Friday, December 02, 2011

Sampai 5 Ekor

Pagi-pagi aku masuk berkursus. Mata aku asyik memerhati sebanyak 5 ekor makhluk berada di dalam. Suara Mat Saleh yang memberi penerangan tenggelam. Cantik sungguh rupa makhluk perempuan. Rambutnya panjang. Hidungnya mancung. Dia tidak memperduli langsung kami yang datang. Mungkin dia hanya menumpang saja. Aku cuba berdiri di sebelahnya sambil mataku asyik mengerling ke arahnya. Gatalnya aku. Bukan apa saja nak test samada dia tahu aku nampak dia.

Aku menghampiri seorang jurutera wanita.
" Puan saya nak tanya. Tempat ni dulu kawasan apa ". terdiam dia bila dengan soalanku.
" Tak tahulah saya. Mungkin hutan belukar kut ". Katanya.
" Patutlah puan. Ada sebanyak 5 ekor dalam sini. 2 perempuan dan 3 lelaki ". kataku membuatkan jurutera wanita terkejut.
" Ye ke. Saya hari-hari datang sini waktu malam seorang diri mengambil kunci ". katanya.
" Maafkan saya puan sebab menceritakan apa yang saya lihat ".
Sebentar kemudian jurutera tersebut terus hilang. Rasa menyesal pula aku menceritakan kepadanya. Kalaulah di hebuhkan jenuh juga aku nanti.

12 comments:

  1. Salam
    Kekadang terfikir adakah ilusi je yg dialami oleh WN ni.Tapi bila tanya pd ustaz di sekolah saya dia sendiri nampak benda2 makhluk halus ni.
    Tidak semua org dikurniakan Allah kelebihan sebegini

    ReplyDelete
  2. Lepas ni mahu Cik Puan tu tak berani lagi hendak mengambil kunci!

    ReplyDelete
  3. Lama betul tak dgr cite ape yg en Arif nampak...sy ingat kebolehan tu da hilang....nampaknye Allah masih kekalkan lg keistimewaan en arif ni ye...

    ReplyDelete
  4. Wn memiliki six sense...,hanya di miliki org tertentu saja....

    ReplyDelete
  5. Ummi Miqdad...Bukan senang untuk menerangkan segalanya. Memang ramai yang mengatakan WN hanya ilusi. WN tak marah. Itu pendapat masing-masing

    ReplyDelete
  6. Kakcik...Betul2. Memang tak nampak dia datang

    ReplyDelete
  7. pB...Biasa saja. Bukan semuanya mengganggu.

    ReplyDelete
  8. Marya Yusuf...Kalau kerap sangat menceritakan kisah ini maka blog WN akar bertukar menjadi blog kisah hantu pula

    ReplyDelete
  9. Bayan Lepas...Tak ada la sampai macam tu sekali

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. err betul ke?hihih
    best jugak kan.
    cian dia,sure dia takut.
    anugerah..

    ReplyDelete