Teman-teman

Tuesday, June 05, 2012

Pada 1 - 3 Jun 2012 Keluarga dari keturunan Mas Tempawan akan mengadakan program hari keluarga buat pertama kalinya. Tempat yang akan di adakan ialah di PNK Resort, Kuala Sungai Baru, Melaka Barat. Dari Bangi keluargaku serta keluarga kakakku bertolak menuju ke lapangan terbang LCCT untuk mengambil adik serta iparku yang datang dari Kota Bharu. Selepas itu kami terus bertolak ke Melaka. Check in resort pada jam 12 tengahari. Tidak banyak yang kami berbual tentang perjumpaan ini. Masing-masing masih mengharapkan agar pertemuan kali pertama ini akan membuka lembaran baru buat kami mengenali sesama keluarga yang sekian lama terpisah.

Resort bahagian hadapan

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami ke Melaka lebuhraya begitu tenang dan damai. Jam 12 tengahari kami sudah berada di Resort. Cantik dan damai resortnya. Kami mengambil kunci bilik lalu meletakkan barangan kami. Memandangkan aktiviti bermula selepas solat Maghrib kami mengambil kesempatan berjalan ke Bandar Melaka. Teringin benar nak merasa asam pedas Melaka. Setelah puas berjalan kami bergerak kembali menuju ke resort. Sudah pasti ramai saudara yang sampai. Bila kami sampai saja saudara mara datang menyerbu lalu memeluk sambil menangis. Ada yang sudah lama tidak bertemu. Ada yang belum pernah bertemu. Kami mengambil peluang beramah mesra kembali. Riuh dewan makan dengan celoteh kaum keluarga yang saling memperkenalkan anak-anak mereka. Isteriku hanya diam memerhati aku di peluk cium saudara mara terutama dari Singapura. Dia baru bersamaku selama 3 tahun. Rata-rata saudaraku terutama dari Singapura lebih mengenali akan arwah Siti Aishah. Namun isteriku dapat menyesuaikan dirinya. Tersenyum dia bila di perkenalkan sebagai isteri baruku.

Resort bahagian tepi

Kami berpusu-pusu memasuki dewan yang telah menjadi surau bagi kami. Surau yang disediakan tidak mencukupi. Hanya dewan mampu menampung kehadiran yang seramai 100 orang untuk peringkat perjumpaan pertama. Alhamdulillah abangku Dr Danial turut hadir dan dia di jangka menyampaikan tazkirah setelah selesai solat jamak maghrib/isyak. Ramai saudara hanya dapat menatap wajahnya menerusi TV9. Kini mereka semua akan menyaksi secara live wajahnya. Sebelum di mulakan tazkirah wakil-wakil dari setiap keluarga di minta memberi ucapan dan memperkenalkan ahli keluarga yang datang. Bagus juga idea ini. Gelak ketawa, perli secara kasih sayang tidak lekang dari bibir kami. Aku terasa amat gembira dengan pertemuan ini. Kami juga di ceritakan akan salah silah keturunan kami dan dari mana asalnya mendapat nama Mas Tempawan. Akhirnya barulah kami di beri tazkirah oleh Dr Danial. Setelah mengenali kaum keluarga, aku kini telah mendapat gelaran atuk Ariff Budiman kepada generasi baru. Tertawa isteriku bila ada yang memanggil aku atuk.

Resort bahagian belakang

Setelah selesai mendengar tazkirah kami semua pulang ke bilik masing-masing. Lelap sungguh aku. Sedar-sedar jam sudah pukul 5 pagi. Kami berjalan ke surau untuk menunaikan solat subuh dan sedikit tazkirah subuh dari Dr Danial. Setelah sarapan pagi ramai kaum keluarga sudah berada di padang. Senaman poco-poco akan di adakan. Siapa yang berminat boleh ikut serta dan yang tak pandai boleh melakukan aktiviti riadah biasa. Aku telah di tugaskan menjadi jurugambar. Berpeluh juga aku walaupun tidak berpoco-poco. Ramai kaum keluarga yang sporting. Walaupun ia bukanlah acara wajib tapi untuk kaum keluarga ramai yang mengambil sikap berlapang dada. Ini merupakan pertemuan yang pertama

Kaum keluarga Mas Tempawan

Aku memberi keizinan kepada isteriku untuk menetap di rumah anaknya yang baru berkahwin dan mengikut suaminya ke Melaka. Aku hanya habiskan waktu rehat bersama keluargaku. Gambar demi gambar aku snap. Tugasan yang diberikan kepadaku memang kena pada tempatnya. Kadang-kadang anakku menggantikan tempatku. Resort ini begitu mendamaikan hati. Bila berhadapan dengan laut mulalah segala ingatan bermain kembali. Mulalah perasaan sebak menyerangku. Tapi biarlah ia hilang dibawa oleh angin. 
" Mengelamun jauh abang ni ". Kata isteriku yang baru datang dari rumah anaknya. Terasa tenang bila menatap akan kelembutan wajah isteriku. Aku hanya tersenyum dengan tegurannya.
" Ya la...Teringat la apa isteri sedang lakukan sekarang ". Tertawa isteriku.

Bergambar bersama saudara dari Singapura

Alhamdulillah dengan Wifi yang baru dibeli aku dapat menghubungi rakan-rakanku. Berita yang aku terima rakanku baru saja meninggal dunia. Aku membeli rumah keduaku darinya. Nasib baik semuanya telah selesai. Baru-baru ini sebelum aku ke Melaka, lawyer menalipon aku mengatakan yang semua dokumen pembelian dan pertukaran nama telah selesai. Syukur Ya Allah. Seronok melihat anak-anak kecil dengan telatah mereka. 

Solat berjemaah. Khusyuk dan mendamaikan hati

Bila ada waktu kelapangan aku mengajak isteriku berjalan-jalan kawasan Melaka. Banyak juga durian disini. Terpapar tulisan sekilo RM2 dan RM3. Bukan saja menarik minat pelancung. Aku juga begitu teruja melihat harga tawaran. Di Penang sekarang harganya RM8 sekilo. Terus aku berhenti di gerai buah.
" Yang ini sekilo berapa ". Aku bertanya penjual.
" Ini sekilo RM 8 ". Kata penjual.
"Yang mana satu harga RM3 ". Aku bertanya.
" Dah habis bang. Hanya tinggal yang ini ". Kata-kata penjual tadi memadamkan terus niatku. Aku ke gerai hadapan yang turut memapar harga murah.
" Berapa harga buah ini ". Aku bertanya
" Ini bang harganya sekilo RM7 ". Selamba katanya
" Yang mana RM3 ". Tanyaku ingin kepastian
" Buah tu tak elok bang. Sebab itu saya tak jual ". Katanya
" Habis kenapa di letakkan harga RM3 ". Terdiam penjual tersebut. Auta banyak penjual di sini.

Tazkirah dari abangku Dr Danial Zainal Abidin

Aku terus ke Pantai Klebang. Aku ke muzium kapal selam. Sebelum memasuki pantai banyak terdapat jualan buah seperti buah binjai. Sudah pupus buah ini di Penang. Ia seperti buah mempelam. Rasanya lemak masam. Setelah selesai ziarah muzium kapal selam aku singgah untuk mencari buah durian. Terpapar juga RM3.
" Tauke ini sekilo berapa ". Aku bertanya
" Ini RM8 ". Kata tauke buah
" Yang mana sekilo RM3 ". Terus aku bertanya
" Itu yang bawah. Tapi ia busuk sikit ". Katanya juga selamba. Geram juga aku melihat cara jualan di sini.
" Habis kalau buah busuk kenapa di jual ". Aku bertanya dan membuatkan cina tersebut marah.
" Kalau you tak nak beli sudah. You boleh ambil gambar ". Katanya sambil menunjuk-nunjuk tangan. Terus aku mengeluarkan kameraku dan mengambil gambar. Terdiam cina tersebut. Memang dasar penipu. Di paparkan harga sebanyak RM2 dan RM3 tapi di Jual buah lain dengan harga RM7 atau RM8.

Barbeque dengan ayam, ikan, sotong serta jagung bakar

Esok 3 Jun kami semua akan berpisah dan pulang ketempat masing. Malamnya di adakan barbeque dan karaoke. Siapa yang berminat dengan lagu boleh la join. Tidak ada paksaan. Sudah lama aku tidak menaiki pentas. Aku memanggil anak lelaki.
" Hermawan pergi dekat DJ dan tanya ada tak lagu Lamunan Terhenti nyanyian Aris Ariwatan. Kalau ada letak nama ayah ". Terus anakku pergi dan ia datang kembali mengatakan nama sudah di beri kepada DJ. Aku beritahu isteriku niatku untuk berkaraoke. Anak tiriku dan suaminya juga turut sama ada.
" Boleh ka abang nyanyi ni ". Tanya isteriku sebab belum pernah dia melihat aku menaiki pentas.
" Ala saja seronok. Hentam saja ler. Sedap atau tidak itu belakang kira ". Kataku. Adik serta kakak aku turut sama memberi galakan.
" Jadi abang. Wakil keluarga kita. Boleh ka lagu tu. Tinggi key dia ". Aku hanya tersenyum. Sebentar namaku di panggil dan mendapat tepukan gemuruh dari kaum keluarga yang lain. Akhirnya selesai juga lagu yang aku dendangkan.
" Sedap juga suara abang. Nah tak pernah dengar lagi lagu ini ". Kata isteriku. Terus aku cerita kepada isteri kisah hidupku semasa di alam remaja.
" Patutlah abang boleh nyanyi dan sedap suaranya ". Kata isteriku.
" Kira Nah ni beruntung la berkahwin dengan artis " Gurauku sambil di sambut ketawa oleh isteriku.

Pendaftaran menulis nama untuk mudah di kenali dari keluarga mana

Anak lelaki aku pun teringin juga nak keraoke. Tak sangka juga dia boleh bawa lagu Awie. Akhinya adikku minta nak berduet denganku. Dia memilih lagu Hail Amir dan Uji Rashid. Kira ok juga suara kami. Kira katak pun memuji. Pagi-pagi lagi kami berkumpul di dewan makan. Akhirnya saat perpisahan telah tiba. Sekali lagi kami berpeluk dan menangis akan perpisahan yang entah bila dapat bertemu kembali. Kaum keluarga dari Singapura amat terharu sekali dengan perpisahan ini maklumlah mereka merupakan saudara yang terapat kami sebelum mengenali saudara yang lain. Pernah kami ke sana dan mereka kesini. Kami bertolak pulang sambil melihat lambaian dari keluarga yang lain. Terasa berat untuk meninggalkan keluarga yang lama terpisah. 

Sempat bergambar bila datang awal ada keluarga lain turut sama daftar

Aku terus memandu ke Bandar Hilir Melaka. Sebelum pulang ke Penang aku nak membawa isteriku berjalan-jalan. Kami ke Bukit St Paul, A Famosa dan Muzium Melaka. Aku melihat ramai yang bersesak untuk menaiki menara Taming Sari dengan harga tiket sebanyak RM20. Jam 12 tengahari kami bertolak dari Melaka menuju Pulau Pinang. Alhamdulillah jam 7 petang kami tiba dengan selamat. Sempat juga membeli belacan, cincaluk dan gula melaka sebagai buah tangan untuk jiran dan sahabat handai. Semoga pertemuan ini mendapat keberkatan dari Allah. Semoga kami dapat berjumpa kembali. Jutaan terima kasih kami sekeluarga kepada penganjur yang menjadikan pertemuan ini happening dan akan menjadi kenangan kami anak cucu cicit seumur hidup.

4 comments:

radziah AR said...

seronoknya boleh berkumpul saudara mara. mesti ada yg tak kenal langsung kan, bila jumpa gini, dapat lah mengeratkan. mas tempawan tu, datuk atau moyang en. ariff?

ya allah....rupanya Dr. Danial dlm TV tu. sblm ni saya tahu abg en. arif Dr. Danial (bila cerita org perkenalkan en. arif sbg adik Dr. Danial), tapi tak sangka la Dr. Danial tu. saya mula mengenali beliau masa dia menceritakan tentang sungai dlm laut tu. tersangat kagum dgn ilmunya. tapi maaf la, time tu ingat dia ilmuan dr Indonesia. slps tu selalu tgk bila ada dia. saya selalu membayangkan, ilmunya yg tinggi. bijaknya dia, kuatnya daya ingatan...

Ariff Budiman said...

radziah AR...Memang seronok dapat bertemu family besar. Kami memang dari keturunan jawa sebab itu ramai yang mengatakan kami ini orang indonesia padahal orang Malaysia tok tok

insan marhaen said...

IM juga teringin nak buat family gathering seperti ini tapi ntahlah... tak ada kekuatan untuk mengelolakannya.

Ariff Budiman said...

insan marhein...Kalau kita buat di kalangan adik beradik senang. Kalau melibat adik beradik di seratau negeri perlu di adakan ajk. Itu yg kami baru lakukan. 6 bulan sekali akan di adakan mensyuarat. Setiap negeri ada wakilnya termasuk Singapura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...