Begitu asyik dengan sukaneka
Seronok dapat berjumpa rakan-rakan lama dan baru. Berbual-bual sebelum menanti makan tengahari. Makan dengan menggunakan talam merapatkan ukhwah sesama kami. Gulai nangka menambahkan lagi selera kami untuk makan sambil berbual. Sambal belacan dengan keadaan cuaca yang panas menyebabkan peluh begitu banyak jatuh kebawah. Nasib baik tak masuk dalam talam. Ada yang mengambil kesempatan makan bersama keluarga masing-masing sambil menjaga anak-anak mandi laut.
Menyambung straw perlukan muafakat
Sudut tazkirah merupakan agenda penting. Saudara baru Syafiq Raffiqin Liow menceritakan tentang pengalamanya memeluk agama islam. Katanya dengan gajinya sebanyak RM3000 sebulan menjadikan dirinya sombong kerana dapat memberi duit kepada ibunya. Beliau yang belum berkahwin menceritakan kegiatan socialnya sebelum ini begitu teruk. Dia merupakan anak yang tidak menghormati ibubapa. Jarang berkomunikasi dengan ibubapa. Cakap dengan mereka begitu kasar. Kali terakhir beliau makan semeja dengan ayahnya ialah ketika berada disekolah rendah lagi.
Acara sukaneka
Selepas diberi hidayah oleh Allah, beliau dinasihati agar mengasihi ibubapa sebab islam mengajar semua itu. Beliau diarah untuk pulang dan mencium tangan ibubapa. Ketika beliau mencium tangan mereka terasa begitu nikmat dan lazat yang tak dapat digambarkan. Terasa sayu bila mengenangkan yang sebelum ini dia begitu biadap dengan ibubapa. Syukur kepada Allah kerena memberi islam kepadanya. Suatu perkara yang tidak dapat beliau lupa ialah ketika mencium tangan ayahnya dan makan semeja bersama ayahnya. Kini dia telah dapat kembali suasana yang selama ini dia tinggalkan.
Relax dan tenang menikmati keindahan pantai
Beliau akan belajar dalam Diploma Islam. katanya bila keluar dia akan meneruskan usaha dakwah iaitu bidang barunya. Beliau ingin sekali berkhidmat kepada islam sebab kerana islamlah beliau kini menjadi begitu tenang dan sayang kepada kedua ibubapa. Sambil berbual dengan aku beliau menangis meminta aku berdoa agar kedua-dua orang tuanya diberi hidayah agar menerima islam. Aku tidak melupakan janji itu. Setiap masa terluang aku berdoa agar kedua-dua ibu bapanya diberi hidayah. Hari keluarga selesai jam 2 petang.
Cikgu Rusli Hashim ( Blogger Jendela Hatiku ), WN & Pembaca setia Hj Atan darus
Aku dan isteri bergegas pulang kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Maklum sajalah tinggal beberapa hari lagi kami akan ketanah suci. Masih ada barang yang belum dicari. kami singgah di Masjid Terapung untuk melaksanakan solat Zohor. Isteriku sebelum ini tidak pernah jejak masjid Terapung manakala aku dan arwah Siti Aishah kerap kesini bila kami melintasi masjid ini. Kelihatan dua orang adik remaja sedang solat. Aku mengambil keputusan untuk berimam dengan mereka. Terus aku takbiratul ihram dan mencuit adik yang duduk bersebelahan rakannya.
Tujuannya untuk memberitahu yang aku menjadi makmum. Terkejut adik itu bila aku cuit dia. Terus dia pusing kebelakang dan menggaru kepalanya. Mungkin dia fikir aku sengaja mainkannya. Akhirnya beliau terus duduk disebelah aku. Selesai solat aku menegurnya apa yang dikatakan masbuk dan bagaimana caranya pula dia mengundur kebelakang. Padaku mereka merupakan remaja yang baik. Sanggup singgah untuk menunaikan solat sebelum ketempat lain.
" Terima kasih pakcik kerana menegur saya. Kalau tidak saya tak tau langsung. Kini kalau lain kali terjadi macam ini saya dah tau ".
Ketika dalam kereta aku bertanya isteriku kenapa tidak mengambil bahagian dalam sukaneka. Katanya dia malu dan aku faham dia masih perlu menyesuaikan dirinya. Akhirnya dia diberi kepercayaan menjaga barang-barang wanita lain dan anak kecil mereka. Tersenyum dia bila aku melihat dia menjaga baby kawan-kawan. Padaku itu sudah cukup baik sebagai permulaan.

7 comments:
Semasa hujung hayat P Ramlee, dia ada bertanya kepada kawannya samada peminatnya dahulu masih mengingati dia atau tidak.
Kini aku pula tertanya-tanya samada kawan-kawanku yang bersama di situ ada bertanyakan khabarku atau tidak!
ada bakat jadi mc ya..
bila ya nak ke tanah suci.
Insan Marhein..Sampainya aku ditempat itu, tertanya-tanya adakah IM akan datang. Kami tidak pernah melupakanMu malah jauh sekali membenciMU. Semoga Allah kuatkan imanmu untuk terus menongkah arus yang penuh dengan dugaan.
a ki citizen..Cikgu dah tak ada orang terpaksalah. Kalau kali pertama tercari-cari juga idea. Ini dah bertahun idea mai spontan saja. Insyaallah akan ketanah suci pada 20 Mei 2010. Doakan semoga Allah permudahkan
Salam
Seronok bila berjmpa dgn sahabat lama ni..berjumpa satu anugerah rezeki daripada Allah utk hambanya..tapi kita kena berusaha utk pergi bjumpa..kalau tidak tengok dlm ni saja lah
Masa kuat ni la kena berjumpa..cari jalan..dimana ada kemahuan disitu ada jalan
Hj atan..Falsafah falsafah
Salam ya akhi, nama ana silap la, yg betulnya syafiq raffiqin liow........
Post a Comment