Teman-teman

Friday, February 21, 2014

Mereka Juga Berdoa....Cerita Saka

Aku mendapat panggilan talipon dari seorang wanita. Sudah seminggu dia tidak cukup tidur. Kadang-kadang dia terasa seperti ada benda yang memerhatikannya. Anak gadisnya turut merasa tempias. Badannya turut merasa kesakitan. Makan tidak lalu. Asyik marah saja tak tentu pasal. Aku mengajak isteriku menemaniku kerumah mereka sebelum aku membawa perawat.
" Tak pa kita kesana bang ". Tanya isteriku
" Insyaallah. Nah talipon wanita tu dan kata kita nak kesana ". Isteriku terus menalipon. Setelah mendapat keizinan wanita berkenaaan, aku dan isteriku menaiki motosikal menuju kerumah wanita tersebut. Keadaan rumah yang redup dan di kelilingi oleh pokok yang besar membuatkan rumah tersebut kelihatan uzur dan tidak ceria. aku sendiri dapat merasakannya. Isteriku memberi salam lalu dibuka oleh tuan rumah dan menjemput kami masuk. Terkejut dengan pandangan pertama aku. Terdapat 4 ekor didalam rumah mereka. Seekor berada disisi wanita tersebut. Aku dapat agak yang sebelahnya merupakan jin asyik. Dia kelihatan marah memandang aku.

Setelah mendengar cerita dari wanita tersebut, aku berjanji akan membawa seorang perawat untuk membantunya. Pernah isteriku bersungut apa hasilnya aku membantu mereka sedangkan aku juga diserang. Setelah aku menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi kepadaku ketika mana arwah isteriku merintih kesakitan manakala suaminya tidak tentu arah, tenggelam punca mencari orang yang boleh merawat isterinya. Bila sudah berjumpa tidak mahu merawat atas sebab belum tiba hari merawat. Akhirnya isteriku mengalah dan membenarkan aku membantu mereka yang memerlukannya. Aku menghubungi ustaz yang boleh merawat lalu menetapkan tarikh dan bahan-bahan yang diperlukan semasa rawatan. Kadang-kadang aku sendiri yang mencari bahan-bahan bila ada pesakit yang tidak mampu mencarinya. Tiba waktunya aku menanti ustaz ditepi jalan dan membawanya kerumah pesakit. Semasa dalam perjalanan sempat ustaz bertanya apa-apa yang perlu.

" Pak Anjang dah tengok dalam rumah ". Tanya ustaz
" Dah...Ada 4 ekor. Yang sekor tu duduk sebelah. Nampak marah benar dia ". Kataku
" Dia dapat rasa nak dipisahkan hari ini ". Kata ustaz tersenyum.
Kami tiba dirumah lalu memberi salam. Jin asyik sudah mencekak pinggangnya. Mungkin sudah dapat merasai akan perpisahan.
" Pak Jang kata ada 4 ekor. Dimana depa ". Tanya ustaz
" Satu dihujung penjuru kanan. Satu lagi di hujung kiri. Satu lagi berada di ruang dapur ". Kataku
" Aikk...lagi sekor dimana. Pak Jang kata 4 ekor ". Tanya ustaz
" Lagi sekor sebelah ustaz...kih kih ". Aku tertawa gelihati ketika beritahu kepada ustaz. Terkejut ustaz tapi dia buat tak kisah saja. Ustaz pun memulakan sesi rawatan.
" Yang ni jin asyik. Dia dah declare ini kekasih dia. Orang lain tak boleh ganggu ". Lalu menarik jin dan dimasukkan kedalam balang. Aku melihat saja jin itu dimasukkan.
" Pak Jang nampak tak ". Tanya ustaz
" Nampak...Rambut panjang ". Tersenyum ustaz sambil mengangguk kepalanya.

Di tariknya sekor lagi lalu dimasukkan kedalam balang khas. Nampak kepenatan ustaz.
" Kita rehat dulu. Lenguh Pak Jang nak tarik buang ". Aku tersenyum dan aku tahu ini masa untuk ustaz mencerita pengalamannya. Aku cukup suka dengan pengalamannya.
" Pak Jang...Baru-baru ni ada perawat talipon saya. Depa minta tolong saya sebab depa cuba bunuh saka tapi tak boleh. Depa bawa pula yang handal-handal dalam bab rawatan tapi masih tak boleh menyembelih saka. Saya pun kesana dan saya tengok ada 4 orang perawat sedang bergelut untuk membuang saka ". Aku mendengar dengan penuh minat.
" Akhirnya saya minta izin untuk berkomunikasi dengan saka tersebut. Saya tanya saka mengapa dia tak boleh di sembelih. Kata saka dia berdoa kepada Allah. Tuannya telah berlaku kejam padanya. ketika diperlukan dia dijaga dengan elok dan baik. Bila tidak diperlukan lagi tuannya terus nak bunuh dia. Dia berkecil hati terhadap tuannya dan berdoa kepada Allah dan Allah mendengarnya. Subhanallah Pak Jang. Allah tidak sewenang-wenangnya berlaku zalim ". Aku juga begitu terharu mendengarnya. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Allah tidak pernah berlaku zalim.

" Akhirnya saya membuat perjanjian dengan saka tersebut. Kalau dia mahu memeluk islam dia akan dihantar ke Madinah iaitu sebuah perkampunagn jin. Akhirnya saka tersebut bersetuju dan memeluk islam. Saka bertanya saya adakah dia perlu bekerja semasa berada di madinah sebab dia sudah tua. Saya kata dia hanya perlu beribadat kepada Allah. Saka meminta izin kepada saya untuk melihat rupa Madinah lalu saya berdoa kepada Allah agar ditunjukkan madinah. Saka cukup gembira dan tidak sabar untuk dihantar kesana ". Cerita ustaz. Aku benar-benar terhibur mendengarnya.

Ustaz meneruskan tugas merawat pesakit. Di tariknya lagi seekor lalu ditunjuknya kepadaku. Aku mengangguk kepala. Ustaz memasukkannya kedalam balang. Kemudian menarik lagi yang terakhir.
" Ini jin asyik Pakjang. Dia marah sangat nak pisahkan dia ". Aku melihat didalam balang
" Dia masih tak puas hati ustaz ". Kataku sambil melihat jin asyik begitu marah didalam balang dan sekejap lagi akan dibuang. Bila selesai kesemua jin dimasukkan ke dalam balang maka ustaz pun membuang ke satu tempat khas untuk jin yang suka mengganggu.
" Baru-baru ni saya pergi merawat seorang kanak-kanak. Dia asyik main playstation. Emak dan ayah tak boleh tegur. Tegur saja mengamuk. Saya pun kesana. Rupanya jin yang asyik main playstation. Bila saya pujuk jin tu supaya meninggalkan kanak-kanak tersebut, dia buat permintaan. Dia nak playstation sebagai syarat untuk dia keluar dari badan budak tu. Saya terpaksa berdoa kepada Allah agar di beri playstation dan Allah beri jin tersebut sebuah playstation tapi bukan macam playstation seperti yang kita nampak tapi playstation di alam jin ". Aku dan isteri tertawa gelihati mendengar cerita ustaz tentang playstation.
" Kalau anak kita terlalu asyik atau leka dengan sesuatu benda tu..awas mungkin ada gangguan ". Kata ustaz.

Isteriku mengadu kepadaku mengatakan yang tangannya terasa begitu lenguh. Dia minta aku bertanya ustaz
" Ustaz...isteri saya rasa lenguh lengan dia. Boleh ustaz tolong scan ". Ustaz menaikkan keningnya...
" Ish....Pakjang pun boleh buat aih...". Kata ustaz tersenyum
" Saya tak pandai ustaz ". Kataku
" Tak pandai ke tak mau tunjuk...". Kata ustaz. Aku hanya tersenyum dan akhirnya ustaz scan isteriku dan alhamdulillah tiada gangguan pada isteriku.
" Alhamdulillah. Isteri Pakjang tak apa apa-apa. Lenguh biasa saja ". Kata ustaz
" Itu la. Saya tengok pun tak ada apa ". Kataku
" Ha...tu boleh buat ". Kata ustaz tersenyum dan aku malu-malu sebab berhadapan dengan orang yang mempunyai ilmu yang cukup tinggi tetapi tidak sombong. Moga-moga ada pengajarannya buat pembaca semua. In Sya Allah nanti akan ada kisah yang lain.

Tuesday, February 04, 2014

Selamat Hari Lahir

4 Februari  merupakan hari ulangtahun kelahiranku. Tepat jam 0000 hrs isteriku mengucapkan selamat hari lahir kepadaku
" Selamat hari lahir bang. Semoga abang sihat dan dapat buat ibadah dengan sempurna ". Aku mengucapkan terima kasih kepada isteriku dengan ucapan tersebut.
" Abang nak makan apa. Nah nak buat ". Tanya isteriku. Akhirnya setelah berfikir panjang...
" Nah buat laksa. Lama tak makan laksa ". Kataku. Tersenyum isteriku


Jam 7 pagi aku aku bersiar-siar untuk  ke pasar mencari barang untuk membuat laksa.
" Kesian abang. Hari jadi pun kena beli sendiri barang ". Kata isteriku
" Tak apa. Tak kan hari jadi sampai tak boleh buat apa. Tunggu saja semuanya berada di depan ". Kataku. Terus aku keluar ke pasar. Isteriku talipon...
" Bang...Boleh singgah kedai kek tak. Abang beli buah - buahan. Nah nak buat kek buah untuk abang tapi tak ada surprise la ". Tertawa aku mendengar dia nak buat surprise tapi barang aku yang beli. Bila semuanya sudah dapat aku membawa pulang untuk tindakan seterusnya dari isteriku. Aku bertanya samada ada apa-apa yang perlu aku tolong. Katanya tak apa. Dia boleh urus. Apa lagi aku berada di depan tv la jawabnya.


Pukul 1 petang isteriku beritahu yang laksa sudah siap. Tak sabar aku menantinya. Setelah dihidang di atas meja terbau kewangian laksa
" Masyaallah Nah...Sedapnya laksa ". Pujiku. Isteriku kedapur semula lalu membawa kek buah yang dibuat
" Ya Allah...Nah buat kek buah untuk abang ka. Terima kasih banyak-banyak ". Gurauku. Isteriku tertawa gelihati mendengar gurauanku.
" Abang dok buat maharaja lawak pulak. Macam la tak tau Nah buat kek ". Kata isteriku. Akhirnya kami berdua tertawa gelihati. terima kasih isteriku kerana sanggup buat yang terbaik untukku. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakanku di FB yang begiru ramai memberi ucapan selamat hari lahir untukku. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Sunday, February 02, 2014

Kisah Mamu

Sebut nama Mamu pasti orang sudah dapat membayangkan rupanya. Begitu juga dengan aku tatkala menerima email dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mamu. Dia merupakan pembaca blog Warna Nostalgia. Pada mulanya dia hanya seorang silent reader dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghubungi aku. Setelah 6 bulan berbual di Masengger dan Whassup akhirnya dia ingin berjumpa dengan aku. Kebetulan tempat aku bertugas berdekatan dengan tempat tinggalnya jadi bila aku pulang dari kerja terus aku singgah di restoran Nasi Kandar Zamrud di Juru. Sudah terbayang bagaimana rupa Mamu.

Bila memasuki restoran, aku telah disapa oleh seorang lelaki. Rupanya inilah Mamu. Rupanya tidaklah seperti Mamu Pulau Pinang yang aku gambarkan. Orangnya muda. Bergaya. Kacaklah juga. Hehe. Umurnya lebih muda dari aku. Kami bersalaman dan aku meminta Nescafe ais.
" Bang order la roti canai " Kata Mamu tapi aku hanya minta minuman saja.
" Saya tertarik dengan cerita abang yang berbagai di dalam blog. Yang paling menyentuh hati saya bila membaca saat abang di uji ". Aku hanya tersenyum mendengar pujian Mamu tentang blogku
" Saya menulis di dalam blog pada mulanya hanya untuk menghilang tekanan perasaan bila melihat isteri saya sakit ". Entah macam mana ada pula orang yang memberi komen dan semangat. Terus saya update setiap apa yang berlaku terhadap isteri saya sehinggalah saat ia meninggal. Akhirnya saya tidak dapat berpisah dengan blog dan penulisan. Sekarang saya masih mampu bertahan dengan berbagai cerita yang tidak menarik ". Cerita aku dengan panjang lebar.
" Menarik aihh...cerita abang. Ramai yang membaca termasuk saya ". Puji Mamu dan aku hanya tersenyum manis gitu.

" Mamu dah kahwin ka ". Terus aku bertanya dia. Tersipu- sipu malu Mamu
" Belum lagi bang tapi sudah ada teman wanita. Abang nak tengok gambar teman wanita saya ". Belum sempat aku mengaku gambar teman wanita telah dihulurkan Mamu kepadaku.
" Cantik teman wanita Mamu ". Aku memuji dengan ikhlas sebab dari penglihatan mataku yang sepet ini memang teman wanita Mamu seorang yang cun melecun.
" Abang...Teman wanita saya ni kasar sikit orangnya ". Kata Mamu
" Apa yang kasarnya Mamu ". Aku bertanya
" Kalau dia marah, macam- macam ayat dia keluarkan tapi saya cukup sayang dia abang sebab walaupun dia kasar tapi hati dia baik ". Kata Mamu dengan penuh semangat.
" Abang tolong bagi tips sikit untuk saya macam mana nak jaga hati pompuan ". Tanya Mamu tapi aku yang pening.

" Saya ni Mamu..bukanlah pandai sangat bab- bab ni. Saya tak pandai ambil hati orang pompuan. Saya ni bukan jenis yang suka mengayat. Kalau ada orang pompuan yang berkawan dengan saya tentu dia dah tinggalkan saya ". Mamu tersengih mendengar kata- kataku.
" Tapi Mamu...kalau teman wanita Mamu ni kasar....Mamu kena cool sikit. Jangan dua- dua kasar ". Caca marba jadinya ". Itulah kali pertama aku berjumpa Mamu dan kini sudah 9 bulan kami berkawan. Melalui WhatsApp Mamu menghubungiku.

Suatu hari aku menerima whatsaap dari Mamu. Katanya ingin berjumpa aku. Nak minta pandangan. Lepas aku selesai tugas malam terus aku ke restoran untuk bertemu mamu. gelisah nampak Mamu
" Bang...kami bergaduh. Dia block WhatsApp, Viber dan Kakao. Saya langsung tak boleh contact dia. Call pun dia tak mau jawab ". Aku hanya diam saja. Aku juga kena block dengan kawanku. Itu hak dia.
" Ala...Toksah dok ghaflah la. Relax. Buat tak tau sudah ". Itu saja yang mampu aku jawab sebab aku sendiri pun pening dengan masalah aku. Mamu terdiam mendengar jawapan dari aku.
" Macam ni lah Mamu. Kalau hang call dia tak jawab, hang hantar mesej sudah. Hang kata hang minta maaf. Kalau dia buat diam juga hang lupalah dia. Hang cari orang lain. Mungkin yang tu bukan jodoh hang ". Nasihat aku membuat Mamu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Saya sayang dia bang. Saya tak boleh hidup tanpa dia ". Sedih Mamu
" Hang solat dan berdoa banyak-banyak dekat Allah. Kalau hangpa dua ada jodoh In Sya Allah dia akan maafkan hang. Jangan putus asa ". Pandainya aku nasihat Mamu. Masalah aku pun tak boleh selesai.

Beberapa hari kemudian Mamu menghubungi aku. Ceria suara Mamu. Mesti ada berita gembira
" Bang...Kami dah berkawan balik. Dia dah unblock balik whasaap, viber dan kakao ". Lucu aku mendengarnya. Bila time marah habis semua kena block.
" Ok lah tu. Moga hangpa dua ada jodoh hingga mendirikan rumahtangga ". Ringkas saja aku menjawab
" In Sya Allah bang. Saya dok bincang dengan ibu bapa saya. Nak masuk meminang dia ". Kata Mamu
" Alhamdulillah. Saya doakan moga hangpa berdua beroleh kebahgiaan. Jangan gaduh-gaduh. Sikit-sikit tu tolak ansur la ". kataku. Seronok bila mendengar pasangan yang bercinta dan kemudian bergaduh. Akhirnya akan meniti hari bahgia. Semoga kami juga begitu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...