Pagi ini aku sudah memasang angan-angan untuk tawaf dan membersih rumput di kubur isteriku. Tapi bila semalam pulang dari kerja isteriku memberitahu yang pekerjanya tak dapat datang kerana anaknya masuk hospital. Katanya hanya dia dan seorang lagi pekerja. Isteriku mempunyai 2 orang pekerja. Bila salah seorang tak datang pasti keadaan tidak terkawal. Walaupun isteriku tidak meminta agar aku menolong tapi nadanya sudah aku selami yang dia memerlukan pertolonganku. " Tak pa la Nah. Esok abang tolong di gerai. Tok sah risau ". Tersenyum dia bila mendengar aku bersedia menolong. " Tugas abang buat telor 1/2 masak dan basuh pinggan ". Beritahu isteriku. " Baik puan boss. Samiaq na wa a toq na ( aku dengar dan aku taat ) ".
Jam 7 pagi aku sudah berapa di gerai. Entah sudah berapa kali aku menguap. Aku memasak air dan sesudah mendidih aku tuang kedalam bekas telor dan menekan jam penggerak digital. Sementara menunggu telor masak aku membasuh pinggan mangkuk. Bab ini aku tidak janggal sebab selalu aku mengamalkan budaya membasuh pinggan sendiri. Pelanggan ramai yang mengerumuni mangkuk telor setelah diletakkan dihadapan. Sekejap dah habis. " Abang kena buat telor lagi ". Arah isteriku. Aduh...baru nak duduk kena buat telor lagi. Lama kelamaan aku sudah cekap membuat kerja. Aku mengurut pinggang yang mula terasa sengal akibat berdiri. " Baru kerja dah sakit pinggang ". Perli isteriku. Hampir 2 jam aku berdiri membuat kerja.
" Bang nanti boleh tolong Nah buat bebola roti canai tak ". Pinta isteriku. " Insyaallah ". Nada aku bergetar menjawab. Inilah pertama kali dalam hidup aku, aku menggentel bebola roti canai. Orang ramai yang lalu lalang tersenyum melihat aku menolong isteriku. Setelah selesai semuanya, isteri menyuruh aku pulang sebab pelanggang dah kurang. Itulah ayat killer yang aku tunggu. " Terima kasih bang kerana tolong Nah. Abang nak upah apa ". Tanya isteriku. Aku tersenyum tanpa bahasa. Haaa... pembaca semua otak jangan biru ya. " Nah beli mee rebus sudah le ". Itu yang aku minta. " Ishh abang ni, Lutut dah elok sikit nak makan mee. Nah beli nasi goreng ikan masin la dekat abang ". Aku mengangguk saja. Mata dah tak tertahan lagi. Sedar dari tidur isteri dah berada disebelahku sambil tersenyum melihat aku begitu letih menolongnya digerai. " Abang letih tak apa. Janji Nah suka ".
4 comments:
Baru tahu yea..penat!..
he he he Alhamdulillah...mau bantu isteri bila dalam keadaan memerlukan tenaga..
Pasti lebih mendalam sayangnya..
Memang penat. Istari balik pula kesian kena masak untuk suami pula. Jadi para suami kena kenangkan budi isteri no. Tolonglah kalau perlu
tak boleh makan mee tapi boleh makan nasi goreng ikan masin. elok la tu... keluar mulut buaya masuk mulut rimau...
apa-apa pun kita serupa. ikan masin adalah favourite...
Insan marhein..Pi mai pi mai. Tang tu juga. memang tak boleh miss nasi goreng ikan masin
Post a Comment