Teman-teman

Friday, May 29, 2009

Stabil Tetapi Masih Kritikal

Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan semua, ibu mertuaku stabil walaupun Dr mengatakan masih dalam tahap kritikal. Dulu semasa arwah isteriku ada dia dan adiknya silih berganti menemani emak mereka di hospital. Kini tanggungjawab tersebut dipikul oleh anakku pula. Nasib baikla dia cuti semesta. Aku rasa kasihan juga kepada anak-anakku. Diusia begini mereka terpaksa menghadapi dugaan berat ini.

Dulu semuanya emak yang melakukan. Kini mereka terpaksa berjuang untuk membiasakan diri mereka tanpa emak tersayang. Semoga kedua-dua anakku akan menjadi lebih matang dan bertanggung jawab. Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang telah mendoakan agar ibu mertuaku memperolehi kesihatan yang baik.

Baru-baru ini sewaktu aku pulang dari menziarahi ibu mertuaku, pekerja hospital sedang mengangkat peti jenazah. jenazahnya seorang wanita islam. Yang mengagumkan aku dan juga pekerja hospital ialah bau wangi yang mengiringi peti jenazah amat kuat. Memang baunya bukan dari jenis minyak wangi yang terdapat di dunia. Yang aku tahu ia bauan kasturi. Tapi aku sendiri tidak dapat gembarkan macam mana bau kasturi. Aku amat kagum dengan wanita ini. Apakah bentuk amalnya sehinggakan didunia lagi Allah sudah muliakannya.

Teringat cerita sepupu aku sewaktu mengiringi jenazah Allahyarham Ust Fadzil Noor. Jenazahnya amat wangi sehinggakan bilik yang menempatkan arwah Ustaz Fadzil Noor masih terbau wanginya selama beberapa hari. Itu telah diceritakan oleh sepupu aku sewaktu dia bertugas di hospital suatu masa dahulu. Beruntung lah mereka yang Allah telah muliakan lagi di dunia. Kita belum tentu lagi.

1 comment:

Guru said...

seperti yg tertulis:'Teringat cerita sepupu aku sewaktu mengiringi jenazah Allahyarham Ust Fadzil Noor. Jenazahnya amat wangi sehinggakan bilik yang menempatkan arwah Ustaz Fadzil Noor masih terbau wanginya selama beberapa hari'-

its one of my wish list

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...