30 Ogos 2009 merupakan hari kami sekeluarga berbuka puasa bersama emak. Program ini kami lakukan setiap tahun. Selalunya arwah Siti Aishah dipertanggung jawabkan untuk memasak nasi tomato. Nasi yang tak pernah kami miss. Bila Siti Aishah meninggal kami semua agak pening kepala siapa pula yang boleh memasak nasi. Akhirnya keputusan telah dibuat. Seluruh keluarga meminta agar isteriku kini Rosnah dapat memasak nasi. Akhirnya dia bersetuju untuk memasak. Menu nasi tomato, ayam masak merah dan daging masak kicap. Aku membantu apa yang terdaya. Ternyata dia amat cekap. maklumlah pengalaman berniaga dipasar malam.
Rumah emak dipenuhi anak cucu. Riuh rendah gelak ketawa. Itu baru setengah. Bila azan berkemundang keadaan riuh menjadi sunyi sepi. Masing-masing begitu tekun menjamu selera. kami hanya makan ringan saja. Selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah maka hidangan yang ditunggu semua pun bermula. Masing-masing begitu selera. Aku masih terbayang Siti Aishah begitu sibuk didapur. Kini kenangan itu sahaja yang dapat aku ingatkan. Begitu cepat masa berlalu. Tahun lepas dia yang masak nasi tomato, tahun ini dia sudah tiada. Kini telah diganti dengan orang baru.
Isteri aku masih malu-malu walaupun dapat menyesuaikan diri sedikit demi sedikit. Aku amat terasa malam itu sebab bertahun-tahun kami makan bergelak ketawa kini dia sudah tiada. Aku tak mahu menunjukkan sangat kesedihanku sebab akan dimarahi keluarga. Memanglah yang pergi tetap pergi namun nostalgianya bukan senang untuk aku padamkan. Selalu kami akan pulang setelah selesai menunaikan solat tarawih. Namun kini aku tidak sanggup menanggung ingatan ini lalu aku mengajak isteriku pulang setelah selesai menjamu selera.
Malamnya aku sembahyang sambil airmata mengalir dipipiku. Aku bermohon kepada Allah agar diberikan ketabahan kepada kami anak beranak untuk meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang. Aku juga berdoa agar perkahwinan aku dengan Rosnah akan memberi aku harapan baru. Semoga aku akan terus mencintai Rosnah seperti aku mencintai Siti Aishah. Syawal semakin hampir tetapi aku tak tahu samada hendak menangis atau ketawa. Orang lain begitu sibuk dengan baju raya tetapi hanya cukup dengan baju lama. Kadang-kadang isteriku Rosnah berkata, " Abang belilah baju baru untuk hari raya ini ". Aku harus juga menjaga hatinya yang membuat aku merasa tenang kali ini.
7 comments:
salam.. ketawa dulu menangis nanti pagi raya hehe
Bila lak solat terawih? Bukan dan solat Maghrib ja ka? hehe
rindu itu tidak akan hilang
rasa rindu kat arwah makjang.....makaceh no pakjang n makjang rosnah....nasi tomato sedap hingga menjilat kuku....MANTAPPP!!!!!!....tak sempat nk mkn sahur..lauk smua abeh....
maiyah..hari yang tak sanggup berhadapan
bearcat..he he typo error. Lepas solat maghribla. Masih terkejut G suap kek dkt mie
pB..Rindu pasti tidak akan padam cuma boleh di control
scr..kalau teringin lagi p la pasar malam bayar RM3 dapat la sebungkus. He he. Adik beradik pkjang bubuh lebih sikit. Kalau yang mengandung kita kurangkan takut muntah. Rugi pula
Salam Sdr..
Jgn sampai rindu itu 'membunuh' putik kasih baru yang mula bercambah...
kakcikseroja..Saya mengerti nasihat ini. Saya tak akan sia-siakan isteri baru saya. Semoga kerinduan ini dapat dipelihara dengan baik
Post a Comment