Teman-teman

Wednesday, October 31, 2012

Nasib Baik

Alhamdulillah. Selesai semua perkara-perkara yang berlaku dalam keluargaku. Jadi aku boleh fokuskan kembali tentang masalah seterusnya. Selepas ibuku disemadikan, pada malamnya kami sekeluarga membuat doa selamat untuk kaum keluarga yang telah pergi terlebih dahulu. Ketika menjamu selera entah tiba-tiba anak saudaraku yang merupakan seorang doktor berkata terdapat kesalahan pada kad pengenalan si mati. Sepatutnya kad pengenalan yang tercatit ialah nombor ibuku. Tapi dalam sijil ini nombor kad pengenalan doktor yang di tulis. Biar betul. Kalau aku terus repot untuk dapatkan sijil kematian tanpa melihat sudah tentu doktor tersebut telah disahkan meninggal dunia. Kami semua sepakat agar dibawa kembali dan bertanya JPN memandangkan doktor yang mengurus ibuku selama 2 1/2 bulan amat baik budi bahasanya. Baru berumur 30 tahun. Pagi-pagi lagi aku dan isteri telah keluar ke JPN. Nasib baiklah JPN berdekatan dengan rumahku. Aku terus bertanya pegawai disitu tentang masalah yang terdapat pada sijil kematian. Kata pegawai tersebut dia akan bertanya kepada bossnya.

Aku dipanggil masuk untuk bertemu boss JPN. Terus dia menalipon JPN negeri dan JPN negeri mengarahkan agar pembetulan haruslah dibuat oleh pihak hospital. Kemudian dia menalipon hospital yang mengeluarkan sijil kematian.
" Ini macam mana ni. Siapa yang keluarkan sijil kematian. Kalau kami key in maklumat ini bermakna doktor tersebut akan di sahkan meninggal ". kata boss JPN negeri. Akhirnya aku diarahkan ke Jabatan Forensik yang mengeluarkan sijil kematian.
" Kalau JPN nak betulkan pun boleh. Saja nak buat kecoh ". Kata pegawai di Jabatan Forensik sambil membetulkan kembali nombor kad pengenalan si mati.

" Encik bawa ini ke JPN negeri untuk dapatkan sijil ". Kata pegawai tersebut. Keadaan cuaca begitu panas sekali. Terasa terlalu dahaga. Isteriku nampak akan keletihannya sebab dia memang tidak tahan dengan cuaca panas. Terus aku mengambil nombor. Sekejap saja nombor giliran aku dipanggil. Aku hulurkan maklumat yang telah dibetulkan.
" Cik..Pihak JPN tak boleh ka terus betulkan nombor kad pengenalan si mati ". Aku bertanya pegawai tersebut.
" Memang tak boleh. Salah di sisi undang-undang. Kami tak boleh senang-senang betulkan kesalahan yang dibuat oleh pihak lain walaupun nampak kecil saja. Ia harus di betulkan oleh pihak yang mengeluarkan sijil tersebut ". Aku setuju dengan pendapat dari pegawai JPN.

Akhirnya begitu singkat saja sijil kematian telah dapat dikeluarkan. Memang terasa begitu letih apatah lagi aku akan bertugas petang. Bila tiba dirumah aku bersiap-siap untuk masuk kerja petang.
" Aduh...letih la hari ni. Ingat nak ambil cuti la petang ". Kataku pada isteri.
" Sabarlah. Abang kan dah banyak ambil cuti ". Betul juga kata isteriku. Akhirnya aku tidak jadi mengambil cuti. Alhamdulillah semua kerja-kerjaku telah dapat diselesaikan.
" Nah nanti bila-bila kita makan angin ". Tiba-tiba aku bersuara kepada isteriku. Tersenyum isteriku.
" kemana bang ". Tanya isteriku
" Bandunggggg "..............

Monday, October 29, 2012

Semoga Anak-Anakku Berjaya Dan Bahagia

Alhamdulillah pada tanggal 28 Oktober 2012 anak gadisku telah selamat bertunang. Pertunangan berlansung di rumah ibu mertuaku atas pemintaan kaum keluarga arwah isteriku. Aku tiada masalah memandangkan kedua-dua anak-anakku juga rapat dengan keluarga ibu mereka. Yang baiknya ialah keluarga mertuaku memang pandai memasak. Jadi bab memasak aku serah kepada mereka. Aku hanya memberi dan membeli barang. Yang selebihnya di bantu kaum keluarga. Memang happening juga.

Aku, isteri serta kedua-dua anakku
2 hari sebelum majlis anak gadisku menghantar sms kepadaku. Katanya kalaulah ada emak sudah tentu majlis bertambah meriah. Anak-anakku juga sepertiku. Merindui ibu mereka. Terpaksa aku pendamkan perasaanku semasa majlis berlangsung. Biarlah anak gadisku gembira. Kadang-kadang aku terbayang arwah Siti Aishah begitu sibuk di dapur. Sekejap aku terbayang tawa dan senyumnya ketika anakku bersalaman dengan bakal ibu mertuanya. Memang aku cukup terasa ketika ini. Kalaulah Siti Aishah ada sudah tentu dia gembira melihat keayuan anak gadisnya. Tapi semua itu sudah berlalu. Aku doakan agar anak gadisku bahagia bersama pilihannya.

Bersama kakak, abang ipar serta adik. Yang bertudung hitam ialah ibu mertuaku
Juga tidak aku lupakan kepada anak lelakiku. Minggu lepas dia telah selamat dalam majlis konvonya. Sebagai ayah aku juga berdoa agar anak lelakuku berjaya mengharungi dugaan hidup. Semoga mereka berdua berjaya.

Konvo anak lelakiku



Saturday, October 27, 2012

Suasana Kampong

Aku merasa cukup boring berada di rumah. Nak mengajak isteriku berjalan dia begitu sibuk dengan persiapan hari raya dan pertunangan anak gadisku. Akhirnya aku mengambil kamera dan memberitahu isteriku yang aku akan ke pantai untuk mengambil gambar. Terus aku memecut motosikal tapi aku kerumah ibu mertuaku. Manalah tahu anak lelakiku berada disana jadi boleh la aku mengajaknya keluar.


Bila sampai di rumah ibu mertua, anak lelakiku tiada disitu. Nak kepantai memang boring pula. Entah kenapa hati aku terasa amat kosong sekali. Akhirnya aku terpandang pokok ciku. Banyak juga buah ciku. Lama juga tak makan buah ciku.


Terus aku mengambil galah yang dipanggil galah wap. Ia dicipta untuk memudahkan buah terus masuk kedalam dan tidak jatuh kebawah. Jadi buah tidak pecah dan busuk cepat. Mudah saja. Masukkan buah kedalam kain dan tarik. Buah akan jatuh kedalam.


Alhamdulillah banyak juga yang aku dapat. isteriku memang tak boleh nampak buah ciku. Memang kesukaan dia dengan buah ciku. Kalau nak dibawa pulang buah ini akan berabuk. Selalunya kalau dikampong dulu aku akan basuh buah dan berus membuang selapuk pada buah. Kemudian aku akan jemur. Buah akan masak dengan cepat.


Aku menggunakan cara tradisional. Dengan sabut kelapa aku gosok buah ciku sehingga berkilat. Orang kampong yang lalu lalang asyik memerhati aku gosok buah ciku. Pernah aku ditegur rajin sebab gosok buah ciku. Aku seronok bila melihat buah ciku menjadi bersih. Aku kira kesemuanya ada 30 biji. Alhamdulillah. Sedang aku masukkan buah kedalam plastik tiba-tiba sebuah motosikal menghampiriku.
" Assalamualaikum bang. Abang nak jual tak buah ciku ni ". Tanya lelaki yang membawa motosikal. Isterinya hanay tersenyum bonceng dari belakang.
" Nak ka buah ciku ni ". Sengaja aku bertanya
" Ni...orang rumah saya. Teringin buah ciku. Merata kami cari tak jumpa ". Tahulah aku isterinya mengandung. Terus aku memberi mereka 10 biji.
" Ambillah. Ini yang dinamakan rezeki ". Tersenyum isteri lelaki tersebut bila mendapat buah idaman. Nasib baiklah berjumpa. Kalau tidak tak tahulah aku. Hu...orang mengandung jangan di buat main. Kalau dia nak yang itu, itulah sebutannya setiap hari.


Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha

Ketika orang lain bersiap untuk menunaikan solat Aidil Adha. Masjid dan surau berkumandang suara takbir. Aku terus memacu motosikal membelah jambatan Pulau Pinang untuk bertugas. Inilah kali pertama dalam hidup aku bekerja pada hari raya. Isteriku sudah menyediakan bekalan untuk aku makan. Maklumlah sudah tentu semua kedai makanan ditutup. Sepatutnya aku cuti tapi memandangkan ketika aku mempunyai masalah ketika ibuku di hospital, rakan-rakanku banyak yang menolong dengan mengambil alih standbyku.


Kini biarlah aku membalas kembali jasa baik mereka. Biarlah mereka pula bergembira bersama keluarga mereka. Kerja berpasukan begitulah. masing-masing kena ada tolak ansurnya. Adakah ini merupakan satu pengorbanan. Aku korbankan kebahgiaanku beraya bersama keluarga dan memberikannya kepada rakanku. Hanya Allah saja yang mengetahuinya. Labbaikallah Hum Malabbaik. Labbai kala Syari Kala kalabbai. Innal Hamda Wanniaqmat. Lakawal mulk. La Syari kalakh.

Wednesday, October 24, 2012

Riadah Sorang Diri

Hari ni aku berpeluang ronda menaiki bukit di belakang rumah ibuku. Ketika kecil inilah tempat aku dan rakan-rakan bermain. Tempat yang di kenali dengan nama Sungai Tok Keramat. Hari ini aku keseorangan meronda mengambil gambar. Inilah hasilnya










Akhirnya inilah yang aku dapat. Hujan lebat di atas bukit. Baju hujan tak bawa. Tunggu ler ihsan depan pintu rumah menanti pintu di buka

Monday, October 22, 2012

Allah Telah Permudahkan

Setelah ibuku berada di hospital selama 2 bulan setengah. Kami anak cucu membahagikan waktu supaya ibu dapat dijaga dengan rapi. Sempat juga aku menalipon bisanku sewaktu berada di Mekah. Aku meminta agar bisanku berdoa di tempat yang mustajab doanya agar Allah permudahkan ibu. Alhamdulillah selang sehari selepas itu ibuku di jemput allah buat selama-lamanya. Kami sekeluarga sepakat memudahkan ibu dengan meminta agar pihak hospital memandikan dan mengkafankan mayat. Aku terus menalipon pihak kariah masjid memberitahu akan kematian ibu dan meminta jasa baik mereka menyelesaikan masalah pengkebumian. Alhamdulillah mereka mengenaliku dan itu memudahkan lagi tugasku. Tak payah aku berlari untuk mencari pegawai masjid. Alhamdulillah jam 3,.30 pagi jenazah ibuku telah di bawa pulang kerumah.

Jenazah berada di dalam liang lahad. Foto ihsan anak saudaraku
Ramai kaum keluarga, sahabat handai serta jiran tetangga datang menziarahi ibuku. Jam 12.30 tengahari jenazah ibu di beri penghormatan terakhir oleh kaum keluarga. Kami memberi kucupan terakhir kepada ibu sebagai tanda perpisahan. Sebelum dimasukkan kedalam kereta jenazah, abangku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir. katanya ibu merupakan seorang insan mulia. Pernah ibu berkata kepada kami, " Kemuliaanmu adalah melalui pendidikkan ".

Benar kata-kata abangku. Ibu banyak mendidik kami tentang mempercepatkan solat. jangan diabaikan solat. Kelak Allah akan mengabaikan doa yang kita minta. Sehingga di penghujung usianya ibu tidak pernah lupa akan solat walaupun sakit. Kalau ibu lupa pun ia akan berkata yang dia belum solat lagi padahal sudah selesai. kami membiarkan saja ibu solat sekali lagi.

Di semadikan bersebelahan ayahku
Selepas solat zohor ibuku dibawa masuk kewasan perkuburan islam. Aku terpaku seketika. Rupanya Allah mendengar isihatiku. Aku berhajat agar ibuku disemadikan bersebelahan ayah tapi aku tidak mahu mengganggu urusan pengkebumian. Dimana saja adalah sama. Tapi Allah mengetahui apa yang tersirat dihatiku. Rakanku yang merupakan seorang penggali kubur menggali liang sebelah ayahku. Subhanallah. terima kasih Ya Allah. Sewaktu aku bertemu rakanku, dia berkata
" Mulanya aku ingat nak letak sebelah bini hang. Tapi bila fikir-fikirkan balik biarlah disimpan sebelah ayah hang ". Aku mengucapkan terima kasih kerana memudahkan urusan kami.

Ciuman terakhir seorang ibu
Selepas selesai semuanya abangku membacakan doa. Kami tidak mengadakan talkin sebab ia bukan dari sunnah nabi namun kami tidak menghalang mereka yang ingin berbuat demikian. Sebenarnya talkin hanyalah untuk orang yang datang ke pusara. Iman yang akan menjawab soalan dari malaikat Munkar dan Nankir. Alhamdulillah dalam masa yang singkat selesai akhirnya pengkebumian ibuku. Malamnya kami berkumpul adik beradik lalu membuat doa selamat. Kami tidak pernah menetapkan malam keberapa tahlil harus dibuat. 

Dari Abu Hurairah r.a. Berkata rasulullah saw yang bermaksud, " Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali 3 perkara, Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya ". ( Hadis riwayat Muslim ".

Sunday, October 21, 2012

Al-Fatihah

Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara mengatakan yang ibuku sedang kritikal. Bergegas aku dari tempat kerja. Bila aku diberitahu yang keadaan ibuku kembali normal. Setelah berada agak lama di hospital dan keadaan ibuku nampak normal, aku dan isteri pulang kerumah untuk menukar uniformku. Ketika sedang berehat sekali lagi anak saudaraku talipon mengatakan ibuku kritikal kembali. Bergegas kembali kami kesana. Tekanan darah ibuku jatuh terlalu rendah. Aku dekatkan mulutku ke telinga ibu lalu mentalkin, " La ila haillallah ".Kaum keluarga yang lain membaca surah yasin. Bacaan digital pada mesin menunjukkan penurunan tekanan darah. Entah berapa kali aku talkin di telinga ibu. Aku tidak mahu makhluk lain yang mengambil kesempatan mengganggu disaat akhir ibu. Tiba- tiba di mesin menunjukkan bacaan mendatar. Tiada lagi bacaan. Datang doktor memeriksa ibuku dan diberitahu ibuku sudah tiada.Ibuku akan dibawa kebilik mayat untuk tujuan pembersihan. Kami mengambil kata sepakat agar ibu kami terus dimandi dan dikafankan oleh pihak hospital. Sebelum ke bilik mayat kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada jururawat yang menjaga ibu selama 2 bulan lebih. Ibuku ditolak masuk kebilk mandi. Kakak, adik serta isteriku tidak melepaskan peluang memandikan jenazah ibu. Setelah siap mereka memanggil aku. Mengalir airmataku " Subhanallah....manisnya senyuman emak ". Kataku pada isteriku. Kami mengalir airmata setelah melihat akan senyuman ibu. Ibu meninggal dalam keadaan tenang ketika aku mentalkinkan di telinga dan kaum keluarga yang lain membacakan yasin. Selepas zohor ini ibu akan disemadikan buat selama- lamanya. Semoga Allah terima amal ibu dan Allah tempatkannya bersama para solihin

Thursday, October 11, 2012

Tak Mahu Tidur Malam

Aku tugas pagi. Jam 4 setelah habis bertugas aku bergegas pula ke hospital untuk ziarah ibuku. Walaupun aku amat letih demi untuk ibu aku terpaksa membuang kesemua perasaan letihku. Banyak pengorbanan ibu terhadap kami sebagai anak-anaknya. Apa salahnya aku korbankan sedikit keletihanku untuk menziarahi ibu yang sentiasa menanti kedatangan anak-anaknya. Aku memegang tangan ibu dan ibu memberi respon dengan membuka matanya.
" Mak...Budiman mai ziarah mak. Moga mak sihat cepat. Kita boleh pulang ya mak ". Aku melihat air mata ibu jatuh ke pipi. Aku mengambil tisu lalu mengelap air mata ibu. Air mataku pula yang jatuh. Sesungguhnya Allah sedang menguji ibu dan kami semua. Aku mengeluarkan buku Yasin lalu aku baca di hadapan ibu. Aku berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa ibu dan permudahkan ibu.

Menjelang maghrib aku pulang kerumahku. Bila sampai isteriku beritahu ada orang datang mencari memohon pertolongan. Anaknya sudah 2 hari tidak mahu tidur malam. Dia asyik berlari keluar bilik dengan gembira seperti ada yang mengejarnya. Waktu siangnya barulah dia tidur dengan nyenyaknya. Walaupun aku amat keletihan dan kepala yang sakit bagaikan hendak pecah, aku gagahi juga pergi kerumah tersebut. Terdengar suara anaknya berlari dan tertawa gembira. Aku di bawa masuk kedalam. Kelihatan anaknya sedang bermain dengan seorang budak. Mungkin bunian. Budak itu mengejar anaknya keluar dan masuk bilik. Takut mereka bila aku beritahu yang anak mereka sedang bermain dengan seorang budak. Aku membaca ayat suci lalu aku hembuskan dari jauh namun mereka tetap juga berlari.

Akhirnya aku meminta agar mencari orang yang pandai berubat. Akhirnya mereka berjumpa dengan seorang bomoh. Katanya dari Ipoh. Kata bomoh tersebut anaknya bermain dengan anak bunian. Sama tekaan macam aku. Akhirnya anak mereka tidak lagi kelihatan berlari waktu malam. Dia sudah boleh tidur seperti sebelumnya. Kalau lewat berubat kemungkinan anak wanita tersebut di bawa main di luar dan besar kemungkinan akan hilang terus di bawa ke alam lain. Aku bukanlah pandai sebab itulah aku tak boleh buat apa-apa. Hanya Allah sebagai penyelamat. Awasilah anak-anak kita....

Wednesday, October 10, 2012

Pahit Lagi Memahitkan

Tatkala aku berada di pasar bila terpandang saja kacang ini sudah pasti aku teringat waktu kecilku. Ibuku kerap goreng untuk juadah hari raya. Berebut kami adik beradik. Ibuku akan perap dengan bawang putih serta jintan manis dan kemudian goreng. Memang wangi dan merangupkan. Bila aku berkahwin ibuku menurunkan ilmunya kepada arwah isteriku. Bila kami tinggal berasingan arwah isteriku mengambil alih tugas ibuku dengan menyediakan menu hari raya seolah-olahnya menjadi kewajipan. Akibat terlalu kerap aku makan kacang ini akhirnya aku telah dimasukkan kedalam wad. Urid acid dalam tubuhku terlalu tinggi. Sebab itu bila makan pain killer pun tidak menghilangkan kesakitan. Doktor menyarankan agar aku tidak lagi makan kacang goreng dan aku terus meninggalkan tabiat ini.


Aku kerap berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatanku terutamanya urid acid. Alhamdulillah ia semakin berkurangan. Bila aku dan isteri ke pasar entah macam mana aku membeli setengah kilo kacang untuk di goreng. Isteriku terkejut
" Abang boleh makan ka kacang goreng ni ". Tanya isteriku.
" Insyaallah sikit boleh kut. Entah kenapa teringin sangat. Jangan-jangan Nah.....". Gurauku
" Jangan dok merepek la bang...". Sambil tertawa dia memasukkan kacang kedalam plastik. Isteriku pula belum pernah makan kacang ini dan tidak tahu macam mana nak memerap kacang ini.Aku terus talipon anak gadisku bertanya tentang cara-cara nak perap kacang ini. Nasib baik anak gadisku mewarisi kepandaian ibunya.


Pulang kerumah aku terus menumbuk bawang putih serta jintan manis lalu aku gaulkan bersama sedikit garam dan gula sebagai perasa. Memang terasa begitu wangi baunya.
" Nanti balik dari solat, abang goreng kacang ni ". Aku berkata kepada isteriku kerana tidak mahu mengganggunya yang tidak berapa sihat. Bila aku pulang dari menunaikan solat isteriku membuka pintu. Wajahnya sedikit gelisah. Terkejut aku bila melihat warna kacang begini rupa. Aku merasanya dan ternyata begitu pahit. Mungkin api di buka terlalu besar.
" Kan abang kata abang yang akan goreng. Nah buka api kuat sangat ni ". Kataku sedikit kecewa
" Nah nak buat surprise dekat abang. Time goreng sambil rasa memang sedap. Entah macam mana Nah ke ruang tamu. Baru teringat kacang ada di atas dapur. Sorry bang ". Kata isteriku dengan tone bersalahnya. Kesian pula pada isteriku yang nak membantu.
" Nah memang betul-betul buat surprise pada abang ". Kataku sambil ketawa. Tak kan dek hanya kacang aku nak bermasam muka dengan isteriku.
" Ada hikmah tu bang ". Kataku isteriku sambil tersenyum. Aku tahu apa maksudnya. Aku mudah lupa peristiwa lalu yang membuatkan aku dimasukkan kedalam wad..Memang sedap di mulut tapi sakit di kaki....

Tuesday, October 09, 2012

Buat Tambang Bas

Aku melangkah keluar dari surau Hospital Besar Pulau Pinang setelah menunaikan solat asar. Isteriku masih lagi didalam maklumlah kaum wanita memang begitu. Tak sama macam lelaki. Sinting seluar, ambil wuduk dan terus solat. Wanita pula harus membuka tudung dan bermacam- macam lagi perkara yang mereka perlu lakukan sebelum dan sesudah solat. Aku tidak kisah dengan semua itu. Aku lebih suka kalau berjalan pasti akan singgah di masjid atau surau yang sempat. Tak payah solat di rumah sahaja.

Sambil menanti isteriku keluar, aku mengeluarkan wang RM1 lalu aku masukkan kemesin air minuman. Terus menyala. Aku mencari apa minuman yang best. Terasa begitu haus tekak ini setelah kelaur dari rumah jam 12 tengahari lagi. Nescafe, teh, white coffee, coffee dan akhirnya aku menekan 100 plus. Aku mengambil dan terus mencari bangku untuk duduk. Aku tidak suka minum sambil berdiri walaupun ramai yang berbuat demikian. Itu bukan akhlak islam. Ramai Wanita sekarang sudah tidak ambil kisah tentang ini. Mereka tiada segan silu minum sambil berdiri. Ketika aku duduk seorang pakcik berpakaian agak kemas berbaju batik lengan pendek dan berseluar slack menghampiriku dengan senyuman.
" Nak...boleh pakcik bertanya ". Tanya pakcik itu sambil tersenyum.
" Pakcik nak tanya apa ". Kataku sambil meletakkan minuman 100 plus sebelah aku.
" Anak ada tak RM 2 ". Tanya pakcik itu ringkas.
" Pakcik nak buat apa dengan RM 2 ". Aku sengaja bertanya padahal aku boleh terus memberinya wang. Bukan apa terlalu kerap aku berjumpa dengan manusia yang kerap meminta dengan bermacam-macam alasan.
" Pakcik nak buat tambang bas ". Katanya ringkas.

Aku terus mebuka beg duit tapi hanya terdapa RM 100. Aku tergaru- garu kepala yang tidak gatal. Aku terus menyeluk saku dan mengeluarkan kesemua wang siling yang ada.
" Maaf pakcik. Ini saja yang saya ada sebab baru saja di belanjakan ". Sambil menghulur kepada kepada pakcik. Dia terus mengambil dan mengira.
" Ada 1.80 sen. Tak cukup 2 kupang. Tak apa. Terima kasih nak ". Terus pergi pakcik itu dan aku meneruskan minumanku.

Selesai minum isteriku keluar dan kami berlalu pergi. Kelihatan pakcik tadi masih meminta wang dari orang ramai. Melihat aku datang dia tersipu- sipu malu sambil memegang RM2 yang baru dapat dari seorang wanita. Memang aku tahu pakcik tadi menipu tetapi aku malas nak menyoal siasat deka hanya kerana RM2. Aku halalkan pemberianku tadi. Mungkin pakcik tersebut mempunyai sebab yang membuatkan dia bertindak begitu. Kalau Allah terima pemberianku tanpa perasaan marah biarlah pahalanya aku sedekah kepada kedua ibubapaku. Semoga Allah permudahkan. Juga aku tidak pernah lupa sedekah pahalanya kepada ayah dan ibu sahabat baikku LSY. Semoga Allah tempatkan roh mereka bersama para solihin

Sunday, October 07, 2012

Bila Suami Ke Pasar

Isteriku meminta aku ke pasar membeli santan. Katanya dia hendak masak kari kepala ikan. Sudah seminggu kepala ikan tersimpan di dalam peti sejuk. Jam 6.30 pagi aku sudah menuju ke pasar. kalau hari minggu sudah tentu ramai orang. Jadi 6.30 pagi pasar masih lagi lengang. Aku tidak terus membeli santan. Aku tawaf dulu untuk melihat ikan atau yang lain.


Aku mengambil kelempong ikan. Sengaja aku hendak menyimpannya. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Ramai yang berminat. Kalau aku lewat maknanya kelempong sudah pasti di beli orang. Alhamdulillah dapat juga 3 kelempong dengan harga RM 1.50.


Aku melihat pula sotong kurita atau octopus. Semenjak kecil lagi keluargaku menggemari sotong ini. Ia di cicah dengan air asam. Aku mengambil 2 ekor dengan harga RM7. Niat di hati nak cicah dengan air asam atau sos cili. Susah juga mendapat sotong kurita kalau ke pasar lewat. Isteriku pula tidak suka ke pasar awal pagi. Dia lebih suka jam 9 atau 10 pagi. Semasa aku bersama arwah Siti Aishah seawal pagi kami sudah ke pasar jadi aku sudah biasakan diri.


Entah macam mana aku terpandang sotong besar. Isteriku amat menggemari sotong ini. dia kerap masak kunyit. Memang best. Aku beli untuknya dengan harga RM8. Memang besar sungguh. Bila aku membawa pulang isteriku gembira melihat sotong yang di gemarinya. Itulah kalau orang lelaki ke pasar. Asalnya hanya santan terus beranak pinak menjadi pelbagai. Senang saja boleh di simpan di dalam peti sejuk. kalau waktu hujan bekalan sudah ada.

Saturday, October 06, 2012

Semoga Bahagia Anakku

" Kalau ayah nak menantu, ayah nak yang macam mana ". Tanya anak gadisku ketika keluar makan bersama.
" Ayah tak kisah. Asalkan kakak sudah suka dan pilihan kakak pula tidak pernah jauhkan diri dengan agama itu sudah cukup buat ayah ". Kataku pada anak gadis yang hanya mendiamkan diri sahaja. Seminggu selepas perjumpaan kami maka rombongan merisik datang sebagai adat. Ia di buat dirumahku. Sibuk juga isteriku menyediakan kelengkapan. Dialah sebagai pengganti ibu walaupun tidak sama seperti ibu yang asal tapi itu tidak bermakna yang majlis tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Aku hanya menjemput keluargaku serta kaum keluarga arwah Siti Aishah. Aku tidak pernah meminggirkan mereka. Itulah pesanan isteriku Siti Aishah sebelum ia menghembus nafas yang terakhir. Aku cuba memnedamkan perasaan sayuku. Entah kenapa dalam keriuhan tetamu datang tiba-tiba hati ini terus terbayang andaikata Siti Aishah ada bersama sudah tentu anak gadisku gembira. kami anak beranak terpaksa menyembunyikan perasaan kami. Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terdetik dalam hati kami.

Setelah semuanya berjalan lancar maka majlis pertunangan telah ditetapkan pada 28 Oktober ini. Majlis akan dibuat dirumah ibu mertuaku iaitu ibu kepada arwah Siti Aishah. Isteriku tidak membantah. Janji ianya berjalan lancar isteriku mengikut saja. Aku mendapat sms dari anak gadisku. Dalam sms dia mengatakan andaikata ibunya ada sudah tentu majlis bertambah gembira. Secara spontan saja airmataku mengalir dan ia disedari oleh isteriku.
" Pasai apa abang menangis ". Tanya isteriku dan aku hanya mampu menunjuk sms anak gadisku. Mengalir juga airmata isteriku membaca sms anak gadisku. Aku membalas sms kembali dengan memujuk agar terimanya dengan hati yang tenang sedangkan hati aku sendiri sayu bila mengenangkan kejayaan dan kebahgiaan kedua-dua anakku tidak dapat dinikmati olih arwah isteriku.

Kepada anakku Siti Zinnirah dan Hermawan. Teruskan perjuangan kalian. Doa ayah dan emak sentiasa mengiringi. Walaupun emak telah tiada, emak tetap berdoa dari akhirat. Kakak berhak bergembira. Sudah banyak pengorbanan kakak dan adik terhadap ayah. Kalian berdua memang anak yang baik. Ayah tak akan melupakan anak-anak ayah.

Kepada anakku Hermawan yang akan menjalani konvo pada 15 Oktober ayah doakan agar terus berjaya. ingatlah kejayaan ini datang dari Allah dan emak merupakan orang yang banyak membantu kearah kejayaan kakak dan adik. Siang malam emak tidak pernah lekang dengan doanya terhadap kakak dan adik. Di penghujung usia emak, emak tetap mendoakan kakak dan adik. Dalam terbatuk-batuk emak mendoakan agar kakak dan adik berjaya dalam kehidupan. Ayah hanya mampu mengelap darah yang mengalir dari mulut emak.

Ketika emak dimasukkan ke hospital emak masih lagi menalipon kakak dengan suara ceria padahal ketika itu emak amat kesakitan sekali menahan batuk berdarah. Emak tidak mahu mengganggu konsentrasi kakak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir. Selepas selesai talipon emak menangis kerana rindu akan kakak. tapi itulah takdir. Emak terus koma dalam kerinduan. Ayah masih ingat sebelum emak koma emak berbisik pada ayah
'"Abang...Siti rindu dengan Zinnirah dan Hermawan. Siti doakan mereka berjaya. Kirim salam dekat depa '. kata-kata emak membuatkan ayah menangis. Ayah sudah dapat merasai yang emak akan berpisah dengann kita.

Kakak jangan risau. Kakak dan adik masih mempunyai ayah dan akan pastikan anak-anak ayah tidak diganggu. Biarlah mereka gembira di dunia. Di akhirat kelak mereka pasti menyesal. Kita teruskanlah kehidupan kita. Kita simpan kenangan bersama emak di dalam peti kaca yang indah. Sekali sekala kita bukanya kembali. Kepada kakak, ayah doakan agar kakak bahagia bersama pilihan kakak. Kita jadikan kenangan lalu sebagai senjata untukm kita terus mengorak langkah. Mari kita lihat kehadapan. Insyaallah suatu ketika nanti kita akan bersatu kembali.........

Wednesday, October 03, 2012

Hanya Pemandangan

Hari ini aku hanya pos gambar yang juga di upload ke FB. Kebanyakkannya aku snap di atas jambatan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Betapa indahnya ciptaan Allah. Bersyukurlah kita



Monday, October 01, 2012

Bila Bapa Mertua Ada FB

Baru-baru ni isteriku pulang dari warung membeli kuih muih sebab anak menantu pulang bercuti. Aku pula bertugas malam. Bila pulang mereka sedang minum pagi.
" Abang tadi ada seorang wanita jumpa Nah. Katanya dia kenal abang dalam FB dan menjadi kawan abang ". Kata isteriku dengan senyuman. Aku tahu dia tidak cemburu.
" Amboi ayah pun main FB ka. Mak tak jeolous ka ". Tanya menantu aku. Aku dan isteriku hanya tersenyum.
" Mak tak reti nak FB. Kalau mak FB mak nak jadi kawan ayah la ". Aku tertawa bila isteriku berkata demikian.
" Ayah ramai ka kawan di FB ". Tanya menantuku.
" Ayah memang ramai kawan. Falsafah ayah biar ramai kawan tapi isteri hanya satu ". Isteriku tersenyum sambil memberi thumb up padaku. Menantuku hanya tersenyum melihat aku bergurau dengan isteriku. Biar mereka belajar dengan melihat kebahgiaan ibu bapa mereka. Jangan sebelum berkahwin suka bergurau. Bila berkahwin masing-masing membawa diri. Hilang gurau senda. Aku tidak begitu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...