Esok 31 Mei 2012 - Aku serta family yang lain akan bertolak ke Melaka lebih awal. Pertemuan Family pada 1 - 3 Jun 2012. Sebanyak 100 family telah bersetuju untuk bertemu. Inilah pertama kalinya kami membuat reunion Family Mas Tempawan. Segenap pelusuk negeri akan hadir termasuk Singapura. Aktiviti telah disusun sepanjang berada di sana.Kami insyaallah akan menetap di Hotel 101 Bangi. Aku telah berjanji kepada isteriku hendak membawanya berjalan-jalan ke Masjid India menaiki Komuter. Hari ini sudah mula sibuknya. Balik saja dari gerai terus dibukanya almari.
" Abang nanti masa kita bertolak esok abang pakai baju ini dan Nah akan pakai baju ini ". Kata isteriku.
" Tu dia sedondong ". Tertawa isteriku bila aku berkata demikian.
" Hari Jumaat abang pakai baju ini. Sabtu yang ini dan pulang yang ini ". Sambil menunjuk baju agar aku faham. Aku hanya tersengih dengan gelagat isteriku yang sudah mengatur pakaianku. Aku sudah tidak kisah dengan semua ini sebab sebelum ini pun semasa hidup bersama arwah Siti Aishah beginilah juga caranya. Jadi bila isteriku mengatur segalanya tentang pakaianku, aku no hal.
Kami akan mengambil peluang berada di Melaka berjalan-jalan. Sudah 2 kali aku ke Melaka berkursus. Kali ini aku datang membawa isteriku kebetulan anak gadisnya yang baru berkahwin tinggal di Melaka. Jadi kepada pembaca yang tinggal di Melaka atau sesiapa saja yang tahu akan tempat-tempat yang indah di Melaka silalah beritahu. Rugi bila sudah sampai di sini tak tahu mana tempat yang best.
" Bang jangan lupa Masjid India. Nah nak rasa rojak yang abang kata best ". Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Boleh sampaikah aku ke Masjid India. Takut aku ke Masjid Pakistan saja. Malamnya kakak aku pula teringin ke I City. Katanya tak pernah pergi lagi. Jadi lepas maghrib kami akan kesana. Aku mendoakan agar Allah makbulkan doa isteri dan kakak aku. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sewaktu dan selepas program Family Day Mas Tempawan.
No comments:
Post a Comment