Tiba di restoran kami di sambut oleh sahabatku puan Faezah. Senyum terukir di wajahnya.
" Pilihlah apa yang Budiman dan anak-anak hendak makan ". Kata puan Faezah sambil menunjuk arah ketempat ikan. Kami memilih ikan jenahak untuk di bakar. Anak lelaki memilih 3 ekor sotong untuk di goreng celup tepung. Aku memilih 2 ekor ketam untuk di masak cili. Kami terus kemeja makan. Inilah tempat aku dan isteriku mengadakan kenduri kahwin hasil sumbangan rakan-rakan yang begitu gembira. Kira kenduri kami telah di taja oleh rakan-rakan. Kami hanya menjemput tetamu saja dan bab makanan mereka yang memikirkan. Betapa Allah sayang kepada kami dengan pertolongan rakan-rakan.
Terasa angin laut memukul kami. Aman sungguh tempat di sini. Aku memasan nasi paprik dan tomyam campur. Alhamdulillah dalam masa yang singkat semua makanan yang di pesan sampai. Setelah membaca doa apalagi perut sengaja aku kosongkan untuk makanan malamku. Terasa cukup gembira bila dapat bersama anak-anak. Semasa bersama arwah Siti Aishah, setiap bulan pasti kami akan keluar makan bersama. Terasa seronok bila selesai makan anak-anak berkata
" Terima kasih ayah". Kata kedua-dua anak kami.
" Terima kasih abang kerana bawa kami ". Kata pula arwah Siti Aishah. Kini aku amat merindui ayat-ayat ini.
Alhamdulillah perut sudah kenyang. Aku mengajak kedua anak-anakku pulang. Aku terus ke kaunter untuk membayar.
" Tak payah. Kakak Faezah belanja ". Kata juruwang kepada kami. Terdiam aku kerana begitu sekali baiknya sahabat yang banyak membantu perjuangan islam. Asal aku minta saja sumbangan untuk program islam insyaallah sampailah wang yang di beri. Aku memnaggil sahabat kami
" La..awat Faezah tak mau ambik duit. Malulah kami makan free ". Kataku kepadanya
" Saya lagi malu nak ambil duit dekat Budiman ". Katanya sambil tersenyum
" Lain kali kalau ada masa mai lagi. Makcik belanja ". Katanya kepada kedua-dua anakku. Aku tahu dia begitu baik dengan kami. Dia merupakan sahabat pertama yang menalipon mengucapkan tahniah bila tahu aku dan Rosnah akan berkahwin. Terlalu gembira dia dengan perkahwinan kami. Di depannya aku berdoa agar Allah murahkan rezeki dan Allah permudahkan setiap urusan beliau dan keluarga beliau.
Sambil bersalaman dengan anak gadisku, sempat juga dia berkata
" Mai lagi kalau ada masa. Saya belanja. Bawalah isteri bersama ". Malunya kami kami kalau kerap kesini tauke restoran bagi makan percuma.
5 comments:
Salam Ariff,
Makanan nampak sungguh lazat.
Alhamdulillah, Ariff meluangkan masa utk anak2 yg masih dahagakan kasih saorang ayah.
Isterimu Rosnah sungguh baik hati memberi peluang Ariff bersama anak2.
Moga kasih sayang Ariff pada anak2 dan isteri melimpah hingga kehujung hayat.
Marina Monroe..Terima kasih di atas doa akak terhadap saya. Mudahan kasih sayang kami berpanjangan
SALAM,
SERONONKNYA DAPAT KELUAR MAKAN BERSAMA ANAK2. TERINGIN RASANYA LF DAN ISTERI BERTEMU DGN KELUARGA ARIFF
luahfikiran...Saya pada 17hb akan berada di Kajang kenduri rumah kaka ipar. Kemudian bergegas ke Bandar Baru Salak Tinggi Sepang untuk menghadiri reunion sekolah menengah pula. Macam wakil rakyat pula. Insyaallah suatu hari kita pasti bertemu
adess tiba2 rasa lapar.hahah
Post a Comment