Teman-teman

Friday, May 07, 2010

Jangan Suka Berjanji

Aku membelek-belek akaun buku bank. Rasanya cukup untuk aku gunakan semasa berada di Tanah suci. Aku kesana bukan untuk berbelanja membeli belah. Sekadar membeli buah kurma dan sedikit saguhati untuk aku berikan kepada merka yang banyak membantu aku, isteri dan anak-anak. Tujuan utamaku ialah membuat ibadah. Nasihat dari mereka yang pernah pergi kesana pun mengatakan tak perlu berbelanja besar. Suatu hari aku menerima panggilan talipon dari seorang kawan,
" Assalammualaikum Ariff. Aku nak minta tolong nak pinjam duit sebanyak RM500. Besan aku meninggal jadi keluarga mereka miskin jadi terpaksa aku kena tolong. Aku pun bulan ni duit terpaksa keluar banyak ". Aku terdiam seketika memikirkan yang aku pun tidaklah begitu banyak duit. Duit yang terkumpul pun nak aku gunakan untuk ke tanah suci. Kalau berbaki duit itu pun untuk belanja kedua-dua anakku.

" Dekat mana kita boleh jumpa dan pukul berapa ". Aku bertambah rimas bila didesak seolah-olahnya duit itu pasti dapat dipinjamnya. Akhirnya aku mengalah bila dia berjanji dapat gaji April ini akan dibayar kembali. Memandangkan umrah aku pada 20 Mei jadi aku dahulukan wang itu. Dalam keadaan hujan lebat dia sanggup menunggu dan akhirnya dengan aku sekali basah kuyub. " Terima kasih Ariff. Hang banyak tolong aku. Cukup bulan ni aku settle duit hang ". Aku cerita kepada isteriku tentang peristiwa ini. Terdiam dia seketika. Aku tahu apa yang difikirkan olehnya. " Kalau abang yakin dengan kawan abang tak apalah. Harap-harap dia berpegang pada janjinya ".

Gaji bulan April dah dapat namun aku masih tidak dapat panggilan talipon darinya. Aku masih diamkan diri memujuk hati yang resah. Petang aku melihat kelibatnya. Nampak resah. Cepat-cepat aku berjumpa dengannya. Belum sempat aku bersuara, " Duit hang aku kena hold dulu. Bulan ni overtime masuk tak banyak. Aku kena settle hutang lain dulu. Nanti awal bulan dapat duit claim aku bayar duit hang ". Kata-kata itu mematikan terus niat aku untuk bertanya. Entah kenapa hati aku tak sanggup untuk memarahi sebab aku tahu sekali mulut aku terkeluar cakap akan buruklah keadaannya. Jadi biarlah aku sabar dahulu. Mungkin ini merupakan dugaan untuk aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku mudah cair bila orang merayu minta pertolongan. Bukannya aku tak pernah kena tipu hasil dari sifat ingin menolong.

5 Mei aku terjumpanya kembali. " Alamak ariff duit claim tak masuk. Aku kena hold lagi duit hang ". Aku sudah hilang sabar sedikit. " Kalau boleh aku perlukan duit tu sebelum 20 Mei sebab aku bagi pinjam duit dekat hang sebab kesian hang perlu duit tu. Jadi aku dahulukan duit yang nak digunakan semasa di tanah suci ". Terdiam dia bila aku berkata demikian. Terus dia menukar topik perbincangan. " Hang tak apalah isteri hang berniaga. Duit tak jadi masalah ". Kenapa itu pula dipersoalkan. Sejak aku berkahwin yang hampir setahun belum pernah aku meminta duit dekat isteri aku. Aku harap dia memahami apa yang aku katakan. Surat khabar Metro hari ini menceritakan yang berkat solat hajat berjemaah telah menghasilkan penangkapan lelaki yang menipu jemaah umrah dari langkawi.Wang deposit sebanyak RM 2500 setiap seorang membabitkan sebanyak RM162,000 telah lesap.

Sipenipu dtangkap di Sungai Buluh ketika sedang berehat dirumahnya. Mungkin aku pun terpaksa menggunakan kaedah ini agar Allah juga melembutkan hati kawan aku agar dapat memulangkan kembali duit aku. Mudah-mudahan kawan tidak menjadi musuh. Biarlah Allah yang menentukan semua itu. Kalau ditadirkan aku terpaksa membawa duit yang berbaki, aku redho sebab aku tahu semua itu ada hikmahnya. Mungkin ada pengajarannya disebalik kejadian. Kadang-kadang kita tidak memahaminya. Begitulah juga dengan aku.

10 comments:

hentian said...

Bagaimana agaknya kalau berhutang dengan Allah?

Allah terlalu baik kerana tidak pernah menuntutnya dari kita. Dia sabar menunggu lunasan dari kita hingga Akhirat!

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Benar sekali. Allah tak pernah membalasnya. Terima kasih tolong ingatkan

Bearcat said...

Sabar Paknjang, ini salah satu dugaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Harap kawan Paknjang dapat pulangkan duit tu secepat mungkin, insyaAllah.

Ariff Budiman said...

Terima kasig G. Kadang-kadang terfikir juga macam tulisan IM bagaimana pula kalau kita berhutang dengan Allah. Tulisan tu yang buat Pakjang terfikir apakah selama ini Pakjang dah lunaskan hutang dengan Allah

Anonymous said...

Zikir aje 'Robbi yassir wala tu assir'
banyak banyak....berhasil untuk saya dapat balik hutang hari tu....insya allah...akan dapat pertolongan Allah...

Ariff Budiman said...

Terima kasih Anonymous

nur_islam said...

Salam..
Teringat pula pd seorg shbt sy ketika bljr dulu. Dia pinjam duit dr ramai org tapi susah sgt nak bayar atau dia langsung tak byr.

Yg sy hairan sekali, bgmana dia sedikit pun tdk rasa malu utk bertemu dgn org yg dia bhutang.
Malahan org yg bhutang tu pula rasa malu nak minta hutang drpdnya.

Bila difikirkn semula, dia mmg sgt bijak krn dia hanya berhutang dgn org yg baik2 dan tidak suka bgaduh.

Syukur pgalaman ini tlh mgajar sy utk menilai org2 yg suka menipu spt ini.

Suami sj juga dulunya mangsa hutang tak dibyr spt ini.
(Sblm bkahwin)

Lps bkahwin, ada terakhir sekali kwnnya ingin pinjam duit RM1k drpnya utk buat modal berniaga. Setelah diselidik kwnnya itu masih bhutang RM200 & dh 2thn satu sen pn tidak bayar.

Sy katakn pd suami, sy rela abg sedekahkan duit RM1k tu kpd anak yatim atau org miskin yg memerlukan. Krn kita dikira berdosa krn mengalakkan org yg suka bhutang tetapi tak mahu mbayar hutang terus dgn amalan dosanya ini.
Dosa bhutang adalah sgt berat sehingga Nabi saw sendiri tdk mahu solatkan jenazah yg mpunyai hutang.

Alhamdulillah..suami sy tidak memberi hutang pd shbtnya dan shbtnya tidak lagi bhutang dr suami sy. Serta mrk masih bshbt smpai skrg wlupun RM200 tu masih tidak dibayar sehingga skrg...tapi suami sy sudah halalkan.

Allahua'lam. Maaf tulis pjg. Sekadar pkongsian.

Ariff Budiman said...

Terima kasih nur islam.Tak tau nak kata macam mana jenis orang ini. Betoi macam kata nur islam. Kadang2 saya pun rasa malu nak tengok muka sipenghutang tetapi dia boleh baut dek saja.Bukannya saya tak pernah kena tapi rasa kesian bila melihat airmata bercucuran jatuh

Guru said...

saya doakan moga Allah permudahkan... insyaAllah keikhlasan en ariff Allah akan lipatgandakan hasilnya

saya pernah ditipu oleh syarikat yang uruskan umrah sebanyak 11k, (saya, suami dan anak), tahun tersebut niat ke sana tak sampai, tapi tahun berikutnya rezeki berlimpah, sampai juga kami ke tanah suci..

kalau tak dapat juga , doa banyak2 agar Allah mencukupkan apa yang kurang nanti

Ariff Budiman said...

terima kasih cikgu. baru-baru ni dia berjanji nak selesai hutang sebelum 20 hb. Insyaallah. Kalau tak dapat mungkin ada hikmahnya. Saya redho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...