Teman-teman

Thursday, May 10, 2012

Percutian Di Medan / Danao Toba - Bhg 1

Baru tiba di lapangan terbang Medan

Alhamdulillah setelah membuat perancangan setahun dengan penerbangan tiket tambang murah Air Asia iaitu sebanyak RM10 sehala aku, isteri serta kedua-dua anakku dan di temani oleh anak saudaraku suami isteri kami berlepas dari airport Bayan Lepas menuju ke Medan. Setelah 45 minit di angkasa akhirnya kami tiba di lapangan terbang Medan. Aku tidak dapat melupakan peristiwa di airport Medan. Isteriku, anak-anak dan anak saudaraku sudah melepasi pihak imigresen tapi bila tiba giliran aku, pihak kastam begitu teliti sekali. di pandangnya muka aku dan passport beberapa kali.

Bandar Medan

" Bapa lihat di hadapan. Saya mahu ambil gambar ". Kata pegawai kastam kepadaku. Aku terus berdiri dihadapannya.
" Bapa kameranya di situ dan bukan di sini ". Sambil tertawa menunjuk kamera sebelah kananku. Aku juga turut tertawa dengan kebodohanku. Isteri, anak-anakku dan anak saudara tertawa dengan gelagat aku. Setelah selesai urusan passpot, kami ke tempat bagasi. Seorang pemuda mengangkat bagasi kami. Kami menyangka itu adalah petugas airport. Bila keluar saja aku sudah mula terkejut. Begitu banyak kereta dengan bunya honnya yang bising. Beg kami dimasukkan kedalam teksi. Datang seorang pemuda kearahku
" Bapak kami berempat. Bapak boleh kasi wang sama saya ". Kata pemuda tersebut. Aku sudah mula panik.
" Kejap saya keluar ". Aku keluar mencari anak saudaraku.
" Bapa duduk saja didalam kereta.". Sambil menarik aku masuk kedalam kereta. Aku keluar kembali mencari anak saudaraku.
" Bapa..bapak enggak perlu keluar. Bapak boleh bagi wang sama saya. Akan saya agihkan bersama teman-teman saya ". katanya.
" Tapi saya enggak ada wang tukarnya ". Sengaja aku berkata demikian.
" Bapak bisa beri wang RM50 kepada saya ". Kata pemuda tersebut. Aku sudah mula pening. Dengan beg yang ringan dia mahu sebanyak RM50. Aku terus menghulurkannya RM10 lalu dimintanya aku menambah lagi RM10. Aku tidak menghiraukannya terus.

 Solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Danao Toba

Teksi kami menuju ke tempat travel agent untuk menyewa van ke Danao Toba. Setelah membuat perbincangan dengan company kami diperkenalkan dengan pemandu yang akan membawa kami ke Danao Toba. Bayaran ke Danao Toba sekitar 700 ribu rupiah dan pergi balik harganya dalam 1 juta 400. 1 juta rupiah bersamaan RM340. Kami terus dibawa ke Danao Toba. Perjalanan kesana dikatakan mengambil masa selama 6 jam. Boleh tahan juga. Apa yang memeningkan kepala kami ialah budaya suka membunyikan hon. Tak kiralah kereta atau motosikal. Semasa dalam perjalanan kami kesana amat susah untuk melelapkan mata sebab pemandu yang membawa kami memandu secara laju dan suka memotong. Sekejap kami menjerit bila dihadapan kami trelar besar turut sama memotong. Memang pemandu sana penting hanya untuk cepat sampai tanpa memikirkan akan keselamatan penumpang.

 Restoran burung puyuh

Setelah 3 jam perjalanan, kami singgah untuk makan tengahari dan solat. Kami berhenti di restoran burung puyuh. Setelah duduk kami dihidangkan dengan nasi serta burung puyuh goreng. Kami mengajak sekali pemandu kami. Berselera sungguh kami dengan burung puyuh goreng. Pemandu kami siap panggil pelayan agar menambah lauk. Berselera juga dia. Aku amat suka juice markisanya dan durian belanda. Alhamdulillah setelah kenyang kami ke musolla yang disediakan oleh pihak restoran. Kami terus melakukan solat jamak. Tak apalah walaupun ruang tempat solat dikongsi bersama wanita. janji solat ditunaikan. Tidak perlu memikirkan akan keselesaan.

 Burung puyuh goreng. begitu lembut dagingnya

Selesai solat kami bertolak ke Danao Toba. Kami akan tiba lagi 3 jam. Sekali lagi kami tidak dapat melelapkan mata. Jalan yang bengkok bengkok masih lagi berani memotong. Isteriku sudah mengadu pening dan demam. Sebelum bertolak lagi dia demam dan batuk. Kini dengan keadaan pemanduan yang merbahaya akan menambahkan lagi pening isteriku. Perjalanan ke Danao Toba di penuhi dengan bukit dan pokok yang tinggi. Jalan raya begitu sempit sekali. Tersilap potong akibatnya akan terjunam kedalam gaung. Sebab itu kami begitu kecut perut dengan corak pemanduan orang disini. Semuanya ingin cepat. Lambat bergerak maka akan kena hon lah jawabnya.

 Burung puyuh setelah di goreng

Setelah pemanduan hampir 3 jam kami sudah dapat melihat pemandangan indah tasik Danao Toba. Semua kembali girang. Inilah pertama kalinya aku melihat secara live betapa indahnya ciptaan Allah yang dikurniakan kepada rakyat Indonesia. Kami memasuki pekan parapat untuk ke terminal feri. Pemandu kami tercari-cari dimana tempat feri. Sekejap belok dan salah. Undur kembali lalu mencari tempat yang lain. Salah lagi lalu terus mencari dan akhirnya kami tiba di terminal feri jam 6 petang waktu Indonesia. Betapa kecewanya kami bila di beritahu bahawa feri ke Danao Toba akan bertolak pada jam 9 malam. Resort kami berada di Danao Toba. Kami terpaksa menunggu 3 jam lagi untuk kesana.

 Gadis yang menyediakan burung puyuh. manisnya. isteriku berkata yang aku bertuah dapat snap burung dan orangnya.

Isteriku sudah nampak keletihannya. Aku melihat sekejap dia menyapu airmatanya. Aku terus merapati isteriku untuk bertanya khabar. Sambil mengeluarkan airmata dia berkata yang dia begitu letih sekali dan demam sudah menyerang isteriku. Badannya sudah terasa haba.

 Sehingga atas bas pun masih boleh di naiki

Anak saudaraku bertanya kepada penjual warung berkenaan Danao Toba. Kata penjual tersebut, perjalanan feri ke Danao Toba memakan masa selama 40 minit dan dari sana ke resort pula memakan masa 45 minit. Jadi kami akan sampai ke resort sekitar jam 12 tengahmalam. Keadaan isteriku amat letih sekali. Dia hanya mampu duduk di dalam van. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel Parapat saja. Kalau keadaan isteriku pulih, esoknya kami akan Danao Toba. Kalau tidak kami akan berpatah kembali ke Medan. Itulah kata sepakat kami.

 Parapat.Menanti feri untuk ke Danao Toba

Setelah memasuki hotel keadaan isteriku amat letih. Aku memberinya panadol lalu aku mengambil tuala dan lekatkan didahinya. Hanya airmata yang mampu berkata-kata. Diluar cuaca amat sejuk sekali. Sebab itu hotel-hotel di sini tidak mempunyai air con. Aku terus dial anaknya lalu keberikan kepada isteriku. Menangis isteriku bila mendengar suara anaknya. Dalam keadaan sebak dia berkata
" Alhamdulillah emak dah ada di Indonesia. Emak demam dan letih ". Ketika itu isteriku tidak dapat meneruskan perbualan lagi. Di marahnya aku kenapa menalipon anaknya. Dengan cara ini kemungkinan demam isteriku akan berkurangan.

 Bergambar berlatar belakang tasik Danao Toba

Badan aku juga terasa akan keletihan. Sebelum tidur aku membuat air jampi dengan hafalan dari ayat-ayat Al-Mathurat. Alhamdulillah berkat aku menghafal Al-Mathurat, aku tidak perlu membawa buku. Walaupun hafalanku tidaklah penuh tapi cukuplah aku hafal ayat-ayat yang penting saja. Aku berdoa kepada Allah agar dikeluarkan segala bisa-bisa di dalam badan isteriku dan menyembuhkan demam panasnya.

 Parapat

Bukan aku malah semua orang mendoakan agar isteriku pulih dengan cepat. kalau tidak maka kempunanlah kami untuk ke Danao Toba.
" Kalau abang nak ke Danao Toba esok pergilah. Tinggalkan Nah di hotel ". Kata isteriku.
" Tak tak...abang tak akan tinggalkan Nah. Kalau Nah sihat kita kesana. kalau tidak kita semua pulang ke Medan dan anggaplah ini semua bukan rezki kita ". Kata-kataku membuatkan airmatanya mengalir.
" kesian abang, anak-anak dan anak saudara, Sebab Nah semuanya dapat masalah ". Kata isteriku.
" Nah rehatlah. Kita tidak meminta penyakit. Nah minumlah air yang abang buat. Selawat 3 kali dan berdoa kepada Allah agar Allah mengeluarkan segala penyakit di dalam tubuh ". Aku berkata kepada isteriku

Malamnya aku tak dapat melelapkan mata. Sekejap aku memegang lehernya. Terasa panas badan isteriku berkurangan. Nasib baik anak saudaraku seorang doktor. Jadi bermacam-macam jenis ubat dibawanya. Sebut ubat demam ada. Ubat batuk ada dan ubat selesema ada. Jadi kalau ada apa-apa masalah farmasi peribadi kami ada. Badan dan mata aku keletihan dan akhirnya aku pun zzzzzz.......Jumpa lagi

9 comments:

Unknown said...

As salam,

Semoga isteri En Arif sihat kembali...

Ariff Budiman said...

marya Yusuf...Alhamdulillah dah baik

Kakcik Seroja said...

Nak tunggu catatan seterusnya pula...

Ariff Budiman said...

kakcik...Insyaallah. Menyusul nanti

pB said...

nanti sambung lagi nyer

Ariff Budiman said...

pB...Insyaallah

Mrs.Izi said...

berjalan sakan abg ariff.cantik2 gambarnya

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...Sekali sekala keluar berjalan bersama isteri dan anak2

elisa said...

Dear Akak dan Abang

Jika nak sewa kereta murah kat medan, silah cuba klik http://medanstarrentacar.com/
or wa di +62852-9700-0264

Murah je .. RM 160 per day include all..

Drivernya bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...