Teman-teman

Tuesday, August 30, 2011

Aidil Fitri 1

Setelah bermaafan bersama isteri, kami keluar untuk menunaikan solat Aidil Fitri. Aku bertakbir sungguh mendayu sekali. Bagi akulah. Alhamdulillah aku dapat mengawal perasaan sebak tanpa arwah Siti Aishah. Selalunya dia akan menjadi penyambut tetamu bila jemaah masuk kedalam surau. Dia juga akan datang mencari aku jika tikar tidak cukup. Aku rindukan semua itu. Sambil bertakbir memoriku terus bermain. Setelah selesai khatib menyampaikan khutbah maka jemaah pun bangun untuk bersalaman dan bermaafan. Perasaaan sebak tidak dapat dikawal lagi bila berjumpa teman-teman yang sama-sama bergerak di surau.

Datang seorang lelaki yang telah mengubah sejarah hidupku. Sambil teresak dia memohon maaf kepadaku diatas apa yang berlaku. Begitu senang ucapan maaf di pinta. Batin aku yang menderita bila terpaksa berpisah dengan isteri tercinta. Memang semua ini takdir tuhan. Aku redho di atas segala apa yang berlaku. Kami berpelukan tapi hati aku tertutup untuk memaafkan perbuatan mereka. Kalau tidak kerana perasaan dengki sudah tentu aku bahagia bersama arwah isteriku. Biarlah ada pembaca berkata yang aku ini seorang pendendam. Itu hak mereka tapi hak aku tetap ada. Aku tidak mahu mood aku di cemari dengan meihat muka ini.

Aku tidak tunggu lama lalu mengajak isteriku kerumah ibuku. Ibuku seperti biasa akan bertanya, " Aishah tak mai ka Diman. Lama mak tak tengok dia. Rindu ". Ibuku juga begitu rindu akan menantunya inikan pula aku yang tinggal sebumbung dengan isteriku. Bila pulang kerumah aku pasti menangis bila melihat bajunya, tudungnya dan barangannya. Rumah pertamaku umpama muzium untuk di peringati.

Gembira bila adik beradik berkumpul dan yang tinggal berjauhan pula pulang. Semua tidak sabar menanti rumah terbukaku pada harai raya ketiga. Esok raya kedua aku akan membawa dan memperkenalkan isteriku kepada sanak saudara. Setelah 2 tahun lebih kami berkahwin kini baru aku keluar dari kepompongku.

Friday, August 26, 2011

Rezeki Murah

Tahun ini merupakan tahun yang penuh bererti buat diriku. Apa tidaknya bila pulang dari kerja aku dihadiahkan dua helai t shirt oleh isteriku.
" Tahun ni abang tak payah belilah baju. Nah hadiahkan untuk abang tapi harganya murah ler ". Kata isteriku sambil menghulurkan bungkusan baju. Padaku bukan harga yang menjadi ukuran tapi kasih sayang yang ditunjukkannya amat menyentuh hatiku. Tersenyum isteriku bila aku mencuba baju yang di beli.

Tiba-tiba anak gadisku menalipon mengajak aku ke pasaraya. Katanya nak hadiah baju dan seluar. Aku dan isteriku terus ke pasaraya.
" Ayah pilihlah baju dan seluar yang ayah berkenan ". katanya padaku. Setelah berkenan anak membeli 2 helai t shirt dan sehelai seluar.
" Abang bergayalah tahun ini ". Gurau isteriku. Tahun ini juga aku sudah bersedia untuk memperkenalkan isteriku kepada kaum keluarga yang lain. Sudah 2 tahun mereka terasa hati dengan aku sebab tidak datang ziarah pada hari raya. Aku lebih suka terperap di rumah selepas pulang dari rumah ibuku.

Berkali-kali anak-anakku mengajak aku untuk berhari raya namun aku masih belum bersedia. Tahun ini awal-awal lagi aku sudah membuat planning raya keberapa kami akan menziarahi sanak saudara sebelah aku. Alhmadulillah walaupun aku masih lagi tidak dapat melupakan arwah isteriku tapi sedikit sebanyak Allah juga telah membuka pintu hatiku agar dapat menerima kenyataan yang Siti Aishah sudah tiada lagi di dunia ini. Kini aku bersama isteriku Rosnah. Entah kenapa tahun ini aku begitu bersemangat untuk berhari raya. Jumpa saja sanak saudara aku berkata insyaallah kami akan kerumahnya. Isteriku juga begitu gembira dengan perkembangan ini....

Wednesday, August 24, 2011

Sakit Baru Ingat Allah

Semasa dalam perjalanan menuju ketempat kerja, aku merasakan ada sesuatu hinggap di tanganku. Sejenis serangga kecil namun tusukannya amat sakit. Sekejap saja kesakitan hilang. Lama kelamaan barulah terasa denyutan di tanganku diikuti bengkak kemerahan. Aku masih sempat berbuka keseorang di tempat kerja dengan berbekalkan kari kepala ikan dan air lai Ci kang. Tangan kananku tidak dapat di gengam lagi. Akhirnya aku terpaksa menggunakan tangan kidalku. Sambil menyedok nasi dengan camca terasa amat payah sekali. Namun rintangan itu dapat aku atasi atas sebab sedap kari kepala ikan. Semasa aku solat denyutan bertambah kuat. Tanganku semakin membengkak.

Akhirnya aku menalipon isteriku. Risau dia dengan perkembangan yang berlaku ketas diriku.
" Nah mai ambil abang dengan keretalah ". Kata isteriku. Namun aku menolak sebab terlalu jauh untuk dia datang mengambil aku. Lebih baik aku pulang dengan motosikal saja. setelah penggantiku datang awal, aku pun memecut ingin segera pulang kerumah namun tangan dan jari aku menjadi keras sehingga tidak dapat membawa motosikal dengan sempurna. aku hanya dapat memecut dalam sekitar 30-40 km/jam.

Apabila memasuki lubang-lubang membuatkan tanganku begitu sakit. Barulah aku marah kepada mereka yang menurap tar. Mereka tidak pandai. Bila tar sudah elok ada pula yang datang mengorek dan akhirnya menurap kembali dengan sambil lewa saja. Terpaksa aku memperlahankan motosikalku takut memasuki lubang.

Setelah memasuki jambatan pula angin kencang mula bertiup. Akibat terlalu perlahan aku membawa motosikal, angin begitu senang menolak aku ketengah. Itulah punca banyak berlakunya kemalangan motosikal akibat tolakan angin. Kereta yang laju dari arah belakang tidak dapat mengawal terus menghentam motosikal macam baru-baru ini terjadi. Sudahlah jatuh, digilis pula kereta yang lagi satu.

Terpaksa aku berhenti seketika untuk merehatkan tangan aku yang sakit. Akhirnya setelah sejam berada di atas jalanraya, aku sampai di rumah. Isteri telah menyediakan air panas suam untuk aku rendamkan tangan kedalam. Itulah mereka yang banyak membantu ketika aku memerlukan bantuan...

Tuesday, August 23, 2011

Mood Raya

Aku membawa kereta isteriku untuk di service. Yang pastinya raya keretaku yang banyak di gunakan. Tak apalah. Biar keretanya dalam tip top walaupun digunakan untuk berniaga dan sekali sekala berjalan. Aku membuka radio. lagu raya sudah berkumandang. Malaysia dudah dilanda mood hari raya. terhibur aku dengan lagu Sudirman dari jauh Ku Pohon doa. Memang touching habis lagu ni. Aku membelok untuk mengisi minyak. aku terus ke kaunter untuk membayar harga minyak sebanya RM30. ketika sedang mengepam minyak akudihampiri oleh seorang anak gadis remaja.

" Assalamulaikum Pakcik ". Salam yang diberi dijawab dengan senyuman oleh aku.
" Saya nak minta sumbangan untuk sekolah agama pakcik ". Sambil menghulurkan kalender dan cd lagu-lagu raya.
" Siapa yang suruh adik minta ni ". Aku bertanya anak gadis.
" Pihak sekolah pakcik ". kata anak gadis dengan nada perlahan.
" Tugas adik bukan ini. Tugas adik ialah belajar. Ini tugas pihak sekolah ". Aku berkata kepada anak gadis yang telah berubah warna mukanya. Mungkin dia takut.
" Emak dan ayah tahu tak adik minta sumbangan ". Aku terus bertanya dan anak gadis tersebut hanya menggelengkan kepala tanda ibu dan ayahnya tidak tahu.

Bayangkan kalau sesuatu berlaku kepada ank gadis tersebut siapa yang akan bertanggungjawab. Ibu bapa menghantar anak kesekolah berasrama untuk belajar tetapi pihak sekolah mengambil kesempatan mungkin atas nama ko korikulum. Kita sering mendengar kehilangan anak-anak gadis dan bagaimana pula bila ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah di beritahu bahawa anak gadis mereka hilang.

Sebenarnya pihak sekolah tidak kreatif dalam meminta sumbangan. Hanya dengan meminta simpati orang ramai dan membahayakan pelajarnya. Cuba buat majlis makan malam ke. P
ersembahan nasyid dan macam-macam lagi. Tugas pihak sekolah ialah memerah otak bagaimana mencari dana sekolah dan tugas anak-anak ialah belajar. Jangan di rosakkan minda mereka dengan yang akan membantutkan pelajaran mereka. Kreatiflah wahai pihak sekolah....

Mengalir airmata anak gadis tersebut apabila aku menegur.
" Minta maaf. Pakcik bukan marah dekat adik ". Sambil menghulurkann RM 10 kepada anak gadis tersebut.
" Terima kasih pakcik. Selamat hari raya. Semoga murah rezeki ". Aku hanya tersenyum menerima doa dari anak gadis tersebut sambil melihat anak gadis tersebut malu-malu menuju ke kereta sebelah. Kasihan anak tersebut.... Dalam kehangatan kita menjelang hari raya, Janganlah pula kita lupa 10 malam terakhir yang merupakan malam yang istimewa. Mari sama-sama kita merebutnya. Mari kita penuhi masjid dan surau. Kalau tak sihat buatlah di rumah. Janji kita buat...

Saturday, August 20, 2011

Pukul Orang Boleh ler....

Ramadhan ke 20 barulah aku dapat bersama menolong isteriku berniaga di pasar malam. Isteriku ternyata begitu gembira bila aku dapat bersamanya padahal aku bukannya pandai berniaga. Hanya sekadar membantu. Selepas solat asar kami keluar. Rupanya sudah ada pelanggan yang menunggu. Setelah lauk pauk sudah terhidang maka seorang demi seorang datang. Begitu ramai mengelilingi gerai isteriku.
" Abang tolong bungkus nasi dan dalca ". Kata isteriku
Aku terus bingkas bangun dari kerusi membantu isteriku.
" Semua RM23 ". Aku memberi kepada pelanggan.
" Mana nasi saya bang ". Tanya pelanggan bila didapati aku hanya memberi lauk sahaja.
" Ya Allah Nah. Abang lupa bungkus nasi ". Tertawa isteriku melihat kelam kabut aku. Beberapa orang pelanggan juga tersenyum melihat aku.
" Hang mana pernah berniaga Budiman. Hang pukul orang boleh ler ". Aku terdengar satu suara. Bagaimana dia tahu kisah remajaku. Rupanya dia ialah rakanku semasa kami remaja. Tersenyum isteriku bila rakanku berkata demikian.
" Dia dah taubat nasuha ". Kata isteriku di ikuti ketawa dari rakanku.
" Kira Nah kahwin dengan gangster Kampung Dusun ni ". Aku membisik kepada isteriku sambil membungkus nasi. Tersenyum isteriku.

pelanggan semakin ramai. Isteriku mengarahkan aku memberi bungkusan nasi kepada pelanggan.
" Abang beri yang mana nasi ". Tanya isteriku bila menyedari aku tersilap memberi nasi.
" La abang. Abang silap bagi nasi. Itu nasi kosong sedang dia minta nasi bersama ayam ". berpelun juga aku berlari mencari orang yang tersilap ku beri nasi.
" Dik... abang silap bagi nasi. Itu nasi kosong ". Berpatah kembali mereka untuk mengambil nasi mereka yang sebenar.
" kena potong gaji ni ". Gurau isteriku yang membuatkan aku ketawa. Dalam keadaan sibuk ada juga pelanggan yang ingin tahu harga sebenar nasi serta lauk pauk yang di belinya. Jenuh juga isteri memberitahu harga-harga yang dia beli. Nak buat macam mana. Customers always right.

Aku juga terhibur degan seorang peminta sedekah berbangsa Vietnam. Kakinya kudung sambil mengesot membawa tupperware. Terdengar suara dari tapak sebelah.
" Mai beli...mai beli. Satu barang 1 ringgit ". Sambil memegang mikrofonnya. Tiba-tiba peminta sedekah Vietnam pula bersuara
" Mai...mai satu orang satu ringgit ". Sambil mengangkat tupperware kepada orang ramai. Aku dan isteri hanya tertawa melihat gelagat peminta sedekat tersebut. kami mengekorinya dari belakang. Dia membuka begnya yang berisi wang lalu di berikan kepada peniaga untuk tukaran. Aku melihat banyak juga hasil yang dia dapat dari simpati orang ramai. Kadang-kadang peniaga seperti isteriku pun susah mendapat hasil sebanyak itu dalam beberapa jam saja. Aku lebih suka hulurkan sumbanganku kepada artis pasar malam yang mengalunkan suara emas mereka. Itu merupakan anugerah untuk mereka. Suara isteri kepada pemain keyboard yang buta sungguh merdu dan nyaring. Itulah orang yang mewarnai pasar-pasar malam.

Friday, August 19, 2011

Syurga Di Bawah Tapak kaki Ibu

Jam 6.30 petang.......

Emak berdiri di depan pintu. Wajah emak kelihatan begitu resah. Emak menunggu adik balik dari sekolah agama.
Ayah baru pulang dari sawah.

" Mana Along ". Tanya ayah kepada emak.
" Ada di dapur tolong siapkan makanan ". Jawab emak
" Angah mana ". Tanya ayah lagi kepada emak.
" Angah mandi. Baru pulang dari bermain bola ". Jawab emak kepada ayah.
" Ateh mana ". Tanya ayah lagi kepada emak.
" Ateh, Kak Cik tengok tv di dalam bilik ". Jawab emak
" Adik dah balik " Ayah bertanya lagi kepada emak.
" Belum...Patutnya sudah balik. Basikal adik rosak kut. Kejap lagi kalau adik tak balik jom kita cari adik ". Jawab emak kepada ayah. Emak menjawab soalan ayah dengan penuh yakin. Setiap hari pasti ayah bertanya soalan yang sama. Emak menjawab dengan penuh perhatian. Emak sentiasa mengambil tahu di mana anak-anak berada, bagaimana keadaan mereka setiap masa dan ketika.

20 tahun kemudian.....
Jam 6.30 petang

Ayah pulang kerumah dengan keadaan baju yang basah. Hujan turun sejak tengahari lagi.
" Mana emak ". Tanya ayah kepada Along
Sambil membelek baju barunya dan menjawab, " Tak tahu ".
" Mana emak ". Tanya ayah pula kepada Angah.
Angah sambil menonton tv menjawab, " Mana Angah tahu ".
" Mana emak ". Tanya ayah pula kepada Ateh.
Lama ayah menanti jawapan Ateh yang sedang asyik membaca majalah.
" Mana emak ". Tanya ayah lagi kepada Ateh.
" Entah ". Ringkas saja jawapan Ateh dan terus membaca majalah tanpa menoleh ke arah ayah.
" Mana emak ". Ayah bertanya pula kepada Alang.
Tiada jawapan dari Alang. Hanya bahu Alang saja yang bergerak menandakan tidak tahu.

Ayah tidak mahu bertanya Kak Cik dan Adik yang sedang asyik melayan Facebook. Ayah tahu yang ayah pasti tidak mendapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa yang tahu di mana emak. Tidak ada siapa yang ingin tahu di mana emak. Mata dan hati anak-anak emak tidak pada emak. Hanya mata dan hati ayah saja yang mencari-cari di mana emak. Tidak ada anak-anak emak yang tahu setiap kali ayah bertanya, " Mana emak ".
Tiba-tiba adik bongsu bersuara, " Emak ni sudah senja-senja pun masih nak merayap lagi. Tak reti nak balik ". Tersentap hati ayah mendengar kata-kata adik.

Dulu anak-anak emak akan berlari mendakap emak bila pulang dari sekolah. Mereka akan bertanya, " Mana emak " apabila emak tidak berada di depan pintu menunggu mereka.
Mereka juga akan bertanya, " Mana emak " apabila mendapat nombor 1 dalam peperiksaan atau kaki melecet ketika bermain bola di padang sekolah. Emak akan resah bila anak-anak emak lewat pulang. Emak ingin tahu di mana kesemua anak-anak emak berada setiap waktu dan ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak emak tidak bertanya, " Mana emak ".

Semakin anak-anak emak membesar, soalan " Mana emak " semakin hilang dari bibir anak-anak emak. Ayah resah berdiri di depan pintu menanti kepulangan emak. Sudah senja begini emak masih belum pulang lagi. Ayah bertambah risau sebab sejak akhir-akhir ini emak kerap mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan susuk emak berjalan sambil memakai payung yang telah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti lagi. Emak memegang dua bungkusan beg plastik. Sudah kebiasaan bagi emak membawa pulang sesuatu untuk anak-anak emak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah, emak berhenti di deretan kereta anak-anak emak. Emak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak emak. Emak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Emak rasakan seperti mengusap kepada Ateh sewaktu Atek kecil lagi. Tersenyum emak seorang diri sambil mengetap rapat bibirnya. Senyum yang tertahan hanya ayah sahaja yang memahaminya. Sekarang emak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti sewaktu anak-anak emak masih kecil. Kini mereka sudah besar. Emak takut anak-anak emak akan menepis tangan emak kalau berbuat demikian. Lima buah kereta milik anak-anak emak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Emak tidak tahu apa kehebatan kereta Ateh itu. Emak cuma suka akan warnanya. Kereta warna merah bata merupakan kesukaan emak. Emak belum merasa menaiki kereta anak-anak emak. Baju emak basah akibat terkena hujan. Ayah tutupkan payung emak.

Emak memberi salam namun salam emak tidak di jawab. Terketar-ketar lutut emak melangkah menaiki anak tangga. Ayah memimpin tangan emak masuk kedalam rumah. Lutut emak terasa kesakitan lagi. Emak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus lagi kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak emak. Mak Uda tahu yang anak-anak emak amat menggemari kuih koci dan emak terasa malu untuk meminta di bawa pulang. namun raut wajah emak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda, emak sempat berkata, " Wah..berebutlah budak-budak tu nanti bila nampak kuih koci kamu ni ".

Sekurang-kurang itulah bayangan emak ketika anak-anak emak sedang gembira menikmati kuih koci seperti mana waktu mereka kecil dahulu. Jika anak-anak berebut maka emak menjadi hakim membuat keputusan muktamat. Seringkali juga emak akan memberi bahagian emak supaya anak-anak emak puas makan. Bayangan itu seringkali bermain di kepala emak. Ayah menyuruh emak menyalin pakaiannya yang basah dan emak akur. Selepas itu ayah akan mengiringi emak ke dapur. Emak mengajak anak-anak untuk bersama emak makan kuih koci namun tidak ada seorang pun yang menoleh ke arah emak. Mata dan hati anak-anak bukan untuk emak lagi.

Emak menunduk kebawah dan akur dengan keadaan. Ayah tahu emak tidak boleh lagi mengharapkan anak-anak melompat gembira sambil mendakapnya seperti dahulu. Ayah menemani emak makan sambil menyuap nasi perlahan sambil mengharapkan agar anak-anak emak akan makan bersama. Setiap hari emak akan mengharapkan begitu. hanya ayah yang sudi duduk menemani emak di meja makan setiap malam. ayah tahu emak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi emak kerumah Mak Uda yang terletak di kampung seberang mencari rebung. Emak hendak buat masam lemak cili padi dan ikan masin kesukaan anak-anak emak.

Ayah bertanya emak kenapa tidak menalipon meminta anak-anak menjemput emak.
" Saya sudah menyuruh Uda menalipon anak-anak tadi tapi katanya semua tidak di jawab ". kata emak kepada ayah. Emak meminta Mak Uda menalipon anak-anak. Emak tidak dapat pulang sebab hujan lebat. Lutut emak akan kesakitan jika cuaca sejuk. Ada sedikit harapan di hati emak agar salah seorang anak emak akan menjemput emak dengan kereta. Emak teringin kalu Ateh yang datang menjemput emak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang sudi datang menjemput emak.

Emak tahu anak-anak emak tidak menyedari talipon berbunyi. Emak masih ingat akan kata-kata ayah. " Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu, kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka mempunyai kehidupan mereka sendiri. Tak payah sedih-sedih. Maafkan saja anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasai menaiki kereta mereka sekarang. nanti jikalau kita meninggal kita masih mempunyai peluang merasai anak-anak kita mengangkat kita di atas bahu mereka ". Emak faham buah hati emak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Adik serta kak Cik sudah mempunyai buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat emak di hati anak-anak emak. Pada suapan terakhir, setitis airmata emak jatuh ke dalam pinggan. Kuih koci masih belum di usik oleh anak-anak emak.

Beberapa tahun kemudian...

Mak Uda bertanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan adik, " Mana emak ".
Hanya adik yang menjawab, " Emak dah tak ada ".
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan adik, tidak sempat melihat emak sewaktu emak sakit. Kini emak sudah berada di sisi tuhannya dan bukan di sisi anak-anak mak lagi. Dalam esakan Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan adik menerpa kubur emak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan emak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak mempunyai tangan seperti tangan emak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anaknya menerpa emak semasa waktu kecil dahulu.

Emak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan adik, berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan adik mereka tidak mendengar talipon bimbit berbunyi semasa ayah talipon untuk memberitahu yang emak sedang sakit tenat. Emak faham bahawa mata dan telingan anak-anak emak adalah untuk orang lain dan bukan untuk emak lagi. Hati anak-anak emak bukan milik emak lagi. Hanya hati emak yang tidak pernah di berikan kepada sesiapa, ia hanya untuk anak-anak emak sahaja.

Emak tidak sempat merasa di angkat di atas bahu anak-anak emak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah emak dalam hujan renyai. Ayah sedih seba tiada lagi suara emak yang akan menjawab soalan ayah.
" Mana Along, Mana Angah, Mana Ateh, Mana Alang, Mana Kak Cik atau Mana Adik ". Hanya emak saja yang rajin menjawab soalan ayah dan jawapan emak tidak pernah silap. Emak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab emak mengambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan ketika. Anak-anak emak sentiasa di hati emak tetapi hati anak-anak emak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah kelihatan begitu sedih. Di tepi kubur emak ayah bermonolog sendiri,
" Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan adik, " Mana emak ". Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah begitu hancur bila mengingati hajat emak untuk menaiki kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah teringat kata-kata emak malam itu, " Cantiknya kereta Ateh kan bang.besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan dekat kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci untuk bekalan " ".

" Ayah..ayah...ayah bangun..". Suara Ateh memanggil ayah. ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh. Terketar-ketar ayah bersuara, " Mana emak ".
Ayah tidak mampu berhenti bertanya soalan itu. Sudah 10 tahun emak pergi namun soalan " Mana emak " masih sering keluar dari mulut ayah sehingga ke usia akhir.

Sebuah cerita pendek untuk tatapan anak-anak yang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu di lambung resah. Apabila tua di lambung rasa.
Sabda Rasulullah saw, ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah ibu berapa kali lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunnat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan talipon panggilan dari ibu tanpa berjawab ???.

Coretan Ustaz Mohd Sablie Shamsuddin
Exec. religious officer.




Wednesday, August 17, 2011

Nasib Baik Engkau Ikan

Jam 12 tengahmalam aku sudah sampai di rumah setelah bekerja shif petang. Isteriku baru selsai buat maruku. Di berinya aku rasa untuk meminta komen.

" Best Nah maruku ni. Esok sahur abang nak makan dengan nasi ". Senyum isteriku bila dipuji.

" Bang esok sahur Nah masak ikan cencaru bersama sambal pedas. Abang makan tak ". Tanya isteriku.

" Nah masak apa pun abang makan. Abang tak cerewet. Senang di bela ". Tertawa isteriku dengan gurauanku. Aku tidak pernah komen masakannya tidak sedap. Kalau di minta pandangan baru aku beri. Kira mahal ler pandangan aku.

" Minum Nah buat nescafe susu untuk abang ". Selalu begitulah. Ditanya siap-siap apa yang aku mahu. Bila bangun makanan dan minuman sudah tersedia. kalau aku tak bersyukur mempunyai isteri begini memang dasar aku lelaki tidak berterima kasih kepada isteri dan tidak bersyukur kepada Allah.

" Bang lekas bangun. Jam sudah 5.30 pagi ". Kelam kabut isteriku sebab terlupa kunci jam. Nasib baik aku baru beli heater air panas. kalau tidak tentu jenuh menunggu air mendidih. Lauk pun hanya di hangatkan sedikit saja. Dari tadi aku asyik melihat jam tetap menunjukkan pukul 5.30 pagi. Mungkin mata aku yang kabur. Aku pun membaca doa

" Allahumma bariklana Fima Razaktana Waqhina azza bannar ". Sambil di aminkan oleh isteriku. Bila saja nasi hendak di masukkan kedalam mulut, tiba-tiba

" Allahu Akbar Allahu akbar.... " Sudah azan subuh rupanya. Jam tetap menunjukkan pukul 5.30 pagi.

" Ya Allah bang. Jam mati pukul 5.30 pagi ". Terkejut isteriku. Aku hanya tertawa mengenangkan inilah saja rezeki bersahur kami. Nak buat macam mana. Di tudungnya kembali hidangan dan mengambil wuduk untuk solat subuh. Baru sehari terlepas sahur......

Tuesday, August 16, 2011

Basirah Berjubah Emas

Selepas berbuka puasa aku menelan pil untuk meredakan kesakitan pada tanganku. Kata doktor pil ini mengantuk sedikit. Ia untuk merihatkan tanganku. Selepas solat tarawih terasa berat sekali mata ini. Aku masih sempat berdoa. Entah kenapa kali ini mengalir airmataku tatkala aku bermunajat kepada Allah yang aku terlalu rindukan Siti Aishah. Aku telah berjanji kepada Allah di depan kaabah dahulu yang aku tidak akan meminta berjumpa Siti Aishah lagi. Kali ini aku merayu kepada Allah dengan linangan airmata agar diringankan kerinduan ini.

Terlalu berat aku menanggung tambahan di bulan puasa dan hampir menjelangnya syawal. Akhirnya aku terus terlelap dan bila aku membuka mata aku berada di satu kawasan lapang. Yang memisahkan kawasan seberang ialah jambatan. Seorang lelaki berjubah menyapa aku apa yang aku sedang mencari. kataku, aku sedang mencari isteriku Siti Aishah. Kata lelaki berjubah untuk berjumpa dengan Siti Aishah perlu meminta izin penjaganya iaitu Basirah. Siapakah dia Basirah. Setelah lelaki berjubah tadi menghubungi penjaga Siti aishah aku hanya menanti dengan penuh debaran

Tiba-tiba aku melihat seorang wanita berjubah emas datang dari arah jambatan. Sungguh ayu, cantik dan harum baunya. Lalu dia memperkenalkan dirinya
" Saya Basirah. Penjaga Siti Aishah ". katanya dengan penuh senyuman. Terpegun aku dengan kecantikkan Basirah.
" Saya Ariff Budiman suami Siti Aishah ". Aku pula memperkenalkan diriku
" Tahu ". Kata Basirah juga dengan senyuman yang membuat jantung aku berdebar-debar.
" Boleh saya berjuma dengan Siti Aishah ". Aku meminta izin dari Basirah.

Sebentar kemudian seorang wanita berjubah hijau emas pula melalui jambatan tersebut. Aku memerhati dari jauh. Rupanya dia ialah Siti Aishah. Kami terus meluru sambil memeluk dan menangis.
" Siti... abang terlalu rindukan Siti ". Aku berkata kepada Siti Aishah
" Siti pun begitu bang. Abang nampak kurus ". Kata Siti Aishah kepadaku
" Siti pun nampak muda seperti baru berkahwin dahulu ". kata-kataku membuatkan Siti Aishah tersenyum. Sungguh indah senyumannya. Sudah lama aku tidak melihat senyuman ini.
" Siapa dia Basirah, Siti ". Aku bertanya Siti Aishah.
" Basirah ialah penjaga rumah kita bang ". Siti Aishah berkata dan Basirah hanya tersenyum meandang kami.

Aku meminta agar Siti Aishah menunjukkan rumahnya namun dia berkata belum tiba masanya.
" Abang pulanglah. Insyaallah Siti akan tunggu abang. Pulanglah bang ". Akhirnya Siti Aishah dan basirah hilang dari pandanganku.
" Abang-abang bangun...". Rupanya isteriku mengejutkan aku untuk bersahur.
" Abang buat Nah risau. Setengah jam Nah kejutkan abang dan badan abang terus kaku ". Kata isteriku yang nampak begitu risau. jam sudah pukul 5.30 pagi. Sahur tadi aku hanya menjamah begitu sedikit saja dan memikirkan tentang mimpiku. Siapakah dia Basirah. Cantik sekali. Adakah dia bidadari syurga atau hanya khayalanku sahaja.

" Kenapa Nah tengok pagi ni abang asyik termenung saja. Apa yang di fikirkan ". Tegur isteriku. Aku hanya memerhatikan isteriku tanpa berkata-kata apa dan akhirnya aku melupakan tentang mimpiku. Itu semua khayalan ketika badan dan mata sudah letih.
" Nah pagi ni ke pasar. Abang nak cari ikan sembilang. Nak bawa bekal ke tempat kerja ".
Cepat-cepat aku mengalih topik. Aku tidak mahu terlalu memikirkan apa yang aku mimpikan. Apapun aku merasa amat syukur kepada Allah sekurang-kurang permintaanku agar Allah meringankan kerinduanku telah di makbulkan. Syukur alhamdulillah....

Monday, August 15, 2011

Iftar Keluarga 2011


Iftar keluarga merupakan suatu kemestian bagi keluarga kami. Itulah hari kami berkumpul adik beradik sebelum hari raya untuk berbuka dan bersolat tarawih. Kalau sebelum ini arwah Siti Aishah merupakan orang yang merancang menu kini telah di ambil alih oleh isteriku Rosnah. Syukur kepada Allah kami masih mampu meneruskan tradisi ini walaupun bertukar orang. Jam 6 petang makanan telah di hidangkan. Tetamu yang merupakan kaum keluargaku seorang demi seorang datang. Alhamdulillah dengan keluasan rumah baruku mampu menampung kaum keluarga yang datang. Bermacam juadah yang di bawa menjadikan majlis berbuka bertambah meriah. Ibuku tidak dapat bersama sebab mengalami penat. Jadi dia bersama kakakku tidak dapat hadir. Kami mengambil kata sepakat untuk memendekkan majlis ini dengan tamat selepas solat isyak sebab akan menziarahi ibu kami pula. Setelah azan berkumandang suasana riuh tadi telah bertukar sunyi. Masing-masing menumpukan perhatian dengan fasa pertama iaitu berbuka bersama pizza dan kuih muih.

Selepas solat maka fasa kedua pun bermula. Menu utama nasi beriani di hidangkan. Anak saudara membawa pula 2 ekor ayam yang telah siap di bakar menambahkan lagi selera berbuka keluarga kami. Ruang tamu kelihatan sesak sedikit dengan masing-masing beratur untuk mengambil makanan. Sambil menjamu selera ada gurauan untuk tahun depan kriteria untuk menjadi hos berbuka ialah kena ada astro. Apa tidaknya. Masing-masing peminat badminton dan malam semalam perlawanan akhir antara Lee Chong wei dan Lin Dan. Aku tertawa dengan gurauan mereka dan berkata pada hari rumah terbuka astro pasti ada disambut gelak ketawa kaum keluarga yang lain.

Aku juga bersyukur sebab rumah aku di jadikan juga tempat untuk bersolat maghrib dan isyak. Muda-mudahan ia mendapat keberkatan. Selesai solat isyak dan sebelum pulang masing-masing mengambil lauk berlebihan untuk sahur. Sebelum mereka pulang aku berikan seorang satu kun ais krim sebagai tanda maaf kerana tidak dapat menonton live akhir badminton. Kataku tahun hadapan insyaallah kami lebih bersedia.

Pagi tadi pergelangan tanganku mula terasa amat sakit. Mungkin hasil dari pukulan gendang ketika persembahan nasyid. lama-kelamaan ia membengkak. Akhirnya aku terpaksa ke klinik panel.
" Encik Ariff nak injection ". Kata seorang doktor wanita. Muda lagi. Aku pula malu nak suntik di bahagian punggung. Cepat-cepat aku menolak. Tersenyum doktor tersebut. Mungkin dia faham aku malu untuk di injek. Jam 2 petang aku sudah tak dapat menahan kesakitan lagi.
" Abang bukalah puasa tu. Makan ubat tahan sakit ". Pujuk isteriku. Aku masih lagi berdegil sebab sayang untuk meninggalkan puasa.
" Tak apa bang lepas raya ni abang ganti balik dan Nah tumpang teman abang berpuasa ". Terus memujuk dan akhirnya aku mengalah juga. Terpaksa dia menyuapkan nasi ke dalam mulutku sebab tanganku tidak dapat di gerakkan akibat terlalu sakit. Dalam 5 suap aku berhenti. Cukuplah sekadar hendak menelan ubat. Pembaca semua ingin tahu sebab kenapa aku amat sayangkan isteriku Siti Aishah. Salah satu daripadanya ialah suapan dengan penuh kasih sayang kemulutku ketika aku sakit

Kini isteriku Rosnah begitu baik terhadapku. Suapannya dengan penuh kasih sayang akan aku kenang sehingga akhir hayatku. Ya Allah ampunkan dosaku ini....

Sunday, August 14, 2011

Iftar Perdana Hidayah Centre

13 Ramadhan - Aku bergegas pulang dari kerja sebab akan menghadiri majlis Iftar Perdana Hidayah Centre untuk saudara baru. Aku telah melatih anak-anak remaja untuk persembahan nasyid. Bila aku sampai mereka kelihatan begitu gembira sebab sangkaan mereka aku mungkin tidak dapat hadir bersama.
" Pakcik kami sudah letak nama kumpulan kita iaitu Mujahiddin United ". Aku hanya tersenyum. Aku terus menyarung baju yang telah di tempa khas untuk nasyid. Merah menyala.
" Amboi Budiman. Nampak macam anak remaja ". Tegur petugas Hidayah Centre. Tertawa aku dengan pujian itu. Terasa kekok juga bersama dengan anak remaja. Mereka menunjuk kepadaku cara untuk masuk dengan gaya.
" Pakcik kena ikut sama macam kami buat gaya ketika masuk ". Kata anak remaja. Setelah aku meminta mereka agar membuka majlis dengan Al-fatihah, aku mengajak mereka untuk masuk dan mendengar forum.

Sebelum kami membuat persembahan aku sempat juga mendengar forum khas. Di antara mereka yang terlibat ialah Brother kamaruddin, Brother Lim Jooi Soon dan Brother Muhammad Sylvester dan telah di pengerusi dengan baik oleh Mohd Rizal. Kata brother Lim Jooi Soon kalau nak berdakwah kepada non muslim jangan bermula dengan fekah sebab fekah berat sedikit. Bahasa komunikasi juga perlu. beliau menceritakan ketika beliau baru memeluk agama islam beliau mendapat sms meminta beliau berceramah. Di antara ayat-ayat yang di gunakan ialah ana dan anta. Beliau pening apa kalimah yang di tulis.

Ini merupakan penceramah undangan. dari kiri IR Jamaluddin yang merupakan YDP Ikram Pulau Pinang, Di ikuti Dr Danial Zainal Abidin, Muhammad Sylvester dan Brother Lim Jooi Soon.

Keadaan dalam dewan yang agak ramai sambil mendengar forum dari ahli panel yang telah di jemput.

Tazkirah oleh Dr Danial Zainal Abidin selepas solat tarawih

Hari ini aku dan isteri sibuk di dapur sebab akan menyambut tetamu yang merupakan ahli keluargaku untuk program Iftar keluarga yang di adakan setiap tahun. Itulah caranya kami adik beradik berkumpul sambil berbuka dan bertarawih. Tahun ini aku dan isteri telah menawarkan rumah kami untuk dijadikan tempat berbuka dan solat tarawih. Semoga Allah terima amal-amal kami semua.

Friday, August 12, 2011

Kisah Bulan Puasa

Sudah berapa kali isteriku mengadu yang handsetnya kerap berlaku kerosakkan. Sekejap menyala dan sekejap padam. Aku hanya mendiamkan diri sambil membuka dan perbetulkan kembali. Elok dan boleh dipakai lagi.
" Harap-harap dapat bertahan sehingga bulan 12 ". Kataku kepada isteriku yang hanya terdiam.
Aku telah di untuk bertugas bersebelahan dengan stadium Batu Kawan. Aku mengajaknya menemaniku sebab ia mengambil masa yang pendek sahaja dan selepas itu kami akan terus ke Carrefour untuk mencari bekalan majlis berbuka puasa keluarga. Isteriku setuju untuk mengikutku. Setelah selesai tugasku kami terus menuju ke pasaraya carrefour. Aku mengajaknya terus ke tempat jualan handset. Aku membelek-belek handset genama Nokia 7230. Aku bertanya berapa harganya dan berapa kalau aku trade in handset.

" Lu punya skrin rosak. I berani ambil RM90 ". Murahnya dia ambil. Aku ke gerai yang lagi dan bertanya benda yang sama.
" Ini skrin sudah rosak. Wa angkat RM100 ". Masih terlalu murah kataku kepada isteri. Terus aku ke kedai satu lagi. Tiba-tiba skrin jadi elok pula.
" Ok wa berani angkat ini phone RM180 ". Aku dan isteri tersenyum. Tapi aku mula tak selesa.
" Tauke saya nak bagitau terus terang. Ini handset dia punya skrin rosak sikit ". Bukan akhlak islam kalau sudah tahu rosak nak menipu pula. Kalau mereka menipu mengapa kita juga nak menipu sedangkan islam melarang umatnya menipu walaupun pada mereka yang berlainan agama.
" Sebab lu cakap betoi talak tipu, wa angkat ini phone RM140 dan kalau lu mau ini phone lu cuma tambah RM 115. Wa kasi offer sebab lu tak tipu ". kata penjual. Akhirnya aku beli handset genama Nokia 7230, Gembira isteriku menerima hadiah yang tidak di sangka.
" Terima kasih kerana abang belikan Nah handset ". kata isteriku sewaktu dalam perjalanan pulang. Ucapan terima kasih sudah memadai buatku. Ia merupakan ucapan yang amat mulia dalam islam tak kira pemberian itu sedikit ataupun banyak.

Pukul 2 petang kami sampai di rumah. badan sudah letih. isteriku mula terfikir apa juadah kami untuk berbuka.
" Tak payah masaklah. Buka puasa nanti kita beli nasi kandar ". Cadanganku akhirnya mendapat persetujuan dari isteriku. Aku tahu dia juga letih untuk memasak. Jam 6.30 petang aku ke gerai nasi kandar.
" Mamak you taruh ikan dengan bendi '. Kataku pada mamak. Yang membuat aku tak minat dengan stail mamak ialah suka mengambil makanan dengan tangan.
" Apa pasal you tak pakai sarung tangan ". Aku menegur mamak tersebut.
" Tak apa saya sudah basuh dan sabun tangan '. kata mamak pula.
" Tapi tangan you masih ada bakteria. Lebih baik you pakai sarung plastik. Murah saja ". Aku terus menegur mamak yang tampak mukanya masam mencuka sambil berleter dalam bahasa ibundanya kepada seorang lagi rakannya.

" Sekarang masuk waktu berbuka bagi kawasan negeri Pinang Pinang dan kawasan2 yang sewaktu dengannya ". Kata dj radio. Selepas berdoa aku mengambil sebiji buah kurma dan segelas air sirap limau. Memang terasa nikmatnya yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpuasa. Aku membuka bungkusan nasi kandar pula. Terasa begitu semangat. Sama juga dengan isteriku. Bila aku jamah terasa sesuatu pada nasi tersebut.
" Macam mana Nah rasa nasi ni ". Aku bertanya isteriku.
" Sedap rasanya ". Ringkas jawapan isteriku.
" Tapi abang rasa macam basilah nasi ni ". kata-kataku akhirnya di akui oleh isteriku
" Tadi kenapa Nah kata sedap ". Aku musykil juga.
" Nanti kalau Nah kata basi apa pula kata abang. Abang kalau Nah masak tak letak garam pun abang kata sedap ". Kata isteriku.
" Ya lah itu Nah yang masak. Tak kan abang nak komen tak sedap kalau orang sudah masak untuk abang ". Tersenyum isteriku bila aku berkata begitu. Malamnya selepas solat maghrib aku muntah dengan banyaknya. Perutku memulas-mulas. Terpaksa isteriku menyapu losyen halia dan akhirnya tarawihku hanyalah di rumah sahaja.

Keesokkan harinya aku bertugas petang. Aku sudah bercadang hendak membeli makanan di pasar ramadhan bersebelahan hospital besar. Banyak juga makanan yang dibeli. Aku hanya nampak pasembur saja.
" Mamak berapa RM yang biasa saja ". Aku bertanya mamak
" RM 6 ". kata mamak. Aku nak seorang diri pun harga RM 6.
" Mamak saya satu orang juga nak makan. Boleh saya pilih lain ". Aku bertanya mamak.
" Boleh boleh pilih ". Kata mamak. Akhirnya aku mengambil telor, ubi dan cucur dan aku serahkan kepada mamak. Aku melihat dia mengambil lagi 2 cucur terletak sebelah dia. Setelah di letakkan kedalam plastik lalu di serahkan kepadaku.
" RM 6 ". Meruap darahku melihat cara mamak menjual.
" Mamak. Lu mau untung saja. Saya tak minta pun you taruh cucur ". Aku menghulurkan wang sambil pergi. Ikutkan hati aku nak tinggal terus pasembur tu. Sudah 2 mamak menipu aku.

Jam 11 malam aku tidak pulang kerumah tetapi menyambung tugas di tempat lain pula. ketika melalui lorong yang baru di tar, aku tidak perasa yang di depan ada bonggol yang besar. Tujuan di buat bonggol untuk menghalang motosikal membawa laju. Akhirnya aku terus melanggar bonggol dengan kelajuan 50 KM/j. Apalagi aku tak control lalu melambung di atas jalan. Keesokkan harinya baru terasa bisa di badan dan demam. Aku terpaksa mengmbil mc dan seharian aku asyik beradu akibat tidak mempubyai tenaga.

Sekarang pun masih terasa bisa-bisa di badan. Aku mengharapkan esok semasa persembahan nasyid Allah memberikan kesihatan yang baik kepadaku. Inilah puasa yang penuh pengertian buat diriku.

Wednesday, August 10, 2011

Ada Yang Lebih Di uji

Aku bertugas petang sekarang ini. Ada masa aku jelajah dari blog ke bloh. Seorang rakan menghantar kisah ini yang betul-betul membuatkan aku begitu terharu. kadang-kadang aku merasakan bahawa ujian terhadap aku ini amat berat. Rupanya ada lagi insan yang lebih berat dari aku. Kisah bagaimana seorang isteri mengalami cancer otak dan begitu cekal suaminya membantu isterinya.

Pembaca semua boleh ke Moon punyer blog. Ia telah mendapat liputan yang meluas di TV3. Apa yang pasti ialah kita harus mensyukuri nikmat Allah dan tabah menghadapi saat ujian Allah. Pasti ada hikmah di sebalik ujian ini. Warna Nostalgia mendoakan agar suami kepada Puan Norma iaitu Talib terus tabah menempuh ujian ini.

Al Fatihah Untuk Isteri Tercinta

Ketika bersahur entah kenapa hati aku seakan meronta-ronta ingin menziarahi pusara isteriku. Bukan aku tak pernah ziarah. kalau aku ke pekan tidak kira berapa kali pasti aku singgah apabila melalui kawasan masjid. Tapi pagi ini entah kenapa aku begitu sedih sekali bila mengenangkan kembali saat indah kami. Aku cuba menghindarkan diriku dari mengingati semua itu yang akan membuatkan hati aku sayu. Sahur tadi memori itu menyerang aku. Akhirnya selepas solat subuh di masjid aku terus ke kawasan perkuburan. Aku mengambil cangkul yang berada di pondok lalu aku mula membersih perkuburan seorang diri. Sambil mencangkul rumput beberapa kenalan sempat menegurku. Aku tidak kisah tentang apa yang mereka fikirkan. Janji aku merasa tenang dapat berada di sini. Talipon bimbitku berbunyi
" Assalamualaikum bang. Abang di mana ". Tanya isteriku. Ya lah keluar subuh sehingga tak balik-balik lagi. Risau juga isteriku. Setelah selesai tahlil seorang diri aku pulang dengan hati yang tenang.
" Bila ada masa abang datang lagi Siti ". Aku berkata di pusara isteriku. Terasa sayu meninggalkannya. Al Fatihah buat isteri tercinta

Monday, August 08, 2011

Back To The Future

Aku pulang dari kerja setelah sekali lagi bertugas selama 16 jam. Mengantuk usah dicakap ler.
" Abang sebelum abang tidur kita ke pasar dulu. Nah nak beli perkakas untuk berbuka puasa keluarga ". kata isteriku. Aku hanya menganggukkan kepala saja sambil menguap. Pada 14 Ogos 2011 bersamaan hari Ahad akan di adakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih keluargaku. Selalunya ia di buat di rumah ibuku. Kali ini aku dan isteriku menawarkan rumah kami untuk dijadikan tempat bebrbuka dan bertarawih. Semoga ia mendapat kebrkatan.

Aku berpakat dengan isteri akan menu berbuka. Anggaran seramai 30 kaum kerabat akan berada pada hari tersebut.
" Apa kata kita buat nasi beriani, pizza dan air bandung ". Kata isteriku memberi cadangannya. Aku setuju sahaja sebab dia yang nak masak. Terus kami ke pasar dan giant mencari bekalan. Aku membeli ikan kerapu dan sembilang untuk kubawa ketempat kerja. Setelah semua barangan sudah di perolehi kami pulang kerumah. Aku terlalu mengantuk. Petang aku akan bertugas pula.

Tanpa melengahkan masa terus aku baring di atas katil. Denagn cepat aku sudah tidak sedarkan diri. Aku berada di depan rumahku mengambil sampul yang berwarna cokelat. Tertera Urusan Seri paduka Baginda. Aku terus membaca isi kandungan. Aku telah ditawarkan untuk program menjelajah masa yang lepas. Aku terlalu ingin melihat bagaimana keadaan Siti Aishah dan Rosnah sebelum mereka berkahwin denganku. Setelah kelangkapan disediakan maka aku dibaringkan diatas bangku dan tiba-tiba cahaya putih berada didepanku. Bila aku membuka mata aku berada didepan rumah ibu mertuaku. Aku melihat bas sekolah berhenti. Turun seorang gadis berbaju sekolah. itulah Siti Aishah. begitu manis senyumnya. Aku terus menghampirinya. Aku memegang bahunya.
" Siti tau tak yang Siti akan berkahwin dengan abang ". Aku berkata kepada Siti Aishah. Apalagi satu penumbuk sulung hinggap di muka aku.
" Mak tengok ni orang gila mana kata Siti akan kahwin dengan dia ". Siti Aishah mengadu kepada emaknya. Emaknya juga turut menghalau aku. Aku begitu sedih dihalau isteri dan mak mertua.

Aku ke suatu tempat pula. Aku mencari isteriku Rosnah. kelihatan ramai kanak-kanak bermain. Mungkin itu Rosnah dan aku terus menghampirinya
'" Nah. Tau dak kita akan berkahwin dua orang ". Aku berkata kepada Rosnah. Apalagi Rosnah pun menjerit memanggil abangnya. Mak oiii besarnya abang dia. Aku ditumbuk sekali lagi lalu di tengking menyuruh pulang. Sedih tak terkira. Bila aku membuka mata aku melihat isteriku sedang tahiyat akhir. Jam sudah pukul 2 ptg. Selepas berdoa aku pun cerita kisah mimpiku kepada isteriku.
" Abang ni merapu la. Boleh mimpi back to the future pula ". Kata isteriku sambil tertawa.

" Abang tau tak apa Nah masak ". Aii main teka teki pula. Sudah ler dua kali aku di tumbuk. Isteriku meminta aku membuka periuk. Aku terus kedapur dan membuka periuk. Isteriku buat masak asam pedas. Yang membuatkan aku tertawa ialah hanya seekor ikan saja yang di masukkan dan ikan itu ialah ikan yang aku dan isteriku pancing tempuh hari. Katanya cukup untuknya ikan seekor sebab dia suka makan kacang bendi.
" Patutlah tak gemuk. Makan kacang bendi saja ". Aku berkata sambil tertawa gelihati terhadap isteriku.

Aku membuka periuk yang lagi satu. Fullamak kari kepala sembilang kesukaanku. Pekat dan berminyak. Aku mengambil kepala lalu letakkan kedalam bekas untuk dibawa ketempat kerja. Sewaktu membawa motosikal ke tempat kerja aku tersenyum sendirian memikirkan pengalaman back to the future.......Aneh dan lucu....

Sunday, August 07, 2011

Keseorangan Namun Tetap Terasa Nikmatnya

Aku sampai di rumah jam 1 pagi setelah selesai tugasku selama 16 jam. Entah kenapa badan aku terlalu letih dan tidak bermaya. Tidak sempat menukar uniform aku terus terbaring di atas katil.
" Nah abang tak mahu bangun sahur. Badan letih sangat ". Sambil memejam mata mulut sempat lagi berkata-kata. ".
" Tak apalah abang tidur. Nanti Nah kejutkan abang. Sahur tu berkat bang ". kata isteriku.
Terasa kejap benar aku terlena. Isteriku mengejutkan aku untuk bersahur. Jam menunjukkan 5.30 pagi. Nasi goreng sudah berada di atas meja. Namun seleraku tiada. Aku hanya mampu menjamah 3 camca sahaja. Pukul 6 pagi terdengar laungan azan subuh yang di alunkan oleh muaazin berbangsa Bangladesh. Sungguh berlainan nadanya.

Selepas selesai solat subuh, aku terus menyambung kembali tidurku. Sedar-sedar sudah jam 12 tengahari. Tu dia.... Aku bingkas bangun sebab aku sudah berjanji nak ke surau membantu kaum wanita membuat bubur kanji.
" Budiman jangan lupa mai tolong kacau bubur kanji ". Kata seorang makcik. Aku menegur isteriku kenapa tak kejutkan aku.
" Nah gerak abang tapi abang tak jaga. kesian dekat abang. Tu yang biar abang lena. Petang abang nak kerja pula ". Terdiam aku. Rupa-rupanya aku yang tak sedar bila di kejutkan.
" Abang petang ni Nah buat pizza. kalau sempat abang boleh bawa bekal ke tempat kerja ". kata isteriku sambil menguli tepung untuk di buat kulit pizza. Aku hanya tersenyum. Bergegas aku ke surau. Bila sampai bubur kanji sudah siap. Aku memohon maaf kepada kaum wanita kerana lewat sampai.

Bila aku pulang terbau wangi pizza. Isteriku cuba untuk menyiapkan pizza agar dapat aku membawa ke tempat kerja. Jam 3 petang sudah tersedia sekotak pizza untuk bekalan ketempat kerja. Baunya sungguh wangi maklumlah isteriku pakar dalam membuat pizza. Beliau pernah berniaga pizza di pasar malam dan aku pernah membelinya.

Rambutan kuning kesukaanku juga dibekalkan bersama dengan pizza. Bila waktu berbuka tiba aku dapat merasakan kenikmatannya walaupun aku berbuka keseorangan. Tarawih keseorangan juga membangkitkan syahdu di hati. Akulah imam dan akulah bilalnya. Rasa-rasanya aku solat seorang diri di tempat kerja terasa lebih tenang dan khusyuk.

Friday, August 05, 2011

Emak Tak Dapat Puasa

" Bang nanti selepas abang bangun tidur, kita ke pekan. Nah nak beli tepung. Ingat nak buat kuih pau ". Kata isteriku ketika aku membuka uniform kerja. Mendengar saja nama kuih pau terus aku terkenangkan Siti Aishah. Memang keluarga kami suka akan kuih pau yang di buat oleh isteriku Siti Aishah.
" Yang tanda merah tu inti sekaya. Siti buat untuk abang ". Kata Siti Aishah bila kuih pau sudah siap. Memang sedap sekali rasanya.
" Macam nilah Nah. Kita pergi sekarang. Takut nanti kalau abang tertidur jenuh juga nak bangun ". Maklumlah sudah 16 jam aku bekerja. Kalau diletakkan kepala alamat sampai jam 2 la jawabnya.

Setelah membeli kelengkapan di pekan, kami singgah di rumah ibuku. Aku sudah berjanji melalui talipon yang kami akan datang. Tersenyum ibuku menerima kunjungan anak menantu.
" Mak tak boleh puasa ". Katanya sambil mengalir airmata kepada isteriku.
" Tak apalah mak. Mak dah uzur. Bukannya mak sengaja ". Kata isteriku.
" Tak apakah Diman kalau mak tak puasa. Allah tak marah ke ". Tanya ibuku minta kepastian.
" Tak apa mak. Allah tak marah. Nanti kita bayar fidyah berapa hari mak tinggal. lepas ini kita bayar denda la ". Kataku untuk menenangkan hati ibuku. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Ibuku di golongkan dalam golongan mereka yang sakit teruk yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyah ialah sehari secupak beras kepada fakir miskin. Ibuku begitu gembira dengan penjelasanku. Kita sebagai anak perlu mengambil berat bab ini terhadap ibu bapa. Seperti mana mereka mendidik kita erti puasa semenjak kecil lagi dan bila mereka sudah uzur kita harus mengambil berat bab puasa mereka.

Selepas zohor mata sudah tak boleh nak buka lagi. Aku minta agar isteri kejutkan aku jam 4.30 petang untuk latihan nasyid pula. Terasa amat payah untuk bangun bila isteri mengejutkanku. Selepas solat asar aku terus ke masjid. Anak-anak remaja telah menunggu. Aku terkial-kial mengetuk bonggo. Cuba bayangkan aku mengetuk bonggo ketika anak-anakku masih di sekolah rendah lagi. Kini ada yang sudah bekerja dan ada yang masih belajar di politenik. Ini bermakna sudah berpuluh tahun aku meninggalkan nasyid. Anak-anak remaja tertawa melihat aku mengetuk lintang pukang mencari rentak. Akhirnya dapat juga aku mencari tempo. Tinggal 8 hari lagi untuk persembahan.

Bila aku sampai di rumah, isteriku menunjukkan kuih pau yang baru di buat.
" Yang titik merah tengah tu inti sekaya. Nah buat untuk abang ". Kata isteriku tersenyum. Aku hanya terdiam bila mengenangkan ayat yang sama digunakan oleh Siti Aishah dan Rosnah. Macam mana aku tak terkenang kembali.
" Pasai apa abang diam. Abang tak suka ka ". Tanya isteriku
" Bukan tak suka. Terpegun cantik dan gebu macam orang yang buat ". Selorohku yang membuatkan isteriku tertawa.

Alhamdulillah bila azan berkumandang inilah nikmatnya ketika berbuka. Kuih pau dan cucur udang semalam masih lagi boleh di makan. Ia hanya perlu di goreng semula. Aku langsung tidak menjamah nasi. Dengan dua hidangan ini pun sudah memadai buat kami. Perut tidak boleh di biarkan terlalu penuh. Ia perlu di kosongkan untuk ibadah sama.

Inilah pertama kali aku jejak masjid kariahku untuk bertarawih. Yang sebelumnya aku terpaksa menjalankan tanggungjawabku sebagai tok bilal di surauku. Kini setelah aku berpindah kerumah baru, tanggungjawab itu telah aku serahkan kepada jawatankuasa yang baru. Tarawih kedua, aku kesana dan bilal telah di ambil alih oleh anak-anak tahfiz. Alhamdulillah. Berbondong-bondong manusia keluar dari lorong berhampiran menuju ke masjid.

Aku begitu kagum dengan melihat begitu ramai anak muda berada di masjid untuk solat tarawih. Kita juga di hebuhkan dengan keruntuhan akhlak anak muda sekarang tapi malam tadi aku melihat dan bersyukur dengan kehadiran yang begitu ramai dari kalangan anak muda.
" Assalammualaikum pakcik. Tak kenai saya ka ". Seorang anak muda bersalaman dengan aku.
" Pakcik ingat tak masa nasyid yang kita buat di masjid ni. Sayalah budak yang nasyid sama pakcik ". Anak muda mengingatkan kembali. Subhanallah begitu cepat masa berlalu. Dulu mereka di bangku sekolah rendah sewaktu bersama kumpulan kami. Kini sudah bekerja dan baru saja berkahwin. Ini bermakna aku sudah dimamah usia.

Sambil menanti isteriku keluar dari masjid, sempat juga aku menziarahi pusara isteriku Siti Aishah. Suatu hari aku juga akan kesini dan adakah aku akan di ziarahi..........

Thursday, August 04, 2011

Di Pelawa Ibu Mertua

Isteriku begitu sibuk di dapur. Aku bertanya samada dia memerlukan pertolongan aku. katanya semuanya sudah beres. Cuma dia sedang mengemaskan dapur. Aku beritahunya yang aku nak kerumah ibu mertua. Jam menunjukkan pukul 6.30 ptg. Dalam masa 5 minit aku sudah berada di rumah ibu mertua. Kalau time begini sudah tentu di penuhi dengan anak saudara yang berbuka beramai-ramai. Ketika aku sampai makanan sedang di hidangkan. Aku terkenangkan masa-masa yang lalu. Tak sanggup aku nak mengenangkan lagi peristiwa lalu.
" Budiman buka puasa di sini la hari ini ". Kata ibu mertua
" Tak apa mak. Lain kali saja sebab Rosnah sudah masak. Kesian pula dekat dia ". kataku kepada ibu mertua.
" Ala pakcik tu tak boleh tinggal makcik Rosnah ". Gurau anak saudara. Anak saudara yang berada di London pun ada bersama. Bertambah riuh la dengan gelagat cucu saudara yang bercakap pelat London Malaysia. Memang tepat sangkaan mereka. Aku tak sanggup berbuka tanpa isteriku kecuali waktu bekerja.

Yang menjadi keriuhan ialah ketika mereka sedang berebut bola.
" Give me a ball ". Kata cucu saudara London sambil menunjuk ke arah bola
" Itu bukan ball. Itu bola la ". kata cucu saudara Malaysia. Terhibur juga aku dengan gelagat cucu saudara sehingga tidak menyedari isteriku talipon berkata lagi 5 minit akan berbuka. Aku bergegas pulang ke rumah. Hari ini baru habis kerja malam dan aku akan kerumah ibuku. Ibuku asyik menunggu aku yang tidak sampai-sampai menanti kedatangan anak yang begitu sibuk.
" Mak jangan masak apa-apa la ". Kataku ketika menalipon ibuku. Ketawa ibuku dengan gurauanku. Tak baik membiarkan ibu ternanti-nanti. Esok mungkin giliran kita menanti kedatangan anak cucu kita pula. Aku pula sedang mencari tarikh yang sesuai untuk kami sekeluarga berkumpul dalam program iftar kelurga. Tahun-tahun yang lalu dibuat di rumah ibuku. kali ini aku menawarkan rumahku untuk dijadikan tempat berbuka dan bersolat tarawih keluarga. Isteriku telah bercadang hendak masak nasi hujan panas. Ramadhan tahun ini amat bermakna buatku sebab aku telah banyak berubah. Namun kerinduan pada Siti Aishah tidak pernah padam dan bulan Ramadhan dan Aidil Fitri merupakan bulan yang di penuhi dengan nostalgia yang cukup banyak. Kalau dua ini aku dapat menempuhnya maka aku telah berjaya mengharungi segala rintangan. mampukah aku. Insyaallah. semoga Allah membantuku....

Catatan selepas solat subuh di tempat bertugas.

Wednesday, August 03, 2011

Menu Berbuka...

Cuba lerr resipi ini. Terliur saja menengoknya. Selamat mencuba


Sotong Goreng Tomyam

INGREDIENTS:

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

BAHAN TUMBUK:


5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

METHODS:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.


BAWAL SWEET-SOUR

INGREDIENTS:


1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

METHODS:

1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.

2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.

5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.

7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain


CENCARU BELAH BELAKANG

INGREDIENTS:


4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

BAHAN SAMBAL (MESINKAN)

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

METHODS:

1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.

2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.

3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.

5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.


SIAKAP SWEET-SOUR

INGREDIENTS:


1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

METHODS:

1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.

7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


SINGGANG IKAN TONGKOL/AYE


INGREDIENTS:


1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]

METHODS (MICROWAVE):

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.

2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.

3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.


METHODS (NORMAL):

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.

2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi.

3. Hidangkan.


UDANG PEPPER


INGREDIENTS:


500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris

METHODS:

1. Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.

2. Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,

3. Kacau sehingga udang kemerahan.

4. Masukkan daun sup

5. Hidangkan.


UDANG SWEET-SOUR

INGREDIENTS:


500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

METHODS:

1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

4. Masukkan juga cili potong dan gula.

5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.

6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...