Teman-teman

Tuesday, December 27, 2011

Serambi Mekah

Aku mendapat tahu yang semua keluarga sudah berada di Kelantan. Hanya tinggal aku anak beranak saja yang masih berada di Penang. Aku menanti anak gadisku habis bekerja disebabkan tidak mendapat cuti. Selepas solat maghrib kami terus bertolak. Bila berada di lebuhraya Timur Barat kami telah di uji dengan kabus tebal. Jalan di hadapan tidak nampak. Kami hanya berpandukan garisan putih yang berada di depan. Risau juga takut terserempak dengan gajah yang suka melintas di waktu malam. Alhamdulillah jam 2 pagi kami anak beranak selamat tiba di Kelantan. Memang seronok kalau seluruk adik beradik berkumpul bersama. Sekali lagi adik kami menerima tetamu. Abang, kakak dan adik serta ibu tercinta akan berkampung di rumahnya. Begitu seronok kami sambil bergelak ketawa dan bermain badminton bersama.

Bongkah cendawan

Malamnya kami telah mengadakan tahlil untuk kaum keluarga kami yang telah pergi mendahului kami. Seorang sahabatku yang bernama Nor telah memberi hadiah sebanyak 20 bungkus cendawan untuk menumpang kenduri. lalu kami pun turut menhadiahkan Al-Fatihah untuk ibu dan ayahnya yang telah lama pergi meninggalkannya. Semoga Allah terima doa-doa dari kami semua. Sebanyak 5 bungkus cendawan telah kami goreng bersama tepung. Memang sedap sungguh cendawan yang baru di petik. Sempat juga aku melawat ke tempat tanaman cendawan untuk mengambil baki cendawan yang akan di agihkan bila pulang dari Kelantan.

Cendawan yang keluar dari bongkah

Isteriku tidak ubah seperti arwah Siti Aishah. Pagi-pagi lagi dia sudah ke dapur untuk membuat laksa. Kadang aku dapat merasakan dan melihat Siti Aishah dan Rosnah bersilih ganti sewaktu berada di dapur. Kadang-kadang aku melihat Siti Aishah dan kadang-kadang bertukar menjadi Rosnah. Itulah yang aku hadapi sewaktu berada di rumah adikku. Aku masih tidak dapat melupakan walaupun sudah 3 tahun isteriku pergi. Rumah inilah tempat terakhir kami bergelak ketawa. Bersenda gurau dan akhirnya bila pulang ke Penang Siti Aishah telah koma. Aku terpaksa mengawal rinduku memandangkan aku kini telah bersama Rosnah. Di sebabkan watak mereka yang serupalah membuatkan aku terkenangkan saat indah kami semasa berada di sini.


Cantik dan takjub dengan ciptaan Allah

Sepanjang berada di sini aku cukup gembira sebab kedua-dua anakku turut berada di sini. Ibuku turut merasa gembira sebab kesemua anak-anaknya berada di sisinya. Tiada perasaan benci membenci di antara anak-anaknya. Masing-masing enjoy bersama anak-anak. Terima kasih banyak-banyak kepada adikku yang menjadikan rumahnya sebagai homestay untuk kami semua. Terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Nor yang memberi sebanyak 20 bungkus cendawan. Sewaktu menghulurkan cendawan kepada emak angkat, aku berkata,
" Makcik cendawan ni kawan saya yang beri. Dia nak buat kenduri untuk emak dan ayahnya. Makcik tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibubapa kawan saya ". Tersenyum emak anagkat sambil berkata insyaallah.

Cendawan yang di sumbang oleh sahabat baikku

Ketika pulang menuju ke Penang destinasi yang selalu kami singgah ialah di Batang Merbau untuk membeli keropok lekor fresh. Pembeli terpaksa beratur menanti giliran sebab ikan yang baru keluar dari mesin terus di uli dengan tepung dan di rebus. Hasilnya memang sedap sekali. Sebatang di jual dengan harga RM1. Disni saja aku dah habis sebanyak RM90 untuk di agihkan kepada adik beradik sebelah isteriku dan ibu mertua iaitu ibu kepada arwah Siti Aishah.

Last shoping di Jalan Bunga

Sebelum memasukki lebuhraya Timur Barat kami turun pula di Jalan kebun untuk pembelian terakhir. Memang seronok betul berada di bumi Kelantan yang di kenali dengan nama Serambi Mekah. Aku tidak pernah jemu datang ke sini berbanding negeri lain. Insyaallah tahun hadapan berjumpa lagi. Terima kasih sekali kepada adikku Masteja dan suminya Zaabar kerana sudi menyantuni kami semua. Terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Nor yang menyumbang sebanyak 20 bungkus cendawan untuk di buat kenduri. Semoga Allah berkati kalian semua.

Suasana yang meriah\


" Nah kita singgah di Restoran Salim kari Kepala Ikan di Grik. Abang teringin nak makan kari kepala ". Kataku kepada isteriku sewaktu dalam perjalanan pulang ke Penang. Restoran inlah yang kerap kami singgah sebab di sediakannya juga tempat untuk pelanggan solat. Selepas solat terus menjamu selera. Kami terus membelok ke kawasan restoran. Kami kerjakan dulu solat.
" Mamak ini kepala berapa harga dia ". Aku bertanya pekerja restoran. Di tanyanya pula kepada taukenya dalam bahasa ibuda.
" Dia punya harga RM70 ". Selamba saja jawapan pekerja.
" Oyo.... apa yang special sangat ini kepala sampai dia punya harga RM70 ". Aku berkata kepada pekerja restoran yang hanya diam membisu.
" Amacam mau ka ini kepala ". Tanya pekerja restoran.
" Tak mau...tak mau. Saya ingat dia punya harga RM 15 - 20 saja ". Nasib baiklah aku bertanya dahulu. Kalau lah aku buat macam stail orang kaya makan dulu kemudian bertanya harga. Alamat pengsanlah aku. Bukan boleh percaya sangat restoran mamak ni.

10 comments:

Unknown said...

Mmg pun klau mkn di restoran mamak mmg kena tnya harga dulu, depa ni suke suki je letak harga...cendawan tu sy pun suke goreng ranggup...perghhh...sedap ;)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Cendawan tu wife saya masukkan dalam tomyam. Sedap juga

rozie yuzaila yusof said...

Salam~
Modal masak kari kepala ikan tak sampai 10 hinggit. Cekik darah restoran mamak tu. :)

Anonymous said...

suka cendawan.suka sangat2.sedapp..lagi2 sup.fuhh best.hihihi

Ariff Budiman said...

rozie yuzaila yusof...Cekik segala-galanya mamak ni. Nescafe RM2

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany..Cendawan banyak kegunaannya. Sup amat sedap

Kakcik Seroja said...

RM70 satu kepala? Amboi mak... kepala ikan apa dan sebesar mana tu?

cucu said...

WN pasti ke kepala ikan yg harga 70, ntah2 tu hrga kepala mamak..kih2...loyanya waa

Ariff Budiman said...

kakcik...Tak ler besar sangat

Ariff Budiman said...

cucu....WN dah pasti bahawa itu bukan harga kepala mamak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...