Teman-teman

Friday, August 29, 2014

Bersyukurnya Aku

Aku bertugas pagi. Biasalah bagiku kalau tiada tuags lain aku lebih seronok berblog dan menulis novel kisah kehidupanku. Tiba-tiba pintu di ketuk dan masuk beberapa orang dan dikenalkan kepadaku oleh eksukutif dimana mereka merupakan graduan lepasan universiti dan akan bertugas di TNB. Yang lelaki bersalaman dengan aku dan manakala yang wanita hanya senyum melihat aku. Muda-muda mereka. Tidak lama lagi akan bertugas sebagai jurutera. Mungkin mereka akan menjadi ketua aku siapa tahu.

Aku memberi penerangan sedikit sebanyak mengenai sistem di tempat aku bertugas. Terasa malu juga bila aku memberi penerangan kepada bakal jurutera. Aku melihat seorang anak muda asyik tersenyum melihat aku. Dalam hati ini terfikir juga adakah aku sudah silap memberi penerangan kepada bakal jurutera. Selesai memberi penerangan aku kembali ke mejaku meneruskan penulisanku.

Mereka datang kepadaku. Ada yang membelek ipad. Ada yang membelek hp. Seorang jurutera bersuara
" Pakcik tak kenal saya ka ". Tanya jurutera
" Minta maaf. Pakcik memang tak kenal kalau encik tidak memperkenalkan diri ". Sopannya aku. Berincik incik pulop. Jurutera kan..
" Ala...tak payah berincik-incik dengan saya pakcik. Pakcik tinggal di Sungai Ara ka ". Aku mengiakan pertanyaan jurutera tadi
" Pakcik Ariff kenal tak Hassan polis ". Sebut nama hassan terus aku ingat orangnya
" Jadi ini anak Hassan la ". Kawan-kawannya yang lain mula memberi perhatian

" Pakcik lupa ka yang pakcik dan ustazah Siti Aishah mengajar fardhu ain. Saya bekas anak buah pakcik la. Kawan-kawan inilah orang yang banyak mendidik aku masa di tadika dulu ". Air mataku hampir jatuh namun aku menahannya. Tidak aku sangka anak-anak yang aku didik semenjak tadika dan bila memasuki sekolah kebangsaan masih lagi menghadiri kelas fardhu ain kariah. Kini dia bakal menjadi jurutera dan mungkin suatu hari akan menjadi ketua aku dimana dia boleh mengarahkan aku apa saja untuk kerja.
" Pak ingat tak pakcik jentik telinga saya bila saya curi pensil box kawan saya ". Aku tertawa kecil sebab aku sudah lupa insiden itu.
" Pakcik kirim salam dekat ustazah Siti Aishah ". Aku terdiam mendengar permintaannya
" Minta maaf. Isteri pakcik dah meninggal tahun 2008 ". Terkejut jurutera

Aku bersyukur walaupun aku bukanlah seorang guru. aku tiada sijil atau diploma untuk melayakkan aku menjadi guru tetapi aku tetap dipanggil cikgu bila menjadi gurulatih silat. Aku dipanggil cikgu bila menjadi gurubesar tadika dan fardhu ain kariah suatu ketika dahulu. Dengan ilmu aku yang sedikit ini aku dan isteriku menyumbang tenaga dan fikiran demi membantu anak kariah. Alhamdulillah aku bersyukur sedikit sebanyak saham aku dalam mendidik anak-anak kariah sudah nampak sedikit kejayaan. Mungkin ada sesetengahnya membenciku dan aku tetap bersyukur masih ada yang menghargai setiap pertolonganku. Sebab aku berkata ini ialah tatkala mereka hendak pulang jurutera bekas anak didikku memelukku sambil berkata
" Pakcik. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa pakcik dan ustazah kepada saya. Saya tak akan lupa ". Subhannallah......

5 comments:

Anonymous said...

Saya pula yang bergenang airmata baca kisah ni. Pak Ariff dan ibu Siti Aishah sedang meraih pahala hasil dari didikan ilmu. Itu baru seorang...

Shidah said...

Sayunya kisah ini bang. Moga tidak ada orang yang membenci abang

Ariff Budiman said...

Anonymous. Terima kasih. Moga Allah terima amal2 kami

Ariff Budiman said...

Shidah
Tak apa la. Saya tak kisah kalau ada yang membenci

akuzle ayu said...

Menyentuh hati kisah ini, abe Ariff. Anak muda hebat dididik guru hebat juga. Saya nak panggil abe ariff ustaz ariff lepas ni..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...