Selepas maghrib aku makan capati saja. Dalam demam pun kalau lalu makan kira orait la juga. Aku mengambil panadol sebiji lalu aku telan. Selepas itu aku pun mula membaca Al-Mathurat sambil menghembus kedalam air. Lepas isyak aku sudah tidak bermaya lagi. Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya. Bangun pagi untuk solat subuh terasa badan terlalu segar alhamdulillah. " Macam mana keadaan abang ". Tanya isteriku. " Alhamdulillah abang rasa hari ini boleh tawaf merata ". Bekeredut muka isteriku bila mendengar yang aku nak tawaf. Kepada pembaca yang mendoakan akan kesihatanku terima kasih diucapkan. Semoga kalian semua bahagia disamping insan tersayang.
Alhamdulillah en arif sudah sihat. Salam maal hijrah.
ReplyDeletealhamdulillah tuan budiman dah bermaya serta ceria, salam maal hijrah tahun masehi 1432h
ReplyDelete