Monday, January 23, 2012

Kong Hee Fat Choy

Hari ini merupakan hari raya bagi kaum cina atau lebih di kenali dengan Gong Xi Fa Cai. Aku pula bertugas petang pada hari ini. Aku sudah membuat planning yang malam ini aku hanya akan makan roti dan cicah dengan gulai ikan. Selalunya gulai ikan aku beli dengan harga RM1. Semasa aku hidup bersama arwah siti Aishah inilah makanan kami kalau sudah jemu dengan nasi.

Bila aku hidup pula dengan isteriku Rosnah, tiba-tiba suatu hari dia berkata,
" Abang cuba try makan biskut cicah dengan gulai ikan. Sedap bang ". Subhanallah. Aku terdiam tanpa mengeluarkan apa-apa perkatan bila melihat isteriku Rosnah begitu berselera makan biskut bersama kuah gulai. Akhirnya perlahan-lahan aku mengambil biskut dengan sebak yang amat sangat bila semua memori berputar kembali.

Hari ini aku ke gerai nasi kandar untuk membeli gulai ikan untuk ku cicah bersama biskut.
" Kong Hee fat Choy encik ". kata juruwang yang membuat aku terdiam. Mungkin dia bercakap secara rawak memandangkan hari ini ialah hari raya.
" Tauke kerja ka hari ini. Orang cina lain tarak kerja ini hari ". la rupanya dia ingat aku ni cina. Dia tak nampakkah di uniform tertera nama aku.
" Kalau wa talak kerja, sapa mau jaga ini api ". Aku bercakap slang cina pula. Terangguk-angguk kepala juruwang membenarkan kata-kataku. Kepala semua lakyat Malaysia WN mengucapkan Gong Xi Fa Cai.....

6 comments:

  1. hihihi..dia ingat abg arif chong..kut.hihih

    cicah kari??huihu..menu baru tuh

    ReplyDelete
  2. MaYa MustWany...Ya ini resipi baru. can try

    ReplyDelete
  3. memang sedap makan biskut cicah kari ikan. IM dah cuba sejak dulu... kat asrama!

    ReplyDelete
  4. insan marhein...Jauhari juga yang kenal manikam

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba, dulu pelik dgt org utara ckp biskut roti...hehehee...

    ReplyDelete
  6. MaryaYusuf...Setiap negeri ada bahasanya yg tersendiri

    ReplyDelete