Teman-teman

Tuesday, December 31, 2013

Rutinku....

Seorang rakan setugas bertanya apakah rutinku setelah selesai tugas malam. Adakah aku meronda-ronda sekitar Lorong kulit mencari barang atau terus pulang kerumah dan tidur. Terus aku berkata rutinku setelah selesai tugas malam ialah aku akan singgah di pusara isteriku. Aku merasa tenang melihat pusaranya. Aku berdoa. Aku berbual-bual ksong. Sekurang-kurang aku dapat meluahkan isi hati aku. Pernah orang menegur aku sebab aku begitu kerap ke kubur isteriku. Setiap orang Allah kurniakan berbeda hatinya. In sya Allah ia akan kekal untuk selama-lamanya sehingga aku turut di semadikan di situ dan bersebelahan pusara isteriku. Ingatlah wahai anak- anak ayah.......


Sunday, December 29, 2013

Manisnya Madu......

" Nah lepas solat isyak abang nak tidur. Rasa nak demam pula hari ni ". Aku bersuara kepada isteriku. Badanku terasa bisa- bisa. Selera makanku sudah lama hilang. Aku makan sekadar yang perlu saja.
" Panas badan abang ni. Sudah tiga hari abang kerja pagi dan pulangnya malam. Sebab tu badan tak tahan ". Terasa benar aku akan kemerosotan tenagaku bila usia meningkat. Jam 10 malam aku sudah baring. Sekejap saja aku sudah berada dihadapan seseorang.

Tergamam aku bila melihat arwah Siti Aishah sedang tersenyum memandang aku. Aku terus mendapatkannya. Sudah lama aku tidak bersua dengannya. Aku memeluk erat isteriku.
" Abang cinta Siti. Jangan tinggalkan abang lagi ". Siti Aisyah memeluk kemas aku
" Siti juga cintakan abang ". Terdengar sebak suaranya.
" Badan abang panas la. Kesian abang. Sampai demam mencari rezeki untuk kami ". Itulah ayat yang selalu digunakan oleh Siti Aishah bila melihat aku keletihan bila pulang dari tempat kerja.
" Tak apa. Untuk Siti dan keluarga kita abang sanggup lakukan apa saja ". Aku berkata kepada isteriku.
" Terima kasih bang.....terima kasih bang......". Semakin sayup ucapan terima kasih dari arwah Siti Aishah. Aku tersedar dan melihat jam baru pukul 3 pagi.

Terus aku ketandas dan mengambil wuduk. Aku melakukan solat-solat yang perlu. Aku berdoa kepada Allah semoga isteriku berada ditempat yang Allah janjikan. Semoga Allah makbulkan permintaanku sekian lama. Semoga Allah permudahkan kehidupanku serta keluargaku. Semoga Allah berikan kebahgiaan rumahtangga kepada anak gadisku yang akan bergelar isteri tidak lama lagi. Sebelum aku menyambung tidur sempat juga aku membaca Al Mathurat. Aku menyambung kembali tidurku.

Aku kembali bermimpi. Aku mendengar seseorang memberi salam. Aku membuka pintu.
" Ada orang bagi tebu dan madu kepada abang ". Katanya
" Siapa ". Tanyaku denga ringkas
" Tak tahulah bang. Pesannya suruh abang makan tebu dan madu di depan saya dan komen ". Kata lelaki tersebut. Aku terus mengunyah tebu.
" Manisnya tebu ni. Besar- besar ruasnya ". Kataku. Aku mencuba pula madu.
" Manis juga madu ni". Kataku lagi. Tersenyum pemuda tersebut.
" Nanti saya bagitau dia apa kata abang ". Ringkas katanya
" Yang beri lelaki ke perempuan ". Aku bertanya inginkan kepastian. Pemuda tersebut tersenyum sambil berlalu pergi. Aku terjaga dan azan subuh berkumandang. Aku terus bangun untuk menunaikan fardhu subuh. Badanku masih terasa amat bisa sekali......

Thursday, December 26, 2013

Semoga Ada Hikmah Di Sebaliknya

Aku melihat sebuah kereta Myvi Putih yang baru dibeli dari seorang gadis dari Kelantan yang menyewa bersebelahan dengan rumahku. Dengar kabar dia juga baru memperolehi lesen P. Sahabatku dari blogger Langkah Kaki Afra Luthfiyah memanggil kereta Myvi putih dengan panggilan Kuda Putih. Selang beberapa hari aku melihat sekeping kertas diletakkan diatas cermin kereta Myvi. Aku membaca dan tahulah yang ada orang yang tidak senang hati bila kereta Myvi diletakkan disitu. Kata si penulis ia mengganggu keluar masuk kereta mereka. Betul seperti kata- kata dalam surat tersebut cuma yang aku tidak bersetuju ialah caranya. Kenapa mereka sendiri tidak berjumpa secara berdepan dengan pemilik kereta tersebut. Bagi aku itu merupakan sikap seorang yang pengecut. Kalau kita yakin kita ada hak untuk bersuara kenapa tidak berterus terang saja. Kenapa harus diletakkan surat dengan kata- kata yang tidak enak.


Ketika aku keluar untuk bertugas malam kertas masih berada di atas cermin. Mungkin pemilik kereta belum pulang dari kerja lagi. Jam 2 pagi aku menerima panggilan dari siteriku. Melihat nama yang tertera telah membuatkan jantung aku bergerak begitu pantas. Apa pula yang berlaku dirumah kali ini..
" Assalamualaikum abang. Tadi sebelum tidur Nah berdoa semoga Allah pelihara dari terjadi apa-apa perkara ". Kata isteriku. Tertawa kecil dia sambil bercerita. Aku mendengar dengan penuh minat.
" Selesai berdoa Nah mendengar bunyi " gedebooommm...." yang begitu kuat. Ingatkan ada orang yang masuk kerumah kita. Nah beranikan diri keluar bersama tongkat lalu membuka pintu. Rupanya jiran kita yang menggunakan kereta Myvi telah melanggar kereta Nah. Dia nak mengubah keretanya setelah membaca surat. Entah kenapa dia tertekan minya lalu keretanya menghentam kereta. Teruk juga kereta Nah ". Tertawa isteriku ketika bercerita manakala aku hanya terdiam sahaja. Baru saja diduga dengan rumah diceroboh. Kini kereta isteriku pula telah dilanggar.

Bila aku sampai dirumah aku melihat apa kerosakan pada kereta isteriku. Seorang gadis menghampiri aku. Pucat mukanya. Mungkin takut aku akan memarahinya
" Bang....saya minta maaf. Saya tak sengaja melanggar. Tak apa saya bayar kereta abang yang rosak ". Aku hanya tersenyum mendengar permohonan maaf darinya
" Tak apa. Adik bukan sengaja. Nanti bila saya repair saya bagitau harganya ". Nampak kelegaan di wajahnya.
" Saya nak bawa kereta saya repair. Jangan lupa beritahu harga ". Katanya dalam loghat Kelantan. Aku dan isteri hanya tersenyum.

Keesokkan harinya bila melihat kereta isteriku masih berada di depan rumah gadis tersebut datang bertanya kenapa belum menghantar kereta. Katanya dia tidak senang duduk selagi kereta tak di baiki. Isteriku beritahu yang aku terlalu sibuk dengan pekerjaanku. Nanti ada kelapangan kereta akan dibawa. Esok pula gadis tersebut datang dan memberi wang sebanyak RM100 untuk pendahuluan. Mungkin sangkaannya selagi kami tidak dapat wang kereta tidak akan dibaiki.

Hari ini aku dan isteri ke bengkel kereta kepunyaan rakanku. Rakanku mengeluarkan buku dan mencatat sesuatu. Akhirnya dia bersuara
" Teruk juga kereta bini hang kena hentam. Nak kena ketuk dulu. Kos ketuk RM250. Lepas tu baru cat bonet kereta. Kos cat RM450. Semuanya RMRM700 ". Kata rakanku. Aku meninggalkan kereta untuk dibaiki.
" Kalau budak tu dengar harga tentu dia terkejut ". Aku berkata kepada isteriku.
" Macam ni lah Nah. Nah tanya dia setakat mana dia mampu. Kesian juga dekat dia ". Isteriku turut bersetuju dengan pendapatku. Balik rumah isteriku terus menalipon gadis tersebut meminta dia datang ke rumah kami.

Sekejap saja gadis tersebut sudah berada di dalam rumahku. Nampak gelisah di mukanya.
" Tadi saya dan kakak dah bawa kereta. kata tukang repair bonet dan bumper kena ketuk sebab teruk kena hentam. Upah untuk bonet RM250 ". Dengar harga upah ketuk saja gadis tersebut dah mengeluh dan terkejut.
" Lepas ketuk baru dia cat dan upah cat sebanyak RM450. Semua RM700. Macam mana adik ". Aku bertanya terus kepada gadis tersebut. Gadis tersebut terus diam dan tunduk. Kelihatan airmukanya terlalu sedih dan hampir menangis.
" Macam nilah dik. Berapa adik mampu bayar ". Terus aku bertanya gadis tersebut.
" Minta maaf abang dengan kakak. Saya hanya boleh bayar RM300 saja. Saya sudah tak ada duit lagi ". Katanya.
" Tak apalah dik. Adik bayar RM300 sudah. Yang lain kami tambah ". Aku berkata dan isteriku turut bersetuju.
" Tapi yang RM300 tu saya tak boleh bayar sekarang. Cukup bulan baru saya bayar. Minta maaf banyak kak ". Katanya kepada isteriku
" Tak apa. Bukan adik sengaja nak langgar ". Kata isteriku.
" Terima kasih kakak dan abang. Saya minta maaf banyak-banyak ". Sambil keluar dia bersalaman dengan isteriku. Sekejap dia datang pulak kepada isteriku
" Kak..tak po ka saya bayar hanya RM300 dekat kak ". Tanya gadis itu lagi
" Tak apa... ". Jawab isteriku ringkas

" Last kita juga yang kena tambah ". Gurau isteriku. Aku tertawa kecil mendengar gurauan isteriku
" Tak apalah Nah. Ganjaran dari Allah lebih baik dari ini. Kalau apa yang kita buat ni di kira pahala oleh Allah, kita sedekahkan pahalanya kepada orang yang kita kasihi yang telah pergi ". Aku berkata kepada isteriku. Aku sudah niat di dalam hatiku. Andai ini dikira pahala oleh Allah, aku sedekah pahalanya kepada kedua-dua ibu serta ayahku. Kepada isteriku Siti Aishah. Kepada kakakku dan suaminya serta ibu serta ayah sahabat baikku LSY. Semoga Allah terima amal ini untuk mereka.

Wednesday, December 18, 2013

Genap 5 Tahun Pemergiannya

18 December 2013 - Hari ini genap 5 tahun isteriku Siti Aishah pergi meninggalkan kami. Begitu cepat masa berlalu. Terasa semacam baru saja dia meninggal. Aku tidak pernah jemu menziarahi pusara isteriku. Jika fikiran aku kusut maka pusara isterikulah menjadi tempat aku melepaskan tekanan. Aku akan bersih sekeliling. Memori silam masih lagi bermain di fikiran mengingati saat-saat perpisahan. Bermula sakitnya dan berakhir dengan kematian. Itulah gara-gara tangan manusia yang dengki melihat kebahgiaan orang lain. Kepada mereka yang masih belum mengetahui kisahku silalah kesini.

Semalam sebelum aku tidur telah aku sedekahkan ayat-ayat suci Al Quran kepada isteriku. Aku sudah membuat perancangan dengan anak terunaku untuk membersih kawasan perkuburan. Manusia hanya mampu merancang. Pagi ini aku tidak sihat jadi esok saja program pembersihan akan dibuat. Bulan Januari 2014 anak gadisku akan dinikahkan di masjid ini. Selepas selesai mereka akan menziarahi pusara isteriku. Aku sendiri belum pasti bagaimana nanti ketika perkara itu terjadi. Semoga Allah memberi kami ketenangan. Al Fatihah buat isteriku tercinta Siti Aishah bt Zakaria.

Tuesday, December 17, 2013

Hilangkan Stress

Untuk menghilangkan stress mari kita guna kaedah ini. No more nasi. Siapa pernah buat macam ini. Sedap dan menyelerakan. Mak mertua lalu di belakang pun tak nampak


Cara-caranya
1. Buah sengkuang
2. Kuah rojak
3. Kacang tumbuk

Semoga Hilang Kesedihan

" Sabarlah bang dengan kehilangan kamera tu. Ambillah duit Nah dan belikan yang baru ". Kata isteriku bila melihat aku masih lagi bersedih atas kehelingan kamera kesayanganku.
" Tak apalah Nah. Abang dapat menerima kehilangan kamera tu. Cuma sekali sekala bila terkenang betapa kamera abang banyak membantu abang ketika ada masalah ". Kataku kepada isteri yang sedang membelek buku resepi.
" Abang suka makan kek cheese tak ". Tanya isteriku dan aku menggelengkan kepala. Memang aku tak suka kek yang berlemak.
" Kek coklat suka tak ". Tanya isteriku lagi dan jawapannya tetap sama.
" Abang suka kek buah. Kek oren paling abang suka. Kek kosong ok ". Kata kepada isteriku
" Buah limau ada dalam peti sejuk. Kalau Nah buat abang makan tak ". Tanya isteriku.
" Abang makan kalau Nah buat ". Tersenyum isteriku lalu keluar dari bilik untuk membuat kek oren



Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Begitu sibuk dia di dapur membancuh adunan untuk kek oren. Aku yang berada didalam bilik sekali sekala berbau wangi bau oren. Jam 11 malam isteriku mengeluarkan kek dari oven lalu ditunjukkan kepada.
" Ini dia bang kek oren Nah buat untuk abang. Semoga abang hilang kesedihan ". Terharu dengan kata-kata isteriku. Aku meminta isteriku memotong kek lalu aku makan dihadapannya.
" Masyaallah sedap Nah. Terima kasih. Abang suka ". Tersenyum isteriku mendengar pujian dariku.
" Nanti bila habis Nah buat lagi ".........

 

Sunday, December 15, 2013

Dugaan Atau Musibah

" Abang...Mata kanan Nah asyik berkedip saja 3 dan 4 hari ini ". Aku tersenyum mendengar kata-kata isteriku.
" Tu tanda nak dapat berita la ". Aku bergurau dengan isteri. Aku masih ingat akan kata-kata datukku ketika aku masih kecil. Aku kerap bermain di pondoknya yang terletak dihujung sawah. Ia begitu mendamaikan. Kadang-kadang aku melihat datukku merawat andaikata ada orang yang datang meminta tolong. Tapi akhirnya datukku di tuduh membela hantu raya. Semenjak itu datukku kurang merawat orang. Bila anak cucu sakit baru dia rawat. Pernah aku terkena sengatan lipan. Memang sakit. Datukku memotong daun nenas lalu melukis garisan macam bentuk lipan lalu di pukulnya ditempat yang terkena sengatan. Serta merta hilang kesakitan. Datukku juga berkata.
" Budiman..kalau mata kanan kita berkedip kedip. Itu tanda nak dapat berita. kalau sebelah kiri itu tanda nak menangis ". Aku hanya diam mendengar kata-kata datukku. Isteriku pula tersenyum mendengar penerangan ringkas dariku. Aku pun tak minta dia percaya akan kata-kataku itu. semua itu Allah yang aturkan.

Jumaat - 13 December 2013. Aku di minta abangku agar merakam khutbahnya di masjid dengan tajuk Di ambang 2014. Dia meminta aku upload ke youtube. Oleh kerana aku hanya merakan khutbah pertama yang memakan masa hanya 30 minit jadi aku menggunakan kamera Nikon DSLR. Jam 1230 PM aku sudah berada di dalam masjid membuat persediaan. Alhamdulillah khutbah dapat dirakam dengan baik sekali. Selesai solat aku berjumpa dengan anak terunaku dan kami berbual mengenai rakaman khutbah. Aku memberi memori kad dan meminta dia membuat editing lalu terus upload ke youtube.


Aku bertanya anakku pukul berapa pada waktu itu. Katanya 2.30 petang. Aku bertugas petang. Bergegas aku pulang kerumah. Aku letak kamera di atas kusyen dan menjamu makanan yang telah disediakan isteriku. Selepas itu aku menyarung pakaian seragam dan keluar ke tempat kerja. Sepatutnya jam 12 malam aku sudah pulang kerumah tapi di sebabkan ada perkara-perkara lain aku terpaksa stay di tempat kerja. Sepanjang malam hatiku terlalu resah. Entah kenapa. Jam 3 pagi aku bakar roti dan buat nescafe panas. Aku terfikir apa perkara yang akan berlaku.

Selepas solat subuh aku menerima panggilan dari siteriku. Berderau darah sebab aku tahu isteriku tidak pernah menalipon pada waktu begini. Tentu ada perkara berlaku.
" Abang...tadi bila Nah bangun nak solat subuh Nah tengok besi tingkap bengkok. Cermin di buka dan barangan di letakkan di luar. setakat ni tak ada barang yang hilang ". Lega dengar kata-kata isteriku. Syukur juga sebab isteriku selamat.

Jam 9 pagi aku tiba di rumah dan aku pasti tiada barangan yang hilang. isteriku bertanya samada perlu atau tidak membuat laporan polis. Aku berkata tidak perlu sebab kes kehilangan motosikal anak tiriku pun belum dapat diselesai. Badan sudah letih. Mata pula mengantuk akibat bertugas 16 jam. Hanya katil dan bantal idamanku. Begitu cepat aku terlelap. Tiba-tiba aku dikejutkan isteriku. Katanya laptop anak tiriku telah tiada. Dia letak atas kusyen. Tiba-tiba aku teringat kameraku. Terus aku keluar
" Nah...kamera abang juga hilang ". Terlalu sebak aku ketika itu. Kamera kesayanganku telah hilang. Anak tiriku telah membuat laporan polis dan polis datang kerumah mengambil gambar.

Aku hanya termenung memikirkan kehilangan kamera kesayanganku. Ia berlaku pada 14 December 2013 iaitu 4 hari sebelum tibanya tarikh kematian isteri tercinta pada 18 December 2008. Telah 5 tahun isteriku pergi. Adakah ini dugaan atau musibah terhadapku. Mungkin aku telah melukakan hati-hati insan yang menyayangi diriku jadi Allah telah memberi peringatan kepadaku. Namun ia tetap merupakan dugaan buat diriku sebab tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya milik Allah. Aku pernah meratapi kematian isteriku. Aku pernah menyalahkan Allah kenapa aku diuji begini. Kenapa bukan orang lain. Aku begitu tertekan kerana menjangkakan yang aku dan isteriku akan bersama sehingga kami mengjangkau usia tua. Tapi dia pergi terlebih dahulu.

Kini ia berlaku kembali. Barang kesayanganku telah hilang. Mungkin Allah hendak memberitahu aku sesuatu. Aku harus terima dengan hati yang terbuka. Kehilangan barang boleh dicari. Kehilangan insan yang kita sayangi tiada penggantinya. Di bawah ini adalah khutbah terakhir yang di rakam menggunakan kamera yang telah hilang. Kini isteriku berkata yang mata kirinya pula asyik berkedip. Ahh....sudahhh....Berat dio..

Tuesday, December 10, 2013

Ini Saja Ke Bang....

Jam 11 pagi aku keluar untuk mengambil bacaan. Badan pula letih. Sudah 11 jam aku bertugas namun masih belum lagi pulang kerumah. Itulah tugasku. Setelah selesai aku berjalan menuju kepejabat semula. Anak kucing bila terlihat saja aku maka berlarilah mereka sambil mengeow-ngeow tanda kelaparan
" Sat...Kedai baru dok masak lauk ". Aku berkata kepada kedua-dua ekor anak kucing. Anehnya. Macam faham jer aku. Macam mengerti jer apa yang aku katakan


Entah macam mana aku terus terlupa kisah anak kucing. Aku sibuk dengan tugasku. jam1.30 petang aku terdengar suara anak-anak kucing di depan pintu pejabatku. Barulah aku perasan yang mereka menanti janjiku. Terus aku capai kunci motorsikal dan ke kedai


Aku meminta nasi kosong. siap suruh pekerja tambah lagi. Aku ambil 2 ekor ikan sardin yang besar. Tak payah masuk kuah la. Bukan aku yang nak makan. Aku hulurkan kepada pekerja. Tersenyum simpul pekerja gerai melihat nasi yang aku beli.
" Ini saja ker bang ". Tanya pekerja. Aku hanya mengiakan. Aku melihat mereka tersenyum simpul. Mungkin mereka sedang gosip aku. Pekerja TNB selekeh. Hanya makan nasi berlaukkan 2 ekor ikan sardin. Malas aku nak beritahu yang nasi itu untuk kucing. Nanti menjatuhkan maruah mereka. Nasi yang mereka jual hanya layak untuk makanan kucing. Aku terasa malu juga bila melihat mereka tersenyum simpul sambil menghulur nasi kepadaku. Terus aku keluar dari kedai. Malunya aku....Selekehnya aku...Takada duit nak makan.....Itulah yang bermain di mindaku sewaktu membawa motosikal. terbayang senyum sindir pekerja tadi.


Bila sampai aku memanggil anak kucing. Bila aku sebut " Mai mai.." berlari-lari anak kucing serta ibu mendapatkan aku.
" Ngeow..ngeow..ngeow..". Memang ternyata mereka cukup lapar. Aku gaulkan ikan bersama nasi. Bila siap aku letak agar anak kucing serta ibu dapat makan. Si ibu hanya memerhati anak-anaknya begitu rakus memakan nasi. Aku mengangkat si ibu dan letak dihadapan nasi. Si ibu hanya mencium dan terus berginjak ke belakang. Si ibu hanya memandang aku dengan wajah yang sayu. Si anak begitu rakus memakan nasi.

Bila perut sudah terasa kenyang dan lauk pula di habiskan barulah si anak meninggalkan baki nasi. Datang si ibu lalu memakan baki yang telah di tinggalkan oleh si anak. Si anak hanya memerhati ibu mereka makan tanpa ada lauk yang di tinggalkan. Hampir aku menitiskan airmata melihat pengorbanan si ibu. Sanggup si ibu memberi ruang dahulu kepada anak-anaknya. Subhanallah. Haiwan pun Allah berikan sifat kasih sayang kepada mereka. Memang tepat ibu tiada ternilai. Ibu tiada pengganti. Pengorbanan ibu terlalu mulia. Tiba-tiba aku teringat akan nama kucing sahabatku Pusa yang terkantoi dengan tuannya bila ia berkeliaran di waktu malam. Nampak benar ia menuju kearah lain.

Bila tuannya memanggil namanya, " Pusaa... ". Barulah terkejut si Pusa yang terkantoi dan perlahan-lahan datang mendapatkan tuannya. Ia berlaku betul-betul dihadapanku. Haiwan pun tahu gelaran nama untuknya


Monday, December 09, 2013

Jangan Berpecah...

" Ingat...Kalau emak dan ayah tak ada, adik beradik jangan berpecah belah. Kalau ada harta peninggalan bahagilah secara baik ". Itulah pesan emak yang kerap kami dengari. Ketika emak dan ayah masih ada, setiap tahun kami adik beradik akan berkumpul di rumah emak. Masa cuti sekolah adik serta kakak yang merantau di negeri orang pulang untuk menziarahi emak dan ayah. Emak merupakan orang yang cukup bahagia bila melihat anak-anak bergelak ketawa. Ketika inilah emak berpesan. Emak tidak pernah lupa pada anak-anak.

Sedang membaca Al Quran untuk kaum keluarga yang telah pergi

Kini walaupun ayah dan emak telah tiada, kami tetap meneruskan amanat emak. Setiap tahun kami berkumpul lebih-lebih lagi kalau ada kaum keluarga yang akan mengadakan kenduri kahwin. kami akan bermesyuarat membahagikan tugasan. Memang terasa keakraban kami. Anak-anak saudara tidak pernah kekok bila bertemu emak dan bapa saudara. Sesama sepupu pun mereka cukup mesra. Itulah rahsianya bila keluarga diberi keutamaan.

Solat berjemaah tidak di lupakan

Semalam kami berkumpul di rumahku. Kebetulan anak gadisku akan melansungkan perkahwinan bulan Januari tahun hadapan jadi bersempena dengan ini kami akan berbincang. Bermula sselepas solat maghrib kami membaca Al Quran untuk kami sedekahkan kepada kaum keluarga yang telah pergi mendahului kami. Masuk waktu isyak kami solat isyak berjemaah. Seronok rumahku dijadikan tempat untuk melakukan solay jemaah. Sekurang-kurangnya iblis tidak berani mendiami rumah yang mengadakan solat dan bacaan Al Quran.

Tazkirah dari abngku Dr Danial Zainal Abidin

Selepas solat isyak berjemaah abangku bertindak sebagai ketua keluarga memberi tazkirah ringkas kepada kaum keluarga. Dia juga berpesan agar tradisi ini dikekalkan. Keluarga merupakan keutamaan. Andaikata ada yang bermasalah silalah berbincang dan jangan dipendam berseorangan.

Aku sedang memberi ucapan aluan

Seperti biasa aku selaku tuan rumah pasti memberi ucapan aluan menyambut kedatangan kaum keluarga dan memberi ruang untuk kaum keluarga bertanya andaikata mempunyai persoalan. Akhirnya aku menerangkan majlis perkahwinan anak gadisku yang akan berlangsung pada Januari 2014. Insyaallah menjelang tarikh tersebut satu perjumpaan akan diadakan sekali lagi untuk pembahagian tugas. Moga ianya berjalan lancar.

laksa Penang merupakan makanan wajib

Pizza adalah sampingan

Satay merupakan bonus

Selesai kesemua agenda maka kaum keluarga telah dihidangkan dengan makanan kegemaran seperti laksa, Pizza dan satay. Masing-masing enjoy makan sambil berbual dan bergelak ketawa. Kalaulah ibuku dan ayahku ada waktu ini sudah tentu mereka turut gembira bila melihat anak cucu hidup dalam harmoni. Tiada fitnah. Tiada caci dan yang penting tiada persengketaan adik beradik.

Kaum keluargaku

Kesemuanya 6 beradik. Hanya 5 yang dapat hadir

Bersama abangku Dr Danial

Sebelum pulang kami sempat mengabdikan kenangan pertemuan kaum keluarga 2013. In Sya Allah bertemu kembali tahun hadapan. Terima kasih kepada kesemua kaum keluargaku yang hadir.

Sunday, December 08, 2013

Anugerah Oh Anugerah

As salam semua. Maaf kerana lama menyepi. Timbul sedikit semangat untuk aku menulis kembali kisah hidupku. Seminggu aku di Uniten. Bila pulang ke rumah dan pada waktu malamnya lututku mula terasa kesakitan. Aku tidak dapat melelapkan mata. Akhirnya aku mengambil keputusan ke hospital. Doktor mengesahkan yang lutut sebelah kananku telah rosak teruk. Ia perlu di masukkan gel. Akhirnya lututku dimasukkan gel. Alhamdulillah jalanku agak lancar juga berbanding sebelumnya.

Bila keluar hospital aku mendapat surat dari pejabat untuk kursus bahagian kedua. Seminggu pula aku berkampung di Uniten Bangi. Sudah mula timbul keletihan memandu kereta. Akhirnya kursus tamat dan aku kembali pulang ke Penang. Banyak memori suka dan duka aku membawa pulang bersamaku. Ia terpahat dihati.


Kini setelah 2 hari aku pulang dari kursus, aku mendapat panggilan dari pejabat yang mengatakan bahawa pada bulan depan aku akan di beri penghormatan untuk perkhidmatan setia. Rupanya sudah 30 tahun aku bersama TNB. Anugerah akan di buat di TNB Bangsar. Aku masih ingat sewaktu anugerah sempena perkhidmatan setia selama 25 tahun. Aku pergi tanpa isteri kesayanganku Siti Aishah. Sewaktu Presiden membuat ucapan, dia berkata
" Kepada staff TNB yang bergelar suami. Marilah kita memberi tepukan gemuruh kepada isteri kita. Tanpa pengorbanan mereka TNB tidak kemana ". Kata-kata Presiden mendapat tepukan gemuruh dari suami-suami. Aku melihat ada isteri mencium tangan suami mereka. Ketika itu aku tidak sedar airmata mengalir laju jatuh ke bumi. Tepat kata-kata Presiden. Isteriku banyak berkorban untuk keluarga. Dia mengetepikan keinginan peribadinya demi keluarga. Sayang aku tidak dapat memberi penghormatan kepadanya. Kalaulah dia ada waktu ini sudah tentu dia merasa bangga melihat aku berada di atas pentas menerima anugerah. Akan aku pakaikan gelang ditangannya. Namun penghargaaan di akhiratlah yang terbaik buat Siti Aishah. Aku yakin kini dia berada di syurga berdasarkan Al Quran dan hadis rasulullah. Bahagialah dia di sana. Itulah penghargaan yang selayak untuk Isteri yang bernama Siti Aishah. Kini telah menghampiri 5 tahun dia pergi meninggalkan kami


Kini untuk anugerah selama 30 tahun aku akan membawa isteriku Rosnah. Walaupun baru 4 tahun dia bersamaku namun dia juga layak mendapat penghargai ini. Sekurang-kurangnya bila presiden meminta para suami memberi tepukan kepada isteri aku dengan begitu bangga akan memberi tepukan kepada isteriku Rosnah. Mereka berdua tidak jauh bezanya....




Tuesday, December 03, 2013

Lamanya.......

As salam sesiapa yang terbaca. Lamanya aku tak update blog kesayanganku. Kini aku berada di Uniten Bangi untuk mengikuti kursus buat kali yang kedua. Balik nanti aku mula kembali menulis ya.

Monday, November 18, 2013

Masuk Wad

Aku baru pulang dari KL. Malamnya lututku terasa berdenyut. Sudah lama aku tidak merasa berdenyut sakit begini selepas kematian Siti Aisyah. Kini ia menyerang kembali. Akhirnya aku mebuat keputusan untuk ke hospital. Jam 11 malam bersama anak- anak dan isteriku aku akhirnya dimasukkan kedalam wad di Hospital Oantai Pulau Pinang. Pagi ini doktor akan buat MRI test. Kepada pembaca semua toling doakan semoga Allah permudahkan.

Friday, November 15, 2013

Kursus dan Jalan-jalan

11- 14 Nov aku berkursus di Uniten Bangi. Aku membawa isteriku dan meninggalkanya di rumah anaknya di Melaka. Tamat kursus pada 14  Nov aku terus ke Melaka. Ketika drive aku terlalu letih lalu berehat di R & R. Badan terasa kepanasan. Aku tertidur dalam kereta selama sejam setengah.
15 & 16 Nov aku akan berada di KL berjalan - dengan isteriku. Aku ingin sekali merasa beriani kambing di jalan TAR. Kami akan menetap di Cittin Hotel Masjed India. Kalau ada yang nak bertemu dengan kami boleh beritau ya.

Friday, November 08, 2013

Bila Resah

Entah kenapa semalam hatiku begitu resah sekali seperti ada sesuatu yang membelenggu otakku namun aku tidak dapat meluahkannya. Aku lebih banyak mendiamkan diri menunggu isteriku melayan gambar Korea. Bersama ipad aku mendengar lagu-lagu. Aku memang tidak ada mood langsung. Bermacam-macam perkara yang aku fikirkan

Paginya isteriku bertanya tentang makanan untuk tengahari
" Abang nak makan apa tengahari ni ". Tanya isteriku. Aku terkebil-kebil biji mata berfikir.
" Abang pun tak tau apa yang abang nak makan ". Kataku kepada isteriku. entah la. Hilang mood aku
" Macam nilah. Nah buat sayur paprik dekat abang ". Kataku kepada isteri namun katanya dia tidak pandai buat sayur paprik. 
" Jangan risau. maklumat di hujung jari ". Gurauku sambil membuka web untuk masakan dan akhirnya dapat resepi sayur paprik. Sekali aku baca isteriku sudah faham. Itu yang dikatakan chef.


Bila siap isteriku meminta aku merasa samada sama atau tidak seperti makanan diluar
" Masyaallah. Memang sama. Kita tak payah beli dah ". Pujiku. Tersenyum isteriku. Aku snap gambar untuk aku upload ke FB. Begitulah aku selalu. Kalau ada masalah maka lebih banyak gambar yang aku pos. Bukan aku nak menunjuk-nunjuk atau nak membuat orang lain terasa.


Andaikata hati aku gembira, aku lebih banyak bercerita. Bukan aku sengaja nak upload gambar untuk menunjukkan yang aku hendak meraikan sesuatu. Tidak. Aku lebih suka bergambar bila jiwa aku tidak tenang. Itu saja yang dapat menenangkan fikiranku. Aku ambil gambar dan masukkan kedalam FB. Sedikit sebanyak akan berkurangan kekusutan yang melanda fikiranku. Maaf kepada sahabatku yang tersinggung dan terasa dengan kekasaranku. Aku betul-betul minta maaf.


Thursday, November 07, 2013

Apakah Sumbangan Kita

Aku telah menerima sekeping anvelop dari ketuaku. Aku sudah tahu yang ia adalah keputusan KPI yang akan menentukan berapa bulan bonus yang bakal aku perolehi dan berapa banyak pula kenaikkan gaji tahunananku. Berdebar-debar aku membuka anvelop. Alhamdulillah keputusannya lebih baik dari tahun lalu. Aku cukup berpuas hati dengan keputusan ini sebab aku sudah memberi yang terbaik untuk majikanku dan mereka menilai aku pula dengan begitu baik. Kalau ada rezeki tahun ini maka akulah orang yang paling gembira kerana wang bonus yang bakal aku perolehi bolehlah aku membuat kenduri perkahwinan anak gadisku pada bulan Januari tahun hadapan. Rupanya KPI yang aku perolehi merupakan yang tertinggi berbanding rakan-rakanku yang lain.


Sebelah petang, seorang rakan datang untuk menggantikan tugasku. Telah selesai tugasanku selama 8 jam.
" Hang dapat berapa KPI Ariff ". Tanya rakanku kepadaku. Aku boleh diamkan saja tanpa memberitahu orang lain akan keputusan yang telah aku terima sebab ianya sulit.
" Dapat la 8. ...". Kataku ringkas.
" Tinggi lah tu ". Katanya sambil membuka anvelop
" Sial....Bagi rendah dekat aku. Tak guna...". Sambil memarahi ketua yang menilai kami. Aku sudah mula bengang dengan rakan aku.
" Kira patut la apa yang hang dapat. Depa suruh hang bertugas di sesetengah tempat, hang tak mau pergi. Hang kata tak lapaq ot ". Kataku kepada rakanku. Diam mencuka rakanku. Aku tahu dia tak akan tumbuk aku sebab kami masuk kerja bersama. dari peringkat bawahan hinggalah sekarang ke juruteknik. Rezeki rakanku, kini pangkatnya lebih sedikit dari aku. Aku tak pernah cemburu. Itu rezekinya. Tapi bila keputusan KPI aku melebihi keputusannya dan dia merungut, itu membuatkan aku marah.

" Masa dulu aku bertugas di merata tempat hang perli aku. Hang kata aku rajin buat ot. Padahal ot tu duit upah yang dibayar setelah kita buat tugasan lebih. Tapi arahan itu harus kita patuhi. Aku pegang itu saja ". Terdiam lagi rakanku setelah aku belasah dia cukup. Aku tahu dia tak akan tumbuk aku. Hehe. Kadang-kadang aku terfikir dengan mereka yang hanya mahu yang terbaik dari orang lain padahal dia langsung tidak memberi sumbangan kepada mereka. Serupa ler macam seseorang itu yang hendakkan kita resepi makanan yang lazat tetapi dia tidak memberi apa yang dia ada untuk dikongsi bersama. Hanya satu pihak saja yang memberi.

Samalah kita dengan pekerjaan kita. Kita hanya nak yang terbaik dari pihak majikan sedangkan dari kita tiada sumbangan yang kita berikan bila diminta. Apa  biarlah kita bekerja kerana Allah. Kerana kalau kita bekerja kerana manusia kita pasti mengharapkan sesuatu. Jika kita bekerja kerana Allah dengan penuh amanah dan bila kita perolehi gaji kita terima dengan penuh kesyukuran akhirnya kita mendapat keberkatan dari rezeki Allah.

Wednesday, November 06, 2013

Projek Kerepek Pisang

Aku ke rumah ibu mertua disebelah petang. Memandangkan jarak antara rumah kami hanya tidak sampai 1 kilometre maka boleh dikatakan aku kerap kesana. lagi pun aku sudah berjanji dengan arwah Siti Aishah untuk kerap menjenguk ibunya andai dia sudah tiada.
" Bang...Kalau Siti tak ada nanti...boleh tak abang tolong tengok emak. Emak pun bukannya sihat
". Terbatuk-batuk ketika dia meminta pertolonganku. Aku masih ingat lagi ayat tersebut. Kini aku memenuhi permintaannya tambahan pula ibuku pun sudah tiada jadi ibu mertuaku seperti ibuku juga. Melihatnya seperti aku melihat Siti Aishah


Tersenyum ibu mertua bila melihat aku. Dia sedang berehat di atasa pelantar yang kami bina suatu ketika dahulu.
" Budiman...Semalam angin kuat. banyak pokok pisang tumbang. Budiman boleh tolong tebang pokok pisang dan ambil buah dia ". Aku akur permintaan ibu mertuaku lalu masuk kedalam rumah mengambil parang untuk menebang pokok pisang. Kebanyakkan pisang dirumah ibu mertuaku ialah pisang masam. Pisang ini sedap dibuat cucur kodok dan kerepek. Aku sudah terbayang akan kerepek pisang kesukaanku. Ia diperkenalkan oleh keluarga isteriku bila aku berkahwin dengannya. Semenjak itu bila ada buah pisang masam yang muda, aku akan ambil dan buat kerepek pisang.


Setelah selesai semua, aku mengambil 2 sikat pisang masam untuk aku buat kerepek. Aku bersalaman dengan ibu mertuaku. Senyum ibu mertuaku. sekali sekala aku terbayang seperti siti aishah berada di sebelahnya. terlalu rindu padanya. Bila sampai dirumah terus aku buang kulitnya. Untuk membuatkan pisang kelihatan ori setelah dibuang kulitnya, masukkan sedikit garam kedalam air. Setelah kulit dibuang pisang terus diletak kedalam air garam. Kalau tidak berbuat demikian pisang akan kelihatan kehitaman sebab ianya bergetah. Sebab itu ianya harus direndam kedalam air garam. Itulah yang diperturunkan dari ibu mertuaku kepada isteriku dan akhirnya aku pula yang mengamalkan kaedah ini. 


Bila semuanya telah dibuang kulit barulah aku goreng pisang tersebut dengan menggunakan sejenis perkakas yang boleh memotong timun, sengkuang. Cantik bila melihat pisang yang sedang di goreng kekuningan warnanya.


Bila kerepek sudah sejuk aku gaulkan dengan gula yang telah dimasak dan beginilah hasilnya Kerepek Pisang Gula. 

Sunday, November 03, 2013

Bantu Membantu

Aku masih ingat selepas aku menamatkan persekolahan menengahku, aku sudah bertekad untuk mencari wang. Aku bekerja di kilang tapi tidak lama kerana aku seorang yang panas baran. Pantang kalau aku tidak dibenarkan menunaikan solat. Aku pasti mengamuk. Aku tukar bekerja dikilang yang lain. Juga begitu. Susah untuk orang islam menunaikan solat terutama pada hari Jumaat. Personal Manager orang islam tetapi menjadi boneka. Tidak berani membantu orang islam. Kadang-kadang silap orang islam itu sendiri. Bila dibenarkan keluar untuk solat Jumaat mereka melencung ke tempat lain. Bila diketahui pihak pengerusan akhirnya langkah drastik telah diambil. Begitulah yang telah di ceritakan oleh Personal Manager bila aku berjumpa dengannya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti. Marah juga ayah dan ibuku. Fikir mereka aku tidak tahan bekerja. Setelah aku menjelaskan keadaan yang sebenarnya barulah mereka menyokong keputusan yang telah aku buat.

Suatu hari seorang rakanku beritahu terdapat kerja kosong di Padang Golf Bukit Jambul dan gajinya pula dikatakan lumayan. Apalagi kami pun kesana dan alhamdulillah kami telah diterima bekerja. Bermula jam 8 pagi - 1 tengahari. Pukul 1 hingga 2 petang ialah waktu rehat dan sambung kembali kerja jam 2 hingga 5 petang. Yang membuat aku suka ialah waktu solatku terjamin walaupun terpaksa bersolat dibawah pokok dan bukan dimasjid atau surau. Aku tak kisah kerjaku menanam rumput diatas padang golf. Panas mentari telah membakar tubuhku. Sedikit demi sedikit bertukar menjadi gelap namun aku redho. Disnilah aku berkenalan dengan seorang lelaki India yang bernama Karupiah. Rajin orangnya dan suka ketawa. Walaupun berlainan bangsa dan agama kami tetap menghormati antara kami. Selama 1 1/2 tahun aku bekerja disini dan akhirnya aku telah diterima oleh LLN/TNB. Terus aku terputus hubungan dengan Karupiah.

Bila aku membeli rumah di kediaman baruku, aku bertemu semula dengannya. Nampak berumur dia. Dia masih mengenaliku. Tugasnya seharian ialah mencari botol, tin, plastik dan barang yang telah dibunag di longgok sampah demi menyara 5 orang anaknya yang masih bersekolah. Kadang-kadang isterinya berjalan dari rumah ke rumah bertanya andaikata ada kerja-kerja yang boleh dilakukannya. Pernah dia bertanya aku samada aku memerlukannya untuk menyidai kain baju. Akhirnya aku beritahu isteriku apa saja barang berharga yang hendak dibuang di kumpulkan dan diberi kepada Karupiah. Akhirnya setelah banyak botol dan tin kosong aku memberi kepada Karupiah.

Jiran-jiran yang melihat aku memberi kepada Karupiah terus meminta lelaki tersebut tunggu dan mereka membawa keluar tin serta botol kosong. Akhirnya Karupiah bertemu jalan mudah untuk mendapat barang tersebut. Aku tahu dan aku boleh buat sendiri kerja itu. Aku pernah mengumpul kertas, buku, botol serta tin-tin kosong lalu aku jual di kilang. Tapi biarlah aku menolong dia walaupun antara kami berlainan agama serta budaya. namun islam mengajar umatnya menghurmati sessama manusia. Aku melihat wajah gembira bila orang-orang kampung memberi barang-barang kepada Karupiah. Tambahan pulak Deepavali semakin dekat. Mungkin sudah terbayang dimatanya bila dia menjual barang dan duit yang bakal diperolehi mampu menggembirakan anak serta isterinya.

Sedikit sebanyak aku terasa begitu tenang bila dapat melakukan sesuatu terhadap kawan aku yang aku kenal akan kebaikannya ketika bekerja bersama denganku di Padang Golf Bukit Jambul. Walaupun berbeza agama dan bangsa, itu tidak menjadi halangan untuk kita menolong antara satu sama yang lain. Aku masih ingat bagaimana seorang lelaki cina menolong ayahku sewaktu ayahku lumpuh hasil termakan kulat beracun semasa bekerja sebagai kelasi kapal. Banyak yang mati tapi ayahku masih panjang umurnya. Namun lumpuh membuatkan ibuku terpaksa mencari rezeki dengan membela ayam dan membuat kuih untuk di jual bagi menyambung kehidupan kami.

Setelah ayahku dipertemukan dengan tabib cina dengan rawatan akupuntur akhirnya ayahku dapat berjalan kembali walaupun tidak macam selalu dan diterima pula sebagai guru di Pusat Latihan Perkapalan. Syukur kepada Allah. Kerana mengenang itulah maka aku sedaya upaya membantu Karupiah agar dia turut berasa gembira. Sekurang-kurangnya bila anaknya telah dewasa mereka juga berfikiran sepertiku membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Begitu juga yang diperlukan terhadap seorang yang bergelar pemimpin masyarakat.

Jom Bersenam

Aku mengajak anak gadisku untuk bersenam. Jadi petang kelmarin bertempat di Taman Metropolitan, Relau selepas solat asar kami sudah berada disini. Kalau lewat pasti tempat ini sudah dipenuhi manusia dan terpaksa berlegar-legar untuk mencari tempat nak parkir kereta.


Memang tempat ini tenang dan mendamaikan. Ia merupakan kawasan rekriasi untuk individu dan juga keluarga. Disediakan juga kolam renang untuk anak-anak bermain.


Aku cukup suka mengamalkan senaman untuk kempiskan perut. Dapat melakukan sebanyak 10 kali begini amat memuaskan.


Melakukan aktiviti semacam ini pun amat bagus juga. Begitu banyak peluh yang keluar. 



Walaupun kepenatan, aku masih boleh bergambar dengan anak gadisku. Tapi itulah...muka tarak senyum langsung. Alhamdulillah. Harap-harap aku istiqamah  melakukan begini setiap hari. Pagi aku berlari atas track didalam rumah dan petang disini.

Tuesday, October 29, 2013

Bila Orang Jantan Ke Dapur

Sudah 2 hari ubi kayu pemberian ibu mertuaku berada di dapur. Ketika aku pulang dari bertugas malam hujan turun dengan lebatnya. Malas aku nak singgah untuk membeli makanan. Apa saja yang berada dirumah yang boleh aku dan isteri makan maka itulah makanan kami. Aku menukar pakaian lalu ke dapur. Aku melihat ubi kayu lalu timbul keinginan hendak makan. Terus aku buang kulitnya dan potong. Aku rendam dalam sedikit air garam dan gaul dengan kunyit agar kelihatan kekuningan. Aku beritahu isteriku yang ubi kayu biarlah aku yang buat semuanya. Dia hanya rest pagi ini.


Bila ubi kayu di angkat aku merasa sedikit. Sedap juga tapi ada sesuatu yang tidak kena denganya. Tersenyum isteriku setelah merasa ubi kayu yang aku goreng. Setelah ubi kayu sedikit sejuk mulalah aku melihat kehitamannya. Sekali lagi aku merasa. Masin dan pahit. Mungkin di sebabkan aku rendam dalam air garam dan lgaul dengan kunyit. Hilang selera lalu aku masuk bilik untuk tidur. Hujan masih lebat di luar. Sekejap saja aku sudah terlena.


Jam 1 petang aku terjaga. Aku keluar dan ternampak ada sepinggan ubi kayu yang cantik kekuningan. Tersenyum isteriku melihat aku.
" Abang cuba rasa ubi kayu yang Nah goreng. Ada perbezaan tak ". Kata isteriku dan aku amat mengerti.
" Yang ni sedap. Tak masin dan tak pahit. Tahu ubi yang abang goreng masin dan pahit ". Kata-kataku itu membuatkan isteriku tertawa. Aku terdiam melihat cara isteriku menegur masakan aku. Dia tidak terus berkata tak sedap. Masin dan pahit. Dia meminta aku merasanya terlebih dahulu. Akhirnya aku menghabiskan ubi kayu yang isteriku goreng. Ubi kayuku di berikan kepada ayam jiran. Licin di patuk oleh ayam. Tidak rungutan masin dan pahit. Semua diterima. Itulah bila orang jantan masuk ke dapur sekali sekala begitulah jadinya. Aku bukanlah pandai masak sangat cuma sekali sekala aku tidak mahu memberatkan isteriku. Dia juga harus berehat.

Sunday, October 27, 2013

Cilaka Punya Chicken Pox

Aku dan isteri ke kedai yang berdekatan dengan rumah kami. Tujuannya ialah untuk mencari buaian untuk cucu kami. Terdapat 2 kedai di situ. kami masuk di kedai yang pertama. Setelah mengetahui harganya kami keluar untuk survey kedai yang lagi satu. Harga di kedai yang kedua jauh lebih murah sedikit berbanding kedai yang pertama. Tapi kedai yang kedua membuat tawaran untuk memiliki baby cradle yang lebih baik.
" Kalau you beli yang ini harganya RM145. Kalau rosak you kena tunggu kadang-kadang sampai 2 bulan belum tentu siap ". Terangnya. Aku dan isteri mendengar dengan penuh minat.
" Sekarang saya nak offer you yang lebih baik. Harganya lebih sedikit. RM190. Tapi yang ini kalau rosak sebelum 6 bulan kita akan ganti yang baru. Kalau lebih dari 6 bulan kita akan repair disini juga sebab barangnya ada disini. You hanya duduk dan tunggu saja ". Hasil penerangan dengan bahasa Malaysia yang fasih membuat aku dan isteri bersetuju untuk membeli baby cradle ini dengan harga RM190.

Kami membawa pulang lalu aku memasangnya. Cucu kami merasmikannya untuk kali yang pertama. Nyenyak sungguh dia tidur. Buaian pula bergerak sendiri dengan menggunakn kuasa elektrk. Dunia sudah maju sekarang. Aku masih ingat ketika anak gadisku Siti Zinnirah sewaktu kecilnya. Aku meletakkannya kedalam buaian lalu mendodoikannya dengan tangan sambil mengalunkan lagu nasyid. Sudah berapa lagu yang aku dendangkan. Mata anak gadisku tetap bulat. Apa hal....Pitching aku lari ke sehingga bulat lagi matanya. Akhirnya aku yang tertidur. Bila aku tersedar anak gadisku sudah hilang dari dalam buaian. Isteriku Siti Aishah tertawa melihat aku.
" Hai...macam mana ni.. Ayah yang tidur ". Perli Siti Aishah dan aku hanya tersengih gitu. Bila anak gadisku sudah besar sedikit datang pula adiknya Hermawan. Kaedah ini juga yang aku guna namun sekali sekala aku masih juga gagal menidurkan anak lelakiku. Bulat matanya seperti si kakak.


Kini sudah ada baby cradle dengan kausa elektrik. Begitu nyenyak tidur cucu kami. Masuk hari yang ke enam baby cradle telah menunjukkan sedikit masalah. Kadang-kadang powernya ok. kadang-kadang tidak ok. masuk hari ke 8 baby cradle tidak boleh digunakan lagi. Aku membuka baby cradle untuk dipulangkan ke kedai dan menuntut yang baru. Bila aku sampai kedai tersebut telah tutup. Hairan juga takkan hari Isnin pun tutup. Jaranglah kedai cina tutup pada hari Isnin. Hari Selasa aku datang kembali. Masih juga tutup. Bila pulang kerumah aku mengambil resit lalu menalipon nombor yang tertera pada resit. Seorang lelaki menjawab. Katanya dia adalah tauke kedai. Pekerjanya mengalami sakit sehingga trepaksa menutup kedai. Dia meminta aku datang pada keesokkan harinya.

Kessokkan harinya aku kedai. masih lagi tutup. Aku mengetuk pintu lalu dibuka oleh tauke kedai. Aku menunjukkan baby cradle yang rosak. Di cubanya dan memang betul ia rosak.
" Tak apa. Kita sudah janji mau ganti yang baru, kita akan ganti ". Sambil mengeluarkan yang baru.
" Wa punya pekerja 3 olang kena itu chicken pox. Manyak cilaka la itu chicken pox sampai 3 olang kina. Itu pasai la kedai tutup. Tiada olang mau kilija ". Kata tauke kedai sambil test baby cradle yang baru.
" Yang ini ok haa...". Sambil menunjuk lampu yang menyala dan ia bergerak. Aku mengiakan saja tanda setuju. sambil ia memasukkan baby cradle kedalam kota, tauke cina masih meneruskan rungutannya.
" Nasib baik wa talk kina itu chicken pox. Kalau wa kina mampoi la...sapa mau jaga ini kedai ". Katanya.
" Tak apa tauke. Kalau lu mati ini kedai lu kasi sama saya. Saya jaga elok-elok kasi lu punya nama baik ". Aku bergurau dan ternyata tauke cina tertawa mendengarnya.

" Haha...Tak apa. Wa punya bini pun boleh jaga ini kedai. Lu kina jaga oooo. Itu chicken pox manyak cilaka lah ". Marah sungguh tauke cina dengan chicken pox.
" Saya sudah kena chicken pox tauke waktu sekolah rendah. Orang tua-tua cakap itu chicken pox kena satu kali saja. Lepas tu susah mau kena ". Gurau aku.
" Ai ya...Wa belum kena itu chicken pox. Mampuih mampuih kalau kena ". Katanya sambilo menghulurkan baby cradle yang baru kepadaku.
" Tenkiu tauke sebab ganti baru ". Kataku
" Kalau wa sudah janji, wa tak akan tipu. Itu customer kena jaga ". Aku membenarkan kata-katanya lalu melangkah keluar dari kedai tersebut. Syukur aku dapat yang baru.....


Thursday, October 24, 2013

Kadang-Kadang Allah mendidik Melalui Binatang

Aku tugas petang. Aku singgah untuk membeli 2 biji roti telur. Sebiji untukku dan sebiji lagi untuk 3 ekor kucing. Ibu dan 2 ekor anak kucing. Itu yang aku lakukan. kerap aku terlupa untuk membeli biskut untuk kucing. Jadi terpaksa aku beli apa yang aku makan. Kalau aku makan nasi maka nasilah untuk mereka. Kali rezeki mereka untuk makan roti telur.


Selepas solat maghrib aku keluar untuk mendapat kucing-kucing
" Tehhhh....Ningggg..... ". Aku memanggil kucing-kucing. berlari anak kucing bila nama mereka dipanggil
" Hari ni roti telur..". Aku bergurau dengan anak kucing. hehe. Biol ke aku ni.
Kedua-dua anak kucing pun makan bila aku letakkan roti telur diatas lantai.


Seekor anak kucing mengiau-ngiau mencari ibunya. Sebentar kemudian datang si ibu mendapatkan anaknya. Si ibu di bawa untuk menikmati roti telur. Sambil mengiau-ngiau...
" Mak...malam ni roti telur telur. Sedap mak...". Seolah-olah itulah ayat yang di perkatakan oleh si anak kepada ibunya. Si ibu terus menghidu lalu memakan sedikit. Kemudian ia membiarkan anak-anaknya makan
" Ngiau.....ngiau..". Bunyi si ibu seolah juga berkata, " Makan nak...Emak dah kenyang ".
Kejadian yang berlaku didepan mataku sendiri membuatkan aku begitu insaf. Terasa air panas meleleh di pipiku. Rupanya Allah telah mengilhamkan naluri begitu terhadap kucing-kucing ini. Kadang-kadang Allah mengirim binatang untuk binatang untuk mendidik manusia..Subhanallah....

Wednesday, October 23, 2013

Cerita Hari Ini

Cerita 1

Jam 7 pagi aku keluar menuju ke pasar. Belum merancang lagi apa masakan untuk tengahari nanti. Bila aku tiba di traffic light lampu bertukar warna merah. Seperti biasa sebagai pengguna jalanraya aku harus mematuhi undang-undang jalan raya. Tiba-tiba aku terdengar siren dari belakang...
" Ahhh...sudah. Ambulan tu ". Bisik hati kecilku. Aku harus bergerak sebab aku yang berada dihadapan sekali. Bila aku berjalan baru aku perasan rupanya siren yang berbunyi itu datangnya dari kereta peronda polis. Dia memasuki arah bertentangan. Sebab itu dibunyinya siren. Aku pula ingatkan siren ambulan. Polis yang berada didalam kereta peronda memberi isyarat amaran kepadaku. Aku mengangkat tangan sambil tersenyum sebagai tanda memohon maaf. Tiba-tiba dia memberi signal dan mengarahkan aku ketepi.
" Apa hal pulak polis ni ". Kata hati kecilku. Dia datang kearahku sambil membawa buku. Buku saman la tu.
" Awak tahu apa kesalahan awak ". Tanya pegawai polis
" Tahu ". Ringkas saja jawapanku.
" Habis kenapa buat ". Tanya pegawai tersebut. Keras sikit suaranya
" Memang pada mulanya saya berhenti tapi bila mendengar bunyi siren saya jangkakan yang itu bunyi siren ambulan. Saya harus bergerak dan ia dibenarkan ". Jawab aku dengan panjang lebar.
" Bila saya jalan baru saya perasan yang saya tersilap bila nampak encik masuk laluan bertentangan dan membunyikan siren ". Kataku
" Awak tidak boleh persoalkan saya. Saya urgent ". Katanya.
" Manalah saya tau encik urgent. Yang saya tau saya ingat itu bunyi siren ambulan ". Kata - kataku membuatkan pegawai polis tersebut diam.
" Lain kali jangan buat dah ". Katanya.
" Ok. lain kali saya dengar siren saya tak bergerak ". Kataku seolah-olahnya perli. Geram juga aku. Akhirnya aku tidak beli apa-apa di pasar. Bila tengahari aku keluar dan beli lauki bungkus saja. Terbaikkk...

Cerita 2

Jam 3 petang aku keluar untuk bertugas petang. Sekali aku berhenti di traffic light. Tiba-tiba berhenti couple sebelah aku menaiki motosikal. Aku melihat si wanita tersebut bertudung. Cukup manis bila melihat wajahnya. Bisa membuat jantungku dup dap dup dap dek kerana kemanisannya. Pakwenya kira boleh tahan le handsomenya. Lebih sedikit handsome dari aku. Siap memakai rantai lagi you...
Tiba-tiba aku melihat si wanita tersebut mengambil rokok lalu menghisapnya tanpa segan silu. Mengembur asap di lepaskan. Hodoh juga melihat seorang wanita menghisap rokok. Bertudung pula tu. Kalau teman lelaki tersebut sayangkan teman wanitanya sudah tentu dia menasihati tentang bahaya rokok dan tidak manis seorang wanita menghisap rokok. Bila lampu bertukar hijau masing-masing membawa halauan masing-masing....

Monday, October 21, 2013

Kasih Ibu Tiada Ternilai

Seorang sahabatku telah mengirim kepadaku kucing yang dipelihara olehnya. Aku amat tertarik dengan kecomelan anak- anak kucing. Ada nama Muezza seperti nama nama kucing Rasulullah. Pusa, Bokyeng, Bibah dan lain- lain. Apa yang membuat aku tertarik dengan gambar ini ialah ia menceritakan segala- galanya. Gambar kasihnya seorang IBU.


Gambar atas menunjukkan betapa lahapnya anak kucing makan makanan kesukaan mereka. Mereka masih kecil dan tidak faham apa-apa. Sama juga seperti anak kita. Sewaktu kecil merengek bila perut terasa lapar. Si ibu begitu sabar memberi susuan kepada anak-anak. Si ibu sanggup melakukan apa saja. Hilang keletihan si ibu bila melihat anak mereka kekenyangan.


Gambar kedua menunjukkan betapa sayangnya si ibu kucing kepada anak-anaknya. Dia membiarkan anak-anaknya memakan dahulu makanan yang diberikan oleh tuannya. Dia menanti dengan penuh sabar andaikata masih berbaki maka itulah makanannya. Jika ia kehabisan maka dia akan melihat muka tuannya. Kalau faham tuannya akan renungan si ibu maka dapatlah ia makanan tersebut. Kalau tidak nasib badanlah si ibu. Menurut sahabatku katanya bukan dia tak sediakan makanan untuk si ibu. Sahabatku telah membeli biskut kucing untuknya tapi dia lebih gemar kepada makanan basah. Makanan tidak pernah kehabisan stok bukan untuk si ibu sahaja tetapi untuk 4 ekor kucing lagi. Itu menurut kata sahabatku. Jadi Moral of the story ialah binatang pun mengerti akan kasih sayang. Siapa yang mengilhamkan kasih sayang tersebut kepada mereka. Tak lain dan tak bukan Allah aza wajalla.

 

Disini ingin aku kisahkan tentang kucing kesayangan Rasulullah yang bernama Muezza. Suatu ketika, Nabi saw hendak mengambil jubahnya. Didapati kucingnya Muezza sedang terlelap diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu kucingnya yang begitu enak tidur, Rasulullah memotong belahan lengan yang telah ditiduri muezza.

Ketika Nabi kembali kerumahnya, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasannya Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut badan kucing baginda sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu, akan digendong bersamanya Muezza dan diletak dipahanya.

Sifat Muezza yang Nabi paling suka ialah Muezza akan mengiau ketika mendengar azan seolah-olah seperti sedang mengikut suara azan tersebut. Nabi selalu berpesan kepada para sahabat untuk menyayangi kucing peliharaan seperti keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat.

Abdullah bin Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, " Seorang wanita telah diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, Iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah ".
[ Hadis riwayat Muslim ]

Siapa yang tidak kenal dengan sahabat yang bernama Abdul Rahman bin Sakhr bin Al Azdi. Beliau mendapat jlokan Abu Hurairah yang bermaksud Bapak Para Kucing Jantan kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan di rumahnya.

Wednesday, October 16, 2013

Tahu Tapi Kenapa Langgar - Merokok

Pagi ini aku terpaksa beratur panjang demi roti canai. Banyak kedai yang tidak berniaga. Hanya kedai mamak yang buka. Maka roti canai serta nasi kandar menjadi pilihan masyarakat. Aku suka dengan kedai mamak ini. Pertama kali aku jejak masuk kedalam kedainya walhal sudah lama ia dibuka malah berdekatan pula dengan rumahku. Orangnya tidak sombong dan tidak kedekut. Mintalah kari apa saja. Dengan senyuman dia berikan. Bukannya orang minta banyak pun. Aku memesan sebanyak 6 keping roti canai dan meminta kari ikan. Sementara menunggu roti canai siap mamak membungkus kari ikan untukku.
" Mamu...cukupka kari ikan ". Sambil menunjuk kari ikan yang telah dibungkus.
" Boleh tambah sikit lagi. Tak apa saya bayar lebih pun tak apa ". Kata aku berlapik sebab kebanyakkan kedai mamak amat kedekut.
" Tak pa...tak pa. Cukup ka banyak ni ". Aku berkata lebih dari cukup. Senyum saja mamak. Aku sudah menyukai kedainya.

Datang 2 orang lelaki. Seorang berjanggut dan berjubah dan seorang lagi berteluk belanga. Mereka memesan roti canai dan minuman. Lelaki berjubah tadi menyeluk tangannya kedalam jubah lalu mengeluarkan kotak hkimat. Diambil satu lalu diletakkan dibibirnya lalu menyalakan api. Aku melihat dengan penuh minat. Berkepul- kepul asap yang di keluarkan dari mulut. Dia terus membiacarakan tentang isu kalimah Allah yang menjadi topik hangat di Malaysia.
" Kalimah Allah milik orang islam. Mana boleh orang Kristian nak guna. Kita wajib tentang ". Hebat pendirian mereka tapi yang rokok di bibir itu adakah ia satu kelonggaran atau ruksah. Aku masih ingat tentang fatwa mufti negeri Pulau Pinang yang dikeluarkan pada tahun 1993 yang mengatakan bahawa Rokok Itu Haram.

Dalam surah Al Araf ayat 157 Allah telah bersabda yang bermaksud, " Dan dia ( rasul )
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk ".
Imam Syafie menafsirkan BURUK itu sebagai ' sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji. Rokok dengan mengandungi 4000 bahan kimia beracunnya ada termasuk dalam katogari kotor dan keji ini. Merokok boleh melemahkan umat islam dan membawa mereka kepada maut.

Aku masih ingat ketika isteriku sakit. Dalam tubuh isteriku umpama lebuh raya yang menjadi laluan makhluk jahat keluar masuk. Ada kenalan telah membawa guru tarikat serta pengikutnya untuk merawat isteriku. Aku terima saja asalkan isteriku dapat dipulihkan. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Kalau dia sakit aku juga yang terasa. Kalau dia menangis aku juga begitu. Selepas isteriku di rawat mereka berehat seketika. Aku menghidangkan mereka minuman ringan. Ketua mereka mengeluarkan rokok lalu menghisap didepanku. Ketika itu dalam hati aku berperang. Apakah mereka menghalalkan rokok yang islam sendiri mengatakan haram. Aku hanya mampu diamkan diri sambil tepat mata memandang ketua kumpulan tarikat. Demi isteriku aku hanya diamkan diri walaupun aku begitu tertekan melihat gelagat mereka yang bersahaja menghisap rokok.

Tiba- tiba ketua mereka tersenyum melihat aku tercegat melihat mereka merokok
" Anta terkejut ka tengok kami merokok ". Aku tersentak dengan teguran ketua tadi. Adakah dia dapat membaca apa yang berlegar di hati aku.
" Sebenarnya dalam pengajaran kami, kami mengharuskan menghisap rokok. Ada ketikanya rokok diharuskan ". Aku terdiam sebab belum pernah lagi semnejak aku belajar agama ada ketikanya rokok diharuskan hisap tapi mereka telah melakukan sesuatu yang baik terhadap diri serta isteriku maka aku hanya diam sambil tersenyum mendengar hujah dari mereka. Aku tidak mahu bertengkar. Mungkin mereka mempunyai hujah yang aku sendiri tidak belajar.

Dalam surah An Nisa ayat 29 Allah telah bersabda yang bermaksud,
 " Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya  Allah maha pengasih padamu ".
Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah berkata, " Rasulullah saw melarang mengambil setiap bahan yang memabukkan dan apa yang melemahkan badan ".
Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Rasulullah saw bersabda,"
( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )

Islam melarang sebarang perbuatan yang bboleh memudaratkan orang lain. Rasulullah saw bersabda, " Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin atau menipunya ".
( Hadis riwayat Tarmizi )
merokok mendatang kemudaratan kepada orang lain melalui asapnya.Pembaziran di tegah oleh agama.Allah telah berfirman dalam surah Al Israk ayat 27 yang bermaksud, " Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan ".

Berkata HAMKA. " Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa ".
Fikir-fikirkanlah....Maaf kalau ada yang terkasar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...