Teman-teman

Thursday, May 10, 2012

Percutian Di Medan / Danao Toba - Bhg 2

 Jam 7.30 pagi dari atas hotel penginapan

Jam hp berbunyi menandakan waktu subuh telah masuk. Tidak kedengaran azan disini sebab penduduknya beragama kristian. Aku memegang leher isteriku. Panas badannya sudah hilang. Tersedar isteriku bila aku menyentuh lehernya. Katanya panasnya sudah hilang cuma terasa keletihan sedikit. Dia berkata yang dia dapat ke Samosir. Setelah mandi barulah dia terasa segar dan senyum terukir diwajahnya. Akulah insan yang cukup gembira bila melihat isteriku sihat.

 Jalan menaiki ke hotel

Kami terus ke lobi untuk bersarapan. Terasa tenang sambil makan sambil melihat keindahan alam semulajadi. Terasa begitu enak kopi yang disediakan. Sudah berapa cawan aku minum. Isteriku juga memuji keenakkan kopi disini. Setelah bersarapan dan sebelum berangkat kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

 Nama hotel

Selesai bersarapan, kami terus check out dan menuju ke terminal feri. Setelah menunggu selama 10 minit kami di arah menaiki feri ke Samosir. Bermacam-macam bermain di fikiranku. Apa yang terdapat disana. kami akan berada di dalam feri selama 40 minit dan waktu inilah digunakan aku untuk mengambil gambar pemandangan cantik. Tidak ramai penumpang feri sebab banyak feri disini. Kalau terlepas feri tidak ada masalah untuk menanti feri yang lain.

 Selepas sarapan pagi

Anak saudaraku sudah memesan kalau ternampak apa-apa jangan bising. Buat diam sudah. Aku tertawa dengan ingatan yang diberikan. Setelah hampi 40 minit kami berada di atas feri maka akhirnya kami sampai di Samosir. Turun saja dari feri, kami di datangi oleh seorang tua menjual kacang goreng. Dia merayu agar kami membeli kacangnya. Kami menolak sebab tiada siapa yang berminat. Marah sungguh dia sambil mulutnya kumat kamit sambil menjeling kami.

 Berada di atas feri menuju Samosir iaitu perkampungan batak

Sewaktu berjalan memasuki perkampungan batak, aku sudah dapat merasai sesuatu. Bulu roma aku meremang secara tiba-tiba. Peluh mula membasahi dahiku.
" Nah..abang dah dapat rasa sesuatu ni ". Aku berkata kepada isteriku sambil menunjuk tanganku yang menggeletar. Isteriku segera memegang tanganku.
" Nah...abang bau mayat la ". Aku terus berkata kepada isteriku. Diam isteriku.

 Nama samosir terpahat di bukit

Bila kami memasuki selekoh menuju ke perkampungan batak isteriku membisik sesuatu kepadaku
" Bang ada mayat di sebelah...Muka dia hitam ". Kata isteriku. Aku menoleh kekiri. Betul kata isteriku. Ada kematian dan mayat diletakkan di luar tanpa ditutup. Kami dapat melihat betapa hitamnya wajah mayat tersebut. Aku pula bukan melihat mayat saja tapi begitu banyak yang berada disisi dan diluar. Berbagai bentuk rupa. Tiada kepala, kepala berdarah, mata terbonjol keluar.
' Ya Allah Nah..teruk la tempat ni ". Aku terus memberitahu anak saudaraku agar berhati-hati dengan tempat ini. Takut pula dengan 2 orang anaknya.

 Parapat dari kejauhan menuju Samosir

Begitu ramai yang datang untuk membeli belah disini. kebanyakkannya ialah budak-budak sekolah. Bila kami measuki selekoh dimana dijual berbagai jenis jualan aku sudah mula tak senang duduk. Begitu banyak makhluk yang berpeleseran seperti adanya keramaian untuk mereka. Aku sudah terasa pening. Inilah pertama kalinya aku melihat betapa ramainya mereka. Kadang-kadang aku terpaksa mengelak. Bila mengelak maka ada yang tersedar dan terus memerhati aku. Jantungku begitu berdebar sekali. Kalau tiba-tiba berada dihadapanku dengan tiada kepala, berdarah siapa yang tidak terkejut dan mengelak.

 Sampai di Samosir

Aku berkata kepada isteri dan anak saudaraku agar jangan membeli permainan dari kayu. Selalunya dari kayu yang berasal dari pokok dijadikan permainan dan barang perhiasan. Ada sesetengah makhluk masih berada dikayu tersebut dan jika kita membawa pulang maka dengan makhluk itu sekali kita membawanya. Kesemua mereka akur dan hanya membeli baju untuk anak-anak.

 Perkampungan batak. Sebelah kiri kami ialah tempat mayat. Sebelah kanan kami ialah banner tanda dukacita di atas kematian

Hujan renyai-renyai sudah mulai turun. Kami menumpang berteduh di bawah gerai. Disinilah aku melihat seperti ada sesuatu yang memanggil makhluk tersebut. Setelah hujan mulai reda kami mula bergerak. Malas untuk naik keatas. Semua barangan hampir sama. Ketika berjalan kami terdengar riuh seperti ada pesta.

 Lorong shopping

Rupanya ada pertunjukan patung di rumah panjang batak. Patutlah banyak yang datang. Semuanya menuju kesana. Aku melihat ramai pengunjung mengambil gambar. Suka sungguh mereka dengan aksi pertunjukkan patung tanpa mereka mengetahui banyak yang berkeliaran. Peluh sudah membasahi dahiku. Pening aku dibuatnya. Inilah pertama kalinya aku melihat begitu banyak makhluk berkeliaran. Anak gadisku menyapu minyak di dahi dan belakang tengkokku. Terasa nyaman dan sejuk.

 Murah-murah

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang dan meneruskan perjalanan ke Medan. Entah kenapa isteriku menjadi berani pula melihat mayat orang batak. Nampak dia begitu segar tapi aku pula yang pening dan meloya secara tiba-tiba.
" Tu dia..Puas Pakanjang melihat sampai pening-pening ". Kata anak saudaraku. Aku hanya tersenyum tapi ternyata sumbing senyumku. Semasa berada di atas feri kami sempat bergurau sesama sendiri dimana kami akan menanggung siksa selama 7 jam pula untuk tiba di Medan. Kali ini pemandu kami lebih rakus. Nampak dia begitu mengantuk sekali. Apa tidaknya semalaman dia berjoli sakan di pusat karaoke dan duitnya telah di kapor. Bila dibukanya beg duit untuk mengisi minyak, terkejut dia
" Mampos aku ". Itulah kata-kata hikmatnya yang membuat kami terasa lucu. Sekali lagi kami singgah di restoran burung puyuh. Santapan terakhir sebelum pulang. Slogan kami ialah makan puas-puas.

 Sakan memborong

Akhirnya setelah pemandu kami berlegar-legar sekitar bandar medan dan menalipon rakannya dimana terletaknya Hotel CitiInn Sun Yat Sen kami tiba di hotel. Badan sudah terlalu letih. Ingatkan malamnya kami nak mencari makan malam tapi Medan merupakan tempat untuk orang cina dan untuk mencari makanan halal amat susah. Jadi kami cuma memesan makanan hotel saja.
" Saya nak pesan maggi goreng ". Tanya anakku
" Enggak ada maggi goreng di sini ". Kata petugas counter. Akhirnya anak saudaraku perbetulkan perkataan yang digunakan di Medan. Mereka menyebut Indomie.
" Boleh saya pesan Indomie ". Tanya lagi anakku melalui talipon.
" Bisa. Maunya berapa pak ". Tanya petugas. Begitu rupanya.

Wajah kepeningan hasil terkejut

Selepas solat isyak kami semua terlelap. Esok kami akan meronda di bandar Medan yang begitu sibuk sekali. Nescaya bunyi hon sekali lagi akan membuatkan telingan kami berdesing. Kata isteriku berseloroh
" Depa ni kan bang..kalau hon depa rosak macam injin rosak no ". Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku. Ternyata dia sudah begitu sihat sekali dan bersedia untuk program seterusnya...To be continued

5 comments:

Unknown said...

As salam En Arif,

Saya yg baca pun boleh bygkan kepeningan & keloyaan En Arif tu... Alahai... Nasib baik xde apa2 ye... Busuk tak mayat tu?

rozie yuzaila yusof said...

Salam~
Menarik kisah percutian En Ariff dan keluarga. Tak sabar nak baca bahagian 3.

Ariff Budiman said...

marya Yusof..tengit baunya. Keloyaan dapat dirasai hingga sekarang. he he

Ariff Budiman said...

rozie yuzaila yusof...Insyaallah tunggu episod akhirnya

Bearcat said...

Kekeke tergelak G baca cerita paknjang. Ha...nak tengok sangat....macam-macam ada...nasib baik tak dak yang ikut balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...