Teman-teman

Monday, June 29, 2015

Wisata Padang / Bukit Tinggi ( 2 ) 22 - 25 Mei 2015 - Shoping dan Istana Pagaruyung

23 Mei 2015 - Jam 8.00 pagi kami semua turun untuk menikmati sarapan pagi di Hotel Kharisma. Pemandu pelancung iaitu Bapak Hendri sudah berada disitu. Sambil makan kami diberitahu akan membeli belah. Kaum wanita pasti tersenyum. Aku berikan kepada isteriku sebanyak 2 juta rupiah bersamaan RM576 untuk dia berbelanja.


Jam 8.30 pagi kami menaiki bas Pariwisata. Cukup selesa bila berada di dalam bas. Pak Hendri banyak bercerita dan bergurau semasa dalam perjalanan. Seronok melihat pemandangan dan budaya negara orang. Ia berlainan dengan budaya rakyat Malaysia. Budaya disini lebih banyak bertolak ansur. Tidak kepentingan dalam memandu.



Destinasi kami yang pertama telah sampai. Kami di sambut dengan mesra oleh pekerja butik. Memang syurga untuk kaum wanita. Aku melihat isteriku begitu teruja bila berada didalam butik. Sekejap dia datang dan meminta pandanganku. Akhirnya di membeli jubah untuk di pakai pada hari raya Aidil Fitri nanti. Cantik jubahnya dan aku suka. Aku beri kebebasan citarasanya untuk pakaian. Kalau dia rasa sesuai maka aku juga begitu.




Setelah berada di dalam selama 1 1/2 jam kami berangkat menuju ke destinasi lain. Kata Pak Hendri kami akan di bawa menikmati kuih neraka tapi isinya syurga. Kami tertawa dengan ayat dari Pak Hendri. Apa itu kuih neraka. Akhirnya kami sampai di kedai Bika Talago. Menurut kata Pak Hendri batang kayu yang di gunakan untuk membakar kuih ialah dari pokok kayu manis. Kulitnya sudah di ambil jadi batangnya digunakan untuk membakar kuih. Sungguh unik.





Akhirnya baru kami faham apa yang dikata oleh Pak Hendri. Kuih neraka. Sebabnya kuihnya perlu dibakar. Ia seperti kuih dangai di malaysia dan rasanya cukup enak seperti kata Pak Hendri. Rasanya syurga. Pandai pemandu pelancung kami bergurau. Aku membeli sebanyak 10 keping untuk kami makan semasa berada di dalam bas. Dalam perjalanan Pak Hendri berkata kami akan menuju ke Pusat Kebudayaan Minangkabau Padang panjang.



Kata Pak Hendri di situ tak ramai pengunjung seperti di Istana Pagaruyung. Jadi kalau kami nak mencuba memakai pakaian tradisi masyarakat Minangkabau maka di sinilah tempatnya. Bayaran dikenakan sebanyak RM10 untuk sepasang.



Aku dan isteri tidak melepaskan peluang bergambar dengan memakai pakaian tradisi masyarakat Minangkabau. Kaum keluarga yang lain tertawa melihat gelagat kami. Kata mereka persis seorang raja dan permaisuri. Setelah masing-masing enjoy dengan pakaian tradisi kami berangkat menuju ke Istana Pagaruyung.








Setibanya kami disana memang kelihatan begitu ramai pengunjung dengan pakaian baju tradisi. Mujur kami menerima sarana  Pak Hendri untuk bergambar dengan pakaian tradisi di pusat kebudayaan. Istana yang mempunyai 3 tingkat baru saja dibaiki menurut kata Pak hendri. Ia terbakar setelah di panah kilat. Struktur asalnya masih tidak berubah. Setelah berpuas hati dengan Istana pagaruyung kami menuju ke tempat membuat pisang salai mengikut kata Pak Hendri.








Kami di tunjukkan bagaimana cara membuat pisang salai dan kerepek pisang. Cukup enak dapat merasa pisang salai yang fresh. Kami juga diberi minum kopi percuma. Ada kopi khas untuk mereka yang berkeluarga. Kata Pak Hendri ia di beri gelaran minum seorang enjoy 2 orang. Kami tertawa mendengarnya dan hasilnya ia menjadi bualan kami sepanjang berada di dalam bas. Cantik juga pemandangan di luar kawasan. Aku memang pantang melihat keindahan. ada saja aku nak snap. Bukan mudah nak dapat macam ini



Sebelum pulang ke hotel kami singgah menjamu selera di sebuah restoran yang dikelilingi oleh sawah padi dan kolam ikan. Ia cukup mendamai dan menyelerakan. Semasa berada di dalam bas menuju hotel, kami di beritahu tentang perancangan esok. Kami akan dibawa ke tempat kelahiran Buya Hamka dan melalui kelok 44. pastinya ia begitu mengujakan


Wednesday, June 24, 2015

Wisata Padang / Bukit Tinggi Indonesia 22-25 Mei 2015 - Malin Kundang

22 Mei 2015 - Pulau Pinang. Aku serta kaum keluargaku sudah membuat perancang selama setahun untuk melancung ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. Dengan tawaran murah Air Asia dapatlah aku menunaikan hajatku. Jam 8.30 pagi kami bertolak ke KLIA


Di sana pula kami akan bertemu keluargaku dari Kelantan yang juga turut serta dalam rombongan ini. Setelah berada di angkasa selama 45 minit akhirnya kami selamat mendarat di KLIA. kami memilih sebuah restorang untuk makan pagi kami. Aku telah membeli nasi lemak dari Penang. Keluargaku dari Kelantan begitu kepingin nasi lemak Penang


Sementara menanti penerbangan ke Padang kami duduk dan berbual sambil menikmati makanan dari PenangJam 1.30 petang kami terbang ke Padang. Jadi solat zohor kami dan asar adalah di Padang. mengikut perancangan dari ketua rombongan ialah setibanya kami di lapanagn terbang Padang kami akan di sambut oleh Bapak Hendri yang akan membawa kami ke tempat Malin Kundang di mana anak derhaka yang telah menjadi batu. Sudah lama aku membaca kisah ini dan aku begitu teringin suatu hari aku pasti akan kesini.

Setibanya kami di lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau kami di sambut oleh Bapak Hendri. Kami telah menyewa 2 buah kijang iaitu Avanza dan Innova untuk ke Pantai Air Manis yang terdapat batu Malin Kundang. Jalan menuju ke Pantai Air Manis begitu sempit sebab itu memmerlukan kijang. Satu yang aku puji masyarakan Padang ialah sikap bertolak ansur antara pemandu bas dan pemandu lain. Tidak berlaku perkara yang tidak di ngini berlaku. Kami yang berada di dalam kijang rasa begitu tenang. Tak sama semasa kami ke Medan. Masyarakat di sini lebih kurang sama dengan Malaysia yang gelojoh. Pemandunya pelancung kami juga begitu kasar.

Kali ini alhamdulillah. kami mendapat pemandu bas yang begitu tenang membawa kijang. Jalan yang sempit dan berbengkang bengkok begitu senang di lalui sepanjang menuju ke Pantai Air manis. Akhirnya kami sampai di Pantai Air manis. Tidak sabar aku ingin melhat kisah lagenda

Apa yang aku lihat di depan mataku ialah kapal yang pecah telah menjadi batu. Tong, tali dan ada seperti kain buruk turut menjadi batu

Aku tidak melepaskan peluang merakan gambar dan video. Sudah lama aku kepingin ke sini. Jadi aku sudah bersedia segala kelengkapan





Terasa badan begitu letih. Dari pagi lagi kami bertolak. Untuk hari yang pertama inilah tempat yang telah dibawa oleh bapak Hendri. Hari mulai gelap dan kami akan berangkat ke Hotel Kharisma Padang untuk sesi rehat. Hari kedua kami di beritahu ketua rombongan iaitu shoping kain baju dan lain-lain lagi

. video

Nasi Ulam

Bila pulang kerumah aku cerita akan kisah yang terjadi terhadap diriku kepada isteriku.
" Nah tau tak. Tadi abang ke bank Islam. Seorang pegawai tegur abang. Dia kata abang tak berubah semenjak bertemu tahun 2012. Tetap maintain slim. Betoi ka ". Isteriku tertawa mendengar kisah aku.
" Ala...mungkin pegawai tu lupa pakai cermin mata. Sebab tu dia tak nampak dengan terang ". Aku juga turut tertawa. Pagi ini aku ke pasar. Entah macam mana resepi berbuka telah berubah. Aku nak cari ulaman untuk nasi ulam. Aku beli pucuk janggus, pucuk putat, pucuk cekur, pegaga, daun kesum, daun kadok, serai dan bunga kantan. Sudah terbayang rupa nasi ulam. Gaul pula dengan ikan tenggi masin


Pulang kerumah aku hulur kepada isteriku. Tersenyum dia menerima barang yang aku beli
" Abang beli daun apa ni ". Tanya isteriku
" Abang beli ulam. Ingat nak buat nasi ulam ". Tertawa isteriku. Aku kehairanan
" Pasai apa Nah gelak ". Tanya aku kehairanan

" Amboi...mentang-mentang la pegawai bank tegur kata maintain slim tak berubah dan hari ni abang nak makan nasi ulam ". Aku turut tertawa. Tak sangka dia pandai. Tapi aku....Sakitnya Tu Di Sini. Tak apalah. Dia hana bergurau saja....

Friday, June 19, 2015

Moga Allah Pelihara Dia

Hari ini telah memasuki 2 ramadhan. Sahabat baikku Ismail bin Othman masih lagi terlantar koma. Sudah setahun lebih dia tidak sedarkan diri setelah di serang stroke. Aku tidak putus- putus berdoa ke hadrat Allah swt agar sahabatku sembuh semula. Inilah sahabat yang banyak membantu aku ketika Allah memberiku ujian. Isteriku sakit tenat dan memerlukan jagaan dan rawatan yang rapi. Aku telah kehabisan cuti. Rakan- rakanku yang lain telah berpakat untuk menolongku dengan cara bekerja untuk aku dan aku harus menggantikannya balik setelah kesemuanya selesai.

Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Isteriku pergi buat selama- lamanya. Setelah selesai semua aku bertemu rakan- rakanku untuk mengganti kembali kerja aku yang telah mereka buat. Tapi mereka sebulat suara menghalalkannya. Aku begitu terhutang budi dengan mereka. Kini sahabatku pula menerima ujian yang berat. Aku hanya mampu berdoa di bulan yang mulia ini moga sahabatku pulih seperti sediakala. Kembalikan ia kepangkuan keluarganya. Kepada pembaca sekelian yang membaca kisah ini aku bermohon semoga tidak dilupakan sahabatku ini dalam doa kalian. Hanya ini yang mampu kita tolong dia.

Thursday, June 18, 2015

Sakitnya Tu Disini

Aku kerumah ibu mertuaku untuk mengambil daun pisang. Isteriku nak bakar ikan talapia
" Mak...saya nak ambik daun pisang sikit ". Kataku kepada ibu mertuaku
" Ambik la. Nak masak apa ". Tanya ibu mertuaku
" Rosnah nak bakar ikan talapia ". Tertawa ibu mertuaku. Tiba2 aku lihat buat setiai ( setoi ) berkuningan.
" Ya Allah mak. Dah kuning buah setiai ni. Tengok buah setiai dan moktan ( rambutan ) hijau pun dah teringin. Ibu mertuaku tertawa
" Tu puasa napsu. Semua teringin ". Aduhh....sakitnya tu disini. Lain kali tak berani dah aku. Hehe....Selamat berpuasa semua kepada pembaca sekelian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...