Teman-teman

Monday, September 30, 2013

Kalau Mimpi Itu Datang

Pihak majikanku iaitu TNB telah mengarah kesemua pekerjanya agar menyerahkan borang pemeriksaan kesihatan. Tarikh akhir penghantaran ialah pada 30 September 2013. Jam 9 pagi aku terhencut-hencut ke klinik. Mimpi semalam amat melucukan tetapi ia juga menyakitkan kaki aku. Sambil memandu fikiran aku melayang tentang mimpi yang melanda berturut-turut selama 3 malam. Aku telah diserang oleh makhluk yang begitu berdendan denganku. Ini terjadi bila aku berhenti dari melakukan ritualku iaitu membantu sahabat baikku. Aku terpekik terlolong ditengah malam meminta tolong dan membaca ayat Al Quran. Semua itu didengari oleh isteriku. Aku masih ingat lagi akan kata-kata ustaz.
" Budiman..kalau kita tarik benda itu keluar dari badan kawan Budiman, dia akan menjerit keseorangan disana. Ini bahaya. Jadi saya bagi cara yang harus Budiman buat setiap malam sebelum tidur. Baca Al-Quran dan pagar dari jauh ". Itu yang aku lakukan setiap malam sebelum tidur. Ia hanya mampu bertahan dari terus ia mengganggu.

Alhamdulillah benda itu tidak dapat memasuki bilik sahabatku. Kini setelah berlaku perselisihan dan terputusnya ikatan persahabatan dan aku pula dituduhnya menghantar benda halus kepadanya terus hatiku menjadi amat terguris. Sanggup seorang sahabat menuduh perkara yang tidak pernah terlintas difikiranku. Sedangkan isteriku mati disihir dan aku sendiri tahu siapa penyebabnya. itupun aku masih berdiam diri dan tidak membalas dengan cara sihir. Biar Allah yang menghukum. Aku tidak mahu mengamal benda yang syirik.


Akhirnya setelah aku tidak lagi membuat ritual itu makhluk itu mengambil kesempatan diatas kelemahan diri aku yang telah tewas dengan menyerang aku. Habis aku di serang seluruh badan aku akan terasa bisa dan sakit. Aku terpaksa membuat air dengan membaca Al Mathurat dan meminum sendiri sebagai penawar. Alhamdulillah. Aku menjadi begitu lemah bila sahabat yang paling baik menuduh aku begitu. Kini kami berpisah dan membawa haluan masing-masing. Secara peribadi aku telah maafkan segala apa yang terjadi. Manusia memang tidak pernah sempurna. Aku juga mengharapkan agar sahabatku juga dapat memaafkan diriku. Cuma orang yang telah memusnahkan kehidupanku dengan membunuh isteriku tidak dapat aku maafkan.

Panjang sungguh ingatanku. Sedar-sedar aku sudah berada di depan klinik. Aku keluar lalu aku hulurkan borang kepada doktor. Sekejap saja namaku dipanggil. Doktor mengambil ukuran tinggi, berat badan, glukos dan tekanan darah. Berdasarkan ketinggianku iaitu 1.75 meter dan beratku 80kg doktor mengatakan yang aku ini di katogarikan telah obes. Doktor menyarankan agr aku menurunkan berat badanku sehingga ke 67 kg. Wadduhhh....Entah macam mana gula dalam darahku pula turun hingga ke paras 3.6. Bahaya kata doktor. Boleh pengsan sebab gula tiada dalam badan. Doktor suruh aku makan bila pulang nanti.

" Lagi satu En Ariff. Saya tengok en jalan terhencut-hencut. Gout menyerang kembali ke ". Kata doktor. Aku hanya tertawa kecil.
" Bukan gout doktor. Benda lain ". Aku tersipu-sipu malu antara mahu atau tidak menceritakan akan mimpiku.
" Semalam saya mimpi. Saya langgar seorang lelaki Bangla secara tidak sengaja sebab dia berjalan ditengah jalanraya. Tiba-tiba dia maki saya BABI. Saya berhenti lalu saya bertanya kembali apa katanya tadi. Sekali lagi dia ulang AWAK BABI. Saya naik angin terus menyepak lelaki bangla tapi dia pandai mengelak. Saya terus menendang sekali lagi dan dia mengelak. Akhirnya saya tersedar kesakitan. Rupanya saya telah menedang kayu tingkap sehingga berdarah kaki saya. Itulah sebab saya jalan macam ini ". Doktor menutup mulut kerana tidak tahan mendengar ceritaku.

Aku juga telah menceritakan kisah mimpiku kepada isteriku. Tertawa isteriku mendengarnya
" Ish...abang ni. Allah bagi kaki untuk berjalan. Bukan untuk menendang walaupun dalam mimpi ". Hehe. Manalah aku dapat mengawal didalam mimpiku.

Berbalik pada kisah doktor tadi. Dia pergi kearah stafnya sambil berkata " En Ariff ni memang kelakar ". Setelah mengelap airmatanya dia datang kembali kearah saya. Dia memberi tips tentang cara-cara menurunkan berat badan. Aku mendengar dengan penuh minat. Harap-harap target aku akan tercapai. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata doktor yang mengatakan yang aku ini seorang yang kelakar. memang betul aku jenis yang suka bergurau walaupun mukaku kelihatan garang. Aku juga manusia biasa. Ada kalanya hati aku akan terguris. Aku akan kecewa dengan sikap sesetengah manusia tapi aku juga jenis yang cepat cool. Seperti kata-kata sahabatku. Katanya dia begitu cepat marah dan dia juga begitu cepat sejuk. Aku berdoa kepada Allah agar Allah menyejukkan hatinya kembali dan memaafkan aku...

Sebelum pulang kerumah, aku singgah di Medan Selera lalu memesan sebanyak 3 keping capati dan nescafe ais. Ini semua disebabkan paras gula yang rendah. Namun aku hanya dapat menghabis sebanyak 2 keping saja. Aku bungkus lagi sekeping untuk makan malamku di tempat kerja. Bila sampai dirumah isteriku berkata yang dia masak gulai ikan kering....Minta nyawa....minta nyawa....Aku baru nak diet....

Wednesday, September 25, 2013

Wadduuuhhh....Pak....

Jam 12 tengahmalam aku telah selesai tugasku. Terus aku memacu motosikal untuk pulang kerumah. seperti biasa aku selalu mengambil jalan pintas iaitu melalui Shell Juru. Jalan yang hanya boleh dilalui oleh motosikal sahaja. kalau menggunakan kereta terpaksa aku berbaris panjang akibat jalan yang sesak menuju Auto City. Ketika aku belok di selekoh kelihatan ada road block dari JPJ. Tidak ada apa yang harus aku gentar sebab lesen telah aku perbaharui selama 3 tahun. Ini bermakna lesenku akan tamat pada tahun 2016. Lama lagi. Entah aku sempat atau tidak menuju tahun 2016. Ketika aku menghampiri JPJ aku ditahan oleh salah seorang dari mereka. Muda lagi. Aku memerhati tanda nama yang di lekatkan dibaju. Antara nampak dan tidak nama pegawai tersebut kalau tidak silap aku ialah Tukiman. Ini tentu peranakan jawa. Bisik hati kecilku.

" Encik tolong keluarkan lesen memandu ". Kata pegawai tersebut. Aku terus membuka beg duit lalu mencari. Satu persatu aku menarik keluar kad. Akhirnya dengan confident aku serahkan lesen kepadanya. Di suluhnya lampu suluh ke lesen aku. Kemudian dia memerhati muka aku pula. Aku hanya mendiamkan diri. diberinya lesen kembali kepadaku.
" Encik tolong tunjukkan saya road tax ". Katanya lagi. Di sini sudah timbul sedikit was-was dalam hati aku. Ia antara road tax sudah tamat tempuh atau masih hidup lagi. Aku membuka seat motosikal aku lalu mengambil road tax dan hulurkan kepada pegawai JPJ.

" Wadduuhh..Pak....Road taxnya tamat pada 19 Sept. Hari ini sudah 22 Sept. Sudah 3 hari tamat tempuhnya pak ". Tiba-tiba pegawai JPJ bercakap denganku dalam loghat Jawa. Jantung aku bergerak kencang. Dalam hati aku berkata malam ini harus aku di saman secara total. Aku mengambil road tax dari tangan pegawai JPJ lalu membelek. Alamak betul la. Habis malam ni aku kena saman.
" Wadduuhh...Pak. Maaf. Saya bener-bener lupa. Sibuk bekerja hingga enggak sedar raod taxnya sudah tamat tempuh ". Lancar pula pertuturan aku dalam bahawa Jawa padahal aku tidak tahu bertutur bahasa datuk nenekku.
" Maaf pak. Besok saya perbaharui. Saya bener-bener lupa pak ". Rayu aku. Pegawai JPJ terdiam.
" Baik... Saya maafkan. janji besok bapak perbaharui ya ". Katanya
" Insyaallah....Terima kasih pak...terima kasih ". Kataku. Aku menutup kembali seat motosikal aku dan terus berlalu. Semasa berada di atas motosikal aku masih lagi tertanya-tanya bagaimana aku boleh dengan fasih bertutur bahasa Jawa.

Aku pulang kerumah lalu aku cerita kepada isteriku insiden yang berlaku. Tersenyum isteriku bila aku berkata dengan lancar aku bertutur loghat Jawa. Isteriku ingatkan aku agar esok aku tidak lupa perbaharui road taxku.  Keesokkan harinya pagi-pagi lagi aku ke pejabat pos untuk perbaharui road tax. Senang buat di pejabat pos. Orang tidak ramai. Alhamdulillah tidak sampai 15 minit road tax sudah siap.

Tuesday, September 24, 2013

Maafkan Aku Sahabat

Sahabat
Aku membantumu bukan untuk di puji
Aku membantumu bukan untuk di keji
Itulah yang terdaya buat diriku
Lantaran batas- batas yang perlu di jaga
Aku tahu bukan dirimu yang marah
Aku juga tahu ada benda yang begitu marah sekarang
Engkau tidak dapat mengawal lagi
Aku pun turut gagal
Engkau terlalu mengikut perasaan
Memberi ruang padanya

Jangan kerana kekecewaanmu terhadap insan lain
Aku kau jadikan sasaran
Untuk melepaskan marahmu
Aku juga punya harga diri
Aku juga mempunyai perasaan
Engkau langsung tidak bertanya diriku
Apa masalah yang aku hadapi
Engkau tidak mahu mengerti
Engkau hanya pandai menghukum
Tanpa memberi peluang aku menjelaskannya
Belum pernah aku mengherdikmu
Seperti mana engkau mengherdik diriku

Maafkan aku Sahabat
Aku gagal membantumu
Kerana engkau sendiri yang menggagalkannya
Carilah yang lebih baik dariku yang dapat membantumu
Allah tempat kita bergantung
Kini aku adalah aku
Engkau adalah engkau
Itulah permintaan darimu

Monday, September 23, 2013

Pameran Kucing Cantik

Ahad 22 September 2013 bertempat di Kompleks Bukit Jambul  berlansung pertandingan kucing cantik acara akhir. Sekali lagi aku, isteri serta anaknya ke Kompleks. Aku pula bertugas petang. Ini bermakna aku hanya sekejap saja berada disana. Sengaja aku menemani isteriku. Mata masih mengantuk kerana baru habis bertugas malam. Demi isteriku aku sanggup menahan mataku. Terasa hilang mengantuk bila melihat begitu banyak deretan sangakar yang berisi kucing-kucing yang cantik.


 Orang ramai sudah memenuhi kawasan pameran. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar kucing. Pihak penganjur terpaksa menghalang sangkar dengan memasang plastik untuk menutup sangkar. Kerana terlalu geram melihat kucing orang ramai memegang dan mencuit kucing. Anak-anak pula dibiarkan memasukkan tangan kedalam sangkar untuk memegang kucing.


Kebanyakkan kucing menjadi ketakutan dengan persekitaran yang baru ini. Mereka mudah kepenatan. Dengan memagar sangkar dengan plastik, kucing-kucing akan terhindar dari tangan-tangan yang geram bila melihat mereka. Ia sedikit sebanyak membantut usaha aku untuk merakam gambar kucing yang cantik. DJ membuat pengumuman yang sebelah petang akan diadakan pakaian beragam kucing. Isteriku gembira. Katanya dia dan anaknya hendak menunggu dan mereka akan bersolat zohor di kompleks. Aku tiada masalah sebab aku bertugas petang. Cuma aku terasa sedikit terkilan kerana tidak dapat merakan gambar pakaian beragam kucing.


Jam 1 petang aku mengajak isteriku makan tengahari dibawah komplek. Lama tak makan Sizzling mee. Isteriku terus order mee. Sekejap saja sudah siap. Sedap juga Sizzling mee. Aku terpaksa menghabiskan mee isteriku. Katanya dia kurang berminat dengan Sizzling mee. Terasa mengah juga perutku


Setelah selesai makan aku meminta diri dari isteriku untuk pulang kerumah dan bersiap untuk bertugas. Kami berpisah dan isteriku menuju ke surau yang terletak di kompleks. Bila malam aku menerima gambar dari anak-anakku. Nampak cantik juga pakaian beragam kucing. Kredit kepada anakku yang mengambil gambar. Terima kasih banyak-banyak.










Sunday, September 22, 2013

Pertandingan & Pameran Kucing Cantik

Isteriku sering mengingatkanku tarikh 21 dan 22 September 2013 bermulanya pameran dan pertandingan kucing. Isteriku adalah peminat nombor 1 kucing cuma kami tidak membelanya. Tarikh 21 September jam 11 pagi aku dan isteri terus ke Kompleks Bukit Jambul dimana pameran diadakan.


Masih banyak lagi kekosonagn sangkar. Ada yang telah mendaftar dan belum membawa lagi kucing mereka. Seronok juga melihat bermacam jenis kucing. Dari yang banyak bulu hinggalah kepada yang tiada bulu. Pelik juga ya melihat kucing yang tiada bulu. Setelah mengambil beberapa keping gambar kami pulang kerumah. Aku berjanji padanya selepas solat zohor kami akan datang kembali. Mungkin ada penambahan kucing.


Selepas solat zohor kami datang kembali. Orang ramai sudah memenuhu ruang legar. Ada sedikit penambahan kucing. kata DJ yang bertugas pada 22 september sebanyak 140 ekor kucing akan mengambil bahagian dalam pakaian beragam. Wahh...isteriku gembira mendengar berita tersebut. Insyaallah esok kami akan datang kembali tapi tak dapat melihat siapa pemenang kucing cantik sebab aku bertugas petang. Dibawah aku paparkan sedikit sebanyak kucing yang sempat diambil gambarnya. Terlalu ramai orang dan gambar diambil dengan cara cepat jadi banyak yang blur. Esok aku akan lebih berhati-hati.









Friday, September 13, 2013

Kesiannya.....

Selalunya kalau aku dan isteri pergi ke pasar dan ketika pulang kami akan singgah di kedai makan. Kedai kepunyaan rakanku. Roti canai disitu amat sedap. Itu kalau ikut pandanganku. Ada juga dijual kuih dan makanan lain. 3 hari yang lepas ketika dalam perjalanan ketempat kerja aku singgah disitu. Terlihat ada penambahan makanan. Kata isteri rakanku ramai customer merungut kuih tak banyak dan asyik benda yang sama saja. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk menambah makanan yang lain. Aku melihat ada maggi goreng, cucur bawang dan lain-lain. Alamak...aku sudah beli makanan. Kalau tidak maggi goreng dan cucur bawang pasti aku beli. Dua makanan ini amat pantang aku tengok. Tak apa esok masih ada lagi. Kataku didalam hati.


Keesokan harinya sekali lagi aku ke kedai tersebut. Kecewa sebab kedua-dua makanan kegemaranku tiada.
" Maggi goreng tak ada ka ". Aku bertanya isteri kawanku
" Hari ini tak buat. Saya tak mau buat hari-hari. Tukar yang lain sama ". Kata isterinya
" Itu la..kelmarin tengok ada cucur bawang. Hari ni nak beli tak ada ". Aku berkata
" Ala kesiannya.....Esok insyaallah saya buat ". Katanya. Bila pulang kerumah aku cerita pada isteriku. Tersenyum dia bila aku beritahu lembutnya percakapan isteri kawanku ini.
" Ala kesiannya....ala kesiannya  ". Sering bermain di mulut isteriku. Perli lah tu.

Hari yang dinanti telah tiba. Ketika bersiap isteriku sering bergurau denganku
" Ala kesiannya....Moga dapat la cucur bawang hari ni ". Aku hanya tersenyum mendengar gurauan isteriku. Bila sampai alhamdulillah memang ada. Lega hati ini. Aku beli sebanyak 3
" Berapa...". Aku bertanya
" RM1.90 ". Kata isteri kawanku dan aku terus memberinya wang. Bila pulang kerumah aku tunjuk gambar dengan bangganya kepada isteriku.
" Satu berapa bang ". Tanya isteriku akan harga cucur bawang. Aku terdiam dan mula mengira.
" Kalau RM1.90 kira mahal la bang. Satu jatuh 65 sen ". Kata isteriku.
" Betul la. Cucur kecil saja ". Isteriku tertawa bila aku berkata demikian....
" Kesiannya dekat Tok wan...". Kata isteriku pada cucunya. Perli lah tu. Grrrr....
" Tok wan ni lambat orang kata kesian...saja. Dah luntur ". Katanya lagi pada cucu. Yang cucu pula boleh tersenyum. Atuk terus grrrrr.......

Wednesday, September 11, 2013

Aku Sudah Tekad

" Abang kata abang tak ada ilmu untuk mengubat orang tapi kenapa bila orang minta tolong abang pergi juga ".
Aku masih ingat akan kata-kata isteriku Rosnah bila ada seorang lelaki meminta pertolongan dariku. Katanya anaknya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan meracau-racau.
" Memang abang tak ada ilmu tapi kalau abang pergi tentu mereka merasa lega. Hilang tekanan perasaan. Abang buatlah apa yang perlu sebelum ada yang lebih pandai. Abang dah rasa macam mana depa rasa ". Aku berkata kepada isteriku sebelum aku melangkah pergi. Memanglah kadang-kadang aku juga terkesan dari pertolongan yang aku berikan. Aku sudah berjanji pada diri sendiri bahawa aku akan tolong sedaya yang mampu jika ada mereka yang meminta pertolongan walaupun sekadar berdoa. Janji sedikit sebanyak aku telah meringankan kerisauan mereka

Aku masih ingat peristiwa yang berlaku terhadap isteriku Siti Aishah. Semasa berada di kelantan isteriku muntah darah yang teruk. Menangis dia mengadu sakit padaku. Aku terlalu buntu ketika itu. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Aku talipon ustaz yang merawatnya. Maklumat yang aku dapat dari ustaz, isteriku ditikam bertubi-tubi di patung. Aku menangis mendengar berita tersebut. Bila pulang semasa berada di atas kapal terbang isteriku tidak banyak bersuara. Dia hanya memegang erat tanganku. Sesekali dia meletakkan kepalanya diatas bahuku.

Bila tiba di rumah mulalah isteriku mengadu dan menangis kesakitan. Aku masih ingat lagi ketika itu...
" Bang sakit sangat bang. Ya Allah aku redha Ya Allah ". Kata isteriku. Terlalu sedih aku melihat isteriku. Aku masuk kedalam tandas lalu menangis sepuas-puasnya. Aku tidak mahu menangis di depan isteriku. Aku perlu memberi sokongan kepadanya. Bila terasa sedikit kelegaan barulah aku mendapatkan isteriku.
" Bang tolong picit badan Siti. Sakit sangat-sangat. Ya Allah bang sakit sakit bang ". Keluar darah lagi dari mulutnya.
" Ya Allah Ya Tuhanku. Kau peliharalah isteriku. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya Ya Allah ". Aku berdoa didalam hatiku sambil tanganku membersih darah yang keluar dari mulut isteriku. Aku cuba menahan airmata dari gugur namun aku gagal mengawalnya.
" Sabarlah Siti. Ini ujian untuk kita. Insyaallah abang cuba cari ustaz yang lain ". Aku berkata sambil memeluk isteriku. Kaum kelaurga yang lain hanya mampu menangis. Aku dapat merasakan terlalu berat ujian ini.
" Ya Allah...ampunkan dosa kami Ya Allah. Aku tak sanggup menerima ujian ini Ya Allah. Terlalu berat bagiku ". aku berdoa didalam hatiku.

" Budiman cuba call ustaz ni. Dia pandai berubat ". Seorang wanita yang datang menziarah memberi nombor talipon seorang ustaz. Aku mengenali ustaz ini. Kuliah serta ceramahnya memang hebat. Terus aku tidak membuang masa.
" Assalamualaikum ustaz. Saya Budiman. Isteri saya sakit. Dia muntah darah banyak. Saya nak minta tolong ustaz tengok ". Aku berkata kepada ustaz
" Hari ni saya tak berubat. Mai minggu depan ". Kata ustaz
" Sakit bang...Siti tak tahan sangat...". Aku terus putuskan talian dengan ustaz dan meluru ke isteriku. Sekali lagi muntah yang banyak keluar dan isteriku meraung kesakitan. Aku dial sekali nombor ustaz.
" Assalamualaikum ustaz. Isteri saya muntah darah banyak sangat ustaz. Dia dok menangis kesakitan ". Aku merayu ustaz
" Saya tak mengubat hari ni. Mai minggu depan ". Katanya tegas. Aku terlalu kecewa lalu memutuskan terus talian. Aku dial ustaz yang asal. katanya dia telah menggunakan segala ilmu yang Allah berikan padanya. Dia menasihati aku agar membawa isteriku ke hospital.

" Siti...Kita pergi ke hospital ya ". Isteriku hanya menganggukkan kepalanya saja.
" Setakat ni saja yang mampu abang buat untuk Siti. Sudah puas abang berikhtiar ". Barulah aku sebak dan menangis depan isteriku. Sekali lagi kami berpelukan
" Ya Allah janganlah jadikan ini sebagai pelukan terakhir kami ". Aku berdoa didalam hati.
" Terima kasih bang kerana banyak bekorban untuk Siti. Siti tak akan lupakan pengorbanan abang. Siti minta maaf banyak-banyak dengan abang ". Inilah ayat yang paling aku takut sekali. Ayat yang seolah-olahnya kami akan berpisah selama-lamanya.
" Siti tak ada dosa dengan abang. Siti seorang isteri yang baik pada abang dan keluarga abang. Kami terhutang budi dengan Siti ". Aku berkata kepada isteriku. Airmata usah dikira

Terus aku membawanya ke hospital yang berdekatan. Isteriku dimasukkan kedalam bilik ICU. Setelah lama menunggu akhirnya nurse menyebut nama isteriku. Aku meluru masuk kedalam. Ya Allah Ya tuhanku. Terkejut aku melihat peralatan yang telah di pasang terhadap isteriku. Dia di penuhi dengan wayar. Nampak kepenatan sekali dia. Dia mencium tanganku dan meminta aku berdoa untuknya. Aku terus memeluknya. Aku menangis teresak-esak. Airmata isteriku turut berlinangan. Suaranya tidak lagi kedengaran. dia meminta aku memanggil anakku Hermawan. Selepas Hermawan keluar aku masuk kembali. Isteriku bertanya adakah anak gadisnya Siti Zinnirah berada di luar. Aku tahu dia terlalu merindui anak gadisnya tapi anak gadisnya sedang menduduki peperiksaan terakhirnya. Aku tidak mahu menggangunya.

Ketika itulah isteriku kepenatan. Doktor bergegas datang dan akhirnya aku diberitahu isteriku berada di dalam keadaan koma dan harapannya untuk hidup amat tipis sekali.
" Dalaman isteri encik rosak teruk. kemungkinan harapan untuk hidup amat tipis sekali. So encik boleh buat preparation la. Encik boleh panggil keluarga kalau dia orang nak baca..". Bagaikan sebiji bom menimpa aku mendengar kata-kata doktor. Aku terus memeluk isteriku. Bila-bila masa saja aku akan berpisah dengan isteri kesayanganku buat selama-lamanya. Setelah 2 hari dalam keadaan koma akhirnya isteriku pergi menemui penciptanya meninggalkan segala memori indah sewaktu kami bersama.

Bermula dari saat itulah aku bertekad andaikata ada orang meminta pertolongan dariku, aku akan cuba membantu sedaya mungkin. Aku sudah merasai bagaimana kecewanya bila orang menolak permintaan kita. Biarlah permintaan itu datang jauh berkilometer. Aku pasti membantu walaupun dengan hanya berdoa dari kejauhan. Itu sudah cukup buat mereka. Cuma kadang-kadang bila aku pula bermasalah aku tercari mereka yang sudi mendengar masalahku namun hampa sekali. Apa pun Allah adalah tempat sebaik-baik kita meminta. Jadi mintalah kepadanya...

Tuesday, September 10, 2013

Terima Kasih Isteri Serta Ibu Mertuaku

Hari Ahad yang lepas isteriku berkata yang sudah lama dia tak kepasar. Cadangnya dia nak kepasar mencari bahan untuk dimasak. Selalunya akulah kepasar disebabkan kesibukkan isteriku menjaganya cucu. Aku beli saja apa yang di pesan isteriku.
" Bang..hari ini kita masak gulai jantung pisang ". Kata isteriku. Aku terus menyokong cadangan isteriku.
" First...kita cari jantung pisang dirumah emak mertua abang. Kalau ada baru beli daging ". Kataku kepada isteri. Di pasar bukan tak ada menjual jantung pisang tapi sudah beberapa kali aku terkena. Jantung pisang yang dibeli busuk bila dipotong



Jam 7.30 pagi kami menuju kerumah ibu mertuaku. Aku mengambil galah lalu masuk kedalam kebun pisang. Agak banyak juga jantung kali ini. Aku mengambil sebanyak 5 biji jantung. Ibu mertuaku keluar dan duduk diatas pangkin. Hanya senyuman terukir melihat aku membawa jantung pisang.
" Nak masak apa jantung pisang ni ". Tanya ibu mertua kepada isteriku
" Nak buat gulai jantung pisang. Kami mai tengok dulu. kalau ada baru kami beli daging ". Tertawa ibu mertua mendengar penerangan isteriku


" Mak...Kalau nak buat kerabu jantung kena masuk apa lagi ". Aku bertanya ibu mertua
" Amboii abang. Buat-buat tanya pula ". Ibu mertuaku hanya tertawa bila isteriku berkata demikian.
" Masuk jantung pisang. Kalau ada bunga betik dan tauge sikit lagi sedap ". Kata ibu mertua
" Kalau masuk perut lembu sedap tak mak ". Aku berkata
" Lagi sedap laa... ". Kata ibu mertuaku
" Mak boleh tolong buat kerabu tak ". Terus aku bertanya ibu mertua
" Abang ni. Ada ke suruh mak. Nah pun boleh buat ". Kata isteriku
" Dia kena masuk apa kerabu ni ". Isteriku bertanya ibu mertua. Katanya dia belum pernah buat kerabu lagi. Orang bandar katakan.


" Ala...Beli bawa mai sini nak masak ". Kata ibu mertuaku. Aku senyum memandang isteriku
" Mak sihat ke ". Aku bertanya ibu mertua
" Boleh. Bawa mai nak masak ". Ibu mertuaku tertawa kecil manakala isteriku tersenyum memandang bagaimana aku memujuk ibu mertuaku.
" Ala...Tok gerenti masak kalau menantu kesayangan yang minta ". Kata anak saudara isteriku Siti Aishah. Setelah kesemua barangan di beli kami kembali kerumah ibu mertua lalu memberi semua bahan serta kelengkapannya. Jam 12 tengahari anak saudara isteriku menalipon mengatakan kerabu sudah siap. Memang cukup enak kerabu ibu mertuaku. Isteriku juga memuji akan kesedapan kerabu tersebut. Terima kasih kepada isteriku yang memasak gulai jantung pisang dan ibu mertuaku yang membuat kerabu. Semoga Allah merahmati kalian berdua.

Monday, September 09, 2013

Semoga Ianya Mainan Tidur

Aku boleh dikatogarikan sebagai orang yang senang tidur. Tapi kadang-kadang amat payah juga aku nak melelapkan mata walaupun badan keletihan. Terpaksalah menggunakan kaedah mengira kambing-kambing yang banyak. Itu kata mereka yang susah melelapkan mata. Namun begitu amat payah melelapkan mata. Otak aku berpusing dengan ligat bekerja walaupun badan keletihan. Akhirnya terlelap juga aku. Aku membuka mata dan berada di sebuah kampung yang belum pernah aku masuk. Suasana kampung tersebut begitu tenang dan mendamaikan. Bukit bukau yang menghijau membuatkan aku terpesona. Di depan begitu ramai orang sedang berkumpul. Yang anihnya ketika aku sampai semua mereka memerhatikan aku.

Tiba-tiba aku melihat kelibat isteriku Siti Aishah. Dia memakai tudung bewarna biru muda manakala bajunya bewarna biru gelap. Itulah baju kesukaannya dan juga aku. Aku menyerbu kearahnya. Ingin sekali aku memeluknya. Sudah lama aku tidak melihatnya. Siti Aishah seolah-olahnya cuba mengelak dari aku. Mukanya masam.
" Siti..izinkan abang pegang tangan Siti. Lama abang tak pegang. Abang terlalu rindu ". Kataku kepada Siti Aishah. Isteriku hanya menundukkan kepalanya.
" Abang masuklah kedalam rumah. Ada orang yang memerlukan doa abang ". Kata isteriku sambil matanya melirik kearah sebuah rumah.


Aku melangkah menuju kerumah tersebut. Semua penduduk memerhatikan aku. Bila tiba dipintu seorang wanita yang tidak aku kenali berkata
" Jemput Budiman...". Sambil membawa aku. Dari jauh aku melihat kain yang menutupi mayat.
" Minta tolonglah Budiman doakan. Aishah dah masuk tadi ". Rupanya isteriku sudah masuk tetapi kenapa wajahnya muram. Aku berdebar-debar berjalan. Mayat siapakah itu yang terbujur kaku. Wanita-wanita yang berada dekat dengan mayat terus memberi laluan kepadaku. Wanita tadi terus membuka penutup mayat.
" Mai Budiman....Tolong sat berdoa untuk dia ". Kata wanita tersebut. Aku mendekati mayat tersebut. Aku begitu terkejut bila melihat keadaan mayat.
" Ya Allah kenapa mukanya begitu hitam ". Aku bertanya wanita tersebut
" Itulah sebab kami minta Budiman dan Aishah tolong berdoa untuknya ". Kata wanita tersebut.

Apa yang hendak aku doakan untuknya. Entah kenapa terasa hatiku begitu berat sekali. Aku hanya mengangkat tangan seolah berdoa namun tiada apa yang aku doakan. Selesai menjatuhkan tanganku aku berjalan keluar
" Terima kasih Budiman. Semoga Allah ampunkannya ". Kata wanita tersebut. Semoga Allah ampunkannya. Siapakah dia. Sambil berjalan sambil otakku ligat berfikir dan akhirnya bila tiba diluar isteriku Siti Aishah tersenyum menyambutku. Aku memegang tangannya. Begitu erat kami berpegangan tangan seolah-olahnya tidak mahu berpisah lagi. Bahagianya kami ketika itu. Tiada apa yang aku fikirkan ketika itu. Hati aku cukup gembira dapat bertemu dengan isteriku. Begitu juga dengan dia.

" Abang doa apa dekat wanita tadii ". Tanya isteriku
" Tak berdoa apa. Abang pun tak tau nak berdoa apa. Abang hanya angkat tangan saja ". Kataku kepada isteriku.
" Siti pun buat macam abang juga. Entah tak terasa hati untuk berdoa ". Kata isteriku sambil terus berjalan-jalan.
" Bang...lama Siti tak masak untuk abang. Kalau malam ini Siti buat special untuk abang, abang nak ka ". Tanya isteriku
" Abang tau Siti tentu nak buat mee udang ". Tekaku sebab itulah makanan kesukaanku.
" Pandai abang teka ". Tersenyum isteriku. Aku tertawa gembira melihat senyuman isteriku. Manis sungguh wajahnya

" Abang ajak Zinnirah sekali. Lama Siti tak tengok dia ". Kata isteriku
" Zinnirah ada dirumah. Tu dia depan pintu rumah ".Aku menunjuk kearah anakku
" Ya Allah bang. Besar dah Zinnirah ". Kata isteriku
" Jap abang nak panggil dia ". Kataku pula. Belum sempat aku membuka mulut talipon berbunyi. Tertera nama isteriku Rosnah.
" Assalamualaikum bang. Abang dengan siapa tu ". Tanya isteriku Rosnah
" Abang dengan Aishah. Dia nak berjumpa dengan Zinnirah ". Kataku kepada isteriku
" Bang..malam ni Nah nak masak special untuk abang. Teka apa dia ". Tanya isteriku dan aku sudah tahu apa itu.
" Nah nak masak apa yang special untuk abang ". Sengaja aku bertanya dan isteriku Siti Aishah hanya diam mendengar aku berbual dengan isteriku Rosnah
' Apa lagi kalau bukan mee udang. Abang ajak Zinnirah sekali banggg.. ". Kata isteriku Rosnah

Aku terdiam. Isteri yang mana harus aku utamakan. Kedua-duanya amat aku sayangi. Siti Aishah terus berjalan. Dia mendongak kerah anakku Zinnirah tapi sayangnya anakku tidak melihat ibunya. Kalau tidak sudah tentu anakku menyerbu mendapatkan ibunya yang dirindui. Akhirnya Siti Aishah sedikit demi sedikit hilang dari pandanganku. Dalam hati, aku berdoa semoga Siti Aishah datang kembali bertemu dengan aku. Bila tersedar aku dapat mendengar suara azan subuh berkumandang. Ini semua hanya mainan tidur namun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat melihat isteriku walaupun ianya sekadar mainan tidur.

Tuesday, September 03, 2013

Sambil Menyelam Minum Air

Majlis Perminangan 
Aku telah diminta untuk menjadi perantara dalam majlis perminangan di Felda Triang, Pahang Darul Makmur. Pada Hari Jumaat 30 Ogos kami bertolak dari Pulau Pinang menuju Pahang. Kereta mestilah dalam keadaan tip top untuk kesana. Agak jauh dan meletihkan semasa dalam perjalanan. Setelah 7 jam berada diatas jalanraya maklumlah pemanduan yang tidak terlalu laju namun keselamatan harus dijaga. Akhirnya kami selamat tiba di Pahang. Kami menyewa sebuah homestay untuk menghilangkan penat lelah. Masing-masing merungut sebab coverage internet begitu teruk di kawasan ini. Kalau maxis hanya mendapat 2G sahaja manakala celcom habuk pun tak ada. Hari pertama kami sampai, kami hanya keluar untuk makan malam sahaja. Esok akan berlansungnya majlis perminangan. Badan perlu kerehatan yang cukup.

e



Sabtu 31 Ogos. Jam 11.30 pagi kami keluar menuju rumah anak dara di Felda Triang. Alhamdulillah kami disambut dengan begitu baik sekali. Majlis berjalan begitu lancar dan alhamdulillah dengan sekejap saja sudah selesai majlis perminangan. Syukur alhamdulillah aku dapat menjalankan tugasku. Kami dijamu dengan nasi beserta sambal ulaman. Masakan kampung yang begitu menyelerakan. Setelah selesai kami meminta diri untuk beredar. Planning kami nak ke tasek Bera. Bila sebut saja tasek Bera rata-rata masyarakat Malaysia sudah tahu ianya terletak di mana. Maknanya terkenal la.



Tasek Bera
Setelah menukar pakaian, jam 3 petang kami menuju ke Tasek bera. Sebelum memasuki jalan menuju ke tasek, kami harus mendaftar nama di pondok keselamatan dahulu. Kemudian kami terus memasuki jalan yang berhutan disebelah kiri dan kanan. Bila sampai sana terasa seperti tidak apa yang menarik disini. Tidak ramai orang. Kami ke jeti untuk melihat pemandangan. Sedih dengan pemandangan Tasek Bera. Tak menarik langsung. Bagiku kalaulah Tasek Bera berada di Indonesia sudah tentu ianya menjadi tempat pelancungan yang indah. Kenapa kerajaan negeri Pahang tidak melakukan sesuatu untuk menarik minat pelancung datang.



Ini tidak. Tasek dipenuhi dengan belukar. Ada belukar yang sengaja dibakar atau terbakar. Hendak kesana pula terlalu jauh dari tempat kami menginap. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang saja ketempat penginapan kami. Sudah hampir maghrib. Tidak sempat untuk kami mencari destinasi yang lain. Waktu malamnya kami penuhi dengan makan malam. Tepat jam 12 malam tempat lain riuh dengan bunyi dentuman bunga api sempena malam merdeka tapi disini tetap sunyi tanpa bunyi mercun. Tidur saja ler sebab esok kami akan berangkat pulang. Sebelum tu kami akan singgah makan ikan patin masak tempoyak dan ke genting Highland


Ikan Patin Masak Tempoyak
Ahad 1 september., Jam 9 pagi kami check out dari homestay. Pertama kami mencari ikan patin masak tempoyak. Kami harus ke Temerluh sebab disana terdapat satu restoran yang sedap. Kami tiba di Go Bang Maju Patin tempoyak. Kami merupakan pelanggan yang pertama. Disni hanya masakan nasi beserta ikan patin masak tempoyak saja yang ada. Entah kenapa aku dan isteri tidak begitu menggemari masakan ini. 




Akhirnya kami mengambil keputusan untuk merasa sedikit dulu. Kalau boleh makan barulah kami berdua akan order. Bila cuba dan terasa kepedasan ikan patin masak tempoyak barulah kami berdua memesannya. Satu set berharga RM12. Habis juga aku hirup dengan kuahnya. Kata isteriku kalau masak asam pedas dengan ikan patin boleh juga. Alhamdulillah terasa kekenyangan. Last destinasi ialah Genting Highland.


Genting Highland
Kami bertolak menuju Genting Highland. Inilah pertama kalinya aku memijak bumi Genting Highland. Terasa sejuk bila berada disini. kelihatan juga kabus tebal. banyak juga game yang kami main. Indoor dan outdoor semuanya kami bedal. Yang kena bayar saja kami tak main










Jam 6 petang kami turun dari Genting Highland dan pulang ke Pulau Pinang. Jam 1 pagi kami tiba di Pulau Pinang dengan selamatnya alhamdulillah. Aku merasa begitu terhibur walaupun aktiviti yang amat padat. Begitu juga dengan isteriku. Sedikit sebanyak ia meninggalkan memori indah buat kami berdua. Insyaallah ada masa kami akan datang lagi dengan lebih ramai lagi kontingen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...