Setelah tamat pengajian kami semua berpisah. Ada yang berkeluarga dan ada yang meneruskan perjuangan dalam bidang yang di minati. Baru-baru aku telah di add ke FB untuk geng reunion. Dari situlah aku tahu yang majlis ini akan di adakan kebetulan pula pada hari tersebut aku menghadiri majlis perkahwinan di rumah kakak iparku di Kajang. Walaupun keletihan aku dan isteri bergegas ke Salak Tinggi Sepang untuk menghadiri reunion. Aku tidak mahu terlepas untuk bersama rakan-rakan walaupun hanya seketika cuma.
Gembira tak terkira dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama terpisah. Terasa begitu mesra kami berpelukan bila bertemu. Wajah masing-masing sudah berubah. Dari wajah anak-anak semasa di sekolah rendah berubah ke wajah dewasa bila memasuki sekolah menengah. Kini wajah -wajah ini telah bertukar ke remaja bangka namun kami masih tetap ceria seperti dulu. Isteriku tersenyum melihat kami bergurau senda sambil menikmati juadah sup gearbox.
Masa begitu mencemburui. Aku dan isteri terpaksa bergegas ke Shah Alam untuk menyelesaikan masalah lain. Terlalu berat untuk meninggalkan rakan-rakan yang sedang bergelak ketawa. Sewaktu memandu kereta, aku tersenyum keseorangan bila terkenang saat - saat indah pertemuan yang penuh bermakna. Kutuk mengutuk tidak lekang dari bibir kami namun tiada siapa yang terasa hati dengan sindiran yang kadang-kadang pedas. Masing sudah masak dengan perangai kawan-kawan.
Hingga ketemu lagi di Reunion SMSA di Pulau Pinang tahun hadapan. Al- Fatihah buat rakan-rakan yang telah pergi mendahului kita. Kita pasti menyusul mereka. Walaupun kita bergelak ketawa janganlah kita lupa orang memainkan peranan atas kejayaaan kita ialah kedua ibu bapa kita. Al - Fatihah untuk mereka.
Hingga ketemu lagi di Reunion SMSA di Pulau Pinang tahun hadapan. Al- Fatihah buat rakan-rakan yang telah pergi mendahului kita. Kita pasti menyusul mereka. Walaupun kita bergelak ketawa janganlah kita lupa orang memainkan peranan atas kejayaaan kita ialah kedua ibu bapa kita. Al - Fatihah untuk mereka.
8 comments:
memang best jumpa rakan2 lama kan.. :)
klcitizen cikgunormah...Memang best cikgu bila kita dapat bertemu rakan2 sekolah. Masih banyak cerita yg ingin di kongsikan
wahh bestnya.kawan2 mas pun dok tanya bila mas nak planning..hihih
Mmg seronok dpt kumpul kwn2 lama... aritu kwn2 sy pun buat gathering tp dah tinggal jauh xdptla pegi..
Tentu seronok WN dpt join reunion kali ni ye.Tapi saya dah 2 reunion tahun ini tak dpt sertai atas faktor kesihatan dan juga kekangan masa.
MaYa MustWany...Memang seronok bertemu gang2 lama
MaryaYusof....Semoga gathering akan datang puan dapat hadir ya
Ummi Miqdad...Syukur WN terlalu seronok. Bukan senang nak dapat.
Post a Comment