Teman-teman

Friday, April 27, 2012

Kesempatan Yang Di Ambil

Isteriku mula membuka gerainya pada hari Isnin akan datang. Kesempatan ini digunakannya untuk memasak untukku walaupun selama ini aku tidak kisah dan sudah lali dengan corak baru kehidupanku. Berkali-kali dia bertanya apa yang aku nak makan.
" Bang hari in kita makan gulai jantung pisang nak tak ". Tiba-tiba isteriku bersuara. Apalagi mendengar saja gulai jantung pisang hatiku sudah girang. Aku masih ingat ketika pertama kalinya aku perkenalkan gulai jantung pisang hasil masakan ibu mertuaku, hatinya sudah terpaut. Inilah gulai kesukaanku semasa bersama arwah Siti Aishah. Pagi-pagi kami berdua kerumah ibu mertuaku untuk mencari jantung pisang. Alhamdulillah dapat juga sebanyak 5 biji jantung pisang. Terus kami ke pasar untuk mencari daging pula.

Gulai jantung pisang

Kami singgah untuk menikmati mee kari. Famous juga isteriku bila ramai yang menegurnya.
" Kak..bila nak buka gerai ". Tersenyum isteriku
" Isnin ni kak buka dah ". Ramai juga customer isteriku yang menegur. Ada yang pergi kemudian datang kembali bertanya di mana mereka pernah berjumpa. Apa pun selepas ini sudah pasti aku lebih banyak di gerai isteriku memandangkan anaknya sudah bergelar isteri. Isteriku paling gembira bila aku berjanji akan menolongnya.
" Pasai apa Nah suka sangat ni ". Aku bertanya isteriku.
" Sebab abang ada di gerai ". Fahamlah aku akan maksudnya. Dia suka aku berada di sisinya....

Koay teow goreng

5 comments:

radziah AR said...

oh...buat dgn daging ye... mesti sedap. tak penah buat.lagipun en. suami saya bkn pandai mkn masakan kg. nnt boleh trylah...

Ariff Budiman said...

radziah AR..Selamat mencuba

Anonymous said...

Pak Budiman ni selalu je post gambar makanan Terliur kami ni. Post lah skali resepinya.

Ariff Budiman said...

Anonymous..He he i'm sorry. Insyaallah lain kali punya post akan cuba bagi resepi

Mrs.Izi said...

sedapnya gulai jantung pisang tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...