Teman-teman

Thursday, April 22, 2010

Dia Buat Lagi

Aku tersandar diatas kerusi akibat keletihan baru pulang dari kerja. Ketika azan Asar berkumandang, aku melihat seorang wanita cina tua sedang lalu dihadapan rumahku. Aku kenal akan wanita ini. Dialah yang kerap mengambil serai untuk dijual. Kali ini aku melihat dia membawa beg plastik besar dan guni. Aku memanggil isteriku untuk melihat akan perbuatan wanita tua ini. Dihamparnya guni dan bermula operasi mengambil serai. Aku melihat diikatnya serai menjadi 3 rangkai dan dimasukkan kedalam beg plastik. Seronok sungguh seperti serai ini tumbuh sendiri. Aku berjalan perlahan-lahan mendekati wanita ini lalu aku mengambil gambar. Terkejut dia bila aku minta duit sebanyak RM3. Lantas dia mengambil kesemuaserai lalu melarikan diri. Sengaja aku memangginya dan meminta duit. Terus dia cabut lari dan ada yang tertinggal ditempat asal. Keesokkan harinya isteriku melihat dia menjual serai yang diambil dari rumahku. Seronok wanita itu mendapat duit free. Kata isteriku dia pernah membeli serai disini dan isteriku hairan sebab serai yang dibelinya ketot-ketot macam serai dirumah. Aku tertawa bila isteriku menceritakan peristiwa itu. Hai itulah dunia. Nak marah dah tua. Redho saja lah. Nanti tanam lain.

4 comments:

a kl citizen said...

datang lagi orang tua tu ya... bukan dulu anak dia kata emaknya tu tak berapa betul?

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

a kl citizen..Benar cikgu. Tapi melihat ini pula boleh percaya ka emak dia tak betul bila isteri pula terserempak di pasar. Kata orang tua-tua " Tak betul kena dekat dia ".

bearcat said...

tu la, g dah kata, dia ni bukan tak betui, saja buat-buat tak betui hahaha.

Ariff Budiman said...

G agaknya macam tu la kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...