Teman-teman

Tuesday, June 14, 2011

Dilanda Musim Buah

Rasanya sudah dua hari aku asyik membeli buah durian. Penang kini dilanda musim buah. Aku beli buah durian sebanyak 3 biji dengan harga RM10. Isinya memang elok. Hari ini aku beli lagi. Mulanya niat nak singgah di pekan untuk melihat saja. Tetapi bila melihat isinya terus aku beli. Akhirnya isteriku menegur kerana asyik beli buah durian tapi makannya hanya 2 ulas saja.

" Bos. Isi baguih ni ". Kata rakanku yang menjual buah. Akhirnya aku beli untuk kuberikan kepada ibu mertuaku. Aku rasa di tempat lain dalam Penang memang terdapat durian yang banyak. Di pekan aku boleh dikatakan kelihatan motosikal yang turun dari bukit membawa buah durian. Ramai peraih yang menunggu untuk beli dan seterusnya menjual pula kepada orang lain.


Buah langsat juga banyak namun aku tidak berani nak makan sebab sekarang ni tengkok aku amat sakit. Entahlah tersalah urat agaknya. Aku berjalan bagaikan robot. Ramai yang menegurku kenapa berjalan macam robot. Kalau aku makan buah langsat ni sudah pasti tak boleh bergerak leherku.


Buah manggis tidaklah banyak lagi. Masih mahal harganya. Kena tunggu sehingga banyak yang masak baru turun harganya. Sebab itu harga durian murah sebab banyak tempat yang menjualnya.


Buah nenas biasa saja. tak payah tunggu musim buah sebab setiap hari pasti ada. Aku amat suka sekali dengan nenas bukit sebab rasanya amat manis. Selalunya aku beli sebiji lalu dipotong dan di simpan didalam peti sejik. kalau habis aku cari lagi. harganya pula murah. Sebiji RM2 saja.

Kadang-kadang nikmat yang Allah beri kepada kita tidak ternilai. Pernah kita mengsyukuri akan semua ini.
" Maka nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan ".

12 comments:

Unknown said...

SALAM,
LF PUN SUKA MAKAN DURIAN. TAPI TAKLAH BANYAK SANGAT MACAM DULU. ISI DURIAN GAUL DENGAN NASI PUTIH,SANTAN DAN GULA ! GAUL DGN TANGAN, BARU BEST !

Kakcik Seroja said...

Wah... kakcik sangat suka makan durian. Tapi kadang2 harganya mahal sangat! :(

Hajjah Noraini @Nanie said...

Akak pun makan hanya 2 ulas, selebihnya buat pengat atau bubur kacang..nikmat nya Subhanallah..

Ariff Budiman said...

luahfikiran...Kalau tak boleh makan dengan pulut saya pun makan dengan nasi juga. Masukkan santan dan gula. Fullamak sedap.

Ariff Budiman said...

kakcik..Ya lah. Kalau kena dengan harganya rasa berbaloi juga no.Tapi di Penang harganya sekarang cukup murah dan isinya elok

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...2 ulas pun dah cukup. Kita bukan boleh makan banyak-banayk sangat. Nanti terasa pusing kepala

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Dalam satu Malaysia, tapi musim yang berlainan.
Di Sarawak nampaknya musim buah kali ini tidak menjadi.
Durian hanya muncul seketika dan kemudian terus lenyap... Harga mahal dan isi tiada jaminan boleh makan (ulat).

Terkenal dengan DABAI. Pun tak menjadi juga musim kali ini. Datang ke Sarawak, carilah dabai (kalau kena musimnya).

TQ

Ariff Budiman said...

Admin P@P...Terima kasih. Teringan juga nak ke sarawak

saing said...

igtkan org kelantan je yg mkn pulut durian versi gaul dgn santan segar + gula.

Ariff Budiman said...

saing...Kit kan 1 Malaysia. Tentu menggunakan kaedaah yang sama.

saing said...

kat kl pulut durian x dimakan dgn santan segar, diorg akan masak santan, pulut, durian skali dlm 1 periuk (ada yg tbh gula melaka). kga in law dulu xblh mkn pulut dgn santan mentah

Ariff Budiman said...

saing..Saya dengar pun dah rasa teringin nak makan pulut durian. Thx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...