Teman-teman

Sunday, June 07, 2009

Harapan

Tinggal 6 hari lagi aku akan melangkah ke dunia yang penuh dengan harapan. Harapan agar aku dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna. Namun semakin hampir aku dengan dunia baruku semakin kerap Siti Aishah hadir dalam mimpiku. Terlelap saja dia akan muncul dengan memori silam. Aku tidak mampu menangkisnya lagi. Dulu aku kerap berdoa kepada Allah agar dipertemukan aku dengan Siti Aishah didalam mimpi namun Allah tidak mengizinkannya. Kini aku sendiri tidak tahu. Hampir setiap hari aku mimpikan Siti Aishah. Adakah ini bermakna aku masih belum mampu menghilangkan memori silam.

Yang terbaru anakku kemalangan jalanraya akibat melanggar dengan kereta. Terus memoriku mengingatkan akan Siti Aishah. Ibu yang terlalu mengambil berat akan anak- anak. Dia pasti akan risau tentang perkara ini. Anak yang dibesarkan didepan mata dengan penuh kasih sayang. Kini anak-anaknya merindui akannya. Pernah suatu ketika anak gadisku tidak menjawab panggilan talipon dari emaknya. Betapa risaunya siemak lalu menalipon aku agar ke Sungai Petani melihat apa yang terjadi. Rupanya talipon anakku diletakkan dalam silence mode. Menangis emaknya akibat kerisauan. Memang naluri seorang ibu amat kuat berbanding seorang ayah.

Kini harapanku agar masa akan mengubah segala-galanya. Walaupun cinta kami tidak kesampaian namun aku tetap bahagia sepanjang 23 tahun aku bersamanya. Aku tinggalkan memori indah untukku bawa bersama menghadapi kehidupan baruku. Aku tidak pernah menyesal akan apa yang terjadi terhadap kami sekeluarga. Allah tahu akan apa perlu dia lakukan terhadap hambanya. Sebagai hamba kita perlu berdoa agar segala apa yang Allah berikan akan menjadikan kita lebih matang menghadapi hari mendatang. Walaupun dugaan bagi sesetengah orang seperti aku amat berat namun hakikatnya Allah tidak pernah membiarkan hambanya menanggung penderitaan. Kalau kita ingat akan Allah maka Allah akan ingat akan kita. Terimalah lagu Selamat Berjuang dari kumpulan Brothers yang amat aku minat.

1 comment:

zai said...

mungkin kehadiran Aisyah didlm mimpi en. diman sekadar utk melepaskan kerinduannya kpd en.diman buat sekian kalinya krn beliau tahu slps ini en. diman sudah mempunyai org lain utk dirindui..sy yakin Aisyah pasti turut merestui perkahwinan ini krn sy tahu mmg sukar utk lelaki yg pernah beristeri utk hidup sendirian didunia yg penuh cabaran ini. Sy sendiri x dpt membayangkan keadaan itu krn selama ini terlalu byk bergantung kpd pertolongan suami..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...