Teman-teman

Tuesday, August 31, 2010

Beli 2 Dapat 3

" Nah tahun ini kita buat rumah terbuka mau tak ". Aku bersuara kepada isteriku. Sudah dua tahun aku menyepi dari mengadakan rumah terbuka. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang isteriku Siti Aishah telah pun tiada. Puas aku cuba memujuk hatiku agar menerima akan kenyataan ini. Namun semakin aku cuba mengikis tragedi ini semakin galak ia menerpa kememoriku. Semuanya berubah apabila kami pulang dari melakukan umrah pada Mei lepas. Entah kenapa hati aku sedikit sebanyak menampakkan perubahan walaupun dalam jangka masa yang sama aku takut akan perubahan itu. Ajaib bukan. Takut dengan perubahan.....

Isteriku menampakkan minatnya untuk turut mengadakan rumah terbuka. " Nah belum pernah mengadakan rumah terbuka. Abang nak jemput siapa ". Tanya isteriku. " Ok kita buat macam ini. Selepas zohor kita buat jemputan sebelah keluarga Nah. Selepas asar kita buat jemputan sebelah keluarga Siti Aishah dan selepas maghrib jemputan sebelah keluarga abang. Ok tak ". Alhamdulilah akhirnya kata sepakat telah dipersetujui. Aku bersyukur sebab ini merupakan ramadhan dan Aidil Fitri kami yang kedua dan ternyata kali kedua menampakkan perubahan. " Abang halaman rumah kita ni nampak penuh dengan rumput. Jom kita buat gotong royong ".

Aku akur atas permintaan isteriku. Selepas solat asar maka kami berdua dan dibantu dengan anak-anak memulakan sesi gotong royong. Begitu semangatnya aku mencangkul rumput-rumput yang panjang. Akhirnya 3/4 dari rumah kami sudah menampakkan kebersihannya. Kami berhenti dan aku mengajak isteriku ke pasar ramadhan mencari lauk. Setelah sampai disana aku tidak berminat dengan lauk pauknya tetapi minatku kepada berbagai jenis jus dan sirap yang dijual. Terdengar dari jauh, " Offer..offer. Beli satu dapat satu ". " Takkanlah beli satu dapat 2 ". Rungut isteriku. Aku tertarik dengan sirap dari bunga kek wa. Aku cukup suka sirap ini. Entah kenapa isteriku juga minat juga dengan sirap ini. " Abang beli 2 dapat 3 " Balas gadis penjual sirap. Bertudung labuh dan manis orangnya. Memang aku nak beli 3. Dah offer maka beli 2 saja dan dah dapat 3.

Aku membelek-belek jus yang lain. Rasa macam tidak cukup sebungkus untuk aku seorang. Dahaga dari hasil gotong royong tadi amat terasa sekali. Akhirnya tanganku ditarik isteriku ketempat lain. " Amboi abang kalau dah offer tu tak mau dah ketempat lain ". Cubitan amaran isteriku walaupun tidak sakit perlu dipandang berat. Aku tertawa gelihati dengan isteriku. Tak sangka betul cemburunya dia terhadap aku. " Abang esok datang lagi ya. Abang beli 2 saya bagi 3 juga dekat abang ". Aku hanya mengiakan saja. Dalam lembut isteriku kadang-kadang ada juga garangnya. Setelah azan berkumandang maka air siraplah pertama sekali aku cari. Dahaga setelah bergotong royong amat ketara sekali. Selepas solat maghrib barulah aku menjamah cucur udang yang digoreng isteriku.

Sambil makan kami masih berbincang akan menu rumah terbuka. " Nah ingat nak buat pizza la ". Aku terus menyokong akan cadangan itu. Memang pizza yang dibuat isteriku amat lazat. Dikalangan rakan-rakan aku jenama Pizza Salam masih lagi terkenal. Dengan wang saguhati sebanyak 1/2 bulan gaji yang TNB berikan kepada pekerjanya sudah mencukupi untuk mengadakan rumah terbuka. Dengan baki ramadhan selama 10 hari lagi marilah sama-sama kita mengejar 10 malam terakhir. Malam lailatul Qadar merupakan kemuncak bulan ramadhan. Aku tidak mahu ketika datangnya Lailatul Qadar aku masih dibuai oleh mimpi. Rugi rasanya... Jom kita cari lalilatul Qadar. Tak kiralah samada program di surau ataupun masjid. JOM..............

Saturday, August 28, 2010

Jubah Untuk Ibu

Untuk dikongsikan bersama.

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetuatu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.


Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini Berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.


Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku Tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapalari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang
melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .


p/s: Jangan menilai seorang anak dari keindahan, kecantikan, kepandaian luaran,,,”HATI” hanya Allah yang Maha Mengetahui,, anak yg kelihatan kasar,,degil dan nakal tak semestinya anak derhaka yang tidak pernah menyayangi ibu dan bapanya,,, mungkin anak yg paling banyak menyakitinya tu adalah anak yg paling menyayangi dan sanggup berkorban apa sahaja utk ibu dan bapanya,,, :’(



Thursday, August 26, 2010

Nak Ayam Piru Tapi Dapat Itik

Sudah 3 hari aku bertugas dari jam 8 pagi - 12 tengahmalam. Ini bermakna aku berbuka keseorangan ditempat kerja. Aku pulang dan sampai dirumah sudah menghampiri jam 1 pagi. Dengan badan yang keletihan kadang-kadang aku tertidur dengan uniform kerja. Sungguh setianya aku. Waktu sahurlah aku dan isteri dapat berborak itupun mata aku yang sepet bertambah sepet lagi waktu itu. Selepas subuh aku bersiap-siap pula nak masuk kerja. Kesian dekat isteri. Malam baru dapat berjumpa. Hanya taliponlah yang menggunakan 3G aku berkomunikasi dengan isteriku. Tak tahu bagaimana bill nanti. Cakap tak nampak muka tak sah. Tak apa duit boleh dicari kan...

Inilah salah satu tempat lokasi kerjaku. Tak menentu tempatnya. Ini dalam container

Selalunya nasi gorenglah yang aku makan. Ia mudah. Tak payah nak fikir untuk mencari lauk. Cuma order nasi goreng ikan masin, nasi goreng pataya dan dengan cepat saja dah siap. Hari ini aku nak mencipta kelainan sikit. Teringin pula nak makan nasi kandar. Maka teringatlah aku nasi kandar terkenal di Penang ini. Nasi kandar hameedyah. Memang karinya begitu enak. Cuma ongkosnya lebih sedikit. Jam 6 petang aku terus kedestinasi yang diidamkan. Ketika sampai sudah kelihatan ramai yang mula beratur. Terpandang menu hari ini, nasi beriani ayam piru. Aku dah mengecap air liur. Tiba gilirannya aku minta nasi biasa saja dan lalu aku tunjukkan kari ayam piru dan telur masin. Setelah nasi dibungkus aku membayar dengan harga RM8. Mahal juga tu. Tak apalah sekali sekala katakan.

Kusangka ayam piru. Rupanya itik yang ku beli

Ketika berlalu kelihatan seorang bertanya kari yang aku baru beli. Kata mamak kedai itu kari itik. Alamak aku dengar itik dah geli geleman. Belum pernah dalam hidup aku, aku makan itik. Telur itik ada la. Nak buat macam mana aku dah terbeli. Bila sampai waktu berbuka aku masih berbelah bagi antara nak makan atau tidak. Akhirnya aku bedal juga. Rasanya sedap la juga. Tak la rasa macm itik. Rasanya pada aku macam ayam juga. Akhirnya clear juga nasi. Selalunya pasti ada baki yang akan aku beri pada kucing yang sering menunggu. Dari liar sudah menjadi jinak apabila aku kerap memberinya makan nasi. Kalau aku beli nasi sudah tentu aku minta ditambah untuk aku berikan kepada 2 ekor kucing yang kelaparan. Setelah kenyang kucing itu akan pergi mencari anaknya untuk disuskan.

Tiba-tiba aku terlihat 2 ekor kucing sedang tercegat menanti nasi dari aku. Menyesal aku sebab nasi semuanya sudah aku bedal. Akibat terlalu berseleranya aku, terlupa pula akan insan yang lain. Akhirnya aku berikan kuih yang aku beli sebanyak 5 ketul kepada 2 ekor kucing. Nasib baik kuih itu dimakan juga. Dah kenyang kucing itu pergi mencari anaknya untuk disusukan. Sambil menyusu anaknya dia memandang aku sambil mengiow-ngiow. Mungkin mengucap terima kasih kepadaku. Alhamdulillah. Janji aku kenyang dan kucing itu juga kenyang. Aku akan bertarawih dalam container ini seorang diri. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang ke 16

Wednesday, August 25, 2010

Pakcik Tolonglah..Sudah 4 kali Hilang

Baru-baru ini sebelum menyambut bulan Ramadhan, aku telah mengadakan kenduri arwah untuk kaum keluarga yang telah pergi mendahului kami. Bukan cerita ini hendak aku fokuskan. Semasa berada didalam rumah ibu mertuaku kelihatan seorang wanita yang pernah suatu ketika aku pergi untuk berubat walaupun aku tidak ada ilmu. Hanya keberanian dan ingin menolong setelah diminta. Wanita itu turut diundang kekenduri. Disebelahnya juga berdiri makhluk yang berambut panjang sehingga ke paras pinggang. Mereka berdua asyik mengerling aku. Mungkin menanti apa tindakanku. Sungguh tajam renungan wanita itu. Entah kenapa aku begitu berdebar-debar melihat renungan mereka. Kalaulah aku bacakan ayat suci Al-Quran dan aku hembuskan kepada mereka, sudah tentu wanita itu akan menjerit seperti histeria seperti terjadi baru-baru ini maka akan rosaklah majlis. Susah juga kalau bab saka ni. Sudah dibuang oleh seorang ustaz masih lagi dia datang mencari tuannya yang tidak meredhoinya.

Aku terus keluar dan memberitahu anak gadisku. Malam terus berlalu. keesokkan harinya riuh diperkatakan yang keluarga kakak iparku kehilangan 2 pasang telekung. Tiada tanda-tanda ia dicuri manusia. Setelah kakak ipar selesai solat isyak telekung diletakkan diatas katil. keesokan paginya ketika hendak mengerjakan solat subuh telekung sudah tiada. Puas dia bertanya anak-anak, namun semuanya memakai telekung sendiri. Selepas subuh itu juga anaknya serta menantu sedang bersiap hendak pulang ke KL. Dimasukkan kain telekung didalam beg. Ketika hendak memasukkan kedalam kereta didapati telekung yang diletakkan didalam beg juga hilang.

Malamnya mereka menalipon aku dan aku terus kerumah mereka. Tiada tanda-tanda kehadiran makhluk tertentu. Keesokan harinya aku diberitahu oleh abang ipar yang anak saudaraku telah membawa pulang pokok cempaka dan ditanam dibelakang rumah. Baru aku perasan yang inilah puncanya semua perkara yang berlaku. Sebelum ini belum pernah berlaku kejadian seperti ini. Mengikut pengalaman aku, pokok cempaka ini banyak ditanam dikawasan perkuburan. Benda halus amat meminati akan pokok ini. Mungkin hasil dari anak saudaraku membawa pulang pokok ini membuat benda itu turut tertarik hati. Aku mengarahkan agar pokok itu dibuang atau dibakar.

Pokok itu masih lagi berada disitu walaupun aku mengarahkan ianya dibuang atau dibakar. 2 hari yang lepas, aku menerima panggilan dari anak saudara. " Pakcik tolong mai tengok rumah ni. Telekung hilang lagi 2. Sudah 4 pasang telekung dah hilang ". Terdiam aku mendengar rintihan mereka. takkanlah dalam bulan Ramadhan masih ada lagi saki baki. Aku mengesyaki ini mungkin kerja jin islam yang nakal. Jin islam juga sepeti manusia. Ada yang nakal dan ada yang baik. Ini aku baca dari buku-buku mengenai jin dari mereka yang memang pakar tentang bab ini. Setelah solat maghrib aku beritahu pada isteriku yang aku akan kerumah mertuaku dan terus menunaikan solat tarawih. Isterikulah orang yang tidak senang duduk dibuatnya bila setiap kali aku keluar untuk menolong orang. Apa tidaknya selesai kerjaku dan bila pulang kerumah pasti kami diganggu oleh makhluk itu.

Aku terus kebelakang rumah dan memang sah ada seorang wanita dengan pakaian kebaya berada disitu. Aku masuk kedalam rumah dan dia sudah berada didalam. Jantung aku mengepam begitu cepat bila melihat paras rupa wanita itu. Rambutnya ikal mayang. Lurus dan berkilat. Rupanya masyallah belum pernah aku melihat wanita secantik ini. Aku keluar dan beritahu kepada anak gadisku. " Kakak.. kalaulau ayah belum kahwin lagi pasti ayah tergoda ". tercengang anak aku bila mendengarnya. " Jangan ayah dok tergoda. Nanti tak balik kedunia susah kami. Ayah dia ni jenis apa. Jin islam ka ". " Mungkin orang bunian ". Itu hanya sangkaanku sahaja sebab aku tidak pandai akan bab jin. Aku pernah melihat cerita puteri bunian yang ditayang di tv9. Yang menjadi bunian ialah Nora Danish. Wanita itu aku beritahu kepada anakku 10 kali ganda cantik dari Nora Danish.

Aku hanya diam dan tidak riuh akan perkara ini. Takut pula seisi rumah akan menjadi kecuh. Didalam sudah penuh dengan kaum keluarga. Aku meminta garam kepada anak saudaraku. Aku cuma nak test apakah benar makhluk itu jin islam atau kafir. Aku membaca al- mathurat, 3 qul dan ayat 9 dari surah yasin. Aku pergi kedapur dimana wanita itu sedang berdiri. Aku buat macam tidak nampak akan dia. Terus aku baling garam kearahnya. Anih dia tidak lari. Sah wanita itu dari jin islam. Kalau iblis seperti selalu dia akan hilang bila dibaling garam. Tidak putus-putus aku mengerling kearah wanita. Nakal juga mata aku atau aku yang nakal. Aku tidak jemu memandang wanita cantik ini. Aku benar-benar berada disebelahnya.

Akhirnya aku berkata, " Assalamulaikum. Aku tak tahu siapa kamu. Telekung yang hilang telah kami halalkan. Kami memohon agar jangan diambil lagi telekung mereka. Kesian dekat mereka. Mereka juga hendak sembahyang. Kalau tiada telekung macam mana mereka nak sembahyang ". Wanita itu hanya menundukkan kepalanya kebawah. Tidak putus-putus aku berkata tentang keayuannya. Selesai aku buat segalanya aku beritahu insyaallah perkara ini akan selesai. Pokok cempaka pun sudah dibakar. Harap-harap tidak berulang lagi perkara ini.

Aku pulang kerumah. Seperti biasa isteriku sudah berada didepan pintu. " Ni nak korek rahsia la ". Gurau aku dekat isteriku. Aku terus menceritakan akan keayuan wanita itu sehinggakan aku begitu tergoda dengannya. " Abang jangan buat macam ni. Kesian dekat Nah. Jangan tinggal Nah ". Entahlah aku mengelamun yang andaikata aku keseorangan didalam rumah sudah pasti aku tewas akan keayuan wanita itu. Naluri lelakiku tidak kuat. Mudah cair dengan keayuan wanita. Orang jantan kan..kan..kan. Baru-baru ini aku menalipon anak saudaraku bertanya khabar. Kata mereka setakat ini alhamdulillah. Risau juga aku. Kalau masih lagi berlaku perkara ini terpaksalah mencari mereka yang lebih pakar. " Pakcik cuma nak tolong. Pakcik bukan along ". Tertawa mereka bila aku berkata demikian


Tuesday, August 24, 2010

Bila Gunung Sudah Meletup

Isteriku mengajak aku kekedai untuk membeli barangan untuk membuat kuih raya. Aku mengikut saja. Seperti biasa dan sebelumnya inilah kedai yang aku dan arwah isteri berkunjung. Maklumlah kedainya boleh dikatakan semuanya ada barangan kelengkapan membuat kuih raya. Bila kami sampai masih tidak ramai lagi pembeli sebab jam baru pukul 10 pagi. Didalam kedai cuma ada beberapa orang saja. Seperti biasa aku pasti memegang bakulnya sementara isteriku mencari barang. " Abang tak payah la masuk dalam. Biar Nah saja yang beli ". Aku tidak mengendah akan kata-kata itu. terus aku membawa bakul. Aku nak juga merasai bagaimana susahnya nak buat sesuatu. " Bang yang ni bagus ka atau yang itu ". Tanya isteriku. Ha..sebab itulah aku masuk bersama. Suami isteri mempunyai peluang berkomunikasi mencari barangan.

Diluar pula seorang ayah sedang gelisah. " Ayu suruh mak cepat sikit ". Sianak berlari mendapatkan ibunya. " Mak-mak, ayah kata suruh cepat sikit ". " Ya-ya ". Balas siemak kepada anak kecilnya. Berlari pula sianak kepada ayahnya. Aku hanya memerhati akan kelakuan siayah yang asyik merungut isterinya terlalu lama memilih barang. Rungutannya pula bukan didalam hati tetapi dapat didengari oleh semua orang. Maka wanita-wanita yang mendengar pun soksek-soksek. " Apa punya suami perangai tak sabar macam tu ". Kedengaran seorang wanita berkata. " Haa..tu mengumpatlah ". Bisik hati kecilku.

" Ayu suruh mak cepat sikit. Apa ni lama sangat ". Nada siayah sedikit tinggi. Berlari pula sianak mendapat ibunya. " Mak-mak ayah marah mak. Ayah suruh cepat ". "Ya-ya mak cepat la ni. Apa la ayah hang ni. Tak sabar langsung. Ingat senang nak cari barang. Suruh dia cari barang terkangkang dekat dalam kedai tak jumpa barang ". Luah siemak kepada anak gadis yang mengikutnya. Hati aku bila mendengar rungutan siemak mula la menjawab, " Betoi-betoi kata kakak ni. Apa punya suami ni. Tak ada timbang rasa langsung ".

Dalam aku sedang melayani fikiranku, tiba-tiba terdengar suara tempikan dari luar. " Oii mak hang. Tak cukup lagi ka. Awat hang nak beli dengan kedai-kedai sekali ka ". Gunung berapi yang sebelumnya mengeluarkan asap tiba-tiba memuntahkan isinya. Siasuami sudah hilang pertimbangannya. Sudah tidak ada perasaan untuk memahami akan keadaan sesuatu. Akhirnya sisiteri pula meletup. " Awat pak hang ingat senang ka nak cari barang. kalau suruh pak hang mai beli dah tentu terkangkang didalam tak tau nak beli apa. Ni pun semua untuk kawan dengan adik beradik pak hang. Kalau tak sabar jom balik. Raya ni adik beradik pak hang mai layan sendiri ". Itulah sarang tebuan jangan dijolok. Merajuk sisiteri lalu keluar meninggalkan barangan.

" Mah oii awat yang tak beli ". Pujuk pula sisuami. " Pak hang beli sendiri. Awat pak hang saja tau marah. Tau tempik saja. Mah malu tau ". Sambil menangis siisteri terus berlalu. " Yang tu pun nak marah ". Rungut suaminya sambil pergi kearah isterinya. " Ele.. siapa yang tak marah kalau dah menjatuhkan airmuka dikhalayak ramai ". Aku merungut didalam hati. aku sendiri pun tak sedar bakul yang aku pegang dah penuh. Punya asyik melihat drama pilihan. Setelah selesai membayar isteriku merungut akan peristiwa tadi. " Nasib baik la Nah dapat seorang suami yang baik dan penyabar ". Bagai nak pecah hidung aku akibat terlalu kembang mendapat pujian dari siisteri.

Sunday, August 22, 2010

Video Anak Kucing & Bapa Ayam

mAku upload video kisah anak kucing dan bapa ayam untuk tontonan pembaca semua. Video ini sangat pendek sebab aku masih menanti candid dari mereka. Baru-baru ini aku terjumpa mereka bermain didalam hutan tapi bateri kamera pula habis. Sementara menunggu perjumpaan mereka sekali lagi aku tunjuk dulu video pendek ini. Semoga bermanfaat pada semua.


video

Saturday, August 21, 2010

Makan Lagi Tapi Utamakanlah Keselamatan

Pernah aku ceritakan pada isteri yang aku buat sambal tumis jawa dan selepas itu akan aku teruskan dengan menggoreng nasi baki dari minyak sambal tumis itu. Memang menyelerakan terutamanya didalam bulan puasa ini. Tetapi nasi goreng ni aku modified sikit. Tok guru tak ajar cara ini. Aku namakan Nasi Goreng Jawa Ikan Masin. ia hasil gabungan Nasi goreng jawa dan nasi goreng ikan masin. Bila isteriku mendengarnya apalagi teringin bebenor dia. Bila aku pulang dari solat tarawih isteriku dah menunggu. kuali sudah berada di dapur. Kesian pula aku menengoknya. Lantas sayang isterilah katakan maka aku pun menyalin apron. Seperti juga sambal tumis jawa, nasi goreng ini pun memerlukan cili padi untuk melazatkan lagi nasi goreng. Yang aku tak tahan sekali bila nak tumbuk cili padi, jadi terpaksalah aku gunakan kaedah keselamatan. Topi keledar yang ada wiser menjadi penyelamat. Tertawa isteriku bila melihat gelagat aku ketika menumbuk cili padi. Orang lelaki buat kerjalah katakan pasti satu dapur berselerak. Alhamdulillah dalam selerak ada yang mengemasnya. Akhirnya jadilah nasi goreng jawa ikan masin

Nasi Goreng Jawa Ikan Masin

Aku belum cerita lagi bagaimana nak buat sambal tumis bandung. Yang ini lagi berapi sebab ramuanya cili padi dan udang. Sanak saudara aku yang tinggal di Singapore memang pakar tentang sambal tumis ini. Bila mereka datang ke Penang pastinya tak terlepas dengan sambal tumis bandung. Masa kami makan nasi bersamanya pasti ada kain tuala untuk mengelap peluh yang meleleh akibat kepedasan sambal tumis bandung. Ia begitu menyelerakan. Nak resipinya. nanti aku bagi satu persatu ya.... Sabarlah

Friday, August 20, 2010

Nak Udara Segar Akhirnya Pening Dibuatnya

Bulan Ramadhan telah memasuki hari kelapan. Inilah pertama kalinya aku menjejak kakiku kepasar ramadhan. Kataku pada isteri hari ini jangan dimasak, kita ke pasar ramadhan nak menghirup udara segar. Sampainya kami disana sudah kelihatan ribuan pengunjung maklumlah jam menunjukkan 6 petang. Bau usah dipertikaikan lagi. Bermacam jenis-jenis baunya. Sudah tentu semuanya wangi-wangi. Isteri aku dah pening kepala dengan keadaan sempit dan berhimpit. Aku hanya memesan sebelah ayam madu untuk anak aku bersahur. Sebelah saja udah RM11.

Kalau setiap hari aku ke pasar ramadhan alamat perbelanjaan bulan ramadahan pasti melebihi bulan yang tidak berpuasa. Aku melihat ramai yang memegang beg plasti kedua-dua belah tangan. Itu hak mereka. Pernah aku dan isteri menghadiri kuliah maghrib. Kata ustaz bulan ramadhan ini akan kelihatanlah penjual orang melayu yang segera mengaut keuntungan. Jauh hati isteri aku dengan kata-kata itu. katanya dia tak mahu berniaga dipasar malam dibulan ramadhan akibat malu dengan kata-kata itu. Akhirnya terpaksalah aku memujuk. Kataku"
Kita berniaga bukan tak tunaikan solat. Kita tidak menjual mahal malah ramai pengunjung yang berkata kita jual murah ".

Akhirnya dia mengalah dan berniaga di pasar malam. Alhamdulillah jam 4 petang sampai sebelum jam 6 petang dah habis jualan. Esok katanya dia nak menambah jenis lauknya memandangkan ada sesetengahnya hanya membeli lauk untuk dibawa pulang. esok aku akan berbuka di pasar malam bersamanya, Siapa yang berdekatan yang nak join silalah datang tetapi dengan syarat bawa makanan sendiri ya. Kita boleh kogsi makan dan bukan kongsi raya.

Thursday, August 19, 2010

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan pula Bapa Ayam Dan Anak Kucing

Melihat pada tajuk diatas tentu dah suspen pembaca semua. Tak ada apa WN cuma nak buat gimik sedikit. Gambar yang dirakam adalah kisah hidup setiap hari sianak kucing yang kehilangan ibunya. Semenjak kecil lagi ibunya telah meninggalkannya. Anak-anak lain dipelihara dengan baik. Entah kenapa dia pula yang menjadi mangsa. Untuk menghilangkan kerinduan terhadap ibunya maka sianak kucing mencari alternatif lain. Akhirnya dengan kuasa Allah swt, sianak kucing bukan mendapat ibu tumpang tetapi mendapat bapa tumpang.

Kehulu kehilir anak kucing dan bapa ayam berduaan tanpa ada perasaan benci sesama sendiri. Inilah gambaran yang setiap hari aku saksikan. Sianak kucing akan menyondol bapa ayam dan sibapa ayam pula membiarkan saja. Subhanallah. Walaupun mereka berlainan rupa. Berlainan budaya namun tidak timbul perasaan permusuhan. Allah tunjukkkan sesutu untuk menjadi iktibar bagi kita yang mahu berfikir.

Wednesday, August 18, 2010

You don`t want to have some revenge

Aku mendapat email dari youtube dimana seorang pembaca telah memberi komen terhadap video Salam Terakhir yang telah aku upload ke youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=xeItWMzT6-4 ). Berikut aku siarkan komen tersebut. " hermantika you don't want to have some revenge to person who made your wife and life suffer ?. Do it..release your anger, let your anger heal the pain...

Sebenarnya aku tidak mahu lagi berbicara tentang apa yang terjadi terhadap isteriku. Sudah 2 tahun peristiwa itu berlalu. Semakin aku kenang semakin parah aku dibuatnya. Soal membalas balik perbuatan mereka yang melakukan sihir terhadap isteriku bukan kuasa aku untuk melakukannya. Ya..pernah suatu ketika aku berperasaan begitu. Apakah aku tidak layak untuk mengecapi kebahgiaan rumahtangga. Persoalan demi persoalan timbul dalam kotak hatiku. Mengapa aku...mengapa aku. Ada juga saranan kawan-kawan agar aku berjumpa bomoh pakar yang dapat membalas kembali kejahatan yang mereka lakukan.

Namun aku juga cukup bersyukur bila ada juga kawan-kawan berkata janganlah aku menjadi seperti mereka. Aku pernah bertanya kepada seorang ustaz tentang bagaimana hendak menangani mereka yang melakukan sihir. Kata ustaz itu kita boleh pulangkan kembali sihirnya tetapi jangan ditambah dengan benda yang baru. Akhirnya aku mengambil keputusan hanya memulangkan kembali sihir itu disamping berdoa agar Allah menyelamatkan kami semua dari fitnah dan hasad dengki manusia. Aku masih tidak dapat melupakan wajah-wajah kesakitan isteriku. " Bang badan Siti sakit sangat. Abang tolong bacakan ayat-ayat quran ". Setelah kuhembuskan kebadannya barulah kelihatan lega sedikit. Namun semua itu tidak kekal lama. Mereka menambah kekuatan sihir dengan mencucuk jarum ke patung. Betapa derita sakitnya isteriku. Aku sendiri tidak sanggup melihat penderitaannya.

Allah berkata, " Wama karu Wama karallah. Wallah Hu Khoirul Ma Kirin - Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik ". Itulah kami. Kami merancang untuk kehidupan kami demi mencapai rumahtangga yang diidamkan. Namun apakan daya Allah lebih mengetahui. Betapa pedih hati ini ingin menuntut bela diatas kematian isteri tersayang. Agamalah yang telah memisahkan niat untuk membalas dendam. Betapa deritanya hati ini bila anak-anak merayu, " Ayah tolong bagitau siapa yang buat mak macam tu. Mak tak pernah buat jahat dekat orang. Tak kan kerana hendakkan jawatan sehingga sanggup buat mak macam tu ". Aku hanya mampu memeluk anak aku sambil menangis.

Mahu saja aku berdoa kepada Allah agar Allah turut mengambil nyawa aku juga. Tidak sanggup aku berpisah dengan Siti Aishah. Pernah aku katakan hasrat hati ini kepada rakan-rakan arwah. Menangis mereka. Kata mereka aku masih mempunyai 2 orang cahaya mata yang memerlukan kasih sayang aku. Siang dan malam asyik terbayang wajah mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya hanya doa dari kami sekeluarga kepada Allah agar menghukum mereka yang telah memisahkan kasih sayang ini. Mahasuci Allah, dengan sekelip mata sahaja Allah membalas kembali kejahatan tersebut. Orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu kini sedang merana.

Namun hidup kami perlu diteruskan. Mungkin Allah telah mengatur perancangan lain untuk kami. Kini aku sudah pun beristeri dan syukur kepada Allah sebab doaku agar Allah memberi isteri yang mempunyai perwatakan seperti Siti Aishah dimakbulkan. Kini disebabkan doa itu juga setiap perkataan dan cara masakan akan mengingatkan aku kepada Siti Aishah. Terima kasih juga kepada anak-anak aku yang merestui aku mencari pengganti walaupun dalam masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Aku sudah bertekad jangan ada sesiapa yang melukai anak-anak aku. Aku bersyukur kepada Allah dengan ujian ini walaupun amat berat aku memikulnya.


Monday, August 16, 2010

Merasa Juga Aku Akhirnya

Hari ini umat islam sudah 6 hari berada didalam bulan Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Hari ini sekali lagi aku berbuka, bertarawih dan bersahur seorang diri ditempat kerja. Nak buat macam mana sebab tugas aku begitu. Sekali sekala saja dapat bersama keluarga. Bertuahlah mereka yang setiap hari dapat berkumpul bersama keluarga. Isteri aku begitu sibuk sekali didapur sebab katanya nak masak gulai ikan talang kering untuk aku membawa bekal. Aku menghalangnya masak awal sebab aku ada agenda lain. " Tau la hari ini mungkin abang nak cari cucur udang ". Tepat sangkaannya. Aku sudah palnning untuk berbuka dengan cucur udang yang terdapat di chowrasta. Boleh dikatakan famous jugalah cucur udangnya. Bersebelahan dengan gerai ini terdapat air sirap kelapa muda yang sungguh sedap. lain rasanya dari air kelapa yang dijual ditepi jalan. Ada campuran khas dimasukkan kedalam sirap yang bewarna merah

Cucur udang Chowrasta, Penang Road

Aku juga tidak ketinggalan membeli masalodeh. Ia dibuat dari kacang parpu atau kacang dal. Makanan ni dah menjadi sebati dalam hidup aku sebab semasa bersekolah dibandar hampir setiap hari aku beli dan makan diatas bas sebelum sampai dirumah. Alhamdulillah walaupun berbuka seorang diri, laju dan berselera aku dibuatnya. Aku bertarawih di surau berdekatan. Hati aku tidak tenang sembahyang disini sebab bunyi dentuman mercun yang begitu kuat kadang - kadang mengganggu bacaan bacaan imam.

Gerai cucur udang

Penduduk di flat ini kebanyakkannya langsung tidak memikirkan masalah jiran. Bermain mercun dan bunga api diatas flat. Bunyi letupan mercun yang kuat pasti akan membuat jiran sebelah tidak selesa. Menjelang saja bulan Ramadhan maka muncullah penjual haram mercun. Mereka hanya memikirkan soal untung yang lumayan hasil dari menjual benda haram. Anak-anak kelihatan memakai kopiah seolah-olahnya hendak kesurau tetapi bermain mercun bersebelahan surau. Mungkin ayah mereka tidak kesurau sebab itu anak-anak begitu. Kalau siayah berada disurau dia boleh memantau akan anak-anak. Raya sungguh sianak tanpa pengawasan ibubapa. Selesai solat tarawih mereka akan pulang dan siayah menyangka yang sianak telah kesurau namun tekaan sibapa meleset sama sekali. Esok sianak akan bermain mercun lagi sambil berkopiah manakala siayah didepan tv menyangkakan sianak berada disurau.

Siabang pula menaiki motosikal sambil menderum minyak tanpa memperdulikan selawat yang berkumandang dicorong surau. Assolah tu sunnatat tarawih. Ja miatan rahimakumullah. Celik lah mataMU wahai siayah. JOM segera kita kesurau bertarawih. Jangan jadi seperti ular sawa yang kekenyangan. Ketika WN menulis dentuman mercun kedengaran dan bunyi motosikal yang laju kehulu dan kehilir. Begitu bising dibuat mereka. Semuanya dari anak-anak kita yang bergelar melayu.

Sunday, August 15, 2010

Ambil kesempatan Cuti

Aku mengambil kesempatan cuti minggu ini untuk aktiviti aku. Pada mulanya niat dihati nak memancing, namun rod dah hilang lalu aku menukar aktiviti dengan menolong jawatankuasa surau bergotong royong membuat bubur kanji atau bubur lambuk bagi sesetengah tempat. surau kami setiap tahun hanya mampu membuat sebanyak 2 periuk besar. Itupun tak cukup. Masakan kanji wanita ini cukup sedap sebab bermacam ramuan dimasukkan maklumlah ketuanya suatu masa dahulu pernah menjadi chef. Tugas aku hanya mengacau saja bubur selepas dia panas. Sempat aku suruh seorang AJK wanita snap gambar aku. Kata seorang AJK wanita, " Ala kami tau hang tangkap gambar nak tunjuk dekat Rosnah. Baru dia percaya yang hang mai tolong kami ". Aku ketawa gelihati mendengar gurauan mereka. Aku pun tak kisah dengan gurauan mereka semua. Sudah berapa tahun kami bergurau begitu. Akhirnya aku diberi sebanyak 2 bungkus kanji. Sebungkus untuk buka puasa dan sebungkus lagi untuk sahur.

Buat menyebuk kacau bubur kanji

Pulang kerumah isteri aku mengajak aku kepasar batu Lancang. Pasar best sikit sebab dia buka bermula jam 2 petang. Jadi kalau terlepas pasar pagi masih boleh lagi dibeli pada sebelah petang. Kata isterik aku dia nak buat mee goreng. Huih..aku bila dengar mee goreng saja dah tak senang dibuatnya. memang favourite aku. " Bang hari ini abang buat sambal tumis untuk sahur ". Memang senang kalau sambal tumis dibuat siap-siap lalu disimpan didalam peti sejuk. bangun pagi terus hangatkan saja. Aku tunjuk lagi sekali kepadanya cara-cara nak buat. Katanya pass dia faham.

Sedang sibuk buat sambal tumis jawa

kali ini aku modified sedikit sambal tumis ni. Aku masukkan ikan talang masin dalamnya. Tak tahu lagi macam mana rasanya sebab time puasa. Entah la aku kalau buat kerja, jiran sebelah dah tahu cara bunyi lesung. kata mereka, " Budiman tengah masak apa tu ". Kata isteriku biasalah dia dengan sambal tumis. jadi kenalah bagi rasa sikit sebab jiran dah terbau. Tunggu esok baru tau apa komen mereka. Aku mendengar jiran sebelah berkata, " Untung la Rosnah dapat suami yang rajin kedapur ". Eh... tak tau lau terasa kembang hidung aku yang sudah kembang. Budiman jangan dok perasan..ini bulan puasa..astaghfirullah hal azim...

Thursday, August 12, 2010

Ibu Sudah Pandai ya...

Puasa hari pertama begitu mengujakan aku. Aku terpaksa naik turun tangga 7 hungga ke tujuh kali dari tingkat 4 akibat kerosakan lif ditempat aku bertugas. Pulang kerumah lutut aku amat kesakitan sekali. " Bang hari ini Nah masak lemak cili padi saja ". Mendengar masakan lemak saja hati aku entah kenapa hilang rasa ceria sebab masak lemak bukan kesukaanku. Tapi aku diamkan saja. Tak mahu rasanya didalam bulan Ramadhan terlalu inginkan itu dan ini. Aku katakan kepada isteriku yang aku akan makan saja apa saja yang dia masak walaupun dalam masa yang sama aku mengharapkan ada makanan pengganti lain. Aku keletihan dan
akhirnya aku terlelap seketika. Aku terdengar bunyi seperti lesung. Tak mungkin isteri aku yang masak sebab dia tidak pernah menggunakan lesung. Semenjak aku berkahwin yang aku tahu, aku saja yang menggunakannya untuk membuat sambal tumis. Selepas terjaga dari tidur aku terus kedapur. Isteriku membawa mangkuk yang ditutup rapi. " Abang teka apa yang Nah buat untuk abang ". Kata isteriku. Kelihatan airmukanya begitu ceria sekali. " Firasat Tok Bomoh berkata yang Nah buat sambal tumis jawa ". Sengaja aku bergurau. Rupanya memang benar dia sudah pandai buat sambal tumis jawa. Kebetulan aku membawa pulang dua bungkus kanji yang diambil dari masjid. " Hari ini abang nak makan kanji campur sambal tumis ". Memang menyelerakan bila saja azan berkumandang semangkuk kanji pasti habis. Aku bagi markah sebanyak 150 untuk sambal tumis. Aku berkata, " Waa...ibu sudah pandai masak sambla tumis ya. jadi bapa tak perlu buat lagi ".

" Waktu ibu tak kerja boleh ibu bantu. Bila ibu sudah kerja kembali, bapa kena buat kembali sambal tumis. Ibu sudah sibuk ". Kata-kata isteriku amat melucukan. Sekurang-kurangnya aku terasa bahagia semenjak kehilangan Siti Aishah. Tahun ini sudah dua kali kami berpuasa bersama. Kali pertama aku seperti mayat hidup. Tidak mahu bergurau. Aku asyik teringatkan arwah isteriku. Mulutku mengunyah tapi hati aku menangis kerinduan. Kini masa sudah berlalu. Aku mengharapkan ramadhan kali ini membawa kebahgiaan kepada kami berdua. Sudah puas aku menangis. Entah kenapa aku terpasang nasyid ibu dan ayah nyanyian Aeman airmata kami berdua tidak dapat menahan sebak lagi. Menangis kami berdua dan masing-masing dengan memori silamnya.


Wednesday, August 11, 2010

Semoga Tok Bilal Dapat Menjalankan Tugas

Umat islam akan memulakan solat tarawih pada hari Selasa malam. Setiap tahun aku merupakan bilal yang tidak ada tauliah mengepalai surau menjadi bilal tarawih. Tahun ini pasti aku diberi lagi tanggungjawab. Semenjak meninggalkan alam persilatan dan sukan kegemaranku badminton badanku terasa amat bisa. Seluruh badan terasa seperti dicucuk-cucuk. Aku berkata kepada isteri agar membakar batu untuk aku guna sebagai tunku. Bila diletakkan ditempat yang sakit terasa amat lega. Itulah kaedah yang arwah Siti Aishah lakukan bilamana aku terhincut-hincut berjalann.

Mengapa isteriku Rosnah tersenyum bila aku meminta tolong dia membakar batu. Dibukanya beg yang mengandungi seperti bantal bayi. Katanya ini ialah tunku elektrik. Dibelinya dari jiran sebelah dengan harga sebanya RM65. Ia perlu dicas selama 7-8 minit. Ia sudah cukup untuk memanaskan cecair didalam tunku. Katanya dia membelinya bila melihat aku kadang-kadang terhincut-hincut sambil memegang lututku. Setelah casnya mencukupi aku terus mencubanya. Alhamdulillah terasa amat sedap sekali. Kata isteriku, " Semoga Tok Bilal malam ini lebih bersemangat menjadi bilal ".

Bila isteri dah membantu apalagi suami hendak lagi. Aku begitu bersemangat malam ini untuk melakukan tugasanku sebagai bilal. Selesai solat isyak, aku diberitahu yang pada tahun ini imam dan bilal telah dipackage kepada budak tahfiz. Jadi rugilah aku tahun ini tak dapat lagi membantu atau tidak lagi diperlukan. Fikir positif pak Budi. Mungkin tahun ini mereka nakkan perubahan. Ialah kuasa ditangan mereka. Padaku senang sikit aku tahun ini boleh berubah-ubah tempat solat sebabtak ada lagi tanggungjawab. Aku berkata kepada isteriku yang sekali sekala kami akan ke masjid Negeri untuk solat tarawih. Tak pernah lagi kami kesana. Selalu di surau inilah aku berada. Tahun ini ada kelonggaran sedikit jadi kami akan kerap berubah tempat. Semoga mendapat keberkatan dengan melakukan solat dibanyak tempat.

Tuesday, August 10, 2010

Pintu Neraka Terbuka....

Isteri aku meminta aku membeli ikan untuk digoreng tengahari ini. Tanpa berlengah aku terus kepekan dengan harapan jam 11 pagi masih ada lagi ikan dijual. Seperti biasa aku pasti singgah digerai rakanku yang dahulunya menjual buah durian. Sambil makan buah rambutan seorang cina yang berniaga durian bersebelahan dengan aku menggamit tangan memanggil aku. " Budiman pasai apa cina gangster dok gamit hang ". Kata rakan aku. Aku terus kesana. Risau juga apa yang tak kena pula hari ini.

" Lu masih ingat ka sama wa. Dulu lu sama itu lu punya kawan ada ubat wa punya pak lekat tulang ". Baru aku ingat kembali 10 tahun lebih perkara ini berlaku. Bapanya seorang Taiko ( ketua gangster } terlekat tulang. Sepupu aku mengajak aku menemaninya, katanya risau juga dengan ketua gangster. Sepupuku hanya menggunakan ayat suci al-quran untuk mengeluarkan tulang tersebut. " Wa punya bapa sudah lama mati. Dia ada ciakap itu hari kalau ada kami punya keluarga lekat tulang boleh cari sama lu punya kawan ". Kata cina tersebut. " wa punya kawan pun sudah mati " Aku pula berkata. " Waaa ini macam banyak susah la kalau lekat itu tulang. Mau cali sapa ".

Tiba-tiba perbualan kami terhenti bila sebiji kereta wira aeroback berhenti depan kami. Pintu kereta dibuka dengan tergesa-gesa. " Budiman boleh tolong makcik dak. Rumah kami ada hantu. Semalam dia dok kacau makcik. Hantu tu panggil Tok Na...Tok Na. kata hantu tu dia nak kacau makcik sampai mati ". Aku garu kepala yang tidak gatal. Macam nilah makcik, saya tak pandai berubat tapi saya boleh tolong bagi nombor talipon ustaz yang terbabit ". Setelah memberi nombor tersebut mereka terus pergi.

" Waa.. kawan. Lu boleh halau itu hantu juga ka. Lu ada belajar ka dari you punya kawan. Baguih la lain kali gua boleh cari sama lu ". Aku terus pening sebab kalau cina ini tahu yang aku pandai mengubat susah la padahal aku bukanlah seorang yang pakar dalam ilmu ini. Setakat hembus-hembus ayat suci al-quran boleh la. Itupun semua orang dapat melakukannya. " Esok lu orang puasa la. Kita ini malam pintu neraka terbuka ooo. Tuhan lepas itu hantu turun dunia ". Kata cina itu. " Aiyaa susah la ini macam sebab kita esok syaitan kena rantai. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Lu orang pula lepas itu hantu ". Sengaja aku usik cina ini.

" Talak..talak ini hantu talak kacau orang sebab kita sudah kasi makan cukup-cukup. Dia akan balas dendam orang yang bunuh dia atau buat kacau. Lu orang baik-baik sebab puasa jadi dia tak kacau la ". Aku tidak mahu ketawa pada cina ini sebab itu merupakan kepercayaan agama mereka. Tidak baik kita mempersendakan agama orang lain sebab kita pun tidak suka kalau agama kita dipersendakan. Akhirnya diberinya aku hadiah sebiji buah durian yang baik isinya sebab aku pernah tolong ayahnya suatu ketika dahulu.

Aku sampai dirumah kelihatan isteri dah tercegat didepan pintu. " Mana ikannya bang. Lama dah dah dok tunggu. La abang bawa balik buah durian ka. Nah suruh beli ikan ". Aku hanya tersengih dengan hanya berkata, " Maaf ibu, abang bener-bener lupa ". Sambil tersenyum isteriku menggeleng-gelengkan kepalanya. Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak esok. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun hadapan. Semoga ramadhan tahun ini kesyukuran kita akan nikmat Allah melebihi tahun hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...