Teman-teman

Monday, June 29, 2009

Selamat Kepada Pembaca Singapura

Ramai juga pembaca Singapura yang datang menziarah blog Warna Nostalgia. Ucapan terima kasih terutamanya Boboy yang memberi komen di ruangan sembang-sembang. Terus terang aku katakan yang aku dilahirkan di Kandang Kerbau Hospital Singapura. Ramai saudara menetap disana. Pernah 2 kali aku ke Singapura menziarahi bapa saudara yang tinggal di Bukit Batuk. Kini beliau telah meninggal dunia dan hubungan kami terputus.

Aku masih ingat sepupu aku pernah talipon ayahku mengatakan beliau telah berjumpa dengan seorang tua didalam sebuah masjid. Kata orang tua itu keluarga kami berasal dari keturunan Wali Songo. Keturunan yang paling kuat berada di Pulau Pinang. Ayah aku sempat menasihat anak saudaranya bahawa jangan mudah terpedaya dengan permainan ini. Kata ayahku kita semua adalah dari keturunan yang baik-baik belaka iaitu dari Nabi Adam dan Siti Hawa. Beliau masih berkeras akan pergi ke tanah Jawa untk mencari salasilah kami. Keluarga nenek moyangku berasal dari Jawa tetapi yang boleh bercakap Jawa hanyalah ayahku seorang saja.

Satu hari kami dikejutkan dengan berita sepupu perempuan yang tinggal di Singapura tak semena-mena bercakap bahasa Jawa. Dia dibawa ke Penang untuk berjumpa kami. Walaupun dia mengenali kami namun pertuturannya memang pekat Jawa. Katanya seorang puteri sedang mendampinginya. Aku waktu itu tidak ada kelebihan apa-apa. Apa yang diceritakan, aku hanya menjadi pendengar sahaja.

Sepupuku yang tinggal di Kuala Lumpur sebiji macam aku sekarang. Beliau ketika melalui kawasan jirat cina terkejut. Katanya, " Budiman kenape ramainya orang atas bukit ". " Kenapa kak. Kak nampak ka ". Aku terkejut masa itu sebab aku tak nampak apa-apa. Aku terus bertanya, " Kak seronok ka dapat melihat apa yang orang tak nampak ". " Budiman kau fikir akak seronok ke dapat melihat semua ini. Akak sebenarnya takut melihat rupa paras mereka yang asyik memandang akak ". Katanya. Kini aku mengerti mengapa dia berkata demikian.

Ketika jenazah ayahku dibawa keluar dari perkarangan rumah, sepupuku mengejutkan kami semua. Katanya, " Masyaallah Budiman ramainya orang yang beserban menyambut jenazah ayah kamu ". Ketika itu kalau aku dapat melihat seperti sekarang mungkin beruntung juga melihat orang yang beserban dari benda yang menggerikan. Kami terus terputus hubungan dengan keluarga di Singapura dan tentang asal usul kami dari mana tidak kami perbesarkan sebab dari mana asal usul kita kalau kita tidak taat kepada Allah tempat kita bukan di syurga.

Arwah Siti Aishah, keluarganya bukan dari keturunan syed, syarifah, wali songo dan yang baik-baik belaka. Namun penyudah isteriku merupakan Bihusnil Khatimah. Walaupun kesakitan yang amat sangat solat 5 waktu tidak pernah dilupakn. Al-Quran sentiasa dibacanya. Sehingga kini bila aku memasuki bilikku akan terbayang Siti Aishah sedang membaca Al-Quran. Seperti terdengar suaranya membaca Al-Mathurat. Jenazahnya sungguh indah dengan senyuman. Walaupun kini telah 6 bulan dia meninggalkan kami namun bayangannya tidak pernah pudar dari mata dan hatiku.

Kadang-kadang aku tersasul memanggil isteri baruku dengan nama Siti. Namun dia hanya tersenyum saja bila aku memohon maaf. Kadang kala bila dia solat aku ternampak seperti Siti Aishah sedang solat. Sebab apa aku berkata begini. Sebabnya perwatakan mereka tidak jauh bezanya. Kadang kala apa yang dia buat sama seperti apa Siti Aishah pernah buat. Mungkin aku pernah berdoa bahawa jika aku bertemu jodoh biarlah dia seorang yang solehah dan mempunyai perwatakan seperti Siti Aishah. Allah telah makbulkan doaku. Memang aku bersyukur tetapi satu ketika aku juga terganggu dengan ini. Setiap apa yang dia lakukan bayangan Siti Aishah pasti aku nampak. Pernah jiran-jiranku berkata yang ketika aku dan isteriku berjalan, mereka melihat seolah-olahnya aku berjalan dengan Siti Aishah.

Sekarang aku terpaksa mengeluarkan bayangan itu perlahan-lahan tanpa mencederakannya. Aku juga terpaksa bergelut dengan bayangan yang aku sendiri tidak suka. Orang tua. kanak-kanak pendek yang kepalanya botak. Perempuan yang rambutnya panjang mengurai didalam kampong isteriku. Yang terkini seorang lelaki berpakaian seperti seorang panglima sering mengekoriku. Kadang-kadang dia ada disurau bersolat. Kadang- kadang ada di masjid. Apakah dia seorang hamba Allah yang taat atau sekadar untuk mengaburi penglihatanku. Namun yang pasti apa yang dia telah beri kepadaku telah sedikit sebanyak aku gunakan dengan tidak sengaja akibat terpaksa. Sebab itu dia sering mengekoriku. Ya Allah aku tidak meminta untuk menjadi begini. Biarlah aku menjadi seperti insan biasa tanpa keistimewaan apa-apa.

3 comments:

zai said...

Saya mmg penakut tapi rasa2nya lebih berani sikit dari suami..kalau tgh malam terdengar bunyi pelik2 saya mesti bangun cari nak lihat sendiri apa bendanya baru puas hati tapi suami pula tak berani..awal2 lagi dah tarik selimut cuma nampak biji mata jer..tapi alhamdulilah tak pernah nampak apa2 lagila setakat ni mgkn hantu tu ingat saya pun hantu agaknya..bangun tengah malam dengan rambut panjang mengerbang..

maiyah said...

saya pernah juga alami situasi antu ni tapi bukan saya yg kena tapi kwn tmpat kerje

inamasjoko said...

seram gak..meremang bulu roma..mcmana abgDman menghadapinya??mula2 mesti susah jgak kan..
tp abgDman mmg kuat smgt!!YG baik itu adalah dr Allah SWT,yg x baik tu adalah kekurangan drpd diri kita sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...