Teman-teman

Saturday, July 31, 2010

La...Teringin Lagi

Aku menerima panggilan talipon dari isteriku yang menalipon dari gerainya. " Abang boleh cari jantung pisang ka. Nah nak buat gulai daging jantung pisang ". Dengar saja nama gulai jantung pisang air liur dah meleleh. Semenjak aku memperkenalkan masakan gulai ini hasil resipi arwah isteriku, semakin kerap pula isteriku suka masak masakan ini. " Bang daging tak payah beli sebab Nah dah pesan daging bersama daging untuk meniaga pasar malam sama ". Lega aku sebab tak payah cari daging. Tauke daging terus hantar kerumah seperti selalu.

Terus aku kerumah mertuaku. Kelihatan begitu banyak jantung pisang. Aku hanya ambil sebanyak 4 jantung saja. Cukuplah untuk kami berdua. Sehingga jam 3 petang daging tak sampai lagi. Jantung sudah direbus. Isteriku talipon tauke daging katanya dah keluar dari jam 11 pagi lagi. Hai tak kan tak sampai-sampai lagi. Akhirnya kami berdua makan nasi bungkus saja. Sebungkus nasi dikongsi dua orang. Alhamdulillah kenyang juga. Akhirnya daging sampai pada jam 5 petang apabila tauke daging terlupa. Kempunan juga aku nak rasa gulai jantung pisang.

Jantung sedap dibuat ulam, Gulai, kerabu dan macam-macam lagi.

Petangnya seperti selalu jika ada masa terluang, kami akan pergi joging bersama-sama. Disitulah aku mengambil kesempatan berbincang dengan isteriku masalah rumahtangga andaikata ada perkara yang tidak disenanginya mengenai akhlak aku. " Abang tak ada salah apa-apa. Semua ok. Cuma satu saja yang tak kena. Pasal apa bila orang cina jumpa abang suka cakap cina. Itu saja ". Ini disebabkan semasa kami sedang joging ada 2 orang cina datang bertanyakan arah jalan bercakap dalam bahasa cina. Tersenyum isteriku bila melihat aku gelisah bila orang menyangka aku ini orang cina. Mungkin baru memeluk islam. Akhirnya terpaksa aku jelaskan yang aku ini orang melayu. " Ahh sorry..sorry i thought you are chinese ".

Setelah cina itu pergi isteriku tertawa bila melihat aku tergaru-garu pening kepala. " Nampak sangat ka muka abang macam cina Nah. Kulit dah gelap. Kalau cina kulit dia putih ".

Sambil riadah boleh juga kita berbincang masalah keluarga

Malamnya pula aku dan isteri kerumah ibuku. Anak saudaraku datang dari Kelantan. Lama juga tak lihat cucu saudara. Anak saudara panggil aku Pak Anjang. Jadi anak-anak mereka panggil aku Tok Anjang. Allah terasa dah tua pula. Rupanya sudah berapa ramai dah cucu Tok Anjang. Tak terkira rupanya. Begitu cepat masa berlalu. Dulu aku yang mengasuh mereka. Bila pula mereka nak mengasuh aku pula. He he

Fawwaz namanya. Cuba tengok muka kami. Ada serupa dimana. Teka

Friday, July 30, 2010

Yang Penting Ada Ilmu. Bukan Akhlaknya

Insyaallah pada 1 Ogos ini kami akan mengadakan satu ceramah agama yang akan disampaikan oleh seorang Ust Rock bersama isteri barunya yang juga merupakan seorang bekas penyanyi. Persoalannya, sebelum tiba hari ceramah sudah hebat berbunyi mengapa diambil penceramah ini. Ramai dari kalangan kaum wanita tidak suka dengan perangai Ust ini suatu ketika dulu. Pernah hebuh didalam TV akan kisah mereka. Semasa dalam mesyuarat surau baru-baru ini ada dibangkit akan perkara ini. Namun yang paling hebat ialah bila seorang AJK berkata, " Kita jemput Ust ni sebab ilmunya. Akhlaknya kita letak tepi dulu ".

Disebabkan aku pada hari itu kena standby maka dalam mensyuarat itu aku tidak ada. Seorang ajk wanita menallipon aku dan menceritakan akan kata-kata itu. Aku berkata yang nabi ada bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya ". ( Hadis riwayat Ahmad ). Ramai kaum wanita sudah berbunyi tidak akan hadir ceramah itu. Tempias itu dapat juga aku merasainya bila isteriku berkata, " Abang, Nah tak mau hadir ceramah ust tu. Nah tak suka akhlaknya. Sepatutnya dialah yang menjadi contoh ". Aku sendiri terkedu mendengar akan kata-kata itu.

Hebat juga tamparan kaum wanita ini. Kaum lelaki mungkin merasakan bahawa ia hanya perkara kecil saja. Pernah seorang Haji berkata kepada aku, " Bagus juga dia mai. sekurang-kurangnya kita tau juga bila dia cerita kisahnya yang lampau ". Aku marah juga bila Hj tu berkata demikian. " Buat apa kita bayar dia beribu hanya kerana nak mendengar cerita tentang masalah yang rumahtangga yang dihadapinya. Lebih baik kita dengar dalam melodi saja ". Aku berkata sebab merasakan bahawa ceramah agama itu seolah-olahnya menjadi tempat melepaskan perasaan. Terdiam Hj itu terus berlalu.

Aku hanya menanti saat itu sebab aku telah diamanahkan untuk mempengerusikan majlis tersebut. Ada beberapa orang wanita yang selalu terlibat melayan isteri-isteri ust yang datang sebelum ini kini telah menarik diri untuk melayan isteri ust ini. Entahlah kadang-kadang pening juga bila mempersoalkan masalah hati. Aku berkali-kali bertanya isteri betul ke tak nak datang. Akhirnya dia mengalah juga sebab aku berkata, " Siapa lah nanti akan ada disebelah abang. Kesian dekat abang selalu bila ada ceramah ada orang disisi abang. Kini dah tiada ". Saja aku buat sedih sikit dan alhamdulillah berjaya juga...

Insyaallah akan aku update nanti beserta gambar terbarunya. Semoga ceramah pada malam tersebut berjalan dengan lancarnya.

Thursday, July 29, 2010

Jangan Lalu Lorong Ini Jam 3 Pagi

Pada tahun 90an aku pernah bertugas disebuah stesen yang boleh dikatakan bila kita melihat saja pasti berfikir panjang. Stesen ini merupakan bekas gereja zaman penjajah dan kini telah menjadi milik TNB. Pernah suatu hari ketika aku masuk kerja shif pagi , aku melihat polis bantuan TNB pucat mukanya. Dia tunjukkan kepadaku belakangnya telah dicakar dan kesan cakaran 5 jari kelihatan merah. Akhirnya perkhidmatan mereka ditamatkan distesen itu setelah ketua mereka memberi arahan.

Tinggallah kami kerja keseorangan. Aku masih lagi terbayang akan kesan cakar ketika aku berada didalam. Perasaan takut menyelubungi fikiranku. Akhirnya ia terjadi terhadap aku juga, Tatkala aku melalui satu kawasan tidak semena-mena nama aku telah diseru, " Ariff...Ariff..Ariff ". sebanyak 3 kali. Apalagi pucat lesi aku ketakutan ketika itu. Akhirnya alhamdulillah aku telah ditukarkan kestesen yang lain. Lega rasanya bila dan bertukar. Entah macam mana stesen itu baru-baru ini berlaku kebakaran dan aku serta rakan-rakan yang lain sekali lagi diarah bertugas menjaga keadaan disana. Memori silam terbit kembali namun aku sudah bersedia menghadapi apa yang akan berlaku.

Pengawal keselamatan beberapa kali memberitahu aku yang stesen ini berhantu. Aku tersenyum. Memang aku dah tahu sebab benda itu berada didalam pondok pengawal. kalaulah ditunjuk kepada mereka aku fikir pondok pengawal akan menjadi kosong. Satu hari riuh rendah rakan setugas mendapat maklumat yang waktu malam ketika dia bertugas berlaku kecurian kabel yang tidak digunakan. Ada penduduk flat melihat 10 orang termasuk pengawal keselamatan mengeluarkan kabel dari belakang.

Akhirnya rakan aku menceritakan bahawa sebelum waktu kecurian pengawal keselamatan memberi amaran jangan dilalui lorong belakang pada jam 3 pagi sebab ada hantu. Rakan aku berketurunan india menjadi takut bila mendengar cerita dari pengawal tersebut. Akhirnya penduduk flat telah melihat kecurian kabel pada jam 3 pagi. Kami telah disoal siasat oleh polis. Akhirnya pengawal tersebut telah ditahan selama 2 hari untuk disoal siasat. namun tiada bukti sebab orang yang melihat tidak berani tampil kehadapan. " Bang bagitau dekat saya siapa yang repot kata saya terlibat mencuri kabel ". Desak pengawal kepada aku. Namun aku tidak akan membocorkan rahsia. Sebanyak 4 orang melihat dan menceritakan kepada kami yang pengawal tersebut terlibat.

Akhirnya kami sendiri mengambil keputusan memberitahu ketua keselamatan agar memecat pengawal tersebut. Pengawal itu akhirnya dipecat. Datang dia kembali kepada kami memohon recomendation dari kami agar dapat menerimanya semula. Pada kami siapa yang mahu menerima orang yang ditugaskan menjaga harta akhirnya bertindak mencuri harta tersebut. Rugilah menyimpan orang yang tidak ada intergriti.


Lorong yang dikatakan berhantu akhirnya menjadi laluan pencuri kabel

Wednesday, July 28, 2010

Bela Burung Puyuh Pula

Entah kenapa minat yang lama datang kembali. Beria-ia benar aku ubah suai oven yang terpakai untuk membela burung puyuh. Akhirnya tercapai impian. Anak aku beli anak burung puyuh dengan harga 85 sen seekor. Di Penang dijual dengan harga RM 1 seekor. Aku tinggalkan bidang ini sudah puluhan tahun . Masa tinggal dikampong aku bela ayam kampong tapi masa nak sembelih terasa kesian pula sebab boleh dikatakan setiap hari aku akan bercakap dengan ayam. Entah mereka faham ke tidak. Akhirnya setelah ibuku pujuk akhirnya kesemua ayam aku telah disembelih. Selepas itu aku tidak lagi membela ayam. Kini aku harapkan agar aku tak terikut macam perangai dulu.

Anak burung puyuh yang baru dibeli dengan harga 85 sen seekor

Bila anak burung dah dimasukkan dalam sangkar burung terasa seronok pula. Aku beritahu pada isteri, " Nah burung puyuh ni nanti kita buat masa kicap ".
" Aishh abang ni anak burung baru masuk dalam sangkar dah angan-angan nak makan ". Perli isteriku. Aku terkenangkan kembali bila menonton cerita gergasi yang menangkap manusia lalu dikurung dalam sangkar. Diasahnya parang depan mereka lalu berkata pada isteri yang manusia ini sedap dibuat panggang. Tersenyum aku sendirian bila terkenangkan yang aku ini umpama gergasi menanti waktu untuk mengorbankan mangsa dan mangsa itu adalah burung puyuh yang baru dibeli.

Sangkar burung hasil dari oven terpakai yang diubah suai. Jimat kos

Tuesday, July 27, 2010

Apa...Ingat Aku Orang Cina Ke.....

Hari ini berlaku beberapa insiden yang membuatkan darah aku meluap-luap ketawa.
Insiden pertama
Entah kenapa isteri aku pagi-pagi lagi udah teringin bebenor nak makan buah mata kucing. Macam aku nampak air liur dah meleleh-leleh di bibirnya. Ish..teruk dah isteriku ini. Apalagi sudah sayang isteri katakan maka aku dengan langkah yang bersemangat mengharungi hujan lebat dipagi hari. Dalam hati ahhh... basah tak apa janji dapat buah mata kucing. Pusing punya pusing pasar tak nampak rupa buah. Aku jalan lagi aar....akhirnya nampaklah seikat buah mata kucing . Sayang buahnya kering macam sipenjual yang kurus kering. Aku jalan lagi. didepan ada menjual buah-buahan. Aku berhenti motosikal didepan kedai. " Mata kucing ada ka ". " Tauke mata kucing boo la. Langsat, dokong uuu la ". La... kenapa dia cakap cina dengan aku. Ingat aku cina ka. Aku maafkan dia sebab dia tak tau

Insiden kedua
Buah mata kucing tak dapat lagi. Aku terus kepasar lain. Aku singgah untuk beli ikan. Aku bertanya ikan sembilang berapa sekilo dalam bahasa melayu. Entah kenapa samdol apek tu boleh cakap cina dengan aku. " Tauke ikan sembilang kilo ee gor kor ( RM5 ) ". Terus aku tak beli. Akhirnya aku ambil ikan senangin aku timbang. Kata tauke lain pula, " Tauke sar kor ( RM3 ). Tak pa aku maafkan lagi

Insiden ketiga
Setelah beli ikan aku ke kawasan yang menjual buah-buahan. Alhamdulillah ada banyak buah mata kucing yang elok-elok. Aku memilih buah yang elok. Terus pula tauke tu cakap cina dengan aku. Aku pun tak dapat tangkap sebab cepat sangat dia cakap. Pulak tu panjang lebar. Aku mendengar pun kepala dah pusing. Nak jawab balik aku tak pandai. Akhirnya dapatlah juga buah mata kucing. Aku beri kepada isteriku lantas terus bercerita tentang ketiga-tiga orang cina bercakap cina dengan aku. Tertawa isteriku bila mendengarnya. " Nak buat macam mana dah nampak macam cina ". Kata isteriku. Aku maafkan juga cina itu sebab dia pun tak perasan. Mungkin banyak cina sekarang badan gelap-gelap.

Insiden ke empat
Sambil memakai uniform TNB aku terus memecut menuju ketempat kerjaku. Hari ini aku kerja petang. Dalam hati aku nak singgah di pekan Juru nak beli buah durian. Teringin pula nak cicah dengan roti. Alhamdulillah ada penjual yang menjual buah durian. Aku terus berhenti motosikal didepan penjual. " Bagi sebiji. Beghapa harga buah durian sebiji ". Aku cakap pure Penang mari. " Tauke lu mau ini buah haliga dia 7 linggit. Ini halga dia 8 linggit. Lu mau yang mana ". Dalam hati aku dah meradang bila dia bercakap seolah-olahnya aku ini cina. " Yang 6 ghinggit punya ada ". Lagi sekali pure Penang aku cakap. " Tauke sikalang mana ada 6 linggit. Lu mau wa kasi ini buah 7 linggit ok ka ". Samdul sungguh dia cakap loghat cina lagi dekat aku. " Waa.. tauke lu kilija TNB Ka ". Aku dah mula bengang. Sambil menunjuk nama yang tertera dibaju aku aku terus berkata " Bro..saya melayu la buka cina ".

Bila mereka melihat nama aku di uniform terus datang salam aku " Allah bang minta maaf. Saya ingat abang cina ". Berkali-kali dia memohon maaf dekat aku. Akhirnya disebabkan kesilapannya menyangka aku orang cina terus dia bagi special offer dekat aku. " Bang buah tadi saya bagi RM5 sudah sebab saya tersilap sangka abang orang cina ". Kata si penjual buah. " Awat kalau saya orang cina buahnya harga RM7 la. Sebab melayu hang bagi RM5 ". Aku sengaja tunjuk marah. " Tak-tak memang harga dia RM7 cuma dekat abang hari ini saya tersilap ada diskaun sikit ". Sambil tersengih-sengih dia menjawab. Aku pun tersenyum puas juga sebab akhirnya mereka tahu juga yang aku ini orang melayu tok-tok.

Yang paling tepat meneka aku ialah pakar motivasi Dr Fadhilah Kamsah semasa aku menjadi Pengerusi majlis program ceramah. Perlahan-lahan dia bisik dekat aku, " En Ariff ni orang Jawa ka ". Aku mengiakan saja. Terus dia berkata pada aku sambil tersenyum, " Kita serumpun pak ". Aku tersenyum mendengar akan kata-kata itu...

Sunday, July 25, 2010

Nikmat Tuhan Kamu Yang Mana Kamu Dustakan

Sudah 20 jam aku bekerja. Dari Penang aku ke Bukit Mertajam dan akhirnya destinasi aku yang terakhir ialah ke Parit Buntar. Sewaktu melalui kawasan kebun mata aku tidak henti-henti memandang begitu banyak buah-buahan yang Allah jadikan. Mataku terpaku pada sepohon pokok rambutan. Buahnya bewarna kuning yang dikenali sebagai rambutan Gading. Aku memang minat sangat dengan buah ini. Aku memberhentikan kenderaanku. Untung nasib dan rezeki dapatlah aku merasa buah ini. Niat dihati nak membeli dari tuan rumah. Namun rezeki tak ada. Tuan rumah tidak membuka pintu. Terus aku beredar.

Di Malaysia, dengan iklim Khatulistiwa membolehkan kita merasa bermacam-macam jenis buah. Kalau musim buah maka kita dapat melihat begitu banyak dan jenisnya. Padaku kita patut bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Aku pernah mendengar kuliah tafsir dari surah Ar Rahman, ayat 10 - 13 yang bermaksud, " Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluknya. Dibumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan. "

Sebagai hamba Allah kita patut bersyukur dengan nikmat yang tidak putus-putus yang kita perolehi. jadi sebagai balasannya kita patut sujud dan mensyukuri nikmat Allah. Janganlah kita menjadi kaum yang melampaui batas. Sejuk mata memandang bila melihat kehijauan kebun dan perkampungan yang kemas lagi bersih.


Alhamdulillah walaupun aku bertugas hampir 20 jam, badanku masih lagi dapat bertahan. Aku masih ingat semasa mengerja umrah aku telah diperkenal dengan sebotol Harbatus sawda. Dituang kedalam camca kecil dan dibancuh bersama air minuman panas. Pulang kerumah aku masih mengamalkannya. Sewaktu berada didalam bas semasa di Mekah, Mutawwif yang membawa kami membaca Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari , " Tetaplah kamu berubat dengan habbatus Sawda ini kerana ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut ".

Aku begitu kagum dengan hadis ini. Nabi sudah meyakinkan kita. Jadi aku tak perlu mencari supplement yang lain. Alhamdulillah setelah pulang ke Malaysia aku masih dapat mencari Habbatus Sawda. Kebetulan rakanku merupakan seorang penjual. Kini Habbatus Sawda telah dijadikan minyak dan dimasukkan kedalam kapsul. Aku tidak merasa letih walaupun aku bekerja selama 24 jam. Aku ceritakan kepada rakanku tentang Habbatus Sawda dan sabda nabi. Tertawa dia dan berkata mana ada ubat yang boleh menyembuhkan segala penyakit. Bila aku katakan yang nabi berkata demikian barukah terdiam dia.

Aku bukanlah penjual tetapi pengguna. Kini aku dan isteri merupakan pengguna tetap Habbatus sawda. Kepada pembaca cubalah amal dengan Habbatus Sawda. Insyaallah dengan izinnya sihatlah badan kita dan tujuan kita untuk menyihatkan badan hanyalah untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan sujud kepada Allah. Semoga Allah membantu pembaca sekelian....

Friday, July 23, 2010

Peneman Istimewa

Inilah dia makhluk Allah yang suka menemaniku ketika aku makan. Yang pastinya bila aku buka saja pintu pasti dia sudah berada didepan. Dia tahu bahawa tidak sia-sia menunggu. Pasti akan mendapat habuan yang setimpal. Kucing ini kami tidak bela. Hasil dari kerap memberi makan maka setiap hari dirumah ini tempat dia melepak. Yang aku kagum dengannya ialah marah la macam mana pun. Dia tak merajuk. Dia akan duduk merenung mata aku. Matanya yang berwarna lain kiri dan kanan amat istimewa. Akhirnya dapat juga seketul ayam yang isteri aku simpan untuknya.

Kucing ini diberi nama Teh. Mungkin sebab dia warna putih. Ini merupakan renungan menagih simpati. Cuba kita renung dekat orang macam ini.

Thursday, July 22, 2010

Riadah Mencari ketenangan

Isteriku asyik melihat jadual aku bertugas yang telah aku lekatkan didinding supaya aku senang nak mengatur program. Aku melihat saja tingkahnya bercakap seorang diri. " Abang OFF pada 21 Julai ni. Abang nak kemana ". Tiba-tiba dia bertanya. " Mana lagi abang nak pergi kalau tidak kepekan mencari buah durian ". Aku dari dulu lagi memang bukan kaki merayau seorang diri. Paling jauh kepekanlah tempat aku menghirup udara. Kalau nak memancing atau menjala pasti arwah isteriku mengikut sama. " Nah ingat 21 Julai ni Nah nak tutup gerai. tak mau meniaga ". Terdiam aku mendengar keputusannya. " Kalau Nah tak meniaga kesian dekat pelanggan nanti ". Isteriku kalau tutup gerai sehari pelanggan dan mula bising. Apa tidaknya barangan dah mula naik tapi dia masih kekal dari dulu menjual roti canai berharga 70 sen sekeping. Rotinya pula kalau makan sebiji pun dah kenyang sebab besar.

Taman Belia berdekatan Waterfall

" Tak pa bang. Sekali sekala tutup. Jom esok kita jalan-jalan ". Pening aku memikirkan nak kemana. Nak memancing atau menjala perkakas sudah tidak ada lagi padaku. Pernah dia mengajak aku memancing tapi aku sendiri lupa dimana letaknya rod. Telah setahun lebih setelah pemergian isteriku Siti Aishah aku tidak menyentuh lagi peralatan itu. Akhirnya aku membuat keputusan ke Taman Belia. Sambil beriadah dapat juga exercise. Aku sarankan agar dia membawa sekali telekung sebab semasa masuk waktu solat tak payah la kelam kabut nak pulang. Surau dan masjid banyak.

Seriau juga duduk atas dinasour. Takut dia ngap kami

Terasa ada kedamaian dihati bila memasuki kawasan taman. Pokok yang menghijau dan persekitaran yang berbukit membuatkan kami cuckup seronok. Sudah setahun lebih juga aku tidak memijak taman ini. Taman ini amat sinonim dengan aku sebab aku dan arwah isteriku kerap joging walaupun jarak antara rumahku dan taman agak jauh namun kami seronok dapat bersama disini. Isteriku Rosnah juga begitu. Seronok dia mencuba peralatan sukan. Dari satu alat kesatu alat dia mencuba. Semangat sungguh. Ramai juga pasangan suami isteri berada disini sambil membawa bekalan sendiri. Kami menjadi seperti kanak-kanak semula. Aku mengajak dia menaiki jongkang jongkit. Tertawa dia bila aku mengajak dia bermain macam kanak-kanak. Sungguh nikmat kami rasai sebab agak lama juga kami tidak merasai berjalan begini maklumlah masing-masing sibuk. Tak sangka isteriku mengambil langkah drastik dengan menutup gerai.

Satu, dua, tiga. Aku mengira sambil menekan kaki agar isteriku terapung diatas

Kami berada selama 3 jam didalam kawasan taman. Memang tidak aku nafikan yang kami berdua really enjoy. Dengan melakukan aktiviti ini moga bertambah mesra lagi hubungan kami. Aku ingin mengajaknya ke waterfall tapi memandangkan sudah menghampiri waktu maghrib jadi kami mengambil keputusan untuk pulang. Aku berjanji padanya yang satu hari aku akan membawanya pula menemaniku memncing ikan diatas batu. Seronok dia bila aku kata yang kami akan bawa bekalan sekali. sambil memancing sambil makan.

Cantik taman. Ramai pasangan yang baru berkahwin mengambil gambar disini

Kini tugasanku ialah mencari kembali peralatan memancing yang entah dimana. Perasaan ingin memegang rod pancing kembali membuak-buak. Jala aku pula dah terkoyak setelah kawan pinjam. Akhirnya dipinjam dalam keadaan baik, aku terima dalam keadaan jala koyak rabak. nak jahit memang aku dah segan. Aku pasti mencari jala yang baru. Aku nak mengajak isteriku menjala udang di pantai seagate. Udang yang dijala dibuat cucur. memang lazat. Isteriku dah mula bertanya bila nak menjala. Hai..susah betul kalau janji awal. Semangat aku dah hampir kembali. Alhamdulillah.....

Akibat Terlalu Mengantuk, Akhirnya...

Jam 7.30 pagi aku sudah berada di jambatan Pulau Pinang. Keadaan masih lagi tidak banyak kereta. Sebuah kereta kancil laju memotong kenderaan yang lain. Tapi nampak dari jauh kereta itu seakan-akan terhoyong hayang. Akhirnya kereta itu tidak dapat dikawal lagi lalu berselisih dengan pembahagi jalan. Berguling-guling kereta memusing. Aku hanya sempat menyebut Ya Allah akibat tergamam ia berlaku dihadapan mataku. Dua tiga biji kenderaan berhenti untuk memberi pertolongan. Kereta kancil berada ditengah laluan kenderaan. Tiga orang gadis berumur dalam lingkungan 20 - 30an masih tergamam berada didalam tidak tahu melakukan apa-apa.


Ganbar ini dirakam ketika baru saja terjadi kemalangan

Akhirnya setelah mengeluarkan mereka barulah kami menolak kereta agar dapat duduk seperti asal. Keadaan jambatan sudah sesak. kelihatan minyak sedang memenuhi jalanraya akibat kebocoran. ketiga-tiga orang gadis duduk ditepi tanpa berkata apa-apa akibat terkejut. Aku pergi kearah mereka dan terus bertanya soalan, " Syukur adik bertiga tidak mengalami luka yang teruk. Adik mengantuk ka ketika membawa kereta ". Gadis yang membawa kereta mengaku yang dia terlalu mengantuk ketika memandu. Mereka baru habis shif malam. Bekerja di Kilang kawasan Bayan Lepas. Mereka menuju ke parit Buntar

Gadis berbaju merah yang memandu kereta masih lagi terpinga-pinga

Ramai yang berhenti kenderaan untuk menolong dan ada yang berlegar-legar mengambil gambar. " Adik kena pergi hospital buat check up. walaupun nampak macam tak ada apa-apa, kita tak tau dalaman macam mana ". Aku bertanya kalau ada sesiapa yang boleh membantu ketiga orang gadis ini untuk ke hospital Seberang Jaya. Alhamdulillah ada yang sudi. Setelah mengambil barangan mustahak, seorang gadis berkata yang beg duit dia hilang. Ada RM1000 dalamnya. Baru dapat gaji. Beg dilatakkan ddalam peti depan sebelah pemandu. barangan lain ada tapi beg duit sudah hilang

Mencari beg duit yang kehilangan

Memang sah ada orang yang mengambil kesempatan untuk mencuri dikala yang lain begitu sibuk mengemas dalam kereta. Menangis gadis bila memikirkan duit yang baru dikeluarkan dari bank sudah hilang. Sampai hati manusia yang bersikap seperti syaitan. Berpura-pura ingin menolong tetapi mengambil kesempatan. Ada pula yang datang dalam kelam kabut bertanya nombor kereta. Fahamlah aku yang dia hendak menikam nombor ekor setelah aku melihat dia mencatit keatas kertas. Hari ini hari mereka. Hari aku dan pembaca semua belum tahu lagi. Apabila kita berjumpa keadaan begini, ambillah kesempatan menolong. Insyaallah suatu hari jika ini terjadi kepada keluarga kita Allah akan membuka hati orang lain pula untuk menolong kita. sambil menaiki motosikal aku berdoa kepada Allah andaikata Allah terima kebaikan yang aku lakukan kepada mangsa kemalangan, aku sedekahkan pahalanya kepada ibu dan ayahku serta insan tersayang arwah isteriku Siti Aishah. Semoga Allah terima amalku untuk mereka. amin Ya Allah

Tuesday, July 20, 2010

Guruku Kurang Siuman Rupanya

Pagi tadi seperti biasa aku pasti singgah digerai yang menjual nasi lemak dan kuih muih. Aku ambil dan kira satu untuk anak - anak dan satu lagi untuk isteri. Sedang aku memilih terdengar suara seorang lelaki sadang mengalun lagu Seroja. Memang sedap tapi sumbang suaranya. Akhirnya apa yang aku lihat ialah bekas guruku yang pernah mengajar sukan bolasepak di sekolah menengah.
" Assalamualaikum cikgu". Sambil berjabat salam dia masih lagi menyanyi. Apa yang tidak kena dengan guruku ini. " Ni Ariff Budiman ka. Bekas pemain bolasepak Sekolah Menengah Sungai Ara ". Alhamdulillah kenal juga guruku dengan aku. Aku mengiakan saja. Kembang juga aku bila aku masih lagi dikenalinya sebagai bekas pemain bolasepak sekolah walaupun dalam B team

" Hang ada pen dak. Nak tulis nombor talipon hang. Cikgu nak buat kenduri anak cikgu pada bulan Disember ni ". Kata guruku. Yang menghairankan aku ialah kenapa bila dia bercakap ramai yang tesenyum padanya. Mereka tidak hurmat ka pada guruku ka. " Kenduri anak cikgu bermula jam 12 tengahari sampai 5 petang. Sebelah malam kita ada Dato Sharifah Aini, Ahmad Jais, M Daud Kilau dan penyanyi tidak asing lagi ialah....... ". Terus dia menyebut namanya. Kata-kata itu membuat yang singgah membeli kuih ketawa.

" Hang jangan dok layan cikgu hang tu. Dia dah tak betoi. Semenjak isteri kesayangan dia meninggal terus dia jadi macam tu ". Kata-kata seorang pakcik hampir membuat airmataku berderai. Namun aku kawal agar tidak ketara. Kenapa guruku sampai hilang ingatan. Payah untuk aku coretkah didalam blog ini. Parah memang parah. Hanya iman yang dapat mengawal dari kita melakukan sesuatu. Guru yang banyak memberi kaunseling kepadaku dalam bolasepak dan bidang nyanyian. Dialah yang memberi keyakinan kepadaku untuk menaiki pentas dalam pertandingan nyanyian yang akhirnya aku menjadi johan.

Guruku masih tidak mengindah akan orang ramai. Beliau masih lagi menyanyi dengan suara kuat. Lagu-lagu yang didendangkan semuanya lagu 60an. Ada pengunjung yang mengusik untuk menyanyi lagu lain. Masih lagi dia boleh membawa lagu itu. kasihan guruku. Begini jadinya setelah mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan insan tersayang. Tak ada ke keluarga, rakan taulan yang dapat membimbingnya semasa beliau ditimpa dugaan. Aku bersyukur kepada Allah tatkala aku ditimpa dugaan ini, keluarga, jiran, penduduk dan sahabat banyak membantuku memulihkan kembali perasaanku. Aku boleh terima jikalau isteriku meninggal akibat sakit biasa. Tapi ini perbuatan kianat manusia yang pasti akan mengganggu emosiku. Walaupun aku pulih tidaklah 100 %. Lukanya masih ada dan aku kadang kalanya juga tidak dapat mengawal perasaanku.

Aku doakan agar guruku mendapat rahmat dari Allah hasil dari didikannya juga maka aku masih lagi dapat berdiri walaupun tidak segagah dulu.....

Sunday, July 18, 2010

Kamera Fair

Hari ini isteriku mengajak menemaninya ke Nagoya di Megamall Prai. " Hai hari ini puasa dah nak beli bahu raya ". Gurau aku setelah mengetahui hari ini dia membayar puasa lepas yang masih lagi berbaki. " Ala beli siap-siap kan senang. Bulan puasa tak gaduh kelam kabut nak shoping ". Betul juga kata isteriku. Tiba-tiba baru aku ingat kata-kata dari rakanku yang pada 17 & 18 Julai ada camera fair di Megamall. Ini kesempatan yang perlu aku ambil.

Hari ini banyak kain yang di offer. Membeli sakan

Jam 12 tengahari kani sudah berada disana. Tengok kain offer pula hari ini. Apalagi tanpa buang masa isteriku dan anaknya terus masuk. Aku seperti biasa malas pasal kain baju ni. Aku beri keizinan belilah kain yang dia minat asalkan menutup aurat sudahlah. Aku tak kisah. Manakala mereka sibuk memilih aku pula sibuk tawaf melihat pameran kamera DSLR. Memang murah giler berbanding kamera yang aku lihat tempuh hari. Pesan isteriku, " Abang jangan beli kamera. Beli laptop dulu sebab yang tu perlu ". Betul kata isteriku. Aku akur dengan permintaannya lagipun anak aku beri kamera digitalnya untuk aku guna.

Berbagai jenis kamera yang berkualiti tinggi. Aku sudah gila bila melihat

Tiba-tiba aku tersangkut di kedai handphone pula. Dah minat dengan handphone Sony Erikson. Aku cerita pada isteri yang aku berminat dengan handphone. Geleng kepala dia bila melihat keadaan aku. " Abang ni tak ada pendirian. Mana satu abang nak beli ni ". Sambil tersenyum isteri dah perli. " Tak abang tengok saja ". " Tengok ada makna tu ". Memang betul kata isteri kalaulah aku datang seorang diri pasti lain yang aku beli. Jadi selamatlah duit aku hari ini.

Megamall Prai

Alhamdulillah duit yang dikumpul dalam tabung makin meningkat. Rasa-rasanya bulan depan insyaallah boleh la dapat laptop. Lepas tu boleh kumpul pula untuk yang kedua. Moga aku tidak termasuk kedalam golongan orang yang banyak hutang.

Saturday, July 17, 2010

Sah Jarum Pasti Patah

Aku masih ingat ketika melangkah kaki masuk kealam persekolahan. Hati begitu kecut melihat muka guru yang garang-garang. Tak ada mesra pelajar langsung ketika itu. Sekolah rendahku ialah Sekolah Inggeris Bayan Lepas. Gurubesarnya memang tak mesra langsung. Asyik menngentel misainya yang mirip pelakun tamil ketika itu MGR. Semasa dialam persekolahan itulah aku dikenalkan dengan bermacam-macam jenis checkup. Yang paling aku takut ialah sudah berapa kali aku dicucuk lengan. Aku dan murid-murid lain umpama budak yang didalam gambar ini.

Akhirnya nurse akan panggil gurubesar yang bernama Babu. Tugasnya hanya menggentel misainya. Akhirnya lengan yang tadi keras bertukar menjadi lembut semula. Nurse tertawa melihat keletah kami semua. Sehingga kehari ini lenganku masih lagi ada bekas tusukan jarum. Yang paling aku takut ialah bilik yang menempatkan peralatan mencabut gigi. Memang sekolah inggeris ketika itu mempunyai sebuah bilik yang dilengkapi dengan peralatan mencabut dan memcuci gigi. Mugkin sekolah sekarang tidak ada lagi. Guru akan mengugut kami. Katanya siapa yang tak gosok gigi dan bila gigi rosak itulah biliknya. Ditunjuknya bilik itu ketika membawa anak murid melihat sekeliling sekolah supaya kami kenal dimana tempat-tempat yang dituju. Kepada guru-guruku jasamu tidak pernah aku lupakan. Kerana merekalah dan dengan izin Allah jua aku berjaya mengharungi dunia ini walaupun kadangkala aku sendiri hampir lemas dalam duniaku sendiri.

Yang ini memang sah pasti jarum patah

Friday, July 16, 2010

Telor Ada

Entri kali mengandungi cerita 18 sx. Kalau yang tak berapa suka aku mohon maaf banyak-banyak. Walaupun ia sedikit tersasar tetapi ia mengandungi mesej yang jelas. Hari ini isteri aku pulang dari berniaga. Dari jauh lagi nampak tersenyum meleret. " Abang hari ini ada kisah geram dan lucu ". Aku berhenti mengetuk keyboard. Terasa excited nak mendengar apa cerita yang sensasi. Setelah isteriku duduk dia pun buka cerita. " Pagi tadi ada sekumpulan pekerja dari ***. Seperti biasa depa order makanan. Setelah selesai makan maka mereka semua kedepan nak membayar ". Semangat isteriku bercerita. Kemudian bertanyalah salah seorang dari mereka. " Kak berapa harga semua ". " Nah pun kira la, roti canai, roti bakar dan kemudian Nah tanya telor ada . Pekerja tu jawab tak ada. Salah seorang dari kawan depa terus berkata dekat kawan dia. Hang tak ada telor ka. Jawab pula pekerja tadi yang tu ada la 2 . Nah punya malu bang time tu. Tapi tak tahan pula nak tergelak bila lihat sesama depa bergurau Nah terus lari keluar". Aku tertawa gelihati mendengar cerita dari isteriku.

Isteriku kerap menceritakan kebanyakkan orang lelaki suka bercakap kotor dan double meaning. Kadang-kadang dia rasa nak marah la juga akibat percakapan yang disengajakan. Dah nama customer seperti kata slogan pelanggan " Customer always right " maka terpaksalah isteriku pendam juga perasaan marah tu. Kadang-kadang kelebihan orang melayu ni suka cakap kenen-kenen yang mempunyai maksud tertentu. Tapi itu tak pa kalau ada manfaat. Ini cakap double meaning sambil tersenyum pada isteriku. Ini yang buat dia meradang. Kata isteriku masa aku ada digerai mereka cakap begitu berhemah sekali serupa macam semut berjalan. Itulah nasib mereka yang mencari rezeki demi untuk membantu keluarga. Terpaksa menelan segala tohmahan dan gurauan melampau

Tuesday, July 13, 2010

Mood Tidak Baik, Anak Menjadi Mangsa

Aku kerja malam dan sebelum pulang pasti aku akan pekena tosai atau puri. Dulu memang aku tak pernah sebut nama-nama ini. Kata isteriku, " Abang kahwin dengan orang Tanjung, kena ikut stail Tanjung la ". Pertama kali rasa tosai dan puri agak janggal juga tapi lama kelamaan rasa sedap pula. Tapi bukan bab ini yang hendak aku kongsikan. Pagi tadi aku pergi kekedai mamak berdekatan tempat kerjaku. Seperti biasa, " Mamak Puri 1 set ". Sewaktu sedang makan datang seorang pemuda menghampiriku. " Selamat pagi En Ariff. Pasai apa saya bayar terlewat sikit TNB potong dah bekalan. Saya tak puas hati ".

Aku terdiam tak tahu nak jawab apa sebab bab potong memotong ni bukan pekerjaanku. " Abang ada tak kenalan dalam TNB ". Aku bersuara. " Ada. Syukur Salleh tu kawan baik saya ". Lega bila dia sebut nama itu. Syukur Salleh merupakan bekas pemain bolasepak negara. " Ok esok abang pergi tanya dia ". Terangguk-angguk pemuda itu. Ketika kami menjamah makanan masing-masing kelihatan dari jauh seorang anak sekolah rendah sedang menolak motosikal ayahnya. Sampai depan kami dia memberhentikan motornya. " Kenapa mat denagn motor hang ". Tanya pemuda itu. " Tu la bodoh punya anak nak tolak pun tak larat ". Terkejut sianak bapa kata dia bodoh. "Awat hang kata anak hang bodoh ". Pertanyaan pemuda ini dah lain macam. Suaranya sedikit ketar.

" Bodoh. Tak larat. Macam tak makan ". Marah lagi pada sianak. " Memang betoi abah. Cek tak makan pagi. Mak tak masak ". Anak dah mula menjawab. Pang.... maka hinggaplah penampar dipipi anaknya. Menangis sianak sebab ayah menamparnya. Tiba-tiba bangun pemuda yang berbual dengan aku terus dijapnya perut siayah. Jatuh tersungkur siayah menahan kesakitan. Tak berani dia membalas kembali tumbukan tadi. " Hang tak reti nak terima kasih dekat anak hang. Dah la dia tolak sampai berpeluh. Hang kata dia bodoh lepas tu hang bagi penampar pula ". Suasana pagi tu riuh seketika. Makin ramai yang datang ingin mengetahui apa yang berlaku.

" Bang ..kalau abang nak tau orang yang tumbuk tadi merupakan bekas ahli tinju negeri Pulau Pinang ". Cerita seorang lelaki kepadaku. Patutlah pagi-pagi aku melihat dia joging sambil tangannya menumbuk atas dan bawah. Akhirnya siayah bangun setelah merasa perutnya lega sedikit terus menghidupkan motornya. Hidup pula time itu. " Mungkin semalam hujan lebat sebab itu motor tak boleh start ". Kata siayah. " Lain kali marah la pada hujan. Ni yang hang dok marah dekat anak hang buat apa ". Aku tersengih mendengar pemuda itu menyuruh marah pada hujan. Bila dah marah pada hujan dan terus mencari siapa pula yang menurunkan hujan, akhirnya marah pula kepada tuhan. Itulah sandiwara dunia diwaktu pagi

Monday, July 12, 2010

Lawat Kawasan Macam YB

Seawal jam 7 pagi lagi aku keluar bersama isteriku ke gerainya. Isteriku menegurku kerana bangun seawal lagi. Katanya lepas solat subuh dia suruh aku tidur puas-puas maklumlah pulang kerja jam 1 pagi. " Entah pula.. abang tak boleh tidur sorang-sorang dekat rumah. Peneman tak ada ". Geleng kepala dia bila aku berkata demikian. " Tu YB nak kemana pagi ni ". Gurau isteriku sebab dia tahu aku mesti merayau ke pekan mencari kawan-kawan dan berita. " Abang tolong beli buah durian no ". Pesan isteriku. Setelah isteriku menjalankan tanggung jawabnya dengan membancuh air dan dua keping roti bakar dan diletak telur diatasnya aku meninggalkan isteriku di gerai.

Buah durian yang baru diturunkan dari lori

Hajat dihati ingin sekali melihat buah durian yang diturunkan dari lori. Maka peraih akan menunggu untuk beli dan dijual. Sayang bila aku sampai lori dah sampai dan hanya tinggal ini saja bakinya. Selebihnya diamabil peraih. Aku memesan buah yang pecah setelah terjatuh diatas batu. Isinya baik lagi cuma buahnya saja yang pecah. Akhirnya sebakul durian yang pecah dengan harga sebanyak RN20 aku beli untuk dibawa pulang.

Gerai rakanku. Buah yang tangkai panjang dikatakan special. Harganya sebiji dalam RM20

Buah-buah yang pecah akan aku asingkan. Yang elok untuk dimakan dan yang pecah isteriku akan membuat kuah durian. Memang kegemaranku kuah durian ni. Aku akan cicah dengan roti atau dimakan dengan pulut. Boleh dikatakan sehingga menjilat jari. Yang baki pula aku bawa ke tempat kerja agar kawan-kawan dapat juga merasa.

Kuah durian special. Dimasukkan gula yang dibeli di Melaka. baunya wangi sekali

Nak buat kuah ni pun kena pandai juga. kalau tidak kuah akan cair jadi makan pun tak tambah la. Isteri aku memang tahu dah yang aku suka kuah pekat. Jadi bila dia buat kuah yang pekat. Waktu tengahari pun aku masih makan kuah durian dan tidak menjamah nasi. Nak diet katakan.


Kawasan kubur ditempatku. Nampak bersih dan tenang bila berada didalam kawasan ini.

Setelah selesai dengan buah durian aku terus ke kawasan perkuburan dimana terletaknya pusara ayah, isteri dan anakku. Kelihatan semakin banyak kubur selepas isteriku. Setelah sedekah Al Fatihah aku membersih ala kadar sambil mulut aku tidak henti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Aku mengusap-ngusap namanya yang tertera dibatu. Sedih aku melihatnya. Tak ku sangka begini akhirnya terjadi kepada kami berdua. Namun Allah itu maha pengasih. Dia tahu yang yang dilakukannya. Aku sempat juga kepusara ayah dan anakku. Mungkin disinilah juga tempat aku kelak.

Tertera nama ayah dan isteriku

Aku singgah dirumah emak angkat kami. Aku ceritakan kepadanya yang aku baru pulang dari ziarah kubur Siti Aishah. Terdiam mak angkatku. Kemudian dia bersuara, " Mak cik masih ingat Aishah pernah berkata yang Budiman tak bagi dia jalan kaki keseorangan kemana pun. Budiman akan usaha menghantar. Aishah kata Aishah sayang pada Budiman. Yang makcik masih tak boleh lupa ialah bila Aishah berkata macam mana Budiman nak hidup kalau Aishah tak ada di dunia ". Kata-kata mak angkatku membuat aku secara tidak sedar meleleh air mata. Amat sebak sekali mendengar akan kata-kata itu. Hanya tuhan saja yang tahu akan hati seseorang itu. Susah untuk aku mencoretkannya di dalam blog ini.

Tadika Islam Kariah. Ini saja yang tinggal

Sebelum aku pulang kerumah aku singgah sebentar di Tadika Islam Kariah. Pernah aku menjadi gurubesar dan isteriku Siti Aishah menjadi pengajar. Murid ketika itu mencecah hampir 100 orang. Lama kelamaan tadika ini semakin suram dan usang. Bila aku sampai saja guru-guru yang semakin dimamah usia masih sudi lagi mendidik anak kariah. Kini kata mereka tinggal seramai 20 orang saja pelajar. Sedih ya. Entah kenapa ibubapa tidak mahu menghantar anak untuk mendapat pendidikan yang menjanjikan kebaikan diakhirat ataupun kurangnya promosi dari pihak yang berwajib.

Sunday, July 11, 2010

Doaku - Umrah 2010

video

Kemana Lagi..Ke Pasar Malam La

Ketika aku pulang dari kerja kelihatan isteriku sedang bersiap sedia untuk ke pasar malam. setelah menunaikan solat asar terus dia pergi sambil memesan kepadaku, " Kalau abang tak letih mai la pasar malam ". Ayat itu seolah- olah meminta aku kesana. Rasa kasihan pula aku. Walaupun badan letih dan malam pula aku akan bekerja. Setelah bersihkan diri aku terus memecut motosikal ke pasar malam. Tersenyum isteriku bila melihat aku datang maklumlah selepas pulang dari menunaikan umrah belum pernah lagi aku kep pasar malam membantunya. Sebab itulah malam itu senyumnya meleret. Aku seperti biasa akan duduk dibelakang. Kadang - kadang ada rakan - rakan yang menegurku. " Budiman duduk belakang saja. Tolong la sama isteri ". Aku tahu mereka bergurau dan aku pula tak risau sebab ada anaknya yang membantu.

Ketika menjelang waktu maghrib. Cuaca pula mendung dan hampir hujan

Hari itu fikiran aku begitu bercelaru. Sudah dua malam aku bermimpi tragedi yang menimpa aku dan arwah isteriku Siti Aishah. Entah kenapa gambaran diputarkan kembali dengan menayang kembali saat - saat kematian isteriku. Dalam mimpi itu aku melihat diriku sendiri menangis sambil memeluk isteriku yang disahkan meninggal dunia. Aku ditenteramkan oleh sanak saudara. Aku tidak sanggup berpisah dengan isteriku. Isteriku dibawa ke dewan dan disitu juga aku melihat diriku memeluk isteriku dan sekejap mengelap darah yang keluar dari mulut isteriku. Sambil mengelap aku mencium dahinya sebab keesokan harinya aku tidak lagi dapat berbuat demikian. Dalam mimpiku aku tak terdaya melakukan apa - apa. hanya dapat menyaksikan saja umpama filem yang dimainkan.

Sibuk isteriku melayan pelanggan. Ramai orang suka makan nasi tomatonya

Yang paling terkesan dalam jiwaku ialah aku melihat gambaran terakhir aku mencium jenazah Siti Aishah sambil sahabat - sahabat menangis tidak sanggup melihat aku memeluk isteriku buat kali yang terakhir. Aku hampir meraung menyaksi filem itu. Akhirnya aku terkejut dari mimpi bila isteriku mengejutkan akau. katanya, " Kenapa abang bunyi semacam merungut sambil mengangkat tangan ". Aku hanya mendiamkan diri.

Agak lama juga aku termenung dan mungkin isteriku Rosnah telah memerhati akan aku. Aku terkejut bila dia mencuit bahu aku mengajak untuk solat Maghrib. Semasa dalam perjalanan sempat juga dia bertanya, " Pasai apa abang diam dan tunduk kebawah agak lama. Abang tak pandang kemana pun ". Rasa bersalah pula aku terhadapnya. Akhirnya aku menjawab mungkin keletihan. Selepas selesai solat maghrib dia terus membeli satay sebanyak 10 cucuk. Tertawa aku bila dia hulurkan aku satay. Apalagi rezeki dah depan mata dan dengan sekali lafaz bismillah 10 cucuk clear. Terkejut dia bila datang kembali dilihatnya satay dah clear.

Aku berdoa kepada Allah agar janganlah diputarkan kembali gambaran yang lalu. Tak tertahan aku menanggung segala kerinduanku terhadap arwah Siti Aishah. Aku tidak mahu melukakan hati isteriku kini. Mungkin Allah nak beritahu sesuatu. Alfatihah buat arwah Siti Aishah. Berjumpa kita di akhirat kelak. Insyaallah.

Saturday, July 10, 2010

Peminat Alam Semulajadi

Cerita tentang alam semulajadi ni, semua orang ada peminatnya. Isteriku amat minat dengan bunga-bunga. Baru-baru ni kami beli bunga di Lorong Kulit berdekatan Stadium Bandaraya. Bunga itu dah rosak. Kini bila dengar anaknya nak ke Cameron Highland terus dia pesan bunga. Bila bunga sampai dia begitu gembira melihat bunga yang kembang. Dia suruh aku snap guna camera handphone. Kira orait juga la HP aku ni.

Tapi minat aku pula pada pemandangan indah. Pantang aku lihat pemandangan cantik pasti aku snap. Tapi hanya dengan kamera handphone saja. Sebab itu aku nak beli kamera yang baik. Entah bila aku boleh dapat. Rasa tak sabar pula nak belinya. Sekarang ni computer dirumah pula buat ragam. Ram rosak. Tengah repair. Harap-harap tak teruk sangat rosaknya. Sebab itulah aku nak beli laptop. Jadi dah 2 impian. Lepas ni apa pula yang diimpikan.

Buah strawberry

Bunga 1

Bunga 2

Bunga 3

Bunga 4

Bunga 5

Hari-hari pasti beli buah durian. Kira minat la juga. Tapi awas hati-hati jangan kerap makan

Ni di Lebuhraya berlatar belakangkan Bandaraya Ipoh

Dimana tempat ini pun tak tau

Pupuk Budaya Suka Membaca

Sudah berapa kali aku ulangalik menggunakan jalan dan sudah berapa kali kelihatan sepi perkhidmatan yang diberikan. Apa yang aku lihat ialah petugas dalam bas ini sendiri yang membaca buku padahal bersebelahan tempat parkir mereka berdekatan dengan kampong dengan majoritinya orang melayu. Tatkala lagi sekali aku lalui jalan ini kelihatan 3 anak cina sedang menuruni bas ini. Kemana perginya anak-anak melayu kita. Asyik dengan game di komputer. Asyik dengan lepak. Asyik dengan cinta. Adakah anak-anak melayu kita sudah hilang minat membaca.

Aku gagahi bertanya orang didalam bas ini, " Assalamualaikum ". Sambil tersenyum mereka menjawab salamku. Setelah berjabat salam seorang pekerja bertanya, " Err..abang nak pinjam buku apa ". Terkial-kial aku nak jawab. " Tak abang nak tanya selama duduk didalam bas ini berapa anak melayu kita datang untuk membaca atau meminjam buku ". Sambil memggelengkan kepala dikatakan kebanyakannya ialah anak orang cina dan india. Ada anak melayu yang datang bertanya tentang novel cinta. Kata mereka ramai anak orang kita tidak tahu mengambil kesempatan. Adakah kita ini masih berpegang dengan budaya subsidi. Benda datang depan pintu baru nak guna. Kita tak tahu nak mencari sendiri. Sayang sayang anak-anak kita. Kita sebagai ibubapa yang patut mula dahulu dengan membaca. Betul tak

Sepi menanti kahadiran pembaca

Friday, July 09, 2010

Jalan-Jalan Cari Pembakar

Ketika kami mengerja umrah Mei lalu dan ketika menjamu selera di cafe yang disediakan, aku melihat isteriku tidak berganjak melihat sesuatu. Aku tahu apa yang dilihatnya. Kemudian dia memanggil aku. Ditunjuknya pembakar roti yang canggih dengan roti berjalan sendiri. Dia amat berminat untuk mencari pembakar roti semacam ini bila pulang ke Malaysia. Pembakar roti sekarang yang digunakannya kerap rosak. Beli tidak sampai sebulan dan rosak.


Pembakar roti automatik yang mempunyai roller

Bila aku cuti dia mengajak aku jalan-jalan cari pembakar roti. Dengan menggunakan motosikal kami meredah bandaraya Georgetown mencari barangan yang dihajati. Nampak saja kedai stainless kami akan bertanya. Akhirnya setelah meronda dan bertanya akhirnya kami mendapat tahu yang kedai menjual pembakar roti berdekatan dengan rumah kami. Terus kami kekedai dan alhamdulillah barangan impiannya ada. Dijual dengan harga sebanyak RM1600. Setelah order barangan tersebut keesokan harinya mesin pembakar roti sampai digerai. Begitu cepat sekali

Roti yang bergitu cantik bila keluar dari pembakar. Customer pun suka.

Aku berkata kepada isteri, " Tak pa abang bayar setengah ". Tersenyum isteriku bila aku nak bayar setengah. Akhirnya dia pula bersuara, " Tak apalah Nah bayar. Abang simpanlah duit yang nak beli laptop dan camera ". Akhirnya aku pula tersenyum meleret bila dia berkata demikian. Bukan lega tetapi bersyukur ada isteri begitu. Akhirnya ramai customer yang kehairanan melihat pembakar roti sebab ia jarang didapati digerai-gerai biasa, ia begitu mudah didapati dihotel-hotel. Seronok sungguh isteriku bila hajat untuk memiliki pembakar roti canggih didapati.

Gerai isteriku yang menjual Roti canai, roti nan dan roti bakar buatan sendiri

Aku pula komputer mengalami kerosakan. Kini impianku bertambah. Memiliki laptop dan kamera. kemungkinan kamera yang akan aku beli berjenama biasa. Mana boleh aku membeli dua barang yang berharga ribuan ringgit dalam masa yang sama. Janji dapat digunakan sudah. Tetapi kalau rajin menabung insyaallah hajat mungkin tercapai. Cuma lewat sikit...Selamat Menabung Warna Nostalgia

Tuesday, July 06, 2010

Bentuk Awan Seperti Jenazah, Kalimah Syahadah


BENTUKawan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.


Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.


"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam. Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

Sunday, July 04, 2010

Tukar Warna Rumah

Hari ini hari Ahad, aku masih lagi ditempat kerja. Apalagi aku mengambil kesempatan untuk menukar warna dan sekaligus corak blog aku. Agak jemu melihat warna lama. Jadi cari..cari dan terus cari akhirnya dapat juga warna yang ceria. Itupun pada akulah. Nanti-nanti kalau jemu boleh tukar lain. Bagi lagi seronok berblog ni. Isinya tetap sama ibu-ibu dan bapak-bapak sekelian.

Saturday, July 03, 2010

Musim Buah Ingat Pada Si Dia

Kalau datang musim buah, 2 insan yang tidak boleh aku lupa ialah pertama rakanku yang berniaga buah durian. Pantang nampak muka aku pasti dipanggilnya. Buah yang dijual pula semuanya elok. Kalau isinya keras akan dibuka yang lain. Aku lebih suka buah durian dibuka dan dimasukkan kedalah foam. Jadi tidak timbul isu isinya keras dan tak boleh makan. Ramai pembeli merungut buah yang dipotong sebelah isinya didapati baik, namun bila pulang kerumah dan dibuka sebelahnya pula isinya keras. Ini merupakan satu penipuan. Aku memang jarang membeli buah yang dilonggok kononnya selunggok RM10. Banyak pula tu. Bila dibawa pulang tak boleh dimakan. Ada yang busuk. Ada yang keras. Inilah nasib pembeli yang ingin merasai buah-buahan tempatan.



Insan yang kedua ialah mak mertuaku. Kalau buah rambutan dah masak merah pasti dicarinya aku untuk dipetik walaupun ada anak-anak lain. Memang semasa ada arwah Siti Aishah kamilah yang akan mengait buah. Aku akan memanjat pokok ini dan sambil mengait mulut pula mengunyah. kadang-kadang aku bergurau dengan isteri dengan melontar buah diatas kepalanya. Kini aku amat merindui akan kenangan itu. Hari ini aku mengait sendirian dan akulah yang mengutipnya. Kadang-kadang aku termenung jauh mengingati peristiwa lampau yang hanya meninggal kenangan. Isteriku Rosnah pula amat menggemari buah rambutan ini. Bila habis dimintanya aku ambil lagi. Mak mertua aku hanya tersenyum bila aku cerita yang isteriku amat menggemari buah ini. Insyaallah sebelum memasuki Ramadhan aku dan anak-anak bercadang nak buat kenduri tahlil untuk arwah Siti Aishah. Semoga Allah terima amal-amal ini.

Friday, July 02, 2010

Semua Orang Pasti Akan Merasa

Berdasar kepada gambar yang dipaparkan. Kita semua sedang bergerak peringkat demi peringkat menuju kearah destinasi yang kita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya. Hanya iman saja yang mengatakan bahawa semua ini adalah benar. hidup tanpa amal akan merugikan kita. Semoga mendapat iktibar. Kita akan tinggalkan kereta besar, rumah besar, bini besar, saham-saham dan lain-lain lagi. Siapa yang dapat menolong kita. Amal kita. Sedekah jariah kita dan doa dari anak-anak yang soleh. Bagaimana dengan anak-anak kita pula. Sudah cukupkah kita memberi didikan agama kepada mereka. Bolehkah diharapkan mereka mendoakan untuk kita sedangkan kita sebagai anak berapa kali telah mendoakan kepada kedua-dua ibubapa kita. Berapa kali kita menalipon bertanya khabar mereka jauh sekali menziarahi mereka.

Baby Walker
Peringkat 1 ( 4 hingga 9 bulan mengikut kesesuaian )


Kereta Tolak
Peringkat ke 2 ( 9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )


Kereta Mainan
Peringkat ke 3 ( 3 hingga 7 tahun mengikut kehendak )


Kereta control biasa - biasa saja
peringkat ke 4 ( 7 hingga 12 tahun mengikut kemahuan )


kereta control berjenama
Peringkat ke 5 ( 12 hingga 19 tahun mengikut kemampuan )


Kereta Mini, Sport. MPV atau sedan
Peringkat ke 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket )


Kerusi Roda
Peringkat ke 7 ( 50 keatas mengikut keperluan )


Kereta Jenazah
Peringkat akhir bila tiba masanya

Bila ini berlaku sudah tidak ada lagi penyesalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...