Teman-teman

Friday, August 22, 2014

Jangan Serlah Kebodohan

Seperti biasa aku keluar ke pasar. Kali ini aku mengambil keputusan makan dahulu. Semalam aku hanya makan roti sahaja.Pagi ni selepas solat subuh perutku sudah meragam. Bila aku sampai roti canai pula tutup pagi ni. Hanya ada nasi lemak dan kuih muih. Nasi lemah aku sudah jemu. Kelmarin baru saja aku makan. Aku order kopi tarik saja. Sedang asik menikmati kopi tarik yang kaw aku terdengar perbualan. Aku kenal mereka yang berada di belakangku
" Apala PM kita suruh rakyat Malaysia berkabung hari ni. Ia tiada dalam islam. Aku buat seperti apa yang islam ajar. Berkabung mana ada dalam islam ". Pual-puak mana la yang bagi aku hilang mood ni. Islam sangat ke kamu semua ni


" Dik...PM dia cakap dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Cara adik buat tu betul dan saya sokong. Bagi mereka yang bukan islam cara hendak menghurmati seseorang yang telah meninggal ialah dengan bertafakur. Kita buat cara kita dan mereka dengan cara mereka. Tak payah kita susah-susah nak pertikai siapa yang betul dan siapa yang tak betul. Pada saya yang tak betul ialah rokok yang ada di mulut tu. Islam mengatakan kalau benda yang memudaratkan kita ia adalah haram. Rokok tu membahayakan kesihatan. Lagi satu kita juga menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di Palestin dan lain-lain tempat. Kita telah bersekongkol dengan yahudi ". Terdiam mereka mendengar orang yang cetek ilmu ilmu seperti aku bercakap.

Aku bangun bersalaman dengan mereka. Jam hampir pukul 9 pagi. Mereka tidak ke pejabat lagi ke. Karang jadi fitnah terhadap orang islam. Waktu kerja kita masih berada di pejabat makan, minum dan sembang-sembang. Mana rezeki nak berkat bro bro.. Kalau nak mengikut cara islam biarlah dengan bersungguh-sungguh. Janganlah kita faham islam untuk menghukum orang lain. Jangan kita serlah kebodohan kita dengan bercakap dengan kuat supaya orang lain dengar. Adakah tujuan kita nak mengutuk seseorang atau nak berdakwah padahal ia sebenarnya terserlah kebodohan kita tentang sesuatu. Bro bro semua. Jom kita boikot rokok. Ia memudaratkan kesihatan kita dan kita pula merupakan penyumbang utama pembunuhan saudara kita di Palestin. Sampaikan walau satu ayat.

Bila sampai rumah perut aku pun meragam. Kan aku hanya minum kopi tarik saja. Apalagi Mr Mama terus ke dapur dan buat nasi goreng. Masyaallah...aku puji diri aku sendiri. Sedap nasi ni. Ia lengkap dan melengkapi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...