Esok pagi aku, isteri dan anak-anak akan berangkat ke Medan. Selama 4 hari aku tidak akan membuka laptopku. Tapi sebelum aku kesana aku nak share satu cerita yang aku simpan. Ia berlaku 2 minggu yang lepas. Semoga ia penuh dengan iktibar. Suatu hari ketika berada di tempat kerja, aku telah menerima panggilan talipon dari anak saudaraku sebelah arwah Siti Aishah.
" Assalamulaikum pakcik. Pakcik boleh tak mai tengok sat kakak. Lepas dia balik mengurut dia dok mengadu sakit badan-badan ". Dari panggilan tersebut aku sudah dapat menggagak sesuatu. Ini bukan kali pertama anak saudaraku mengadu sakit badan. Pernah dulu dia mengalami demam panas, sugul dan suka marah. Rupanya ada benda yang menumpang. Alhamdulillah aku buat cara yang aku tahu saja. Lega seketika.
Keesokan harinya, sebelah petang aku terus kerumah ibu mertuaku. Anak saudaraku dan yang lain-lain sedang berada di halaman. Melihat aku datang semua mereka memerhati aku dan menanti apa yang akan aku katakan. Patutla dia sakit satu badan. Ada benda tenggek di atas badannya dan mencengkam bahunya. Aku buat biasa saja seperti tiada apa yang berlaku.
" Macam mana pakcik...ada apa dekat kakak ni ". Tanya salah seorang dari mereka.
" Mana la pakcik tau. Nampak tak ada pun ". Aku berkata.
" Ala pakcik..kami tau pakcik nampak...bagitau la..". Ishh..nak mampus kalau aku beritahu yang ada benda sedang bertenggek di bahu anak saudaraku.
" Jom masuk dalam ". Aku mengajak anak saudaraku masuk kedalam rumah. Yang lain bila mendengar aku mengajak anak saudaraku masuk terus bergegas mengikut.
" Kakak...ambil garam kasar bawa mai dekat ayah ". Aku berkata kepada anak gadisku. Datang anak gadisku membawa garam kasar. Mata anak saudaraku sudah tidak tentu arah mengerling. Aku mengambil segenggam...
" Aku tak ada kuasa...aku tak ada ilmu...tapi aku tahu Allah itu maha berkuasa. Tempat hang bukan di sini ". Terus aku baling garam kearah anak saudaraku. Hilang makhluk tu. Ini yang jenis bukan kaki melawan. Kalau kaki melawan aku rasa jenuh juga aku nak handle sebab aku tidak ada ilmu.
" Macam mana sakit lagi bahu ". Aku bertanya anak saudaraku.
" Sakit lagi pakcik ". Sambil memicit-micit bahunya. Aku meminta izin darinya untuk memegang bahunya. Bila aku sentuh saja dia sudah menjerit sakit.
" Hai...baru pegang dah sakit ". Aku berkata dengan nada bergurau. Sugul anak saudaraku. Aku terus memicit bahu anak saudaraku sambil membaca ayat suci al-quran.
" Aduhhhhh...eeeeee ". Menjerit anak saudaraku dan jeritan di penghujungnya mengejutkan seisi manusia di dalam rumah. Alhamdulillah hilang rasa sakit badan.
Dia menceritakan bahawa dia pulang ke kampung untuk mengurut. Balik dari mengurut badan baru terasa bisa-bisa. Aku berkata kadang-kadang kena berhati-hati juga dengan kes macam ini. Aku tak mahu menuduh tetapi mungkin sesetengahnya tidak perasan yang ketika mengurut ada benda yang mengambil kesempatan berpindah sebab dia tahu akan kelemahan manusia. Senang dia nak tumpang. Bila pulang kerumah selepas solat maghrib aku membuat air dengan membaca dari ayat-ayat mathurat al-kubra. Kemudian aku berdoa kepada Allah agar Allah keluarkan segala bisa-bisa dan benda-benda yang berada di dalam tubuh anak saudaraku. Terus aku berikan kepada anak saudaraku untuk di minum.
Entah kenapa malamnya aku tidur begitu nyenyak sekali. Bila tersedar aku dapat merasakan yang isteriku sedang meronta dan keluh kesah seperti di ganggu. Sekejap dia menendang depan. Akhirnya sebiji penendang hinggap di perutku. Aduh...rasa macam nak ketandas saja time tu..kih kih. Punyalah senak perut kena sebiji penendang dari isteriku yang tidak tahu apa langsung. Aku membaca ayat 3 qul dan ayatul kursi lalu aku hembuskan kearah isteriku. Alhamdulillah begitu nyenyak dia tidur dan akulah orang paling lega. Keesokan harinya aku bertanya isteriku. Katanya dia tidur begitu nyenyak sekali. Akhirnya aku cerita padanya yang aku telah menerima penendang sulung darinya. Tertawa isteriku mendengar cerita dari aku.
Aku talipon anak saudaraku untuk bertanya kabar.
" Alhamdulillah pakcik...Macam di cabut-cabut bisa tu dari badan. Rasa segar badan ni. Nasib baik ada pakcik ". Kata anak saudaraku.
" Jangan kata macam tu. Boleh jatuh syirik. Jangan letakkan makhluk melebihi Allah. Semua tu Allah yang izinkan. Tanpa Allah kita sebagai makhluk tak boleh buat-buat apa-apa ". Aku perbetulkan kata-kata anak saudaraku yang dia sendiri tidak menyedarinya. Pada yang membaca coretan ini, berhati-hatilah. Bila pulang dari mana-mana saja sebelum masuk kedalam rumah bacalah dulu ayat qursi. Bila masuk berilah salam dengan ucapan Assalamualaikum. Kalau ada jin islam dia akan menjawab akan salam itu. Kalau ada jin kafir dia akan lari sebab salam itu sungguh mulia di sisi Allah. Amalkan ya......Kalau tak mau amal pun no problem...
4 comments:
Ish... kakcik tak nak la nampak 'benda2' tu...
Iyalah, kita datang dari Allah, kepada Allah jugalah kita berserah sambil berusaha, kan? :)
kakcik..Nk buat macam mana. Dah ternampak
As salam En Arif,
Kalau ade cerita lg jgn lupa kongsi ye En Arif, saya suka baca :))
Nnt pergi Medan jgn2 ade cerita baru... Dgr2 di Indonesia byk makhluk ALLAH yg satu ni...Nak tanyalah makhluk tu tahu ke En Arif boleh nampak kewujudan dia??
Pernah tak 'mereka' ni berkomunikasi dgn En Arif??
Marya...Saya kalau cerita hantu memang banyak cuma saya tak suka kongsi dalam blog. nanti jadi blog kisah hantu pula. Akan saya update kisah di Medan nanti. Ada satu peristiwa pernah berlaku bila ada makhluk yg ingin berkomunikasi dgn saya tapi saya tak izin. kemana saya dia mengekori. Nasib baik sekarang dia tak follow lagi. Adik beradik dah berpesan dkt saya. kalau nampak makhluk di medan nanti hang jgn dok tegur nanti dia ikut balik. Tu dia sampai macam tu sekali
Post a Comment