Teman-teman

Monday, June 29, 2009

Selamat Kepada Pembaca Singapura

Ramai juga pembaca Singapura yang datang menziarah blog Warna Nostalgia. Ucapan terima kasih terutamanya Boboy yang memberi komen di ruangan sembang-sembang. Terus terang aku katakan yang aku dilahirkan di Kandang Kerbau Hospital Singapura. Ramai saudara menetap disana. Pernah 2 kali aku ke Singapura menziarahi bapa saudara yang tinggal di Bukit Batuk. Kini beliau telah meninggal dunia dan hubungan kami terputus.

Aku masih ingat sepupu aku pernah talipon ayahku mengatakan beliau telah berjumpa dengan seorang tua didalam sebuah masjid. Kata orang tua itu keluarga kami berasal dari keturunan Wali Songo. Keturunan yang paling kuat berada di Pulau Pinang. Ayah aku sempat menasihat anak saudaranya bahawa jangan mudah terpedaya dengan permainan ini. Kata ayahku kita semua adalah dari keturunan yang baik-baik belaka iaitu dari Nabi Adam dan Siti Hawa. Beliau masih berkeras akan pergi ke tanah Jawa untk mencari salasilah kami. Keluarga nenek moyangku berasal dari Jawa tetapi yang boleh bercakap Jawa hanyalah ayahku seorang saja.

Satu hari kami dikejutkan dengan berita sepupu perempuan yang tinggal di Singapura tak semena-mena bercakap bahasa Jawa. Dia dibawa ke Penang untuk berjumpa kami. Walaupun dia mengenali kami namun pertuturannya memang pekat Jawa. Katanya seorang puteri sedang mendampinginya. Aku waktu itu tidak ada kelebihan apa-apa. Apa yang diceritakan, aku hanya menjadi pendengar sahaja.

Sepupuku yang tinggal di Kuala Lumpur sebiji macam aku sekarang. Beliau ketika melalui kawasan jirat cina terkejut. Katanya, " Budiman kenape ramainya orang atas bukit ". " Kenapa kak. Kak nampak ka ". Aku terkejut masa itu sebab aku tak nampak apa-apa. Aku terus bertanya, " Kak seronok ka dapat melihat apa yang orang tak nampak ". " Budiman kau fikir akak seronok ke dapat melihat semua ini. Akak sebenarnya takut melihat rupa paras mereka yang asyik memandang akak ". Katanya. Kini aku mengerti mengapa dia berkata demikian.

Ketika jenazah ayahku dibawa keluar dari perkarangan rumah, sepupuku mengejutkan kami semua. Katanya, " Masyaallah Budiman ramainya orang yang beserban menyambut jenazah ayah kamu ". Ketika itu kalau aku dapat melihat seperti sekarang mungkin beruntung juga melihat orang yang beserban dari benda yang menggerikan. Kami terus terputus hubungan dengan keluarga di Singapura dan tentang asal usul kami dari mana tidak kami perbesarkan sebab dari mana asal usul kita kalau kita tidak taat kepada Allah tempat kita bukan di syurga.

Arwah Siti Aishah, keluarganya bukan dari keturunan syed, syarifah, wali songo dan yang baik-baik belaka. Namun penyudah isteriku merupakan Bihusnil Khatimah. Walaupun kesakitan yang amat sangat solat 5 waktu tidak pernah dilupakn. Al-Quran sentiasa dibacanya. Sehingga kini bila aku memasuki bilikku akan terbayang Siti Aishah sedang membaca Al-Quran. Seperti terdengar suaranya membaca Al-Mathurat. Jenazahnya sungguh indah dengan senyuman. Walaupun kini telah 6 bulan dia meninggalkan kami namun bayangannya tidak pernah pudar dari mata dan hatiku.

Kadang-kadang aku tersasul memanggil isteri baruku dengan nama Siti. Namun dia hanya tersenyum saja bila aku memohon maaf. Kadang kala bila dia solat aku ternampak seperti Siti Aishah sedang solat. Sebab apa aku berkata begini. Sebabnya perwatakan mereka tidak jauh bezanya. Kadang kala apa yang dia buat sama seperti apa Siti Aishah pernah buat. Mungkin aku pernah berdoa bahawa jika aku bertemu jodoh biarlah dia seorang yang solehah dan mempunyai perwatakan seperti Siti Aishah. Allah telah makbulkan doaku. Memang aku bersyukur tetapi satu ketika aku juga terganggu dengan ini. Setiap apa yang dia lakukan bayangan Siti Aishah pasti aku nampak. Pernah jiran-jiranku berkata yang ketika aku dan isteriku berjalan, mereka melihat seolah-olahnya aku berjalan dengan Siti Aishah.

Sekarang aku terpaksa mengeluarkan bayangan itu perlahan-lahan tanpa mencederakannya. Aku juga terpaksa bergelut dengan bayangan yang aku sendiri tidak suka. Orang tua. kanak-kanak pendek yang kepalanya botak. Perempuan yang rambutnya panjang mengurai didalam kampong isteriku. Yang terkini seorang lelaki berpakaian seperti seorang panglima sering mengekoriku. Kadang-kadang dia ada disurau bersolat. Kadang- kadang ada di masjid. Apakah dia seorang hamba Allah yang taat atau sekadar untuk mengaburi penglihatanku. Namun yang pasti apa yang dia telah beri kepadaku telah sedikit sebanyak aku gunakan dengan tidak sengaja akibat terpaksa. Sebab itu dia sering mengekoriku. Ya Allah aku tidak meminta untuk menjadi begini. Biarlah aku menjadi seperti insan biasa tanpa keistimewaan apa-apa.

Kursus di Bangi

Insyaallah aku akan berkursus di Bangi pada 30 Jun - 4 Julai. Jadi Warna Nostalgia akan bercuti dalam tempuh ini. Agak lama tak kursus. Lepas ni balik dari kursus mungkin ada cerita menarik ka, mana tau ya. Tunggu. Semoga pembaca sihat semua. Kita berjumpa lagi insyaallah

Saturday, June 27, 2009

Penunggu Lubuk Ikan

Aku melalui kawasan sungai yang merupakan lubuk ikan talalpia. Baru-baru ini seorang lelaki bangladesh telah ditemui mati manakala tali jala masih berada ditangannya. Pernah dulu ketika aku dan arwah isteri melalui kawasan itu, ikan talapia melompat-melompat seolah-olahnya menguji kesabaranku. Memang aku tak sabar. Balik kerumah aku terus ambil jala. Isteri aku menghalangnya. Katanya, " Jangan pergi bang. Kan abang juga yang cerita yang lubuk itu berpuaka ".

Aku terdiam dan mengingati kembali semasa aku berada didalam alam remaja. Lubuk itu merupakan tali air. Ia memang berpuaka. Kata orang tua-tua kawasan itu, ia dihuni oleh seorang tua. Tak pernah terdengar kematian cuma bertemu dengan lembaga itu dan akhirnya ia akan terjun kedalam lubuk itu. Peristiwa lelaki Bangladesh didapati mati baru-baru ini menjadi bualan masyarakat setempat. Ada yang berkata lubuk itu mahakan mangsanya.

Pagi ini aku melalui lubuk ini. Terlihat begitu banyak ikan talapia mnelompat seolah-olahnya memanggil aku. Aku ambil keputusan untuk pulang kerumah mengambil jala. Aku terus kesana. Jantung aku bergerak kencang. Hati aku dapat merasai sesuatu. namun akibat kuatnya bayangan ikan talapia, aku terus menuruni anak bukit untuk menjala. Aku lontar jala kedalam. Tak ada ikan. Aku lontar sekali lagi. Terasa jala bergerak kuat dan ini bermakna ada ikan yang tersangkut. Aku menarik jala keatas. terdapat 3 ekor ikan talapia besar.

Tiba-tiba aku melihat kelibat bayangan seorang tua dibelakang aku. Terus dia terjun kedalam sungai. Berkocak air beserta buihnya. Aku terpaku sebentar. Aku tahu itu adalah penunggu yang pernah aku dengar tidak berapa lama dulu. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masa yang tidak sesuai untuk aktiviti menjala. Sudahlah panas tahap suhu 30 darjah. Aku lontar sekali lagi jala namun ia tersangkut di akar kayu. Hati aku berkata adakah ini petunjuk jikalau aku tidak berwaspada maka perkara buruk akan terjadi.

Aku menarik namun semakin kuat ia mencengkam. Dalam hati aku berkata perlukah aku turun kedalam air. Teringat pula lembaga tadi yang terjun lalu aku mengambil keputusan meninggalkan jala didalam lubuk itu. Aku tidak mahu mengambil risiko. Teringat wajah anak-anak. Yang paling aku teringat ialah wajah isteri baruku he he. Aku hanya melilitkan tali dipokok dan esok aku akan pergi melihat akan jala aku yang banyak berjasa kepada aku dan keluargaku.

Aku bertemu dengan seorang rakanku. " Budiman hang menjala dekat tempat orang jumpa hantu pocong baru-baru ni ". Aku hanya tersenyum. Baru-baru ini heboh kisah dalam surat khabar kosmo beberapa orang demam dan pengsan bila bertemu dengan pocong. Betul-betul tempat aku menjala. Biarkan... dia makhluk dan kita pun makhluk Allah. Kata orang kalau bertemu dengan pocong lari mesti dalam keadaan bengkang bengkok sebab pocong hanya mepompat lurus. Kedua kata mereka tanggalkan kesemua baju dan seluar sebab pocong akan merasa malu. Yang kedua tu kalau berani buatlah. Silap haribulan orang tak tangkap pocong, orang akan tangkap yang buka baju dan seluar. Pocong memang gemar mengusik. Tambah lagi wajahnya yang hodoh dan berbungkus pula. Selamat mencuba kepada pembaca semua.

Friday, June 26, 2009

Aku..Musim Buah Dan Kenangan

Terkenang aku sewaktu aku berada didalam darjah 6. Ayahku telah memajak dua pokok durian untuk dimakan. Alhamdulillah rezeki memang ada. Pokok itu berbuah dengan lebatnya. Jiran-jiran sebelah rumah pun dapat merasainya. Ayahku berkata kalau nak makan ambillah. Tak payah minta. Hasil budi ayah terhadap jiran membuatkan jiran-jiran merasa sayang terhadap keluarga kami.

Satu hari emak berkata kepadaku, " Budiman.. esok mak nak buat pulut durian. Nanti pagi besok sebelum subuh Budiman bawa lampu suluh cari buah durian ". Aku begitu gembira bila emak nak buat pulut durian. Memang ia makanan kesukaan kami sekeluarga yang mempunyai seramai 7 orang adik beradik. Malam itu aku tak dapat tidur dengan tenang bila terdengar beberapa biji buah durian yang gugur. Aku begitu teruja sebab inilah kali pertama aku akan mencari buah durian. Aku bangun seawal jam 5 pagi. Bau pulut tanak mak sungguh wangi.

Aku mengambil lampu suluh lalu berjalan kearah belakang rumahku. Dari jauh lagi aku dapat merasa akan wanginya bau buah durian. Sambil berbekal guni aku menyuluh kearah sekitar pokok durian. Gembira sungguh hati bila melihat begitu banyak buah yang gugur. Sebentar kemudian jiranku pula datang untuk tolong mencari dan hasilnya mereka juga dapat merasai akan buah ini. Aku membawa pulang lebih kurang 20 biji buah durian. Sebelum masuk waktu subuh aku membelah dahulu buah durian untuk santapan pagi.

Setelah itu emak akan agih-agihkan untuk anak-anak. Ini bermakna kalau 7 orang maka, 7 pinggan buah durian pasti ada diatas meja. Itulah tanggung jawab terhadap anak-anaknya. Aku ni jenis pandai sikit. Aku pilih yang isi elok dulu dan aku simpan dalam almari. kemudian bangun seorang kakak lalu dibuka tudung dan dicucuk-cucuk buah durian untuk mencari yang elok. Bila sudah pasti isinya maka disimpan ditempat lain. Begitulah seorang demi seorang akan melakukan perkara yang sedemikian.

Akhirnya tinggallah sepinggan buah durian dan seorang lagi kakakku yang belum bangun tidur lagi. Yang ini memang liat sikit bangun tapi otak cerdik. Yang cari durian otak tak berapa cerdik kira boleh tahanlah. Akibatnya kakakku yang last ini dia tiada pilihan untuk memilih sebab yang lain dah menelan hak masing-masing. Apa lagi muncung sakan mulut dia bila melihat buah duriannya telah dicucuk-cucuk. Isinya telah tenggelam. Meradang sungguh dia lalu menyuruh aku membelah buah yang baru. Nak buat macam mana, aku kena taat la dekat kakak. Dengan pakaian baju sekolah aku membelah buah durian akibat terpaksa sebab kakak yang sorang ni sungguh garang macam singa betina. Kalau tak ikut siap kena penampar sulung.

Akhirnya aku kesekolah dengan perut kenyang dan keletihan. Akibatnya aku tertidur dalam kelas. Bila cikgu menyedarinya, aku disuruh ketuk ketampi sebanyak 50 kali dan berdiri diatas kerusi. Malu sungguh aku sebab disebelah aku gadis yang selalu aku usik ketika kesekolah tersengih-sengih nak bagitau dekat mak aku. Kami rakan sekampung. Main sekali. Kini dia telah pun berkeluarga. Baru-baru dia berjumpa aku sambil menangis sebab dia tidak tahu bahawa Siti Aishah telah meninggal dunia dan aku pula telah berkahwin lain. Pantas sungguh masa berlalu. Ini bermakna kiamat sudah dekat le.....Jangan lupa amalan kita ya..

Thursday, June 25, 2009

Bila Durian Menyerang

Penang sekarang telah diserang dengan musim buah-buahan tempatan terutama sekali buah durian. Aku selalu kalau musim ini tak pernah miss membeli. Arwah isteri aku dulu suka makan buah durian yang bernama Ang Hae. Isinya lemak. Pernah mendapat tempat no.1 semasa pertandingan buah durian pada tahun 2004. Akan aku beli dan letak dalam peti sejuk. Kini walaupun dia telah tiada aku masih membeli dan letak dalam peti sejuk. Aku juga tak pernah lupa pada isteri baruku. Buah yang sama juga aku beli untuk dimakan. Cuma di dalam peti sejuk aku, mungkin dimakan oleh anak aku sebelum dia ke Politeknik.

Kisah Gereja Lama

Suatu hari aku telah ditugaskan ke tempat kerja yang baru di Sungai Pinang. Ia merupakan sebuah gereja lama yang telah diubah suai. Kerajaan negeri tidak membenarkan pengubahsuaian bahagian luar sebab untuk mengekalkan status sebagai gereja lama. Dari luar bila orang melihat memang cantik sebab nampak unik. Mereka hanya membenarkan diubah suai dalaman sahaja. Setelah siap aku pun dihantar untuk memulakan tugas baruku disana. Tempat boleh dikatakan amat seram ketika kita berada didalam. Ia seolah-olahnya kita memasuki sebuah gua. Aku melangkah masuk dengan membaca ayat suci Al-Quran maklumlah tempat baru dan ia memang menjadi kesukaan makhluk halus.

Semasa aku membuat tugas harianku, aku melalui satu kawasan yang amat sunyi sekali. Terdengar dari jauh dari arah tandas seperti orang sedang membasuh pakaian. Jantung aku bergerak kencang. Untuk ketandas kami mesti menuruni anak tangga dan seolah-olahnya kami memasuki sebuah gua. Aku memberanikan diri untuk melihat apa yang aku dengar. Diam.. tak ada bunyi langsung. Aku naik kembali keatas.

Aku melalui jalan tadi. Tiba-tiba terdengar suara halus seorang wanita, " Ariff...Ariff ". Terkejut aku lalu terdiam seketika. Dari mana datangnya suara yang memanggil namaku. Aku memberanikan diriku. " Siapa yang panggil nama aku tadi tolong keluar ". Tak jawab. Dalam hati kalaulah dia menjelma tentu aku cabut lari sebab ketika itu aku belum bersedia dipertemukan dengan sebarang jenis makhluk halus. Suara membasuh kain dari arah tandas tadi semakin kuat. Tak sanggup aku dengan gangguan tadi. Aku mengambil keputusan duduk diluar saja.

keesokkan harinya aku kesana lagi. Aku melihat pengawal keselamatan datang berlari kearah aku. Keadaannya tercungap-cungap. " Bang.. semalam saya kena cakar dengan makhluk halus ". Dia membuka bajunya lalu aku terlihat kesan cakaran dibelakangnya. Merah menebal. Sambil berseloroh aku berkata, " Ni kena cakar dengan makhluk halus ka dengan perempuan ".
" Sumpah bang saya cakap benar. Dia angkat kaki saya lalu memusingkannya. Selepas itu dia terus mencakar badan saya ".

Seram sejuk aku mendengarnya. Aishh macam mana aku nak duduk didalam ni seorang diri. Hebuh juga kisah pengawal keselamatan telah dicakar. Akhirnya ketua mereka mengambil keputusan membeku sementara tugas pengawal keselamatan selepas insiden itu. Tinggal aku keseorangan dari 8 pagi hingga 12 tengah malam. Sekejap-sekejap terbau wangi bunga. Kemudian bau kemenyan dan akhirnya yang membuat aku tidak tahan ialah terbaunya kapur barus betul-betul dihadapanku.

Apalagi aku terus mengambil keputusan lari meninggalkan stesen itu. Aku menalipon bos menceritakan bahawa aku telah diganggu makhluk halus. Bos mengarahkan aku menalipon Pusat di Kuala Lumpur untuk memberitahu kisah tadi. Aku terpaksa memberanikan diriku masuk kembali kedalam stesen untuk menalipon pusat. Setelah mendapat kebenaran aku pulang kerumah. Aku terus mendapatkan abang sepupuku yang kerap mengubati pesakit yang terkena gangguan. Aku menceritakan segala-galanya apa yang terjadi. Tersengih dia mendengar lantas mengajak aku untuk menemaninya mengubati pesakit yang terkena gangguan. Entah apa tujuannya dia mengajak aku sedangkan masalah aku belum lagi selesai.

Kami sampai disebuah rumah. Pesakit itu dapat merasakan kedatangan kami. Bising dia sambil memaki kami. Abang sepupuku tersenyum mendengar makian itu. Sambil mengeluarkan sejenis kayu abang sepupuku terus memegang ibu kaki pesakit itu. Apalagi menjerit kesakitan padahal abang sepupuku hanya memegang sahaja. Dia mengarahkan agar makhluk itu keluar dari badan tetapi makhluk itu sambil tersenyum menyanyi lagu hindi. Tergelak aku bila mendengar dia menyanyi lagu hindi. " Bang.. Sedap juga suara dia no ". Abang sepupuku terus menjawab dengan kuat sambil tersengih, " Suara hang macam bunyi katak. Tok sah dok menyanyi. Aku dengar pun tak lalu nak makan ".

Apalagi marah makhluk itu bila diperli. Abang sepupuku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan terus dihembus kemuka pesakit. Pengsan terus. Bila tersedar ia tertanya-tanya apa yang terjadi. Di pendekkan cerita kami pulang setelah selesai tugas. Aku bertanya kayu apa yang abang sepupuku guna sewaktu mengubat. Terus dia menceritakan bahawa kayu itu merupakan dari jenis pokok tongkat Nabi Musa. Semasa pergi ke Mekah dia dan arwah Tok Wan aku pergi kesana. Namun unta tidak mahu berjalan dan terus duduk. Mereka terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan kayu itu.

Aku baru terperasan yang aku ada melihat kayu itu sewaktu arwah Tok Wan pulang dari Mekah. Tapi kayu itu hilang entah kemana. Selepas 15 tahun berlalu sepupuku pun telah meninggal dunia. Kami diarah berpindah sebab perkampungan kami akan dibangunkan. Aku pun mengemas barang-barang yang masih boleh digunakan. Aku masuk kedalam stor tempat emak aku simpan pinggan mangkuk. Sebuah busut anai-anai begitu besar didalam stor. Aku terpaksa memecahkan busut itu. Terkejut aku bila melihat kayu yang tokwan aku membawa pulang dari mekah masih ada dan dibaluti oleh anai-anai. Dalam fikiranku tentu kayu ini dah habis dimakan oleh anai-anai. Andaianku meleset sama sekali sebab kayu itu masih elok dan tidak dimakan langsung oleh anai-anai sedangkan benda yang lain habis dimakannya. Selam 15 tahun ia masih berkeadaan seperti biasa.

Aku begitu terpegun bila melihat akan keganjilan ini lalu aku meminta kepada emak untuk menyimpannya. Sekarang kayu itu aku gunakan untuk mengubat jikalau ada yang terkena gangguan. Orang pertama ialah arwah isteriku. Bila aku membaca ayat Al-Quran lalu aku lekatkan kayu itu ke dahi isteriku, baru lah aku tahu bahawa ada benda yang menumpang isteriku. Kedua aku gunakan terhadap cucu saudaraku baru-baru ini. Alhamdulillah. Pembaca jangan salah sangka. Bukan kayu itu yang berkuasa. Allah yang berkuasa dan kayu itu hanyalah sebagai alat. Insyaallah akan aku tunjuk gambar kayu itu untuk tatapan pembaca sebab kabel kamera tertinggal dirumah.

Monday, June 22, 2009

Oii..Kakak Ramainya

Aku terhutang cerita yang hendak aku paparkan semasa makan angin di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini. Setelah menunaikan solat subuh di Grik, kami semua singgah di restoran nasi kandar. Aku nasi kandar ni tak berapa suka walaupun di Penang keliling rumah, penuh dengan restoran nasi kandar. Kira jemu la tu. Aku hanya makan capati. Tapi capatinya keras macam kulit kayu. Ia mematikan selera aku.

Setelah mendapat rehat yang secukupnya kami bertolak merentasi Lebuh raya Timur Barat. Memang pandangan panoramanya amat cantik sekali. Bumi Malaysia memang kaya dengan alam faunanya. Kami melintasi perkuburan cina yang luas. Maka luaslah juga mataku memerhati lautan lembaga diatas perkuburan itu. Entahlah ruh atau syaitan aku sendiri pun tidak pasti. " Kakak ramainya depa atas kubur ". Relaks anakku mendengarnya. Baginya peristiwa ini tidak langsung menghiraukannya sebab dia tahu ayahnya seorang yang pelik. " Macam mana keadaan depa ayah ". " Rupa macam depa matila. Tapi semuanya kelihatan amat muram sambil memandang setiap orang atau kereta yang lalu lalang ".

Aku terus memandang kearah lembaga tadi. Mereka terlalu hampir dengan kami. Mereka memerhatikan aku. " Ahhh depa tau ka aku nampak ni ". Bisik hati kecilku. Kami tiba dirumah adikku jam 12 tengahari. Entah kenapa aku tidak sedap hati bila mengenangkan jelingan lembaga tadi. Mungkin mereka tahu aku nampak akan mereka. Waktu malamnya entah kenapa aku menceritakan segala peristiwa yang aku nampak kepada adik dan kakak-kakak aku. Mereka terkejut juga mendengar ceritaku.

Ketika aku tidur aku bermimpi bahawa lembaga tadi datang menyerang aku. Mereka mencekik leher aku. Kata mereka aku nampak mereka tetapi kenapa diceritakan kepada orang lain. Kalau nampak diam sudahlah. Aku tidak boleh bernafas lagi. Aku diserang dan dicekiknya leherku. Begitu ramai sekali mereka. Aku meronta-ronta sehinggakan aku dikejutkan oleh anak gadisku. Berpeluh aku. Anak gadis aku ketawa bila mendengar cerita aku. " Itulah ayah. Kalau nampak janganlah dok cerita dekat orang lain ". Aku hanya tersenyum saja dan menyambung kembali tidurku.

Aku berani cerita dalam blog ini sebab mungkin mereka tak ada kepandaian internet he he. Kalau tidak tentu aku dah kena. Kadang-kadang anak-anakku ada bertanya, " Ayah macam mana nak bagi nampak semua benda ni ". Aku menjawab, " Ayah bukan menuntut untuk menampakkan semua ini. Ia terjadi dengan sendiri ". Bagi setengah orang ia adalah kelebihan. Bagi aku pula ia adalah satu anugerah yang merisaukan aku. Lebih baik tak nampak. Bila nampak terkeluar cakap pula. Orang yang duduk sebelah kita akan terkejut.

Pernah terjadi sewaktu aku bersama rakan-rakan lain di sebuah bunggalow. Aku terkejut lalu terkeluar cakap, " Tu dia tingginya dia ". Terkejut rakanku lalu bertanya apa yang tinggi. Aku menjawab pokok buluh dan mereka mencari mana ada pokok buluh. Sebenarnya ia adalah hantu galah yang berdiri sebelah pokok buluh. Setakat nak langkah bunggalow kami tak ada masalah. Jumpa lagi dengan cerita-cerita lain.

Sunday, June 21, 2009

Engkaulah Seorang Pejuang

Salam semua. Hari ini merupakan hari bapa. Aku banyak menerima sms mengucapkan selamat hari bapa. Terima kasih kepada mereka yang sudi mengirim sms. Walaupun ayahku telah tiada 5 tahun yang lepas, namun semangatnya amat aku kagumi. Semasa peperangan yang berlaku di Tanah Melayu betapa sukarnya hidupnya. Dibawa pergi meninggalkan Tanah Melayu untuk membina landasan keretapi maut di Kanchanaburi di Thailand. Setiap hari ada saja kematian dikalangan pekerja akibat kekurangan zat.

Akhirnya dengan semangat yang tinggi ayahku melarikan diri meninggalkan bumi yang penuh dengan kenangan pahit. Bila tiba di Tanah Melayu keluarga sebelah ayahku menerima kepulangannya dengan penuh hiba. Badan ayahku berbau busuk akibat luka parah yang berlarutan. Mereka menyangkakan bahawa ayahku telah tiada. Bertungkus lumus mereka memulihkan kembali ayahku.

Setelah pulih dari luka parah, ayahku memulakan tugasnya dengan bekerja sebagai kelasi kapal. Banyak tempat yang dijelajahinya dan banyak juga pertuturan baru yang dibawa balik. kami sekeluarga amat gembira bila ayah pulang sebab hari itulah kami akan bergembira sekeluarga di Padang Kota sambil menikmati ice cream kegemaranku. Walaupun tiada kenderaan kami tetap bahagia. Aku bertekad satu hari jika aku juga berkeluarga akan ku bawa bersama isteri dan anak-anakku ke Padang Kota. Alhamdulillah aku telah kotakan janjiku. Kini aku pula terkenangkan saat indah itu tika aku ke sana. Cepat sungguh masa berlalu. Aku amat merindui kenangan itu.

Satu hari kami mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital akibat termakan sejenis kulat beracun semasa dalam pelayaran. Beberapa kawan ayahku telah meninggal. Ayahku menjadi selamat tetapi menjadi lumpuh. Emak mengambil tugas dengan memelihara kami semua. Aku waktu itu masih kecil dan tidak tahu penderitaan yang emak tanggung. Emak tidak jemu merawat ayah. Sehinggalah pada suatu hari Allah telah menghantar seorang sinsei cina datang merawat ayahku. Beliau menggunakan kaedah rawatan tradisional dengan menggunakan kaedah jarum. Alhamdulillah ayahku dapat berjalan semula namun kakinya tidak kuat.

Beliau meninggalkan dunia pelayaran. Namun Allah masih sayangkan kami. Ayahku telah ditawarkan menjadi tenaga pengajar di sekolah pelayaran dan kehidupan kami berubah. Kami bukanlah mewah tetapi masih boleh bernafas lega dengan pekerjaan baru ayah. Ayah sering memberi motivasi kepada kami dengan cerita pengalamannya dimasa lampau. Pengorbanan ayah amat tinggi buat kami. Walaupun ayah tidak dianugerahkan sebagai bapa mithali namun pada kami semua emak dan ayah merupakan ibu dan bapa mithali.

Tiada wang ringgit yang mampu kami hulurkan. Namun sebagai seorang anak aku akan hadiahkan satu hadiah yang paling bernilai yang seorang ayah dan ibu perlukan iaitu doa dari anak-anak yang soleh. Alfatihah buat ayah tersayang. Semangatmu telah aku warisi. Engkaulah seorang pejuang kami. Tanpa ibu dan ayah siapalah kami disisi masyarakat. Kepada emakku semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadanya sehingga kehujung usia.

Friday, June 19, 2009

Budaya Enggan Membayar Hutang

Hari ini aku sembahyang Jumaat di masjid berdekatan kampong isteriku. Khutbah hari ini aku rasa amat baik sekali. Tak pernah aku dengar masa ceramah atau di khutbah-khutbah yang lain. Ia berkisar tentang budaya enggan membayar hutang. Selalunya aku tertidur bila khatib membaca khutbah mengenai alam sekitar, gotong royong dan bermacam-macam kempen. Sepatutnya hari Jumaat mestilah khutbahnya memberi perangsang kearah perubahan individu sebab ada yang hanya Jumaat sahaja dia datang sedang waktu yang lain dia tidak solat.

Khatib terus berkata bahawa budaya ini kalau diamalkan, silap haribulan tak bau syurga. Pernah suatu ketika Rasulullah tidak mahu menyembahyangkan simati sebab tidak membayar hutang. Datang anaknya lalu memberi jaminan bahawa dia akan melangsaikan hutang ayahnya baru disembahyangkan. Aku yang mendengar pun takut. Ramai pelajar-pelajar yang membuat pinjaman tetapi enggan membayar balik pinjaman. Kata khatib lagi selagi hutang tidak dilansai ruh dan amal-amal yang simati lakukan tidak terangkat.

Di dunia andaikata kita membuat amal yang banyak tetapi hutang tidak dilangsaikan segala amal kita akan dipindahkan kepada mereka yang memberi hutang. Akhirnya amal kita menjadi zero. Jadi kepada mereka yang berhutang, cepat-cepatlah bayar. Beritahu kepada isteri atau suami bahawa kita masih lagi ada hutang supaya senang jika berlaku kejadian yang tidak diingini, kita tahu dan boleh berjumpa dengan mereka yang memberi hutang. Sekadar peringatan bahawa hutang mestilah dijelaskan andaikata kita berangan-angan nak masuk syurga

Thursday, June 18, 2009

Akhirnya Mereka Menjadi lembut

Aku hampir saja demam akibat kesakitan badan yang terlampau. Semuanya akibat gangguan yang aku terima. Malamnya aku membaca surau Yasin dan As-Sajdah. Keesokkan harinya apabila aku membuka botol krim minyak rambut terdapat cermin mekap untuk wanita telah disumbat kedalamnya. Aku menjadi hairan sebab aku baru saja membeli dan baru sekali aku guna. Aku tanya kepada isteriku kemungkinan terbuka dan ia terjatuh kedalam. Kata isteriku dia tak menyentuh pun minyak rambutku.

Aku menjadi was-was. Mungkin ada makhluk lain sedang memerhatikan kami. kenangan kejadian arwah Siti Aishah amat merisaukan aku. Dalam hati aku berdoa agar kejadian lalu tidak berulang dan aku juga tidak ingin diulang. Malamnya aku membaca Surah Yasin, As-Sajdah dan Jin lalu aku hembuskan disegenap penjuru. Malamnya aku bermimpi mereka datang kembali tapi dengan nada yang sayu dan kesakitan.

Kata mereka janganlah diganggu mereka lagi. Aku berkata bahawa aku tidak mengganggu mereka tetapi mereka sendiri yang mencari pasal. Mereka akhirnya akur dan ingin menjadi sahabat aku. Aku menolak. Kataku dunia kita berbeza. Biarlah aku dengan cara aku dan mereka perlu pulang ketempat asal. Jangan diganggu orang lain. Islam melarang sama sekali membuat aniaya. Aku terus berkata kalau kamu berdua islam pergilah pulang. Aku tersedar bila mendengar laungan azan subuh.

Aku sendiri pun tak pasti samada mimpiku itu benar atau sekadar mainan perasaan. Yang pastinya inilah pertama kali aku bermimpi bercakap dengan makhluk yang bernama jin. Kini aku semakin gusar sebab aku telah masuk kedalam katogari yang kedua iaitu mengubati. Ini memang penuh dengan risiko. Dulu aku hanya dapat melihat dan kini aku seperti mengikuti jejak lembaga berpakaian hitam yang aku bertembung pada tahun 1999 dahulu. Ilmu yang aku guna sedikit demi sedikit seolah-olahnya dipandu oleh sesuatu dan aku tak dapat nak control lagi. Aku terpaksa menggunakan ilmu itu demi mempertahankan diriku dan keluarga. Kepada kedua-dua anakku Siti Zinnirah dan Hermawan inyaallah cuti ni akan ayah ajar. Cuma jangan takbur. Kalau ada orang lain yang boleh mengubati biarkan mereka. Kalau dah tak ada barulah digunakan ilmu ini. Niat dihati kalau kita menolong orang lain Allah akan menolong kita pula. Jangan takut bila berhadapan dengan manusia yang dirasuk.

Ilmu ini hanyalah didunia. Ilmu akhirat jua yang menjaminkan kita ke syurga. Jangan lupa sedekahkanlah ayat quran kepada arwah emak. Emak sedang menanti doa dari anak-anak yang soleh.

Tuesday, June 16, 2009

Mula mengubat

Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara yang mengatakan anaknya asyik menangis dan mereka merasakan seperti ada sesuatu didalam rumah mereka. Aku mengajak isteri baruku untuk pergi kesana. Dalam perjalanan aku sempat bercerita serba sedikit tentang diriku. Senyap tak terkata apa dia. Aku tanya kenapa diam. Takut ke. Katanya tak pernah lagi mengikut orang berubat. Aku terus berkata yang dia akan terus mengikutku untuk mencari pengalaman.

Aku dapat merasakan sesuatu sebelum sampai. Dahiku berpeluh. Jantungku bergerak dengan laju. Aku berkata kepada isteriku bahawa rumah anak saudaraku ada yang tak kena. Sesampainya kami dihadapan terus aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memberi salam. Masuk saja kedalam dan memang tepat firasatku. Dua ekor lembaga sedang mengekori suami anak saudaraku kemana saja dia pergi. Muka usah dikata la. Aku biarkan saja dulu dan melihat saja.

Aku terus bangun dan pergi kearah lembaga itu sambil membaca ayat suci Al-Quran aku terus menghembus kearah lembaga. Selepas dua kali aku hembus lembaga itu hilang namun dia masih berada dipadang permainan sebelah dengan keretaku. Aku rasa tak sedap hati. Ini memang kes berat. Selepas aku membaca ayat quran kepada cucu saudara kami pulang kerumah. Sepanjang perjalanan aku dapat merasakan bahawa lembaga itu mengekoriku duduk dibelakang aku dan isteri. Aku hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan hatiku. Takut juga aku nak beritahu pada isteriku. Mungkin dia belum bersedia untuk mendengar.

Sebelaum kami masuk kedalam aku menyuruh isteriku membaca ayat kursi dan meminta dia hembus dibelakang. Bila dihembus lembaga itu hilang. Aku dapat merasai bahawa malam ini pasti aku akan diganggu lagi. Ketika sedang tidur aku merasakan bahawa ada benda yang sedang bermain rambutku. Sekejap meniup pipiku. Aku terus bangun dan membaca ayat suci al-quran. Aku tertidur dan didalam mimpiku, mereka datang dengan nada marah mengatakan bahawa aku mengganggu kehidupan mereka. Aku berkata bahawa kehiudpan mereka dan manusia berbeza. Dua lembaga itu itu tidak menghiraukan akan kata-kataku. Mereka menyerang aku dari setiap penjuru. Inilah pertama kalinya dalam hidup aku, aku diserang dengan dasyat.

Aku menggelupur seorang diri dan disedari oleh isteriku. Dia mengejutkan aku namun aku tidak dapat berbuat apa-apa. Bahu aku terasa sakit diterkam dengan kuat. Aku terus membaca ayat 9 dari surah yasin sambil aku bertempik Allah huakbar aku terus tiup kearah dua lembaga itu. Hilang serta merta dan aku tersedar dengan peluh membasahi tubuhku. Terkejut sungguh isteriku melihat keadaanku. Sehingga hari ini bahuku masih terasa amat sakit sekali akibat terjahan kuat dari dua lembaga.

Aku menceritakan peristiwa ini kepada anakku Hermawan. Marah dia kenapa tak ajak dia sama. Katanya kalau makcik perlukan pertolongannya jikalau diganggu benda halus, boleh talipon dia. Kataku bersedia ka kalau berlaku perkara ini. Katanya dia sudah bersedia dan aku yakin setelah melihat dia bertungkus lumus menolongku memulihkan ibunya ketika diganggu dahulu. Inilah pula masanya aku mendidik anak lelakiku memandangkan dia akan bernusafir ke Tanjung Malim dan ilmu ini perlu dia ketahui kalau terjadi apa-apa disana.

Sunday, June 14, 2009

Aku Terima Nikahnya

12 Jun 2009 - Selepas menunaikan solat Jumaat aku terus ke pusara Siti Aishah. Belum sampai lagi airmata sudah bercucuran. Entah kenapa hari ini aku begitu tersentuh sekali. Aku merasakan bahawa kali ini aku seperti akan berpisah selama-lamanya dengan nya walaupun hakikatnya aku telah pun berpisah jua. Adik-adik disebelahku menegur kenapa pakcik menangis. Aku hanya membalas dengan senyuman tawar. Mereka belum mengerti lagi.

13 Jun 2009 - Aku melangkah setapak kehadapan dengan melangsungkan perkahwinanku dengan seorang wanita yang sudi menerimaku. Hari ini memang aku betul-betul gemuruh. Apa taknya. Sampai saja di masjid, pintu masih lagi terkunci. Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. Aku terus menalipon AJK masjid. Alhamdulillah. Pintu masjid dapat dibuka. Tok siak terlupa diberitahu bahawa tarikh ini ada majlis akad nikah.

Dapat berita Tok Kadhi dah sampai. Aku sempat menunaikan solat sunat dan berdoa agar perjalananku hari ini berjalan dengan lancar. Tok Kadhi terus membaca khutbah nikah. Kemudian masa yang ditunggu telah tiba. " Ariff Budiman aku nikahkan kamu dengan............ " Selepas isyarat terima nikahnya diberi, aku dengan penuh keyakinan terus berkata, " Aku terima nikahnya..... Sekali nafas saja kata orang tua-tua. " macam mana saksi sah ke " Tanya tok kadhi kepada saksi. " Sah " Jawab saksi.

Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya Allah telah makbulkan doa hambanya dengan mempertemukan jodohku dengan begitu cepat sekali. Ini bermakna memori duka yang lama sudah pasti aku simpan didalam peti kacaku. Tetamu agak ramai juga yang datang. Inilah masanya untuk berjumpa rakan-rakan yang lama tak berjumpa.

Aku gembira dapat berjumpa dengan blogger karibku Jendela hati. Kemudian datang pula blogger Insan Marhein bersama Ibu Suri. Walaupun letih namun hati tetap puas dapat melayani tetamu. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang hadir dan tidak lupa kepada mereka yang bekerja keras menjayakan majlis perkahwinanku sehingga aku, mereka tak bagi masuk kedapur. Pengantin duduk depan kata mereka. Aku ni jenis bukan boleh duduk terpacak saja. Nak buat macam mana dah terpaksa















Bersama anak-anakku Siti Zinnirah & Hermawan


















Majlis santapan pengantin. Abangku Dr Danial turut serta. katanya nak ambil aura pengantin.

Friday, June 12, 2009

Islam Itu Untuk Semua

Cerita ini berlaku pada Mac 2008. Seperti biasa aku kesurau untuk menunaikan solat isyak berjemaah. Selesai melakukan solat, seorang pakcik yang merupakan siak surau mendapatkan aku, " Budiman, esok Subuh boleh ka tolong bukakan surau sebab malam ini pak cik nak ke KL ziarah anak pak cik ". " Baiklah pak cik insyaallah ". Aku bersalaman dengan pakcik.

Pukul 11 malam aku tidur awal sebab esok aku perlu membuka surau. Bukan apa pernah satu ketika bila tiba waktu subuh, surau masih terkunci dan jemaah tidak dapat memasuki surau. Entah mengapa aku terasa aku tidur begitu lama. Sedar-sedar jam menunjukkan jam 5 pagi. Kalau aku sambung tidur balik alamat terjadi macam kes terdahulu pintu surau tak dibuka.

Aku mengambil keputusan kesurau awal sedikit. Keadaan ketika itu masih lagi sunyi dengan beberapa buah rumah yang terjaga awal. Aku membuka pintu surau dan terkejut kerana terdapat seorang lelaki sedang duduk berwirid dihujung surau. Jantung aku berdegup kencang antara takut dan tanggungjawab. Akhirnya aku buat tak tahu saja dan lelaki itu pun tidak ambil peduli langsung akan aku.Sambil membuka lampu aku mengerling kearah lelaki itu. Hairan sungguh. Dia tak rasa langsung yang aku membuka lampu kerana terlalu asyik berwirid.

Selesai solat subuh aku bergegas pulang kerumah lalu kuceritakan kepada isteriku, " Siti, tadi ketika abang buka pintu surau abang nampak seorang lelaki sedang berwirid. Niat dihati nak tegur dia kalau-kalau tuah badan dapat juga sedikit ilmu ". Segera isteriku menjawab, " Sudahlah bang, cukup la Siti ada suami yang lain dari orang lain. Abang tak payahlah cari ilmu yang kita tak tahu amalannya. Nabi pun berperang sampai patah gigi baginda ".

Kata-kata isteriku ada kebenarannya. Dunia manusia dan jin berbeza. Namun kedua-duanya diwajibkan menyembah Allah. Aku terus terdiam tanpa membantah akan kata-kata isteriku. Isteri memang tahu akan kelemahan dan kebaikan sisuami. Kalau nasihatnya kita tak terima buat apa kita berkongsi kehidupan. Hilang terus minat aku ingat mendapatkan ilmu dari lelaki itu.

Pada malamnya diadakan kuliah maghrib dan lelaki itu masih berada ditempat tadi tanpa memperdulikan hadirin. Ustaz malam itu kuliahnya pun power juga. Bila tiba bab politik suasana menjadi hangat. Hangat disebabkan semangat yang disampaikan oleh ustaz tadi. Pertuturannya kadang-kadang terhenti seketika. Tiba-tiba ustaz berkata, " Surau ini ada yang tak kena sebab ketika saya memberi kuliah agak payah nak keluarkan perkataan ". Aku dah dapat agak sebabnya.

Kadang-kadang ketika memberi kuliah pun kita kena jaga adap-adapnya. Jangan terlalu menghentam walaupun ada kebenarannya. Mungkin ada sesetengah orang yang merasa tak selesa. Tapi kita seperti biasa akan berkata ,!!! Ah biarkan, siapa yang termakan cili dia akan merasa pedasnya. Ini kebenaran. Memang betul tapi biarlah disampaikan teguran secara ilmiah kerana yang mendengar bukan hanya manusia tetapi kelompok jin juga tidak ketinggalan.

Aku begitu kagum dengan kuliah seperti Ust Harun Din dan Ust Ismail Kamus. Mereka bukan calang-calang orang dalam bab jin ini. Tetapi kuliah mereka walaupun teguran ia merupakan teguran yang kita dengar amat manis sekali. Tidak menyakiti orang lain. Tuan Guru Nik Aziz kuliahnya begitu syahdu kita mendengar walaupun penuh dengan teguran. Aku memberi contoh mereka sebab aku begitu yakin mereka merupakan ulama yang disegani oleh masyarakat di Malaysia ini.

Selepas mendengar akan kata-kata ust tadi maka riuh juga orang ramai yang mengatakan bahawa surau ini ada hantu. Lalu beberapa orang mendapatkan aku meminta pihak surau membuat bacaan Yasin untuk menghalau hantu. Aku hanya terdiam dan kebetulannya keesokan harinya ialah Khamis maka tak perlulah dicanang-canang majlis membaca yasin untuk menghalau hantu. Akhirnya isu itu menjadi senyap dan aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa pun kecuali isteriku. Dalam blog inilah tempat aku menceritakan segala apa yang terjadi dalam kehidupan aku dan ia adalah warna Nostalgiaku.

Allah berkata yang bermaksud," Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah semata-mata untuk beribadat kepadaku ".

Ok stop dulu. Jumpa lepas kenduri. Sebok bangat akhir-akhir ini.

Thursday, June 11, 2009

Semakin Hampir Semakin Mendebarkan

Tinggal 2 hari lagi aku akan melangkah ke duniaku yang baru. Meninggalkan memori dukaku yang aku simpan didalam peti kaca. Tika aku merinduinya akan aku buka perlahan-lahan. Kini semakin hampir terasa jantung bergerak begitu kencang. Kenapa ya. Bukan tak ada pengalaman. Semoga ianya berjalan lancar.....Jumpa lagi insyaallah

Tuesday, June 09, 2009

Ramai Yang Minta Ilmu Ghaib

Salam semua. Selepas entri yang aku siarkan tentang alam ghaib, aku menerima banyak email meminta agar diberi ayat ini untuk melihat alam ghaib. Aku menjadi serba salah sebab aku sendiri tidak pernah menuntut ilmu alam ghaib. Mungkin kelebihan aku ialah semasa remaja aku banyak bergelumang dengan mengejar hantu-hantu dan kini mereka pula mengejar aku.Kalau ada pembaca yang berminat sangat dengannya aku sarankan agar membaca ayat Al-Mathurat yang banyak dijual di pasar malam. Tapi janganlah diniatkan untuk melihat benda ghaib. Ayat ini merupakan himpunan wirid-wirid yang Rasulullah amalkan. Ia merupakan pendinding. Baca dan fahamilah maksudnya.

Pada tahun 2000 ditempat kerja aku di Prai. Sedang aku menulis aku melihat kelibat seperti seorang ibu dan anak sedang berjalan. Masa itu aku hanya dapat melihat bayangan mereka. Bila aku melihat posisi yang berlainan barulah aku nampak mereka. Mereka mungkin dari keluarga melayu. Siibu berselendang manakala sianak pula memakai baju melayu kuning. Aku biarkan saya mereka melintas didepanku.

Ketika aku sedang solat aku terdengar suara seperti berbisik. Aku buat tak endah saja. Sedang aku sujud terdengar suara seakan ketawa dibelakangku. Aku mmenyedari bahawa kalau itu merupakan jin islam mereka tidak akan ketawa. Mungkin ini yang kafir. Selepas memberi salam aku terus berkata, " Buat apa dok gelak orang sembahyang. Kalau hangpa nak sembahyang sekali tak apa la ". Diam terus suara itu.

Ketika aku menuruni anak tangga, aku tahu ada lembaga seorang wanita sedang mengekoriku. Aku hanya membaca ayat sucu Al-Quran bermohon kepada Allah agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Peluh keluar dengan banyaknya. Aku tahu mesti ada benda yang akan berlaku. Setelah aku menghidupkan motosikal aku terus pulang. Aku kehairanan mengapa motosikal aku terlalu berat dari selalu. Aku mula mengesayaki sesuatu sedang bertenggek didepan motorku. Aku membaca ayat suci Al-Quran yang arwah isteri aku hembus padaku.

Mak datuk panjangnya rambut dia sehingga mencecah tanah. Aku terus berkata, " Seronoklah hang dok atas motor makan angin". Aku membaca ayat 9 dari surah Yasin terus aku hembus kedepan. Apalagi mengilai sakan dia diatas jambatan jam 2 pagi. Memang suasana jambatan ketika itu amat sunyi sekali. Entah kenapa tidak ada lalu lalang lansung. Jantung aku berdegup dengan kencang. Aku menalipon isteriku memberi tahu keadaan yang menimpaku. Aku minta dia bersedia andaikata terjadi apa-apa dekat aku. Mungkin aku pulang tidak sedar diri lagi.

Sesampainya aku ditengah-tengah jambatan seoarang wanita berkebaya sedang berjalan mundar mandir. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu sebenarnya bukan manusia. Aku terus memotongnya dan tidak berhenti. Aku memerhati dicermin sisi. Tak nampak. Tiba-tiba subhanallah dia berada betul-betul dihadapanku. Aku memberhentikan motosikalku. Aku tak tahu apa nak buat. Lantas aku membaca sekali lagi ayat itu sebanyak 3 kali terus hilang.

Bila pulang aku meminta isteriku membaca ayat Al-Quran dan meminta dia menghembus diubun-ubunku. Alhamdulillah aku tidak berasa apa-apa lagi. Mungkin dia tidak ikut aku pulang kerumah. Inilah isteri yang banyak membantu aku sedangkan dia sendiri pun tidak ada ilmu. Cuma pengalaman mempunyai seorang suami yang aneh. Kini aku keseorangan. Perlukah aku menceritakan akan segala apa yang aku miliki kepada isteri baruku atau aku biarkan saja masa yang menentukannya.

Kadang-kadang riuh juga ditempat aku bila ada orang yang aku ubati baik. Ramai berkata aku ada ilmu. Itulah yang paling aku takutkan. Aku takut satu hari aku mungkin menjadi riak dengan kebolehanku. Semoga Allah tetapkan imanku ini. Kepada pembaca semua jangan takut kepada makhluk takutlah kepada Allah sebab dia pencipta kita.

Monday, June 08, 2009

Kurniaan Yang Menakutkan

Semasa aku berada dialam remaja. Naluriku ingin sekali mempunyai ilmu persilatan. Sebut saja dimana ada gelanggang yang baru dibuka pasti aku akan berada disana. Tapi tidak ada yang pernah kekal sebab semuanya bagiku tidak mencabar. Aku inginkan suatu silat yang dapat menerobos alam ghaib. Lantas bila berpeluang masuk kedalam hutan bersama rakan-rakan aku kerap berdoa didalam hati agar dipertemukan dengan panglima hitam. Itulah angan-anganku yang terlampau. Aku ceritakan naluriku kepada rakan-rakanku. Kata mereka aku memang merepek. Kalau boleh jika aku dikurniakan ilmu ini aku akan membantu orang lain yang terkena sihir. Kataku terus kepada rakanku.

Tiba-tiba seorang rakanku mengesyorkan agar kami bertapa di gua Tok Alang yang terletak di Bukit Jambul sekarang. Tapi kini gua tersebut telah ditutup. Kami terus berjumpa dengan seorang pakcik yang tinggal berdekatan dengan gua tersebut dan menceritakan hasrat kami. Pakcik itu pun menceritakan serba sedikit tentang gua yang telah lama berada disana. Banyak orang pergi bertapa disana untuk meminta nombor ekor tapi akhirnya lari lintang pukang.

Setelah berfikir selama beberapa hari kami mengambil keputusan pergi untuk meneroka alam misteri gua tersebut. Pakcik memberi nasihat agar jaga mulut dan budi pekerti semasa didalam maklumlah didalam bukannya manusia saja yang ada tetapi makhluk lain juga ada. Terdiam aku tapi didalam hati aku berkata, " Ni yang best. Aku akan berjumpa panglima hitam ". Selepas isyak kami seramai 6 orang masuk kedalam gua berbekalkan cahaya lilin. Aku berkata kepada emak dan ayah yang aku nak pergi belajar silat. Kalau kedua-dua mereka tahu tujuan sebenar aku kesana sudah tentu dilarangnya aku kesana.

Setelah membaca wirid kami pun berzikir. Macam cerita pendekar bujang lapuk. Tengah rancak berzikir terlihat kelibat seekor ular yang besar melalui hadapan kami. Berpeluh aku lalu aku pejamkan mata. Kawanku berkata," Diman hang punya dok zikir hang tak nampak ular besar ka". Aku berkata, " Sebab nampaklah aku pejam mata. Macam mana ni, nak chow ka ". Apalagi kami pun lari lintang pukang sambil menjerit ketawa akibat geli hati. Misi gagal untuk bertemu panglima hitam akhirnya ular besar yang bewarna hitam yang terjumpa.

Kami menjadi semakin berani. Bukan setakat berjumpa hantu, mengejar hantu sudah menjadi rutin. Macam-macm nama hantu kami beri bila bersua dengannya. Yang special ialah Hantu lampu kami beri nama sebab dia tak suka cahaya. Bila buka saja lampu suluh dia akan menampar tangan siapa yang memegangnya. Bertempiaran kami lari di atas jirat cina. Aku sering menceritakan pengalaman hidup semasa remajaku kepada kedua-dua anakku. Tujuannya agar mereka tidak terlalu takut bila menghadapi situasi ini. Kini aku tahu anak gadisku walaupun perwatakan lembut namun dia berani menghadapinya. Tatkala dia menyewa rumah diSungai Petani mereka telah diganggu oleh makhluk namun dia buat tak tahu saja dan akhirnya makhluk itu sendiri tak mengganggu lagi.

Setelah kejadian yang menimpa aku dalam tahun 1999, kalian semua boleh baca entri aku dalam tahun 2008. Entah kenapa kadang-kala aku dapat terus melihat apa yang orang lain tak nampak. kali pertama aku melihatnya terasa menggigil satu badan. Kini amat kerap aku melihat benda-benda pelik sedangkan aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Aku tidak belajar dimana-mana. Ia sendiri terjadi selepas kejadian pada tahun 1999. Arwah isteriku menghembus sendiri ayat yang aku berikan kepadanya ketika dalam separuh sedar. Kedua-dua anakku telah tahu apa yang terjadi kepadaku. Bila kami melalui perkuburan anakku akan menjeling kearahku. " Macam mana ayah nampak ka ". Aku hanya menganggukkan kepala. Akhirnya mereka sendiri tidak bertanya lagi.

Baru-baru ini anak saudaraku menceritakanbahawa dia melihat kelibat isterinya berada di dapur walhal sebenarnya isterinya sedang menunaikan solat. Kataku biasala kalau rumah baru. Lama kelamaan hilanglah ia. Pada malam itu dia duduk keseorangan diluar sambil menghembuskan asap-asap rokok. Tanpa dia menyedari berada sebelahnya ialah lembaga yang menyerupai isterinya. Lembaga itu memerhati akan aku dan aku juga terus mermerhati dia. Entah kenapa aku bertindak demikian. Selalunya bila aku melihat aku buat tak nampak saja. Tapi ini lain. Kami terus bertentangan mata tanpa disedari langsung oleh anak saudaraku. Akhirnya aku membaca ayat suci Al-Quran dari surah Yasin lalu aku hembus. Terus hilang. Aku cerita perkara ini kepada anak gadisku. Dia nampak relax. " Ada lagi ka ayah benda tu dekat luar ". Tanya anak gadisku. " Dah hilang ".

Aku bukan bertujuan menceritakan kisah ini menandakan aku ada ilmu. Tidak sama sekali. Aku tidak menuntut dimana-mana. Ia adalah anugerah dan anugerah itulah yang menakutkan aku.Kadang-kadang naluriku cepat merasakan kehadiran sesuatu. Tak pa nanti sambung lagi..Mungkin entri ni ramai pembaca tidak suka. Tak apa itu hak masing-masing. Aku cuma cerita pengalamanku saja.

Sunday, June 07, 2009

Harapan

Tinggal 6 hari lagi aku akan melangkah ke dunia yang penuh dengan harapan. Harapan agar aku dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna. Namun semakin hampir aku dengan dunia baruku semakin kerap Siti Aishah hadir dalam mimpiku. Terlelap saja dia akan muncul dengan memori silam. Aku tidak mampu menangkisnya lagi. Dulu aku kerap berdoa kepada Allah agar dipertemukan aku dengan Siti Aishah didalam mimpi namun Allah tidak mengizinkannya. Kini aku sendiri tidak tahu. Hampir setiap hari aku mimpikan Siti Aishah. Adakah ini bermakna aku masih belum mampu menghilangkan memori silam.

Yang terbaru anakku kemalangan jalanraya akibat melanggar dengan kereta. Terus memoriku mengingatkan akan Siti Aishah. Ibu yang terlalu mengambil berat akan anak- anak. Dia pasti akan risau tentang perkara ini. Anak yang dibesarkan didepan mata dengan penuh kasih sayang. Kini anak-anaknya merindui akannya. Pernah suatu ketika anak gadisku tidak menjawab panggilan talipon dari emaknya. Betapa risaunya siemak lalu menalipon aku agar ke Sungai Petani melihat apa yang terjadi. Rupanya talipon anakku diletakkan dalam silence mode. Menangis emaknya akibat kerisauan. Memang naluri seorang ibu amat kuat berbanding seorang ayah.

Kini harapanku agar masa akan mengubah segala-galanya. Walaupun cinta kami tidak kesampaian namun aku tetap bahagia sepanjang 23 tahun aku bersamanya. Aku tinggalkan memori indah untukku bawa bersama menghadapi kehidupan baruku. Aku tidak pernah menyesal akan apa yang terjadi terhadap kami sekeluarga. Allah tahu akan apa perlu dia lakukan terhadap hambanya. Sebagai hamba kita perlu berdoa agar segala apa yang Allah berikan akan menjadikan kita lebih matang menghadapi hari mendatang. Walaupun dugaan bagi sesetengah orang seperti aku amat berat namun hakikatnya Allah tidak pernah membiarkan hambanya menanggung penderitaan. Kalau kita ingat akan Allah maka Allah akan ingat akan kita. Terimalah lagu Selamat Berjuang dari kumpulan Brothers yang amat aku minat.

Friday, June 05, 2009

Hidup Tanpa Isteri

Sewaktu aku menemani arwah Siti Aishah di hospital, Beliau telah diberi hadiah sebuah buku oleh seorang sahabat beliau. Buku yang bertajuk Hidup Tanpa Suami. Katanya, " Abang bacalah dulu. Siti nak terlelap sebentar ". Aku membiarkan isteriku lelap seketika sambil aku membaca cerita satu persatu. Semuanya berkisarkan tentang kisah isteri kepada tahanan ISA. Aku begitu kagum dengan semangat juang yang telah Allah berikan kepada mereka. Daripada seorang yang hanya menangis keseorangan mengenangkan nasib yang menimpa mereka dan akhirnya mereka bangun untuk menentang dan sekaligus mengubah penghidupan mereka.

Aku berfikir seorang diri bagaimana pula rasanya aku akan hidup tanpa isteri. Memang aku tidak sanggup. Setelah isteriku tersedar dia bertanya aku sudah dibaca atau belum buku itu. Aku hanya mengiakan saja. Tiba-tiba dia berkata, " Bang macam mana pula abang akan hidup tanpa isteri ". Aku terkejut dan hanya terdiam. Hampir setiap hari aku asyik memikirkan akan kata-kata ini. Akhirnya Allah jua yang mengetahuinya Siti Aishah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Begitu perit aku menanggung dugaan ini. Makan minum serta keadaan diriku tidak aku pedulikan. Aku begitu merindui akan arwah isteriku. Setiap hari aku pasti meratapi pemergiannya. Dimana saja aku pandang sudah pasti wajah isteriku yang aku lihat. Senyumnya, tangisan kesakitan bermain di hadapanku. Aku hampir menjadi gila. Bila aku pulang kerumah pasti aku akan meraung seorang diri bila melihat hasil kerja isteriku. Rupanya Allah kalau memberi dugaan pasti dia menyayangi orang itu. Setiap hari aku berdoa dan menyerahkan segala urusan jodohku kepadanya. Selepas 5 bulan Siti Aishah meninggalkan kami, aku telah bertemu jodoh alhamdulillah. Begitu cepat sekali aku mendapat jodoh kata rakanku.

Semuanya berjalan dengan baik. Kini tinggal 8 hari lagi aku akan melangkah kealam yang baru. Alam yang pastinya mempunyai dugaan yang lain. Hari ini sahabat baik Siti Aishah telah mengadakan gotong royong membersih rumahku. Mereka menggunakan kepakaran yang sedia ada untuk mengubah corak baru dalam rumahku. Kini rumahku yang suatu ketika tersusun rapi dan kemas, kemudian bertukar menjadi seperti tempat medan pertempuran selepas kematian isteriku. Kini ia begitu kemas dan aku merasa amat tenang sekali. Bila aku melihat bilikku, hilang terus gambaran yang lama selepas ia bertukar posisi.

Terima kasih tak terhingga kepada mereka semua. Walaupun ada tugasan dirumah, namun suami mereka mengizinkan mereka datang untuk membantu aku. Semoga Allah memberi keharmonian dalam rumahtangga mereka. Aku berdoa kepada Allah agar jodoh ini berpanjangan. Hampir 6 bulan aku begitu perit Hidup Tanpa Isteri. Semoga aku menyayangi si dia sepertimana aku menyayangi Siti Aishah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...