Teman-teman

Wednesday, July 30, 2008

KALAULAH MANUSIA MENGETAHUINYA

Seorang anak kecil berlari pulang dari sekolah lalu mendapatkan ibunya, " Ibu... tadi ustaz beri Mad duit. Kata ustaz ini ganjaran yang di beri hasil dari Mad tolong ustaz tempuh hari. Kata ustaz ini hanya ganjaran di dunia saja, kalau di akhirat lagi banyak, betul ka mak".

Kata si ibu, " Betul Mad, kalau kita buat apa saja kebaikan nescaya Allah akan memberi pahala. Tetapi kita tidak nampak. Macam Mad tolong ustaz tempuh hari, itu merupakan pahala di dunia yang kita nampak". Terpinga-pinga si anak kecil tak faham akan kata-kata ibu. Yang dia bersemangat ialah kata-kata ibu tadi mengatakan setiap pekerjaan yang baik akan Allah beri ganjarannya samada di dunia atau akhirat cuma manusia saja yang tidak mahu mengambil peluang keemasan ini. Marilah kita perbanyakkan amal yamg soleh.

Sekian
ariman

Wednesday, July 16, 2008

PANDAI-PANDAILAH MERANCANG MASA DEPAN ANAK-ANAK

Pernah suatu ketika sewaktu aku memegang jawatan sebagai gurubesar KAFA di Kariah. Sambutan alhamdulillah amat menggalakkan. Yang menjadi masalah ialah sikap ibubapa yang tidak perihatin terhadap yuran. Walaupun yuran sebanyak RM5 dikenakan masih ada ibubapa yang tidak membayarnya padahal bukanlah mahal sangat kalau dibanding dengan ilmu yang di curahkan. Kini perkara yang sama berulang kembali. Satu kelas Al-Quran terpaksa di tutup akibat tidak dapat menanggung kos sewa rumah akibat sikap ibubapa yang tidak mementingkan pembelajaran anak-anak. Ibubapa sanggup bermewah tetapi yuran Al-Quran anak-anak tidak di endahkan. Akibatnya Ustaz tersebut terpaksa menutup kelas Al-Quran. Ramai dikalangan ibubapa tidak perihatin ilmu yang akan menolong mereka di akhirat kelak. Ramai dari kalangan kita berfikiran bahawa kalau mengajar agama perlu free tidak perlu dikenakan yuran sedangkan dalam perkara lain kita boleh berbelanja tanpa batasan.


Sekian
ariman

Tuesday, July 15, 2008

PALESTIN OH PALESTIN

Baru-baru ini seorang kenalan yang merupakan seorang kontraktor menceritakan kepada saya tentang seorang kontraktor yang berjaya. Sewaktu mesyuarat para kontraktor diadakan, seorang kontraktor yang berjaya ini bangun lalu present kertas kerjanya. Hadirin rasa kagum dengannya kerana berjaya dan pandai pula berkata-kata. Sewaktu rehat rakan saya pergi berjumpa dengannya. Selepas bertanya khabar, rakan saya pun mulalah menceritakan tentang penderitaan umat Palestin. Sebagai seorang islam rakyat Palestin merupakan saudara kita.

Rakan saya meminta sedikit sumbangan sambil menunjukkan borang sumbangan kepada beliau. Berubah air muka si kontraktor ini. Katanya ," Ni bangsa Arab memang tak guna, depa sama depa pun tak bersatu pasai apa pula kita yang kena tolong". Berderau darah rakan saya bila mendengarnya sambil berkata," Kalaulah Malaysia ditimpa musibah, kepada siapalah kita nak minta tolong". Katanya," Malaysia aman mana boleh timpa musibah".

Ahad lepas sewaktu program kuliah maghrib di surau, seorang ustaz menceritakan program sempena 60 tahun Nakbah iaitu hari memperingati Palestin yang diadakan di mini stadium. Yang datang ialah wakil Hamas. Ustaz merupakan seorang penterjemah. Wakil Hamas seorang yang bersemangat dan sudah tentu penterjemah pun kena seorang yang bersemangat. Israel telah memberi 2 ketetapan kepada Palestin. 1. Tunduk kepada israel 2. mengakui negara israel. Kata Hamas mereka menolak kedua-duanya dan menerima yang ketiga iaitu berjuang berhabis-habis memerdekakan Palestin.

Bangun seorang lelaki india lalu bertakbir, " Allahuakbar!!!. Kata ustaz yang bukan islam pun ada kesedaran tetapi yang islam masih leka dengan hiburan yang melampau. Banyak yang sanggup berhabisan wang menghantar sms kepada program maksiat. Siapa yang menangis mengenangkan penderitaan Palestin. Kadang-kadang doa pun kita tak sanggup sedekah kepada mereka. Ada yang sanggup mengatakan mengapa disia-sia hidup dengan mengebom diri. Tidak kah ia berdosa.

Bantulah umat islam Ya Allah
ariman

Tuesday, July 08, 2008

BUAT PERINGATAN UNTUK DIRIKU YANG LUPA

Sewaktu aku membeli juadah di pasar malam, terlihat ramai golongan ibubapa bersama anak-anak berpusu-pusu memilih dan sekaligus membeli VCD cerita terbaru. Setiap VCD berharga RM5. Ada yang membeli3 dan yang paling kurang ialah sekeping.

Terdetik di hati ini bila insiden Jawatankuasa Surau memohon sumbangan untuk menjalankan program surau, masih ada yang marah kerana dikatakan mengganggu. Ada yang berkata tak pergi bank lagi dengan muka yang masam padahal kalau dihulurkan sebanyak RM1 seikhlas yang mampu sudah besar nilainya disisi Allah.

Jauh bezanya kita dengan masyarakat Non Muslim. Kalau untuk kuil, gereja dan persatuan, duit tidak menjadi hal janji dapat menjana tabung nereka. Inilah kelemahan umat islam. Mereka mudah lupa rezeki datang dari Allah dan tidak ada kesedaran untuk menolong agama Allah. Umat islam asyik bercakaran, fitnah sesama sendiri. Sebab itulah islam di pijak, dihina dan diludah. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Tepuk Dada Tanya Iman
ariman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...