Teman-teman

Monday, March 07, 2011

Alhamdulillah Udah Sihat

Apabila aku bangun dari duduk sudah pasti kepala terasa berdenyut yang amat sangat di kepala. Terpaksa aku memegang kepalaku. Tak pernah aku merasai kesakitan seperti ini. " Ayah pergi checkup di hospital la ". Kata anakku dan turut disokong oleh keluarga sebelah arwah isteriku. Aku hanya diam membisu sambil memegang kepala. Bila pulang kerumah aku berbincang dengan isteriku. " Cuba abang try buat air dengan Al Mathurat seperti yang abang buat dekat anak saudara abang ". Isteriku memberi cadangan sambil menyokong sepenuhnya aku buat checkup di hospital.

Aku masih ingat ketika anak saudaraku demam selama 3 hari. Badan menjadi lesu. Sakit kepala dan tidak ada selera nak makan. Aku pun berusaha sebelum mereka ke klinik. Aku baca wirid Rasulullah iaitu Al Mathurat lalu aku menyuruh anak saudaraku minum dan sapu dibelakang tengkuk. Keesokkan harinya aku mendapat berita dari anak saudaraku mengatakan yang dia telah pulih sepenuhnya. " Pakcik... seperti dicabut buang sakitnya ". Kata anak saudaraku.

Kini mengapa kaedah ini aku tidak guna pada diri sendiri. Jadi selepas solat maghrib aku pun mulalah mengisi air didalam baldi dan botol. Air didalam baldi untuk aku mandi dan air dalam botol untuk aku minum. Itu harapan terakhir sebelum aku nak buat checkup esok. Aku pun mula membaca Al Mathurat sebanyak 3 kali. Selesai baca aku terus mengambil air yang didalam baldi lalu aku mandi sambil bermohon kepada Allah agar air yang mengalir dibadanku akan mengeluarkan sakit-sakit serta bisa dibadanku.

Selepas mandi aku minum air yang dijampi dengan Al Mathurat. Selepas itu aku pun tidur. Malamnya aku bermimpi 2 ekor makhluk halus datang untuk menyerang aku. Aku menendang mereka sehingga terperosok dicelah pokok. Seekor makhluk memegang tengkok aku. Aku baca ayat kursi lalu terpelanting makhluk itu. Bila aku bangun pagi aku dapat merasai yang badan serta kepala aku tidak lagi berasa denyutan. Leher aku dapat berpusing seperti sediakala. Terdiam aku berfikir apakan yang terjadi kepadaku. Sakit kemalangan atau ada benda lain yang menumpang aku.

" Semalam mesti abang berlawan dengan hantu ni. Abang baca ayat kursi punya kuat ". Kata isteriku. Cepat-cepat aku potong percakapan isteriku. " Nah kepala abang tak sakit dah selepas buat air. Abang tak payah pergi hospital lah ". Aku seolah-olahnya merayu kepada isteri agar memahaminya. Kata isteriku sambil meggelengkan kepalanya, " Walaupun kepala abang tak sakit dah, abang kena juga buat checkup di hospital. Lebih baik kita buat dari confident yang tiada result ". Fulamak macam pakar motivasi pula. " Baiklah isteriku. Abang samiaqna Wa atoqna ". Tersenyum bila aku menerima pendapatnya. Esok aku nak ke hospital untuk buat checkup. Pembaca semua tolong doakan agar tidak ada perkara yang tak diingini berlaku. Risau juga..........

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga kesihatan Sdr telah pulih sepenuhnya. InsyaAllah. :)

Ariff Budiman said...

Terima kasih Kakcik

AZzim said...

Nak tanya sikit. pakcik baca semua ayat Al Mathurat ke atau ada ayat2 tertentu saja..

Ariff Budiman said...

Pakcik baca bermula Al fatihah, Al baqarah dan seterusnya dan diakhiri dengan surah An Nas. Harap dapat membantu.

hentian said...

macam macam hal mimpi hang ni..keh..keh..

boleh ganti tamar jalis!

Ariff Budiman said...

Insan Marhaen...He he. Hero segala mimpi.

http://pawangmodem.blogspot.com said...

terima kasih diatas maklumat tentang Al-Mathurat. Bila saya baca kisah ni berdiri semua bulu roma saya...agaknya sayapun ada yang numpamg kot. sebab bahu saya ni sakit je dan kadang rasa panas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...