Hari ini genap 5 bulan isteriku meninggalkan kami semua. Selalunya apa-apa perkara yang terjadi terhadapku dia yang akan menyejukkan hatiku. Kalau ada benda yang aku lihat dia yang dulu aku beritahu. Aku dah bagitau dekat dia," Siti kalau apa-apa terjadi dekat abang, Siti baca ayat ini dan hembus di telinga kanan ". Itu dulu
Baru-baru ini anak saudara kepada isteriku menalipon suruh datang kerumah baru mereka. kata mereka pakcik tengok-tengoklah apa yang patut. Aku faham akan maksud mereka sebab mereka pun tahu tentang peristiwa yang aku alami. Siapa yang tahu kisah aku tak sedar diri boleh cari di entri yang lepas. lepas solat zohor aku pun pergi la. Flat tu mempunyai 2 blok. Blok A dan B. Aku melalui blok A. Terlihat seorang lelaki cina sedang bersembang dengan pasangan suami isteri keturunan india.
Yang aku terkejut ialah mereka tidak nampak didepan lelaki cina itu seorang wanita berambut panjang sedang memerhatikan lelaki cina itu. Pakaiannya putih. Lembaga itu sedar aku nampaknya terus dipandangnya aku. Terkejut aku dan aku pura-pura buat tak tahu saja. Kalau tidak nescaya dia akan mengikut aku. Aku terus menuju kerumah anak saudaraku. Katanya semalaman anaknya asyik menangis. Aku terus mengambil semangkuk air lalu aku baca Al-Mathurat yang merupakan himpunan wirid Rasulullah. Boleh didapati di pasar malam.
Alhamdulillah tak menangis lagi anaknya. Ketika aku pulang dan melalui blok itu, lembaga itu masih tersandar dan memerhati akan aku. Aku buat tak nampak saja. Malamnya kami semua berkumpul dirumah mertuaku untuk meraikan hari ibu. Malam itu kami buat barbeque ayam. Memang setiap tahun kami pasti berkumpul meraikan hari ibu. Tak semena-mena aku terpandang arah pokok buah setoi yang besar. Satu lembaga yang digelar pocong sedang berdiri berhampiran tempat kami buat barbeque. Aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa agar lembaga itu tidak datang menghampiri aku. Aku beritahu anak saudara bahawa dekat tempat barbeque ada lembaga sedang memerhatikan kami bakar ayam.
Apalagi pucat muka mereka bila aku beritahu tapi masih boleh bertahan sebab aku kata tak apa. Aku pun dapat merasai kalau aku berpeluh sakan malam itu pasti ada saja yang akan aku nampak. Selepas aku terkena ditempat kerja pada tahun 1999 entah kenapa kadang-kadang aku dapat melihat benda pelik. Mungkin pada zaman remaja aku suka sangat mengejar hantu dan bila dewasa inilah yang aku dapat. Terketar-ketar bila pertama kali melihat. Bila dah kerap sangat dah jadi biasa. Aku pernah berkata, " hangpa nak tunjuk diri hangpa tunjukla. Jangan kacau aku sudah. Aku nak cari makan ".
Kadang-kadang tengah solat pun benda tu boleh ketawa lagi. Memang menyeramkan ketika itu tapi demi mencari rezeki untuk menyara keluarga aku beranikan diri ini. Aku tahu kalau terjadi sesuatu terhadap diriku, isteriku tahu caranya untuk memulihkan keadaan. Kini bila dia dah tiada haruskah aku cerita perkara ini kepada orang baru pula. Mungkin agak susah untuk orang lain mengerti. Bagi mereka yang sudah melalui akan perkara ini ia sudah menjadi mangli bagi mereka. Maaf cerita ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca semua. Just perjalanan hidup seorang insan lemah. Kalau aku hebat sudah tentu isteri aku tak meninggal. Cepat sungguh masa berlalu.
4 comments:
salam
Waalaikumussalam PB
bestla entri ni...sy x pernah tgk hantu secara life..tapi rasa kehadirannya adala masa tinggal kat hostel dulu tapi cuma dengar dia dtg hembuskan nafas dia kat telinga jer tapi saya x berani buka mata masa tu sbb takut sgt jam pun pukul 2 pagi mmg menyeramkan..
nk tgk hantu bukak la tv3 jam 9.30 mlm.hehe.tp pastu kul 10 bukak halaqah lak.
Post a Comment