Teman-teman

Sunday, September 22, 2013

Pertandingan & Pameran Kucing Cantik

Isteriku sering mengingatkanku tarikh 21 dan 22 September 2013 bermulanya pameran dan pertandingan kucing. Isteriku adalah peminat nombor 1 kucing cuma kami tidak membelanya. Tarikh 21 September jam 11 pagi aku dan isteri terus ke Kompleks Bukit Jambul dimana pameran diadakan.


Masih banyak lagi kekosonagn sangkar. Ada yang telah mendaftar dan belum membawa lagi kucing mereka. Seronok juga melihat bermacam jenis kucing. Dari yang banyak bulu hinggalah kepada yang tiada bulu. Pelik juga ya melihat kucing yang tiada bulu. Setelah mengambil beberapa keping gambar kami pulang kerumah. Aku berjanji padanya selepas solat zohor kami akan datang kembali. Mungkin ada penambahan kucing.


Selepas solat zohor kami datang kembali. Orang ramai sudah memenuhu ruang legar. Ada sedikit penambahan kucing. kata DJ yang bertugas pada 22 september sebanyak 140 ekor kucing akan mengambil bahagian dalam pakaian beragam. Wahh...isteriku gembira mendengar berita tersebut. Insyaallah esok kami akan datang kembali tapi tak dapat melihat siapa pemenang kucing cantik sebab aku bertugas petang. Dibawah aku paparkan sedikit sebanyak kucing yang sempat diambil gambarnya. Terlalu ramai orang dan gambar diambil dengan cara cepat jadi banyak yang blur. Esok aku akan lebih berhati-hati.









3 comments:

radziah AR said...

en. arif, kami sekeluarga pergi KBJ juga tadi. sebenarnya tak tahu pun ada pertandingan kucing ni. bila anak ke-2 lihat, sangat teruja dia. saya biarkan dia dan suami melihat -lihat di situ, dan saya bersama anak sulung melihat kedai2 lain...kurang gemar sikit kucing ni, tapi suami dan anak sangat suka kucing.

Ariff Budiman said...

radziah AR....Satu kebaikan bila mana kita tidak minat kita berlapang dada dengan mereka yg minat. Semoga rumahtangga puan terus bahagia.

addyz maddyz said...

untuk tahun nie xbuat ker??klu tahun nie ade buat,inform saye sbb sye nak jdi peserta...call saye 0193372997

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...