" Nah suka siput masak kari. Nah tak suka masak lemak ". Kata isteriku
" Abang pun suka masak kari. Jadi ke esok kita buat siput belitung ". Aku ingin kepastian isteriku.
" Nah boleh masak. Cuma satu saja Nah nak minta tolong abang basuh dan tetak siput yang bawah ". kata isteriku dan aku tak kisah sebab arwah Siti Aishah juga begitu.
Pagi tagi hujan turun dengan lebatnya. Aku redah juga hujan demi siput. Alhamdulillah ada rezeki. Harga sekilo RM12. Aku beli 2 kilo. Aku beli pula ubi keledek dan santan. Aku bawa balik terus bawa masuk kedalam tandas.
Aku mula basuh membuangkan selutnya. Aku tahu isteriku terasa geli dengan selut. Lepas sudah bersih aku pun mulalah menetak bahagian bawah siput agar mudah disedut. Tersenyum isteriku melihat aku bekerja keras untuk siput.
Selesai bersih dan menetak bahagian bawah siput aku basuh sekali lagi dan berikan kepada isteriku yang sudah menanti siput untuk dimasukkan kedalam periuk.
Wangi baunya tumisan untuk siput sedut. Isteriku masukkan ubi keledek agar kuahnya pekat dan manis.
Akhirnya siput belitung @ siput sedut sudah siap untuk di makan. Terus aku masukkan kedalam mangkuk. Memang best rasanya. Terima kasih isteriku kerana telah merealisasikan impianku. I LOVE YOU.
Untung WN. IM selalu makan lauk tunjuk je. Memang tak sama dengan air tangan sendiri...
ReplyDeletewah sedapnya....tapi paling mahal ayat org putih yg akhir tu.... bertuah kak rosnah
ReplyDeleteInsan marhein.......Betul. Semua tu Allah yg kurniakan kpd kita
ReplyDeleteRadziah AR...... Ha ha ayat last juga yg nampak ya.
ReplyDeletelama tak makan siput sedut.kadang2 smpai semput sedut tak keluar2 gak siputnya.hihihi.sedap
ReplyDeleteMaYa MustWany....Kena tahu caranya nak kerat di bawah. kalau tak memang susah nak sedut
ReplyDelete