Teman-teman

Saturday, December 10, 2011

Kirim Salam Pada Siapa

Jam 1 tengahari aku bertolak dari PJ. Aku singgah di Tapah untuk menunaikan solat. Tiada alasan untuk kita mengatakan tiada masa atau masjid tiada. Sepanjang lebuhraya di bina R&R jadi tiada masalah untuk memberi alasan. Begitu ramai sekali yang singgah di Tapah untuk menjamu selera dan menunaikan solat. Setelah selesai menunaikan solat jamak hati terasa tenang sebab aku sudah melangsaikan tanggung jawabku dengan Allah. Biarlah perjalananku di bawah jagaannya. Aku memecut laju. Di meter menunjukkan 130 km/j. Aku mencari channel Suria FM. DJ memutarkan lagu Harapan dari Fazli zainal. Memang touching lagu tu. Terus meter turun ke 80 km/j. Aku memang suka lagu sentimental. Kedua-dua isteri aku sudah tahu. Kalau aku pasang lagu sentimental memang kereta bergerak perlahan ler jawabnya

Setelah 4 jam aku memandu, jam 5.30 petang aku tiba di Penang dengan selamatnya. Terkejut isteriku bila melihat begitu cepat aku sampai. Entah kenapa aku sendiri tidak terasa letih memandu. Bila selesai melatakkan barang-barang aku keluar meronda pekan sebentar. Manalah tahu kalau terjumpa apa-apa yang menarik hati
Selepas Isyak barulah terasa amat mengantuk sangat. Dengan cepat saja aku sudah terlelap. Bila aku membuka mata aku sudah berada di Mid Valley. Aku berjalan keseorangan tanpa tujuan. Tiba-tiba aku telah di hampiri oleh seorang wanita. Manis sungguh orangnya.
" Assalamulaikum. Ini encik Warna Nostalgia ". Tanya wanita tersebut
" Waalaikumussalam. Saya Ariff Budiman. Warna Nostalgia adalah blog saya ". Aku berkata sambil tersenyum. Jantungku berdebar-debar
" Saya merupakan pembaca setia dan kerap memberi komen dalam blog encik ". Kata wanita tersebut sambil tersenyum. Lama juga kami berborak dan akhirnya masing-masing membawa diri.

" Bang bangun bangun. Dah masuk subuh. Nah nak pergi meniaga ni ". isteriku mengejutkan aku
" Ya ya. Abang bangun. Kirim salam dekat dia ". Kataku separuh sedar
" Apa bang. Abang kirim salam dekap siapa ni. Abang ni tersangkut dekat sapa pula. Dok kirim salam ". Kata isteriku yang membuat aku terjaga. Tergaru-garu kepala aku. Dalam hati berkata alamak naya aku kali ini bila mengadap tuanku permaisuri nanti di gerai.

Setelah bersiap-siap hendak ke gerai aku berfikir akan jawapan yang akan aku beri. Kepada siapa aku kirim salam ni. Akhirnya aku dapat idea. Isteriku amat suka akan mee kari. Jadi aku terus ke gerai membeli mee kari. Sampai di gerai terus aku tunjukkan mee kari kepadanya.
" Ya Allah bang mee kari. Bestnya ". Tersenyum isteriku. Aku yang lebih tersenyum kerana isteriku sudah lupa peristiwa subuh tadi. Lega aku.

Selepas isyak sewaktu menonton siaran berita entah kenapa isteriku bersuara
" Hah...Nah lupa nak tanya abang. Pagi tadi Nah kejut abang bangun subuh. Abang kata kirim salam. Kirim salam dekat sapa bang ". Tanya isteriku. Aku tertawa dengan pertanyaan ini. Ingatkan sudah lupa. Aku pula tidak pandai nak kelentong jadi aku cerita kisah sebenar tentang mimpiku di Mid Valley. Tersenyum isteriku mendengar.
" Encik Warna Nostalgia nak minum apa ". Tanya isteriku sambil tersenyum. Perli la tu
" Bagi saya nescafe sudah ". Kataku kembali
" Baik encik Warna Nostalgia. Nanti malam encik mimpi saya no ". Kata isteriku
" Insyaallah. Kita mimpi sama-sama ya ".Tertawa kami berdua

Kini isteriku asyik memanggil aku dengan nama encik Warna Nostalgia. Walaupun dia menyakat aku tapi aku amat gembira sekali.

9 comments:

Unknown said...

Hahaha...kelakarlah en warna nostalgia ni...peminat setia agaknye tu smp terbwk2 dlm mimpi...

Ariff Budiman said...

MaryaYusuf...Peminat yang baik bangat ni

Kakcik Seroja said...

Rindu dengan blog sampai termimpi2 kot. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul-betul. Tak boleh pisah dengan blog hingga terbawa-bawa dalam mimpi

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff, hehehehehe jodoh kita tak berjumpa masa Ariff di KL

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Tak apa akak. Lain kita jumpa lagi jikalau saya ke KL

radziah AR said...

en. ariff cuba scan balik wanita dlm mimpi tu, nnt leh tau sapa yg selalu bg comment tu,....

Ariff Budiman said...

radziah AR..Tahu dah

Anonymous said...

hahah siap mimpi tuh..yang tak tahan 'encik warna nostalgia' hhihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...