Tuesday, June 18, 2013

Selamat Hari Bapa

Bersempena hari bapa, isteriku telah buat laksa penang kegemaranku. Sebenarnya setiap hari merupakan hari bapa. Saja kami buat begitu dengan harapan kasih sayang terus bersemin antara kami.


Aku pula ke pekan membeli buah durian. Nak cari yang baik juga sempena meraikan hari bapa. Walaupun di Penang durian banyak juga tapi tidaklah begitu murah. Aku cari yang baik untuk kami.


Aku juga tidak lupa kepada kedua-dua anakku yang mengucapkan selamat hari bapa. Apa yang aku beli begitu juga aku beli pada mereka. Barulah aku boleh makan.


Buah yang kurang elok isteriku buat kuah durian. Aku cukup suka dengan kuah durian. Selalunya aku akan cicah dengan roti. Kadang-kadang aku akan makan dengan pulut.


5 comments:

  1. As salam En Arif,

    Selamat Hari Bapa!

    Saya tak suka entry ni sebab buat air liur jd kecur...hikhik... tp nak komen jgk! :))

    ReplyDelete
  2. Wassalam Marya. Ni kira entri yang mengusik jiwa

    ReplyDelete
  3. selamat hari bapa.
    kat mana beli durian tu abg ariff.elok isinya.ingat minggu ni nak p penang.boleh g mencari durian jugak.

    ReplyDelete
  4. Mrs. Izi...Jalan nak menuju ke airport. Boleh contact saya nanti

    ReplyDelete
  5. x jadi pg.jerebu teruk.dok kat umah je.harap sempat sebelum musim habis.

    ReplyDelete