata pada aku dengan selamba saja, " Ayah, adik kena saman dengan JPJ sebab tak letak pelekat P. Boleh bagi RM150 nak pergi bayar saman ". Nasib baik la ibunya dah tak ada. Kalau tidak memang aku dah jentik telinga. Mau tak mau hilang juga duit RM150. Aku yang dengar berita ini macam nak tercabut kepala.

Siapa pun tak mengikut aku yang suka gabra bila menerima sesuatu berita. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan lalu.

2 comments:

MaMa MoDeN said...

memang wanita tidak lemah, ttapi wanita juga insan biasa yg punya hati&perasaan. Kdg2 wanita lemah sbnarnya tpi krna insan2 tsayang kelmahan itu ditutupi dengan kkuatan. wanita dicipta utk disyangi, wanita bukan hak milik tapi satu ANUGERAH....

Anonymous said...

salam..hmm.oh teringat ayah saya merahsiakan adik bongsu yang sudah seminggu di hospital.ketika itu saya ada exam di matrikulasi..kalau ayah saya beritahu masa tu agaknya tak tahulah saya bagaimana masa tu..ayah saya selalu merahsiakan sesuatu tu ada la hikmahnya..untuk kebaikan saya juga..sebab saya sangat mudah jatuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...