Teman-teman

Sunday, December 04, 2011

Busukkah Kalau Ke Pasar

" Kita nak makan apa pagi ni bang. Malam ni abang dah nak berangkat ke KL ". Tanya isteriku selepas selesai solat subuh. Termenung aku seketika memikirkan apakah menu yang menjadi idaman hatiku.
" Nah masak nasi lemak lah. Abang ke pasar mencari ikan ". Tersenyum isteriku bila aku nak kepasar. Begitulah kehidupan rumahtangga. Jangan isteri sahaja yang perlu ke pasar sedangkan suami menanti dengan begitu sabar di rumah. Bila sampai di pasar, aku bertembung dengan anak jiranku. Minggu lepas telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya.
" Datang dengan siapa ". Tanyaku ringkas.
" Dengan mak ". Ringkas juga jawapannya.
" Kenapa tak masuk sekali dengan mak. Inilah masanya kita menjejaki ke pasar sebelum menjadi isteri ". Tersenyum anak gadis jiranku.
" Ala pakcik. Busuklah bau ikan. Nanti bila kahwin fikir lain. Boleh datang dengan suami ". Tertawa aku dengan alasan yang di beri olehnya.


Aku membawa pulang ikan yang di beli. Sampai di rumah nasi sudah di masak. Wangi sungguh baunya. Membangkitkan seleraku di tambah pula hujan di luar. Sejam menunggu akhirnya isteriku menghidangkan makanan pagi kami. Alhamdulillah. Sedap sungguh masakan isteri. Aku menceritakan kisah anak gadis jiranku kepada isteriku. Tersenyum dia bila mendengar.
" Bang kenapa anak-anak zaman dahulu tidak pernah bersungut untuk masuk ke pasar. Anak-anak zaman sekarang amat susah hendak ke pasar dengan alasan busuklah ". Kata isteriku.

" Sebab itulah Nah, Allah memberi pahala kepada setiap isteri yang sanggup membuang egonya demi untuk anak-anak dan suami. Rugi sungguh kaum isteri tidak mahu merebut pahala tersebut. Suami pula kalau sanggup juga membuang egonya dan sanggup bersama isteri kepasar maka rumahtangga mereka akan pasti bertambah keberkatannya ". Kataku kepada isteri sambil menyuap nasi kedalam mulut.

Aku mash ingat bagaimana arwah isteriku menegur anak gadisku kalau tidak mahu memasak atau kepasar.
" Kakak kena belajar memasak dan ke pasar. Hari ini ayah dan emak ada tak apalah kakak seronok tidur berselimut. Bangun saja makanan sudah ada di atas meja. kalau ayah dan emak tak ada susah nanti kakak ". Kata-kata arwah ibunya membuatkan anak gadisku mengubah stailnya. Dia rajin kedapur menolong ibunya. Banyak juga resepi masakan di perturunkan. Kini setelah ibunya pergi buat selama-lamanya anak gadisku sudah pandai berdikari. Kadang-kadang kalau aku merindui masakan arwah isteriku maka anak gadisku menjadi tempat aku meminta pertolongan. Kadang-kadang kenangan aku bersama arwah isteri ke pasar begitu indah sekali. kami pasti akan singgah di gerai yang makanannya enak. kami berbual mesra dan kini tempat-tempat itu bila dikunjungi aku kembali sudah pasti akan menggamit memoriku.

12 comments:

Unknown said...

SALAM,
KEKADANG KITA NI TAK FAHAM DGN CARA PEMIKIRAN ORANG SEKARANG NI !

Kakcik Seroja said...

Kakcik kena ajar anak2 lelaki kakcik supaya rajin ke pasar seperti ayah mereka. Jangan nanti hanya tahu memerintah isteri. :)

Murni Alfathunnisa said...

saya tak ada masalah masuk pasar beli ikan & sayur..memang lah keadaaan fizikal kat pasar..sesak, basah..lecah..tapi..normal la tu.. yang saya tak tahan nak siang ikan..hehe

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff, akak sejak sakit dah tak berani masuk pasar sebab takut jatuh kan selalu becak.
Akak membeli belah di pasar malam saja atau supermarket.

Anonymous said...

errr adesss terasa.hahaha..
mas memang tak tahan bau,tapi ada gak masuk pasar.just muka memang tahap gaban tahan bau.hihihi.

mas kalau nak beli,mas selalu g pasar raya je.tapi mana tahu akan datang,mas makin matang,insyaallah mas de jiwa ibu/isteri nanti..tetap akan masuk pasar gak kadang2.hihih

Ariff Budiman said...

luahfikiran..Zaman sudah berubah. Itulah kata mereka

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul kata kakcik. Kena galakkan anak2 kita ke pasar sama

Ariff Budiman said...

siti murni...penjual ikan sekarang sanggup menyiang ikan asalkan kita beli dari mereka

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Betul juga kata akak. Itu ikut kemampuan kita

Ariff Budiman said...

MaYa Mustwany...Sorry kalau terasa. Bukan niat WN untuk mengata

Unknown said...

En Arif, masa remaja dulu sehingga skrg sy suka ke pasar...bgn pagi just gosok gigi shj dgn xmandi terus g pasar...seronok tgk sayur, ikan yg fresh2... xheran pun bau busuk...balik terus mandilah...hehehehee..

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Generasi dulu macam itulah. generasi sekarang semuanya hendakkan segera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...