" Kesian kak Rosnah ya Bang. Muda lagi sudah di uji ". Aku hanya diam membisu takut terlebih simpati pula nanti susah.
Kini siapa sangka dengan perancangan Allah. Rupanya kami berdua telah di pertemukan dan kini aku pula sedang menguruskan perkahwinan anak tiriku. Ramai yang berperasaan kenduri ini tidaklah mustahak sangat sebab ia tidak melibatkan anak-anakku. Kalau melibatkan anak-anak aku barulah happening. Aku seperti keseorangan menguruskan hal-hal berkaitan perkahwinan anak tiriku. Masih terngiang-ngiang di telinga
" Ooooo ini anak tiri. Bukan anak Budiman no. Tak apa nanti kalau anak Budiman kahwin kami pulang ". Sayu aku menerima perbandingan ini. Apakah salah anak-anak tiriku. Apakah salah isteriku. Namun aku buat tak kisah saja. Janji aku sudah membuat jemputan.
Sudah banyak mesej yang aku hantar kepada rakan-rakan. Kebanyakkannya menyepi tanpa berita. Mulalah hati ini tertanya-tanya. Betul ke nombor mereka. Sampai kah kepada mereka atau mungkin aku sudah lama menyepi dari jamaah selepas kematian isteriku membuatkan mereka sudah tidak berminat dengan perkembanganku. Persoalan ini yang kerapa bermain di mindaku. Aku beritahu juga pada isteriku Rosnah
" Tak apalah bang. Janji abang sudah membuat jemputan. Terpulanglah kepada mereka bang. Kita berserah kepada Allah ". Pujuk isteriku.
Akhirnya aku membuat keputusan yang mana rakan-rakan tidak menjawab mesej aku, aku terus mencari dan menghulurkan kad.
" Hari tu Budiman dah hantar mesej. Saya terima. Insyaallah saya akan hadir ". Aku hanya diam seribu bahasa. Susah sangat kah nak menaip K sekalipun menandakan mesej yang di hantar telah di terima. Aku kerumah rakan yang seorang lagi lalu aku hulurkan kad.
" Dah dapat mesej Budiman hari tu. Maaflah tak sempat nak jawab. Sibuk sangat ". Aku dan isteri hanya mampu berpura-pura senyum.
Terlalu letih badanku. Alhamdulillah isteriku amat pandai mencari ruang kesibukannya. Kalau aku sibuk dengan tugasku, maka dia akn keluar mencari barang seorang diri. Aku turut bersyukur kepada Allah, emak angkatku dan Jawatankuasa surau wanita di tempat telah sudi untuk membantuku.
" Budiman bawa barang-barang ke surau. Insyaallah kami akan bantu ". Pertolongan mereka amat aku hargai. Walaupun ini merupakan kenduri anak tiriku sahaja tetapi insyaallah akan aku lakukan kewajipan sebagai seorang ayah walaupun aku hanyalah ayah tiri.........Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Di saat begini aku begitu merindui arwah Siti Aishah. Beliau begitu tangkas membuat kerja-kerja di rumah kenduri. Tapi kalaulah dia ada sudah tentu perkara ini semua tidak berlaku. Astaghfirullah Hal Azim. Cepat - cepat aku tersedar dari lamunanku. Aku kini hidup bersama Rosnah. Bantulah aku Ya Allah....Permudah..permudahkan
8 comments:
InsyaAllah, bila kita berserah padaNya selepas berusaha, Dia akan permudahkan urusan kita.
bila majlis tu?insyaAllah di permudahkan.
kakcik...Terima kasih kakcik. Semoga Allah permudahkan
Mrs Izi...Majlis pada 21 Apr 2012
tahniah2...bakal dapat menantu...anak tiri ke anak sendiri ke..yang penting en ariff lakukan kewajipan en ariff..insyaallah Allah akan permudahkan...
Salam~
Kami doakan urusan walimah anak tiri en ariff , anak puan rosnah Allah permudahkan. En Ariff insyaAllah diberikan ganjaran pahala kerana menguruskan kehidupan anak yatim ini. Moga Allah rahmati En Ariff dan Puan Rosnah sekeluarga.
athirah...Terima kasih banyak-banyak ya
rozie yuzaila jusof...Terima kasih juga di atas doa yang di berikan
Post a Comment