Teman-teman

Wednesday, August 13, 2014

Bila Isteriku Demam

Isteriku batuk dan demam. Katanya dia tiada tenaga nak ke dapur untuk memasak. Aku memberinya panadol serta ubat batuk dan menyuruhnya dia berehat. Seperti biasa kalau aku ke dapur benda yang aku suka masak ialah sambal tumis jawa dan kebetulan bekalannya pun dah habis.


Aku suka buat dalam kadar yang banyak untuk aku simpan dalam peti sejuk. Bila teringat nak makan dengan roti aku cuma panaskan saja. Selalunya aku menggunakan udang kering. Bila aku buka peti sejuk dan cari punya cari, hanya ikan bilis saja yang aku temui. Jadi hanya sambal tumis ikan bilis la jawabnya


Tahu saja bila orang jantan masuk dapur. Bunyi lesung yang berirama sewaktu aku menumbuk ikan bilis membuat isteriku bangun dan kedapur. Demam-demam pun masih nak tengok apa yang aku buat. Entah-entah dia menggigau sebab dia hanya datang tengok dan tanpa berkata apa-apa terus masuk balik dalam bilik. kih kih. Kompem lah tu


Aku suka membuat sambal dengan membiarkan minyak berlebihan. Minyak itu aku gunakan untuk menumis dan membuat nasi goreng. Itu yang ayah aku lakukan. Ternyata ianya amat sedap. Isteriku yang demam pun pun puji kata sedap. Kembang semangkuk hidung aku. Mr Mama kalau masuk dapur siap la. Penuh periuk belanga dan dinding yang berminyak. Tapi itu semua no hal sebab Mr Mama dah beres semua itu. Bila isteriku buat sport check semuanya dah bersih. Payah dapat oooo...kih kih

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

bagus ni..rajin memasak bila isteri tak sihat....kalau saya, sebab saya tak geti & tak tahu memasak, maka saya akan beli makanan dari kedai aja...hihihih

Ariff Budiman said...

Daddy Ziyyad.....Jadilah tu dengan membeli makanan. Saya dari kecil emak sudah ajar ke dapur. Kata emak orang lelaki pun kena tahu masak juga. Hasil dari situlah saya minat ke dapur. Pandai tu tak lah sangat.

Nor Azimah said...

salam perkenalan, wah..sukalah saya baca post2 kat sini,menarik, santai, ada pengajaran juga.. in shaa Allah follow kat sini juga.

http://srikandiofficialblog.blogspot.com/

Ariff Budiman said...

Nor Azimah.....Salam perkenalan juga dari WN. T erima kasih kerana follow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...