Teman-teman

Wednesday, April 25, 2012

Fasa Pertama sudah Selesai

Dewan yang digunakan

 Setelah selesai majlis ijab kabul, aku berbual dengan tok kadhi
" Anak ustaz ke yang berkahwin ni ". Tanya tok kadhi yang memanggil aku ustaz. He he.
" Tak ini anak tiri saya ustaz ". kataku tersenyum
" Masyaallah. Ustaz telah melakukan satu kebaikan. Betapa besar pahalanya yang ustaz perolehi dengan menyempurnakan majlis ini ". Kata tok kadhi sambil menepuk bahuku.
" Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya ustaz ". Terangguk-angguk kepala tok kadhi membenarkan kata-kataku. Setelah selesai majlis akad nikah, aku dan isteri bergegas pula ke dewan untuk melihat apa yang perlu. Majlis akad nikah begitu pantas sekali sebab hanya satu pasangan saja yang di ijab kabul. Majlis bermula pada jam 12 tengahari. Kelihatan seorang demi seorang datang. Tidak banyak jemputan yang aku buat. Kaum keluarga yang berada diluar Pulau Pinag tidak aku jemput sebab ia lebih banyak melibatkan kaum keluarga isteriku. Jadi biarlah aku memberinya keutamaan dahulu. Yang bakinya barulah aku jemput kaum keluarga yang terdekat. Insyaallah kalau ia melibatkan anak-anak aku sudah pasti keluarga dari Kula Lumpur dan Singapura tidak aku lupakan.Isteriku mencadangkan tema baju kenduri ialah warna hijau manakala untuk kerumah pengantin lelaki pula warna oren. Aku mengikut saja kemahuannya. Janji dia seronok aku juga seronok.

Memotong kek. Apa sebab mereka tertawa. Buat Maharaja lawaklah

 Semakin lama semakin ramai yang hadir. Jenuh juga aku bersalaman. Inilah kali pertama aku melalui saat-saat ini. Ramai yang mengucapkan tahniah padaku sebab sudah bergelar bapa mertua. Tersenyum isteriku.. Selain dari nasi, kakak iparku telah menyumbang bubur kacang dan rojak buah. Isteriku pula membuat bihun sup. Jadi tetamu mempunyai banyak pilihan. Sengaja aku dan isteri masak berlebihan sebab takut dimana pernah berlaku sewaktu aku dan isteriku berkahwin.  Ramai yang tidak dapat makan sebab kehabisan.
" Nah takut nanti ramai yang tak dapat makan. Jadi Nah nak masak tambahan sikit. Kalau berlebihan kita boleh agihkan kepada tetamu yang hadir ". Aku terus menyokong cadangannya. Kaum keluarga sebelah arwah isteriku datang. Ibu mertuaku mengalir airmata bila melihat aku.Aku memeluk ibu mertuaku.
"Mak..tolong doakan Budiman dan keluarga ". Ibu mertuaku hanya mengangguk kepala saja. Sempat juga aku mengesat air mataku. Saat beginilah aku begitu merindui arwah Siti Aishah. Sudah pasti dia kehulu kehilir bila ada majlis perkahwinan seperti ini. Ahh...itu semua sudah menjadi kenangan manis buatku.

Sesi bergambar dengan geng Sekolah

 Datang pula kaum keluargaku. Aku terus bersalaman dan memeluk ibuku
" Mak tolong doakan semoga Allah berkati majlis kami ". Mengalir sekali lagi airmataku.
" Insyaallah Budiman. Mak sentiasa berdoa ". Sejuk hatiku bila mendengar perkataan ibuku. Aku kembali ceria. Kedua anak-anakku turut sama sibuk melayan tetamu. Syukur kepada Allah. Jam 3 petang datang sorang demi seorang rakan sekolahku yang turut di jemput. Mereka merupakan rakan sekolah semenjak kami sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Begitu akrabnya kami umpama adik beradik. Aku begitu gembira dengan kehadiran mereka. Sekejap-sekejap jika ada waktu luang aku ke meja mereka. Begitu riuhnya mereka. Sempat aku bergambar dengan mereka. Kata anak gadisku
" Ayah ni glamour mengalahkan pengantin ". Aku tertawa. Apa tidaknya sewaktu sesi bergambar semua anak mata hadirin tertumpu kearah kami sebab riuh dan ini membuatkan majlis perkahwinan anak kami menjadi happening. Terlalu gembiranya aku dengan kehadiran rakan-rakan sekolahku. Alhamdulillah majlis selesai pada jam 5 petang.

Rumah pengantin lelaki. Masam saja muka aku. Kenapa...

 Keesokkan harinya pula di adakan kenduri di pihak lelaki. Kami menukar baju oren pula. Selepas solat zohor rombongan pengantin tiba di lokasi. kami di jemput terus kemeja makan.
" Jemputlah makan. Janganlah malu-malu. Hari ini kami pula melayan tetamu ". Kata besanku. Aku mengambil nasi lalu aku suapkan di mulut isteriku. Malunya isteriku sebab ramai yang menyaksikan kami.
" Abang ni merapulah. Kita bukan pengantin tapi anak kita ". Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku.
" Apa salahnya. Bukannya salah ". Aku berkata pada isteriku.
" Pakcik Budiman ni romantik la ". Kata anak saudara isteriku. Kakak-kakak isteriku turut tersenyum melihat gelagat kami. Mereka juga turut lali dengan perangai aku yang suka bergurau dengan isteriku. Aku masih ingat ketika selesai aku dan isteriku di ijabkabulkan. Aku di hampiri abang iparku.
" Terima kasih Budiman kerana memilih Rosnah. Terlalu banyak fitnah yang Rosnah hadapi. Dia hanya mampu bersabar saja. Jagalah dia baik-baik ".
" Insyaallah abang ". Ringkas saja jawapanku. Kami tidaklah berada lama di rumah pihak lelaki. Setelah selesai majlis bergambar kami pulang. Baru terasa begitu letih sehinggakan aku tertidur dengan pakaian orenku. Nasib baik aku tak bermimpi kahwin dengan memakai baju oren maklumlah aku kan raja segala mimpi. Terima kasih kepada mereka yang hadir. Terima kasih tak terhingga kepada wanita surau tempatku yang turun membantu mengupas buah. Kepada kakak iaparku, kaum keluargaku yang banyak membantu terima kasih aku ucapkan. Hanya Allah saja yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Kepada kaum keluargaku yang berjauhan, janganlah terasa hati kerana tidak di jemput. Insyallah lain kali kita berjumpa...

Mai la abang tolong suapkan

Terima kasih daun keladi. Kalau sudi bacalah lagi. Moga ia menjadi iktibar untuk diri. Betapa perlu kita menjauhi perasaan hasad dengki.

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Segalanya bermula, berjalan dan berakhir dengan baik. :)

Ariff Budiman said...

kakcik..Alhamdulillah Allah permudahkan

Mrs.Izi said...

alahai romantiknya.tertukar plak mana satu pengantin.hehe.kecilnya gambar,besarla sket.x berape jelas.cantikla anak abg arif.macam anak mami.erkk kak rosnah pun cantik gak.

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...Biasala nak bagi happening. Saya dah besarkan gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...