Teman-teman

Wednesday, December 29, 2010

Jom Ke Pesta Pulau Pinang

Pesta Pulau Pinang telah menghampiri penghujngnya. Aku seperti selalu dimana dipenghujungnya aku pasti mencari benda yang di offer. kini kedua-dua anakku mengajak aku dan isteriku ke pesta. Kesian juga aku terhadap mereka. Dengan keadaan aku yang baru baik demam yang kedua kali aku gagahi melangkah walaupun kaki terasa masih lagi sakit. Niat dihati juga ingin mencari gambar kaabah dan ukiran khat Al-Quran untuk rumah baruku. Masa inilah ada offer. Sebelum membeli kami pasti ketempat permainan. Anakku membawa anak saudara sebelah arwah isteriku. Cukup seronok mereka bila melihat berbagai jenis permainan. Siap duit saja. Aku mengajak isteriku menaiki Euro Wheel. " Nah tak mau naik. Gayat sangat ". Itulah ayat power dia walaupun berkali-kali aku merayu. Akhinya aku pun turut tak naik sebab buat apa naik sorang-sorang kan.

Inilah saja yang aku paling minat naik.

Kami ke rumah Haunted Castle pula. Aku tercegat memerhati rumah tersebut. " Awat ayah. Ada ka hantu '. Tanya anakku bila melihat aku begitu asyik melihat. Memang benar nama pun rumah hantu sudah pastilah ada hantunya. Dia duduk didepan pintu masuk seperti mengalu-alukan kedatangan tetamu. Aku menunjuk kearah pintu tersebut. " Ayah jom kita masuk dalam scan ". Kata anak lelakiku. Setelah dipujuk, aku mengalah juga. Kami naik kereta berdua. Bila masuk kedalam tak sempat nak scan sebab bahayanya roller tersebut. Hampir tercabut keluar kami dari roller tersebut akibat corner maut. Kalau kanak-kanak tidak memegang kuat handle roller sudah pasti akan berlakunya kemalangan.

Patutla aku mendengar jeritan dari dalam. Ingatkan terserempak dengan hantu. Rupa-rupanya menjerit takutnya dengan corner maut roller tersebut. Aku masih ingat tahun lepas kedua-dua anakku mencabar aku menaiki Top Gun. ketika itu aku masih lagi terlalu bersedih diatas pemergian arwah isteriku. Aku tahu anak-anakku ingin melihat ayah mereka tertawa seperti selalu maka inilah caranya. Aku menerima cabaran itu demi menjaga hati mereka bahawa ayah mereka ok. Dalam hatiku tiada siapa tahu betapa aku terbayang saat-saat indah sewaktu kami anak beranak berada di permainan ini. Euro Wheel menjadi teman antara aku dan arwah Siti Aishah. Sambil menikmati panorama pesta dari atas kami berbual-bual kosong. Sebab itu aku mengajak isteriku sekarang untuk menaiki benda yang sama tapi tak dapat.

Hantu betul berada di pintu masuk seperti dalam gambar " DiSini ". Diperhatinya mereka yang masuk kedalam.

Kedua-dua anakku begitu gembira bila aku sudah berada diatas top gun bersama mereka. Makin lama makin laju dan akhirnya aku terpaksa menjerit kuat sebab rasa macam nak tercabut jantung aku. Tertawa mereka berdua bila melihat aku terketar-ketar berjalan setelah turun dari top gun. " Lain kali jangan cabar ayah. Ayah dah taubat nasuha ". Kini mereka cabar lagi sekali. Cepat-cepat aku surrender. " Ayah jom kita tangkap gambar dengan ular '. la tak dapat cabar aku naik top gun depa cabar aku bergambar sambil ular berada diatas tengkok. " Tangkap gambar dengan hantu tak apa lagi. Ular sorry la. Ayah tak mau ". Cakap biar teghang seperti kata P. Ramlee Dalam filem Ali Baba Dengan 40 Penyamun.

Akhirnya kami kegerai jualan. Aku membeli gambar kaabah dan khat Al-Quran. Harga untuk kedua-duanya sekali ialah sebanyak RM100. Memang cantik pemandangan kaabah kalau di suis ON lampu. Terasa sejuk mata memandang dan hati sekali lagi ingin kesana. " Ayah esok kita pergi jala ikan ". Tanya anak lelakiku. Sudah 2 tahun aku tidak memegang jala. Bukan tidak teringin tapi entah kenapa bila ada nait nak kepantai pasti ada saja halangannya. Dipantailah yang paling banyak kenangan aku bersama arwah. Aku menjala ikan manakala isteriku menemaniku sambil mengait baju diatas batu. Mungkin Allah tidak mengizinkan memori itu diulang tayang. Aku akur dengan harapan suatu hari aku dan isteriku Rosnah akan kesini untuk menjala. Bila...wallahualam.

Monday, December 27, 2010

Cita Rasa Tak Sama

Aku dalam fasa terakhir sebelum berpindah. Dijangkakan pada Ahad 2 jan 2011 kami akan berpindah kerumah baru. Sebelum itu kami sudah mula mengecat. " Abang nak cat warna apa di ruang tamu " Tanya isteriku. " Biru muda ". Jawab aku spontan. " Abang ni asyik dengan warna biru saja. Rumah abang yang lagi satu pun warna biru ". Kata isteriku. Aku hanya tersenyum. Akhirnya mengalah juga dia dengan citarasa aku. Seronok tak terkira bila warna kesukaan aku tidak dibantah. " Ruang atas Nah nak cat warna pink ". Tersenyum dia bila melihat aku pula tergaru-garu kepala. Memang isteriku peminat warna pink. Akhirnya rumah kami mempunyai dua warna hasil dari dua orang yang mempunyai citarasa yang berbeza.



Tersenyum puas hati isteriku bila ruang atas semuanya dicat dengan warna pink termasuk dengan tikar getah. Tak apalah akhirnya aku mengalah juga bila dapur pun dia nak warna pink. Aku dapat warna biru hanya di ruang tamu dan bilik tidur. Kakak ipar tertawa bila mendengar cerita kami. " Hang pa dua orang ni memang pelik. Tak pa janji hangpa bahagia sudah la ".

Friday, December 24, 2010

Gedebum Kereta Di Hentam

Sudah pasti ramai orang mengimpikan kehidupan tinggal di kampong. Suasananya yang sunyi dan aman membuatkan ada yang menyewa dan membeli rumah. Semenjak aku tinggal di kampong isteriku setahun lebih aku dapat merasakan suasana ini tidaklah aman sangat. Yang membuat aku tension ialah jika cuti sekolah. Kanak-kanak dengan kenakalan mereka dicampuri pula dengan sikap ibu bapa yang suka menengking anak serta mencarut terhadap anak mereka. Kini bila anak-anak bergaduh sesama mereka maka keluarlah perkataan lucah dari anak-anak tersebut. Ibu bapa yang mengajar anak-anak hanya memarahi anak-anak apabila terdengar padahal merekalah yang mengeluarkan perkataan itu.


Kadang-kadang bila aku pulang kerja shif malam, nak melelapkan mata pun susah sebab tempat permainan mereka berdekatan bilik aku. Silap sikit menangis dan menjerit dan akhirnya mencarutlah. Mau tak mau aku terpaksa tutup telinga dengan bantal. Aku rasa lebih enak tinggal dirumah sendiri walaupun rumah pangsa. Yang menjadi kemarahan orang kampong ialah suka race basikal macam litar sepang. Pernah aku terdengar orang-orang kampong merungut dan berkata, " Suatu hari pasti salah seorang dari mereka akan berlanggar dengan kereta ".

Selepas selesai solat zohor aku bercadang membeli perkakas letrik untuk rumah baruku. Heater, kipas angin dan banyak lagi barangan yang tidak boleh dimuat dengan motosikal. Terpaksa aku menggunakan kereta. Sewaktu menghampiri selekoh sebuah basikal yang dikayuh dengan lajunya melintas depan aku. Terkejut beruk budak tu bila melihat kereta aku datang terus masuk kedalam hutan berdekatan. Seorang lagi rakanya yang mengejar dari belakang akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa lagi terus menghentam kereta aku. Akibat hentaman kuat dia melambung diatas bonet kereta aku. Tergamam aku dengan tiba-tiba saja basikal menghentam kereta aku.

Akibat ketakutan budak itu akhirnya bangun dan sambil terhincut-hincut mengheret basikalnya yang telah menjadi nombor 8. Aku keluar dan menggaru kepala bila melihat kereta yang baru dibeli setahun lebih telah kemek. Orang kampong berdekatan keluar apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat. Aku terus memandu kereta dan merasa hairan kenapa lain macam saja keadaan kereta. Bergegar-gegar bila dipandu. Aku berhenti distesen minyak untuk melihat apa masalahnya. Terkejut aku dibuatnya bila melihat tayar belakang telah pecah dengan kesan tusukan yang kuat. Setelah menukar tayar spare aku terus kekedai untuk membeli perkakas elektrik dan pulang kerumah.

Termenung aku melihat kesan pada kereta baruku. Jenuh juga isteri memujuk agar lupakan saja peristiwa itu. " Tak pa bang kereta tu kita boleh buat balik. Janji abang selamat dan budak tu pun tak ada apa. Syukurlah bang ". Pujukan isteriku membuatkan aku terus lentur dan melupakan terus kisah hentaman. Sedang asyik makan kuih datang bapa budak tersebut. " Encik saya nak claim duit basikal dan ubat anak saya. Encik tak nampak ka anak saya tunggang basikal. Kenapa encik tak brek ". Kata-kata bapa budak tersebut membuatkan darah aku terus menyirap. Tangan aku sudah menggigil menggengam penumbuk. Cepat-cepat isteri aku menarik tangan aku.

" Hang tau anak hang naik macam hantu. kalau hantu lintas pun tak sempat elak ". Kata-kata aku membuatkan rakan sebaya anaknya yang bermain bersama ketawa. Yang aku pun macam mana boleh keluar ayat giller tu. " Hang tanya orang kampong macam mana anak hang naik. Depa buat macam litar sepang jalan ni ". Kata-kata aku disokong kuat oleh jaran sebelah yang menyaksikan peristiwa itu. " La ni aku nak claim dekat hang. Hang tengok tayar pecah. Kos dia RM150 sebiji. Ni kemek mau dekat RM400 untuk repair balik. Macam mana hang boleh bagi ka ". Tergaru-garu kepala bapa budak tersebut. " Bang saya minta maaf. Saya orang miskin. Duit tak ada. Kami pula baru masuk islam ". Memang aku tahu mereka sekeluarga telah memeluk islam. Sebab itu aku diamkan saja dan tak mahu memanjangkan perkara itu.

Bila aku terus disergah mulalah aku pun naik sheh. Akhirnya kami mengmbil keputusan menyelesaikan perkara itu tanpa ada apa-apa tuntutan. Aku terus kekedai untuk menukar tayar baru. Akhirnya aku kena charge sebanyak RM170. Itu baru tayar. Tak termasuk kemek di pintu kereta. Aku merungut pada isteri. " Tensionlah tinggal di kampong macam ni. Lagi boring kalau cuti sekolah. Anak-anak tak ada aktiviti maka inilah jadinya ". Diam isteriku. " Abang baru tinggal setahun lebih. Nah sudah disini selama 17 tahun lagi macam-macam masalah yang ada ". Betul juga kata isteriku.

Kini dirumah baruku sepanjang aku keluar masuk untuk membersih kawasan tak ada aku melihat kanak-kanak melintasi rumah kami. Mendengar suara kanak-kanak dari flat sebelah yang berpagar adalah. Mungkin apabila kami berpindah kerumah baru suasana keriuhan kanak-kanak pasti rindui. Nak marah kanak-kanak yang tidak mengerti akan budaya masyarakat tidak kena pada tempatnya. Aku melihat di kawasan kampong isteriku tidak ada orang yang mengambil inisiatif membuat satu program untuk kanak-kanak ketika cuti sekolah. Aku memang berhajat nak buat program kanak-kanak disitu tetapi aku sendiri tidak kenal dengan ketuanya. Aku akan memasuki mukim yang baru. Harapannya agar semuanya berjalan lancar.

Bergembiralah Wahai Wanita

Memandangkan hari ini hari Jumaat sebelum aku menulis cerita lain aku paparkan sedutan video yang agak menarik walaupun pendek tetapi sudah cukup menggambarkan bahawa betapa bertuahnya seseorang yang bergelar wanita. Tontonlah.....


video

Tuesday, December 21, 2010

Jangan Amalkan

Sudah beberapa hari aku mengalami sakit kepala. Sahlah rambut dah panjang. Semenjak dari kecil hinggalah dewasa, tidak pernah aku menyimpan rambut panjang. Kalau panjang maka sakit kepala dibuatnya. Pernah aku buat gila, aku suruh tukang gunting rambut potong sampai nampak kepala ala shaolin temple. Apalagi marah arwah isteriku bila melihat kepala aku yang shining. tapi bila kena air terasa begitu nyaman kepala. Idea ketika itu datang mencurah-curah. Lirik-lirik lagu serta ciptaan lagu begitu mudah dicipta. Itu dulu. Kini entah kenapa mood untuk mencipta lagu nasyid seperti hilang terus dariku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa. Aku terus memecut motosikal untuk menggunting rambut. Tukang gunting pula tak boleh lihat aku. Maka bermula topik politik. " Abang malam ni Anwar datang ka bang ". Aku mengiakan saja pertanyaannya. " Petang ni Tian Chua ka ". Aku hanya diam membisu. " Bang kita di sini nak buka cawangan Keadilan. Kami sudah dapat orangnya ". Begitu bersemangat sambil gunting sambil bersembang.

Tiba-tiba pintu kedai dibuka. Langkah masuk seorang lelaki sambil tangannya dipimpin oleh anaknya. Aku hanya memerhati saja mereka. Sambil leka dengan tukang gunting, aku di tegur oleh lelaki tersebut yang dipimpin oleh anaknya. " Ini Ariff Budiman ka ". Suaranya berkulum mengatur ayat. Aku hanya tersenyum serta mengiakan saja. " Hang tak kenai aku ka. Ini Lan masa sekolah rendah dan menengah kita tak pernah berpisah ". Ya Allah aku tersentak bila menyedari bahawa dia merupakan rakan kelasku semenjak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Masa sekolah menengah kalau sukan aku merupakan pelari jarak dekat iaitu 100m , 200m dan 4 x 100m manakala rakanku merupakan pelari jarak jauh iaitu 400m dan 800m.

" Sorry Lan aku tak kenai hang tadi. Hang tak sihat ka ". Aku sengaja bertanya walaupun dari pertuturan dan jalannya aku sudah mengagak yang dia mungkin diserang stroke. " Aku kena stroke Ariff. Semua disebabkan aku suka makan nasi kandar. Pagi nasi kandar dan teh tarik. Petang pun sama dan malam kadang-kadang bila berjumpa kawan kalau tak nasi kandar sudah pasti roti canai ". Aku memberi tumpuan sepenuhnya pada rakanku ini. " Kadang-kadang jam 2 pagi bila teringat nak makan nasi kandar terus aku pergi berseorangan. Akhirnya Ariff pada jam 4 pagi aku terus diserang stroke. Nasib baik ada isteri dan anak-anak dirumah. Ni kira boleh jalan sikit sebab dah mengurut ". Takut juga aku mendengar tentang penyakit segera dizaman ini.

Aku begitu terkesan bila melihat rakanku dan mendengar ceritanya. kini sudah 3 hari aku tidak menyentuh nasi. Pagi, tengahari serta malam aku hanya makan roti gandum cicah dengan kuah kari. Akibat rajin juga aku berjoging, dalam masa 3 hari saja sudah turun 1 kilo. isteriku pun sudah mengikut cara makan aku. Entah betul entah tidak cara pemakanan aku. Dia sudahlah kurus maka akan bertambah kuruslah lagi dia. " Nah macam ni pun sudah cantik. Tak gemuk dan kurus. kalau lagi kurus akibatnya abang tak pergi kerjalah '. Tersenyum dia menerima usikan dari aku. " Dah tua cantik apa " Kata isteriku. " Aishh...tua cara tua cantiknya. Muda cara muda cantiknya. Tapi Nah tak makan tua la. Masih lagi bergetah ". Pujiku. " Ala..bang tok sah pujilah. Nah tak makan dengan pujian ". Aku tertawa dengan kata-katanya. Memang seronok kalau aku dapat menyakat isteriku. Terhibur bangat. kepada pembaca yang baik hati. Tolong berikan tips-tip cara pemakanan yang baik. Boleh tak.

Monday, December 20, 2010

Menggeletar Pegang Wang

" Encik wang telah pun dimasukkan kedalam akaun ". Aku menerima panggilan talipon dari kerani bank Islam. Selepas tiga hari aku ke bank semula untuk mengeluarkan wang dan diserahkan kepada penjual rumah. Aku menalipon lawyer memberitahu yang aku akan menyerahkan wang sebanyak RM80,000 dan meminta agar lawyer turut berada didepan kami dan terus menandatangani perjanjian. " Banyak encik keluarkan wang ". Kerani wanita bertanya sambil meneliti borang pengeluaran. " Tak da la. Duit nak beli rumah ". Terangguk-angguk kepala kerani mendengar penjelasanku.

Selepas menunggu selama 20 minit akhirnya aku diminta mengambil wang didalam sebab ia melibat pengeluaran yang besar. Seramai 3 orang kerani berada disitu untuk menjadi saksi diikuti dengan pengawal keselamatan. " Hati-hatilah encik bila bawa keluar duit ni. Kami sendiri pun takut ". Kata kerani yang sedang mengira wang dimesin. Kata-kata itu membuatkan aku sedikit gusar dan risau. Aku memerhati disekeliling pejabat. Disebelah kami seorang kerani sedang menaip sms. Sekejap dia perhati dekat aku. Otak aku sudah menjadi jahat. " Jangan-jangan dia hantar sms dekat rakannya suruh sekat aku ". Bisik hati kecilku. Ya la siapa yang tidak risau dengan kejadian yang kerap menimpa ketika keluar dari bank.

" Ok encik semua cukup RM80.000. Hati-hati sikit. Encik nak minta pengawal keselamatan escort ka ". Tanya kerani bank. " Tak pa terima kasih banyak. Saya boleh handle sendiri ". Begitu yakin aku menjawab walaupun tanganku terketar-ketar memegang wang yang berjumlah puluhan ribu. Dalam hidup aku inilah pertama kalinya aku memegang wang sebanyak ini. Aku terus memasukkannya kedalam beg laptop aku. Aku start motosikal lalu beredar. Aku lalui berbagai-bagai lorong macam cerita spy yang membuat helah. Hujan pula turun begitu lebat. Aku singgah dulu dirumah lalu aku tunjuk wang kepada anak lelakiku. Terkejut dia melihat aku begitu berani membawa wang yang banyak.

Akhirnya dia tidak mengizinkan aku pergi keseorangan. Biarlah dia yang membawa kereta walaupun bahunya masih lagi kesakitan akibat kemalangan tempuh hari. Takut pula dia kalau terjadi apa-apa hal dengan ayahnya. Akhirnya kami sampai ketempat perjanjian. Setelah menandatangani perjanjian aku pulang kerumah dengan hati yang lega. Syukur tidak berlaku akan perkara yang tidak diingini. Aku cerita kepada isteri. Kena marah kali kedua sebab terlalu berani. Biarlah aku diam dari menjawab. Lagipun benda dah selesai. kini aku dalam proses mengangkut barang-barang. Jangka akan berpindah pada penghujung bulan ini. Semoga Allah permudahkan.

Sunday, December 19, 2010

Jemputan Dari Silent Reader

Tarikh 18 Bisember 2010 maka genaplah 2 tahun Siti Aishah pergi meninggalkan kenangan kepada kami. Memang benar seperti kata Bearcat, pada tahun ini juga dugaan bersilih ganti menimpa keluarga kami. Bagi yang mengerti akan dugaan ini sudah pasti mengambil sikap positif. Tidak ada yang merungut mengapa Allah memberi dugaan yang amat berat ini. Sudah pasti akan ada hikmah yang akan disedari kemudiannya. Pada tarikh ini aku, anak-anak serta keluarga mengambil keputusan untuk mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka yang telah pergi mendahului kami.

Dalam kesibukan aku hendak menguruskan kenduri doa selamat, aku telah menerima email dari seorang silent reader Mohd Hazrin yang akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama. Begitu berharap dia agar aku dan isteri dapat hadir di majlis kenduri kahwinnya. Memandangkan tempatnya tidaklah begitu jauh iaitu di Komplek Sukan Balik Pulau maka aku dan isteri bersetuju untuk hadir

Setelah selesai kenduri unrtuk arwah isteriku kami bergegas pula ke Balik Pulau. Alhamdulillah akhirnya dapat bertemu dan berpelukan. Aku sempat mengucapkan tahniah diatas perkahwinannya. Begitu bersemangat Mohd Hazrin menceritakan kepada isteriku bagaimana dia mengenaliku melalui blog. Tersenyum isteriku mendengar. " Abang cerita apa dalam blog ". Tanya isteriku sebelum makan. " Tak adalah, abang ceritakan kisah hidup selepas kematian Aishah dan selepas perkahwinan kita berdua didalam blog". Diam isteriku mendengar penjelasan dariku.

Aku pulang dengan rasa syukur kerana dapat memenuhi permintaan dari silent reader yang baru membaca blog aku. Doaku kepada mereka semoga bahagia berkekalan dan be a good listener kepada pasangannya.

Wednesday, December 15, 2010

Maha Suci Allah

Aku menerima sekeping gambar dari seorang sahabat. Aku tak dapat berkata-kata apa lagi bila menatap gambar ini. Hanya perkataan subhanallah yang terkeluar dari mulutku. Apa tidaknya didalam gambar ada kedua-dua isteriku. Gambar ini dirakam sekitar tahun 2006 sewaktu aku dan isteri serta sahabat-sahabat lain dari NGO Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) telah mengadakan program sumbangan untuk ibu-ibu tunggal menjelang hari raya aidil Fitri. Dalam senarai peserta sumbangan nama isteriku Rosnah telah dimasukkan.



Tersenyum isteriku Rosnah ketika itu sewaktu bersalaman dengan arwah isteriku Siti Aishah. Kini siapa sangka Rosnah telah mengambil tugasan sebagai isteriku setelah ketiadaan Siti Aishah. Itu semua merupakan perancangan Allah. Pada masa itu tidak terlintas langsung dibenak hatiku ingin memperisterikan Rosnah. Biarlah Siti Aishah bersamaku sehingga di penghujung nyawa. Tapi kita sebagai manusia hanya layak berdoa dan penentunya ialah Allah. Pada 18 Disember 2010 merupakan tarikh keramat yang aku serta anak-anak tidak dapat melupakan. 18 Disember Siti Aishah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Kini hanya kenangan indah masih terpahat didada ini betapa rindunya aku terhadap seorang wanita yang bergelar isteri bernama Siti Aishah. Semoga kita dapat bertemu diakhirat nanti. Al - Fatihah.....

Monday, December 13, 2010

Cepat Sebelum Terlambat

Anak saudaraku telah membuka warung roti canai. Anak gadisku tiba-tiba teringin nak makan roti pisang. Last sekali aku juga kena beli. Selesai pusing-pusing aku singgah di kedai menjual buah2an. " Tauke lu punya abang Ah Chan betoi ka sudah mati ". Itulah ayat pertama aku yang terkeluar dari mulut setelah berjumpa tauke kedai pisang. Aku bertanya adiknya sebab aku dengar yang abangnya penat disebelah pagi dan meninggal disebelah petang setelah baru dibawa ke hospital. Aku amat mengenali abangnya semenjak aku dari bangku sekolah rendah lagi. Aku kerap membeli ais ketul darinya. Bila datang hari raya tak menang tangannya dibuat dek serbuan warga Sungai Ara yang ketika itu susah membeli peti sejuk.

setelah aku dewasa, khidmatnya masih juga diperlukan. Kalau kenduri kendara di surau dialah yang dicari. Bila sampai sudah pasti mendapat free sebab dia nak sedekah kepada surau. katanya untuk dapat pahala. ' Betoi wa punya abang Ah Chan sudah mati. Baguih juga dia mati. Bukan wa busuk perut sama wa punya abang tapi kalau dia talak mati sapa mau jaga sama dia. Duit sulah tintu habih punya '. Begitu panjang lebar adiknya menjawab dan begitu jauh pandangannya mereka jikalau abangnya tidak mati. " Tapi lu punya abang banyak baik hati. Dia tak pernah angkat duit bila kami surau pesan sama dia ais. Dia cakap mau sedekah pada surau mau cari pahala ".

Bukan aku sengaja memuji abangnya tapi itulah kenyataannya. Abangnya cukup peramah dan tidak lokek. Kalau sifat ini ada pada orang islam alangkah indahnya bila tiba saat kematiannya. " Wa pun tak ada mau cakap apa-apa lagi pasai wa punya abang. Moga tuhan Ala terima dia dan kasi dia pahala ". Begitu tinggi pengharapan mereka. Mereka yang bukan islam pun mahu pahala dari tuhan Ala. Kita yang islam warisan masih lagi tercari-cari arah yang nak dituju. Diberi amanah. Kita pecahkannya kemudian berdoa mahu pahala. Diberi tanggungjawab. Diabaikannya. Bila diberi kuasa kita menyalahkan guna kuasa. Berani pula kita berdoa kepada Allah mahukan pahala dan syurga. Disuruh tunaikan tanggungjawab terhadap Allah. Tak buat. Berani pula berdoa agar diberi rezeki, pahala dan harapan mendapat syurga kelak. sungguh tidak malunya kita. Jadi jikalau anada atau anak-anak anda yang berumur 21 tahun segeralah mendaftar sebagai pengundi yang sah sebelum terlambat.

Saturday, December 11, 2010

Hanya Kerana kesilapan kecil

Selepas pulang dari solat Jumaat aku terus kedapur untuk makan. Ketika tangan baru nak menyuap nasi baru teringat nak belek handphone. Manalah tahu semasa aku tengah solat ada call masuk. Bila melihat saja di skrin aku tergamam sebab ada sebanyak 8 miss call. Aku terus menalipon anak gadisku. " Ayah adik accident. Dia mengadu sakit dada dan sukar bernafas ". Bagaikan terkena halilintar aku begitu terkejut dengan berita ini. Aku terus tinggalkan pinggan nasi dan menalipon isteriku memberitahu kejadian yang baru menimpa anakku.

Boleh lagi tersenyum walaupun sakit dada

Sampainya aku di rumah mertuaku, aku melihat anakku pucat mukanya dan pernafasannya amat susah. Aku dan anak gadisku terus membawanya ke hospital Pantai Mutiara memandangkan ia adalah panel kami. Setelah dimasukkan ke wad kecemasan Dr datang memeriksa. Sekejap bergegas untuk ujian xray. Setelah semuanya baik anakku dimasukkan kedalam wad. Doktor memberitahu yang tiada tulang yang patah dan hanya luka dibahu. Masalah sakit dada disebabkan dia terhempas kuat. Anakku Hermawan ketika pulang dari menunaikan solat Jumaat termasuk kedalam lopak yang berlubang. Disebabkan tak dapat mengawal motosikalnya maka dia terjatuh seorang diri. Besar juga luka dibahunya.

Melihat dirinya stabil aku dan anakku pulang kerumah untuk solat asar. Selesai aku solat aku menerima satu panggilan talipon yang membuatkan aku bagaikan terputus nyawa dibuatnya.
" Encik Ariff. Saya dari Hospital Pantai. Mengenai GL anak encik pihak TNB tak dapat keluarkan sebab nama anak encik tiada dalam senarai yang didaftarkan. So bagaimana encik. Adakah encik akan bayar cash money ". Setelah berdiam agak lama akibat terkejut akhirnya aku berkata yang aku akan dischage anakku hari itu juga. Kalau aku terus biarkan tentu melambung duit yang perlu aku bayar. Itu semua orang tahu kalau masuk Hospital Pantai.

Aku menalipon pejabat pula bertanyakan kenapa perkara ini boleh berlaku. Akhirnya pihak pejabat mengatakan yang anak aku tidak memberi surat pengesahan dari pihak kolej yang mengatakan dia belajar di kolej tersebut. Meluap-luap darah aku sebab kenapa aku tidak diberitahu untuk berbuat demikian tetapi untuk menuding jari siapa yang bersalah memang aku tidak gemar walaupun pada masa yang sama aku amat terkilan. Aku memberitahu pihak union agar mengambil serius kes aku. Jangan orang lain pula terkena. Aku mula mencongak berapa aku kena bayar. Setelah berjumpa consultant doktor dan mendapat berita bahawa anakku tiada masalah serius aku mengeluarkan anak aku dari hospital pantai.

Aku diarahkan kemeja pendaftaran untuk selesai dischage. " Ok encik kena bayar kami RM2000 sebab sekarang sudah lepas jam 5. Encik bayar deposit dulu nanti dia akan potong balik ". Bagaikan nak pengsan aku mendengar jumlah bayaran deposit. " Takkan duduk tak samapi satu hari saya kena bayar RM2000 ". Nada aku dah lain sedikit akibat menahan geram yang tak sudah-sudah. Dalam marah aku sempat zikir didalam agar marahku dapat dikawal.
" Tak ini prosedur kami. Encik kena bayar deposit dulu. Nanti kalau ada baki pihak kami akan bayar balik ". Terang kerani tersebut. " Saya tahu pantai memang baik hati untuk memulangkan kembali baki wang tapi mana saya cari wang sebanyak RM2000 sekarang ". Aku atur ayat lembut saja sambil mengawal perasaan marahku. " Ok jadi encik nak bayar berapa dulu ". Kata kerani tersebut. " Kalau you tanya dari awl lagi macam ini kan senang. Ok saya bayar RM 300 dulu ". Aku memberi jaminan akan membayar baki sebab aku pasti takkanlah duduk hanya 5 jam saja memerlukan perbelanjaan wang banyak.

Walaupun kesakitan pada luka anakku masih terasa tapi aku tetap bersyukur yang kecederaannya tidaklah serius. Aku menyuruh anakku mengerjakan solat dulu sebelum tidur sebab dalam keadaan sakit sekalipun kita perlu solat cuma kaedahnya saja perlu diketahui. Kadang-kadang anak-anak kalau demam sikit mulalah rasa malas nak solat jadi biarlah aku pimpinnya atau aku gunakan penyembur kalau dia tak kuat berjalan. Janji solat itu wajib tegasku pada anak-anak. " Hermawan..apa yang menimpa Mawan ini adalah ujian Allah. Ada hikmahnya. Kita kena check balik mungkin ada amalan kita yang terlepas pandang atau diringankan kerana mendahului perkara lain ". Aku memberi peringatan pada anakku. Biar dia ingat betapa pentingnya kita menjaga solat.

Pagi tadi pantai hospital menalipon aku. " Hello encik Ariff. Ini Pantai Hospital. Bill anak encik yang perlu diyar ialah sebanyak RM713. Encik bayar baki sebanyak RM413. Bila encik nak bayar ". Aku terus memberi janji yang sekejap lagi aku akan sampai. Terkejut kami semua mendengar jumlah yang perlu dibayar setelah 5 jam berada didalam wad. Tapi itulah hakikat sebenarnya hospital swasta. Kalau tiada wang atau insuran janganlah mengharapkan ihsan dari mereka

Makan terakhir sebelum dischared. Ini juga kena charge

Friday, December 10, 2010

Bayar Dulu La

Aku membuka locker di tempat aku bertugas untuk mencari gula. Rupanya sudah habis. Aku terus keluar kekedai apek berdekatan dengan tempat tugasku. " Tauke gula sudah naik harga ka ". Sengaja aku bertanya padahal aku sudah tahu. " Sikalang RM2.10. Ini mau raya cina nanti lagi mau naik RM2.50. Dia olang duduk atas mana dia olang tau itu rakyat susah atau tidak ". Ngomel apek kedai. " Tapi apek lu apa susah. Lu juga untung bila harga naik ". Aku saja test. " Wa pun serupa lu olang juga. Wa angkat barang harga juga naik. Olang marah sama wa. Dia olang cakap wa kasi naik itu harga. Wa cakap balik bukan wa kasi naik tapi itu kelajaan kasi naik ". Dah nampak sedikit marah siapek.

" Minyak pun naik cepat no tauke. Ron 97 baru naik sekarang Ron 95 pula naik. Tak boleh tahan ini macam tauke ". Rungut aku. " Yang paling wa sakit hati bila dia olang cakap walau naik haliga tapi masih rendah kalau banding itu negara jiran ". Merah wajah apek bila cerita bab minyak. Ya la aku pun tengok tv dan dah agak dengan ayat yang pasti akan keluar. " Kalau dibandingkan dengan harga jiran, kita jauh lebih murah ". Itu negara depa. " Mau bikin macam mana. Kita timun. Dia olang buah durian ". Pandai juga apek ni guna peribahasa.

" Itu kelajaan kasi naik itu harga gula sebab ramai rakyat Malaysia kena penyakit disebabkan gula. Bila kerajaan naik harga barulah kita kurang guna gula ". Sampuk seorang wanita. Dalam memilih barang telinganya sempat juga merakam perbualan kami berdua. " Lu boloh tak tau apa-apa. Lu diam la ". Jerkah apek kepada wanita tersebut. " Lu cakap talak guna otak. Lu tak makan gula itu lu punya pasai. Tapi ini olang meniaga banyak pakai gula. Lu tau apa. Tau sokong saja ". Disebabkan apek dah marah benar dekat wanita tersebut maka wanita tersebut terus keluar tanpa membeli tapi dia terlupa satu barang yang diambil belum dibayar. " Aiyaa...kalau mau marah sama apek bayarlah dulu itu duit ". Hampir aku tertawa melihat wanita tersebut tersipu-sipu menahan malu membayar barangan yang diambil. Itulah sandiwara dunia.

Thursday, December 09, 2010

Kena Rasuk

Awal pagi jam 7 pagi aku menerima panggilan talipon dari anak tiriku yang sedang belajar di kolej di Kuala Lumpur. Katanya salah seorang rakannya telah dirasuk. Semasa berbual dalam talipon aku dapat mendengar suara menjerit dan ada dikalangan mereka yang azan. Nada ketakutan dapat aku rasai pada anak tiriku. Aku meminta agar dia bertenang sebelum aku berikan tips-tips awal. Aku memintanya membaca surah Al fatihah, Surah 3 Qul dan ayatul qursi. Selepas itu sapukan air dimuka rakannya dan selebihnya dibuat minuman. Setelah memahami apa yang suruh barulah kami memutuskan perbualan.

Sambil menunggang motosikal aku berdoa agar anak tiriku berani berhadapan dengan perkara ini sebab dari pengetahuanku dia merupakan seorang yang tidak berani. Menonton filem seram pun tidak berani. Apatah lagi berhadapan dengan keadaan yang real dihadapannya. Selepas 15 minit berlalu aku menalipon anak tiriku bertanyakan keadaan rakannya. Katanya setelah dibuat kaedah yang disuruh, rakannya telah pulih seperti sediakala. Yang menjadi anak tiriku ketakutan ialah rakannya asyik memerhati dirinya seperti marah. Aku katakan bukan rakannya yang marah tetapi makhluk yang berada didalam badannya yang marah. Aku meminta agar anak tiriku bertenang dan membaca ayat yang diberikan tadi dan hembuslah perlahan-lahan kearahnya tanpa diketahui oleh sesiapa.

Bila terkena hembusan maka terjerit-jeritlah kesakitan rakannya. Akhirnya pihak kolej terpaksa meenghubungi kaum keluarga rakannya untuk dibawa pulang untuk berubat. Aku meminta anak tiriku agar sebelum tidur dibaca juga ayat ini sebagai pendinding untuk dirinya. Alhamdulillah katanya tidak ada gangguan. Kata anak tiriku kalau sebelum ini setiap HP pasti kedengaran lagu-lagu. Tidak kira waktu maghrib atau isyak. Setelah berlaku kejadian ini maka setiap orang akan memasang bacaan al quran. Yang tak ada cepat-cepat ambil melalui bluetooth. Aku memesan kepada anak tiriku agar memberitahu rakan-rakannya agar memelihara akhlak semasa berada disana. Jagalah kesopanan. Jangan terloncat-loncat diatas katil walaupun azan maghrib kedengaran. Yang paling penting ialah jangan diabaikan solat yang lima sebab yang membezakan antara islam dan kafir ialah solatnya.

Wednesday, December 08, 2010

RM 6000 Jatuh ke 6 Sen

Aku sudah berangan-angan hari off aku akan meronda dengan motosikal. Sudah berapa hari aku tidak keluar. " Esok abang nak ke lorong kulit. Nak cari barang sikit ". Isteriku hanya tersenyum mendengar akan hasrat aku. Dia juga memahami sudah berapa hari aku tidak melihat dunia luar dan sudah tentu kerinduan amat kuat sekali. Tiba-tiba isteriku menerima mesej. Dia memandang aku dengan wajah sayu. Aku membaca mesejnya. pembantunya telah mengambil cuti kecemasan setelah dipukul suami hingga lebam-lebam. Kasihan aku dengan pembantunya yang asyik dipukul suami jikalau berlaku perselisihan. Begitu ringan tangan suami hinggap di muka serta pipi isteri.

" Nah tak buka la gerai esok ". Sayu saja dia berkata. " Jangan tutup. Kan abang ada. Siapa lagi nak tolong kalau bukan suami ". Aku memberi semangat kepada isteri. " Kesian dekat abang dah planning awal-awal kini terpaksa cancel ". Isteriku masih ingin menutup gerainya. " Insyaallah hari lain akan datang. Abang pergi esok ". Lega hatinya bila aku sudi menolongnya sebab jikalau gerai ditutup akan mengakibatkan barangan yang dah dimasak akan basi. " Tugas abang hari ini hanya buat telor 1/2 masak. Abang tak payah basuh pinggan macam selalu. Abang baru saja baik demam. Nanti melarat pula kesian dekat abang ". Aku hanya diam mendengar kata isteriku.


Sampainya aku digerai terus aku memasak air seperti selalu. Setelah mendidih terus aku tuang kedalam tempat telor. Nasib agak tidak meyebelahi aku hari itu. Jam penggerak rosak. Jadi terpaksa aku berhati-hati dengan rendaman telor. Silap haribulan telor menjadi masak. Kalau selalu cuma disetkan 12 minit. Bunyi beep..beep bermakna sudah menjadi 1/2 masak. Customer suka 1/2 masak sebab boleh dimakan bersama roti bakar. Mata aku tidak putus-putus melihat jam. Cukup masa aku buang air dan letak telor dihadapan. Customer dah menunggu. Sekejap saja habis sebanyak 20 biji. Datang customer dan terus berkata, " Kak siapa buat telor. Memang best macam ni ". kembang hidung aku bila dipuji. Aku terus merapati isteriku. " Nah kalau ada orang nak meminang abang letak RM 6000 sebab pandai buat telor ". Tertawa isteriku mendengar 6000.

Aku masak kembali air dan buat seperti biasa. Sedang menunggu telor siap aku terpandang rakan sekampongku. Apalagi berbual panjang kami sehingga aku lupa tugasan aku. tiba-tiba aku terkejut bila isteri bertanya sudah berapa minit telor direndam. Ya Allah sudah 20 minit. Aku terus buang airnya dan letak dihadapan. Customer datang dan mengambil telor. " Kak..telor ni dah masak sangat ". Isteriku memandang aku yang tergaru-garu kepala. kemudian dia pula merapati aku. " Tadi abang minta Nah letak RM6000. Sekarang kalau orang masuk meminang abang, Nah nak letak hanya 6 sen ". Sambil tersenyum dia memperli aku. Akhirnya telor sebanyak 20 biji katanya akan digunakan untuk membuat kurma telor untuk makan tengahari kami.

Setelah customer berkurangan, aku terus ke pasaraya tesco mencari jam yang baru. Cukup sekali aku terkena. gelihati isteriku bila aku memberinya jam baru agar tidak tersilap lagi. Bukan senang nak berniaga rupanya. Insyaallah aku akan try lagi...

Tuesday, December 07, 2010

Salam Maal Hijrah Bang

Tahap kesihatanku baru pulih di peringkat 60% saja. Batuk masih lagi menyerangku. " Abang nak makan apa malam ini ". Tanya isteriku memandangkan sudah beberapa hari aku tak lalu makan. " kalau jumpa kuih pak tongko di pasar malam tolong beli 5 ketul. Abang nak cicah dengan air kopi ". Itulah makanan aku tatkala demam. Pernah suatu hari aku tersilap cakap pada isteriku semasa aku demam yang sudah-sudah arwah Siti Aishah akan buat kuih pak tongko untukku. Walaupun demam aku begitu berselera menyicah kuih pak tongko dengan air kopi. Semenjak aku berkahwin dengan isteriku Rosnah inilah pertama kalinya aku mengalami demam yang teruk. Betapa sayunya hatiku bila mengingati saat-saat aku demam tatkala bersama arwah. Bermacam-macam kaedah yang dilakukannya untuk memulihkan demamku.

Kini itu hanya tinggal kenangan yang cukup indah. Aku yakini bahawa isteri manapun pasti melakukan sesuatu untuk memulihkan kesihatan suami masing-masing. Isteriku kini tidak terkecuali. Dia turut menggunakan kaedahnya untuk memulihkan tenaga aku kembali. Diluar hujan masih turun dengan lebatnya. Aku terpaksa bekerja malam tatkala umat islam menyambut tahun baru maal hijrah. Risau hatinya memikirkan yang aku terpaksa meredah hujan lebat sepanjang jambatan Pulau Pinang untuk ketempat kerja. Motosikal aku terus meluncur perlahan merempuh hujan yang begitu lebat. Akhirnya sampai juga aku ditempat kerja. Tidak sampai 10 minit aku ditempat kerja, isteriku sudah menalipon bertannya tentang keadaan diriku.



Hujan sekejap berhenti, sekejap turun pula dengan lebatnya. Tatkala aku melangkah sekali lagi untuk pulang kerumah, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa juga aku meredah hujan lebat. Sampainya aku dirumah isteriku membuka pintu sambil tersenyum. Diberinya aku pinggan yang ditutupi dengan kertas. " Salam maal hijrah bang. Cuba abang buka kertas ". Tertanya-tanya aku apa yang ada disebalik kertas. Bila kertas dibuka aku hampir menitiskan air mata. " Subhanallah Nah. Kuih pak tongko yang abang minat. Terima kasih Nah. Sebab itulah abang sayang Nah ". Pujian dariku membuat air mukanya kelihatan gembira. Bukan aku sengaja memujinya tapi kesungguhannya membuat aku begitu terharu sekali. Katanya inilah pertama kalinya dia buat kuih ini. Tak sempat aku menyalin uniform terus aku makan kuih dengan sedapnya.Ibarat seperti seorang jururawat, selesai aku makan diberinya aku panadol dan disuruhnya aku tidur berselimut. Apalagi, dengan hujan masih belum reda aku menarik selimut dan akhirnya sedar-sedar jam sudah pukul 12 tengahari. Badan terasa segar sedikit.

" Nah jom kita cat rumah ". Itulah ayat yang keluar bila aku terjaga. Terkejut isteriku bila aku mengajaknya mengecat rumah. Akhirnya kami hanya melihat Pak Indon sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah. " Bapak demem-demam masih lagi mahu mengecat ya pak ". Tegur tukang indon. Akhirnya kami pulang tanpa mengecat apa-apa. Kepada semua pembaca aku ucapkan Salam maal Hijrah untuk semua. Aku tertarik dengan sms dari anak saudaraku yang bertulis, " Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayanginya. Bila dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu. Bila dia tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Olih itu bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya ".

Monday, December 06, 2010

Alhamdulillah Dah Kembali

Sudah 2 hari aku tidak dapat berjalan. Pembaca semua tahu kan betapa siksanya hidup terperap dirumah. " Hari ini kita tak payah cat rumah lah. Nah pun tak berniaga hari ini. Kesian abang demam ". Kata-kata isteriku sedikit sebanyak melegakan minda. Batuk, selesema dan demam menyerang aku kali ini. Badan terasa malas nak bergerak. " Cuba abang buat air penawar yang pernah abang buat dekat anak saudara bila dia tak boleh bangun akibat demam ". Ya tak ya juga. Terlupa aku tentang betapa hebatnya ayat quran. Dia merupakan syifa iaitu penyembuh bagi kita.

Selepas maghrib aku makan capati saja. Dalam demam pun kalau lalu makan kira orait la juga. Aku mengambil panadol sebiji lalu aku telan. Selepas itu aku pun mula membaca Al-Mathurat sambil menghembus kedalam air. Lepas isyak aku sudah tidak bermaya lagi. Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya. Bangun pagi untuk solat subuh terasa badan terlalu segar alhamdulillah. " Macam mana keadaan abang ". Tanya isteriku. " Alhamdulillah abang rasa hari ini boleh tawaf merata ". Bekeredut muka isteriku bila mendengar yang aku nak tawaf. Kepada pembaca yang mendoakan akan kesihatanku terima kasih diucapkan. Semoga kalian semua bahagia disamping insan tersayang.

Saturday, December 04, 2010

Terasa Malas Nak Menulis

Entah kenapa aku telah diserang perasaan malas nak menulis. Bukan tak ada cerita nak dicoretkan tetapi banyak sungguh ujian yang datang bersilih ganti terhadap keluarga aku membuat aku terasa hilang mood menulis. Dari satu ujian kesatu ujian yang datang. Semoga kaum keluarga aku yang menerima ujian ini akan terus memohon doa kepada Allah agar dapat menerimanya. Aku turut terkesan dengan ujian yang mendatang. Tunggulah hingga mood aku datang kembali barulah aku menulis semula. See you all soon.

Tuesday, November 30, 2010

Seronok Didik Anak Remaja

Selepas selesai solat asar, aku dan isteri bergegas pula untuk mengecat rumah baru kami. Begitu tekun kami mengecat sehingga tidak sedar waktu maghrib semakin hampir. Kami mengambil keputusan sembahyang dirumah baru kami memandangkan sejadah sudah dibawa. " Kiblat sebelah mana bang ". Tanya isteriku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. " Nanti abang tanya jiran sebelah kalau jumpa ". Itu saja caranya sebab mereka lebih lama tinggal bersebelahan kami. " Adik kiblat sebelah mana ". Aku bertanya anak jiran sebelah. " Mak kiblat sebelah mana. Ada orang tanya ". Anak jiran sebelah pula bertanya emaknya. Ini sudah sah tak solat. Bisik hati kecilku. Agak lama menanti akhirnya tidak ada siapa yang keluar langsung. Akhirnya aku berjumpa seorang wanita cina sedang pulang dari kedai. " Auntie matahari terbenam sebelah mana ". Aku bertanya manalah tahu dia pun penduduk tetap situ. " Wa tengok orang surau sembahyang ikut sebelah sana. Sulah tintu matahari terbenam sebelah sana ". Jawapan wanita tua itu membuat hati aku terfikir bagaimana mereka yang non muslim lebih tahu dari orang islam. Sayang tidak ada siapa yang sudi membimbing manalah tahu Allah membuka pintu hatinya.

Setelah selesai solat, kami menyambung kembali kerja kami. Tiba-tiba aku teringat yang aku telah membuat perjanjian untuk mengajar anak remaja berlatih nasyid selepas solat isyak. Cepat-cepat aku mengajak isteri pulang. Selepas selesai isyak aku bergegas pula ke surau. Anak remaja kelihatan sudah ramai menanti aku. Berbeza sungguh wajah mereka. Sudah baligh rupanya. Yang lelaki sudah kelihatan kumis nipis berubah warna hitam. Suara juga sedikit garau. Yang perempuan pula sudah berjerawat dan sudah pandai pula mengenakan mekap. Malu mereka untuk berbicara denganku. Berbeza 3 tahun lepas nama pakcik Budiman sentiasa disebut mereka. Kini setelah aku membuat jenaka, tersipu-sipu malu sambil menutup muka.

Kini aku perlu handle mereka mengikut perubahan zaman. kalau dulu aku sering bergurau. Kini aku terpaksa bataskan gurauanku memandangkan watak mereka telah berubah. Aku masih ingat ketika 3 tahun dulu, bila aku sampai saja disuruhnya aku membaca sajak puitis. Ada yang mengalir airmata. Kini bila aku berkata, " Siapa nak dengar pakcik Budiman baca sajak ". Tidak ada lagi mereka berkata, " Nak nak. Kami nak dengar pakcik Budiman ". Kini mereka hanya tersenyum malu. Aku sudah dapat pengajaran yang mereka sudah meningkat remaja dan bukan lagi keanak-anakan. Semoga aku terus istiqamah dengan anak remaja walaupun aku keseorangan tidak seperti 3 tahun lepas aku bersama Siti Aishah mendidik mereka. Kini isteriku Rosnah sudah mula berjinak-jinak dengan memberi pandangan tentang nasyid. Alhamdulillah aku menrima pandangannya. Walaupun dia tidak dapat bersamaku tapi sokongan yang tidak berbelah bagi sudah cukup buatku. Lain rumah lain warnanya. lain isteri tidak sama wataknya. Syukur ya Allah.

Monday, November 29, 2010

Jangan Beli Jeruk tepi Jalan

Sambil menanti isteriku pulang dari gerai aku melayari blog rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba teringat akan jeruk yang aku beli semasa ke Sik seperti yang telah aku ceritakan. Aku basuh dahulu jeruknya agar tidak terlalu manis. Mengecap air liur umpama orang mengandung. Aku mengambil sebiji jeruk entah buah apa aku sendiri pun tak kenal. Bila aku mamah terasa yang manisnya bukan dari gula yang sebenar. Ia ibu gula yang banyak dijual di Thailand. Aku sendiri pernah melihat gule tersebut. Kecil saja macam pil ubat tapi manisnya melebihi manis gula biasa. Jika ia digunakan untuk membuat jeruk pasti menguntungkan sebab tak perlu gula yang banyak.

Selesai sebiji aku mengambil lagi sebiji. Aku mamah dan tiba-tiba aku terasa batuk dan mula penat berlarutan. Aku keseorangan dirumah. Akibat batuk yang berlebihan akhirnya aku mula hampir pitam. Nasib baik ada air masak disebelah aku. Cepat-cepat aku minum untuk menghilangkan rasa gula yang semacam. Perlahan-lahan aku bangun dan relax diatas bangku. Terus aku minum air kosong agar menghilang kesan buah jeruk tersebut. Alhamdulillah.

So kepada pembaca-pembaca sekelian. Andaikata anda ke Sik dan melihat ramai peniaga yang menjual jeruk ditepi jalan. Tak payah beli la sebab ia menggunakan ibu gula dan bukan gula asli. Bila makan kita sendiri boleh merasai samada ibu gula atau gula asli. Rasanya pahit sedikit dan jika makan hanya sebiji jeruk pasti akan merasa batuk. Bukan nak menghalang rezeki mereka. Kalau menggunakan gula biasa seperti di Penang tidak ada masalah. Jadi berhati-hatilah. Aku sudah kena. Aku belum cerita peristiwa ini kepada isteri sebab minggu lepas dia dah warning dekat aku. Katanya buah ni kalau makan pasti batuk. Nampak memang cantik tapi bahaya.

Hanya kerana Seekor Lipas

Walaupun ketika aku pulang dari kerja setelah bertugas selama 24 jam, badan terasa letih. Namun bila memikirkan tentang rumah baruku, aku begitu bersemangat untuk membersih dalam rumah. Ketika sampai isteriku mengarahkan aku keatas manakala dia dibawah. Sedang asyik membuat kerja aku terdengar isteriku menjerit meminta tolong. Apahal pula isteriku menjerit. Dia ternampak benda halus ka. itulah sangkaanku. Bergegas aku turun kebawah. Aku melihat dia seperti anak murid Wong Fei Hong sedang bersilat sambil melibas seekor lipas.

Aku hanya tertawa melihat gelagat isteriku tanpa menolongnya. Akhirnya penyapu yang baru dibeli ketika dalam perjalanan telah patah tengkoknya akibat lipasan kuat anak murid Wong fei Hong. Tapi lipas dapat melarikan diri. Marah dia dekat aku sebab tidak menolongnya. Tiba-tiba muncul pula seekor cicak didepannya. Apalagi menjerit pula isteriku. " Bang balik nanti kita singgah kedai beli racun lipas dan cicak ". Dasyat sungguh kaum wanita. Tapi tak la semuanya penakut. Cuma isteriku saja. Terpaksa aku menampal yang mana ada lubang takut apa pula yang akan muncul kelak.

Sunday, November 28, 2010

Sudah Mampu Mengukir Senyum

Aku mendapat panggilan talipon dari tuan rumah untuk menyerahkan kunci rumah kami setelah mendapat wang pendahuluan. Tuan rumah telah menunaikan janjinya yang dibuat kepada kami. " Budiman beri dekat saya pendahuluan sebanyak RM15.000 saya akan memberi kunci rumah. Baki lagi RM100.000 Budiman beri kemudian dan kita buat proses penukaran nama hak milik ". Kini aku dan isteri sudah mampu tersenyum sebab bakal berpindah kerumah baruku. Dikawasan perumahan aku pula sudah hebuh diperkatakan yang aku hendak menjual rumahku. Ada yang hendak membeli. Aneh juga dimana mereka mendapat berita itu sedangkan aku tidak terlintas langsung untuk menjualnya. Itulah rumah kenangan aku hasil pencarian bersama arwah Siti Aishah. Kini kedua-dua anakku tinggal disana. " Bang kita beli cat untuk warna diluar ". Isteriku memberi cadangannya dan aku bersetuju yang kami akan mengubah suai setakat yang mampu sebelum mendudukinya.

Ruang atas yang mempunyai 3 bilkik tidur

Aku dan isteri telah membuat persetujuan yang isteriku membayar wang deposit manakala aku membayar ansuran bulanan. Alangkah indahnya kehidupan berkeluarga andaikata suami isteri dapat berbincang untuk mengatasi masalah. Alhamdulillah masalah kami hampir selesai. Bersemangat isteriku dengan rumah baru kami. katanya selepas selesai berniaga dia mengajak aku untuk mengemas dan membersih keadaan rumah. " Bang sebelum kita pindah abang tolong scan rumah kita. Ada tak benda tu ". Tertawa aku bila mendengar ketakutan isteriku terhadap makhluk halus. " Ala Nah, makhluk halus dimana-mana saja ada. Penuh disekeliling kita. Rumah yang tidak ada bacaan suci al-Quran dan tiada penghuninya menunaikan solat yang lima sudah tentu menjadi tempat persinggahan syaitan ". Aku menenangkan isteriku. Betul juga katanya sebab tidak pernah melihat jika dibandingkan dengan aku setiap hari melihat dan sudah tentu benda itu tidak menjadi hal.

Atas di sebelah luar rumah. Tempat mnjemur pakaian

" Tok sah risaulah Nah. Rumah kita alhamdulillah ok. Tuan rumah yang jual dekat kita pun merupakan orang yang tidak pernah meninggalkan solat. Nanti bila kita pindah perkara pertama yang perlu kita buat ialah bersembahyang dan membaca Al-Quran. Bila kita nak bersih rumah kita bawa sejadah. Kita solat disana ". Aku memberi kekuatan kepada isteri agar tidak merasa was-was berpindah kerumah baru. Ketika selesai membersih apa yang patut dan sebelum pulang kerumah kami bersolat dirumah baru. Aku melihat ketika berdoa isteriku mengalir airmatanya. " Kenapa Nah menangis ". Aku bertanya isteriku dengan kehairanan. Tidak gembirakah dia dengan rumah baru tapi dari reaksinya dia cukup gembira tatkala menerima kunci. " Sudah lama Nah berdoa untuk memiliki rumah sendiri. Setelah begitu lama berdoa alhamdulillah Allah makbulkan doa Nah. Rupanya Allah mengatur Nah akan tinggal bersama abang ". Semakin laju airmatanya yang membuatkan aku juga begitu terharu diatas kesabarannya berdoa.

pembiayaan peribadi

Aku juga telah menerima panggilan talipon dari pihak bank islam yang mengatakan pinjaman pembiayaan peribadiku telah diluluskan. Duit itu akan aku gunakan mengubah suai serba sedikit sebelum berpindah. Semoga Allah memberkati rumah baru kami. Insyallah kalau selesai semuanya kami akan berpindah pada pertengahan Disember ini. Ya Allah permudahkan segala urusan kami.

Thursday, November 25, 2010

Pengat Pisang

Aku baru dapat merasai nikmat cuti. Pagi-pagi lagi aku kebelakang untuk memotong kangkung yang telah dipesan. Kalau sendiri tak boleh makan lebih baik aku sedekah kepada yang boleh makan. Dapat juga pahala sedekah. Sedang memotong kangkung aku terpandang pisang abu yang sudah cukup tua. Sedap juga kalau dibuat kerepek. Ia kegemaranku. Aku memenggal tandannya. " Nah petang ni pisang abu kita buat kerepek ". Aku beritahu isteriku dan mendapat respon yang baik darinya sebab dia juga menyukai kerepek. Kami keluar berjalan menghirup udara segar. Pantai yang lama tidak aku kunjungi sebab jala sudah rosak membuatkan aku dan isteri begitu gembira. Tiada yang memgganggu. Mereka yang datang memancing sibuk dengan aktiviti sendirian. Kami pulang kerumah ketika hampir waktu asar. Aku sudah berkhayal akan kerepek pisang yang akan digoreng. Bila sampai dirumah terkejut kami sebab pisang yang baru diambil telah masak ranum dan untuk membuat kerepek ia tidak sedap. Kerepek memerlukan pisang yang muda. Baru rangup rasanya. Akhirnya isteriku membuat keputusan yang pisang abu yang telah masak dibuat pengat atau bubur. Yang bakinya dibuat goreng pisang.


Pengat pisang pun merupakan kesukaanku semenjak kecil lagi. Mendengar saja pengat dah terliur. Bila siap pengat aku tidak menunggu lama. Aku bedal 2 mangkuk. Aku sudah berpesan kepada isteriku agar dikurangkan manisnya. Kesihatan juga perlu dijaga. Walaupun pisangnya tidaklah seenak pisang raja tapi ia cukup menyelerakan. " Nanti 2 atau 3 hari lagi Nah nak buat bubur gandum ". Kata isteriku. Adoii...alamat gemuklah aku. Aku menyangkakan yang aku sudah kurus tapi bila bertemu kawan lama, mereka berkata yang badanku telah naik sedikit. Aku perlu bersenam kembali selepas ini. Makan dan tidur pasti mengundang penyakit.

Tuesday, November 23, 2010

Perjalanan Yang Meletihkan

" Ayah kawan kakak jemput makan kenduri di Sik. Ayah boleh pergi ke tak ". Aku menerima panggilan talipon dari anak gadisku. Aku check jadual kerjaku pada hari Ahad. " Ayah kerja pagi hari Ahad kakak ". Hampa anak gadisku bila mendengar aku bekerja. Akhirnya aku mengambil keputusan mengambil cuti rehat. Kesian pula dekat anakku. Sudah lama teringin berjalan bersama ayah. Aku mengajak isteriku ke Sik untuk menemaniku. Agak keberatan juga dia mengikut sebab Sik begitu jauh. Tetapi pandainya aku memujuk sehingga dia bersetuju ikut bersama. Aku bertolak jam 11 pagi sebab jam 10 pagi jambatan Pulau Pinang baru dibuka setelah ditutup dari jam 1 pagi hingga 10 pagi kerana larian maraton. Jam 10m pagi kelihatan kereta dan bas dah penuh nak memasuki jambatan.

jeruk buah kelubi

Perjalanan ke Sik begitu meletihkan. Semasa dalam perjalanan aku bercerita kepada isteriku dalam tahun 2003 aku, arwah Siti Aishah serta anak-anak telah mengikut program sumbangan untuk fakir miskin sebelum ramadhan menjelang. Jalan yang pernah dilalui masih lagi sama seperti dahulu. Betapa susahnya kehidupan masyarakat Sik ketika itu. Harga getah jatuh disebab hujan yang turun tidak berhenti-henti. Kami terpaksa neredah hujan dan air yang turun dari bukit menyebabkan keretaku terbenam didalam longkang. Namun itu tidak mematahkan semangat kami. Betapa puasnya hati ketika menghulurkan bantuan kepada seorang nenek. Diangkatnya tangan menadah kelangit lalu berdoa agar Allah memberi rezeki kepada kami. Kenangan itu tidak mudah untuk dilupakan.

Buah kelubi yang belum lagi di proses

Dalam keasyikan bercerita, tiba-tiba aku tergamam bila melihat didepan kami penuh dengan jualan jeruk dan buah-buah yang lain. Terus aku menekan brek. " Abang ni pantang tengok orang jual buah tepi jalan mulalah tak tentu arah ". Tegur isteriku dan memang betul. Aku memang pantang bila melihat jualan yang begitu banyak. Nampak meriah padahal jeruk di Penang pun bercambah. " Balik lah kita singgah bang. Rumah kenduri pun tak jumpa-jumpa lagi ni ". Pujuk isteriku. Aku akur permintaan iateriku sebab sudah sejam setengah kami memandu belum kelihatan lagi rumah kenduri. Sekejap anakku talipon kawannya. " Ayah patah balik dah terlepas ". Kata anakku. Terpaksa berpatah kembali. Talipon lagi anakku kepada kawannya dan akhirnya jumpa juga rumah kenduri. 2 jam membawa kereta begitu meletihkan badan. Perut pun dah lapar. Melihat masakan kampong aku begitu tak tahan tapi nasi tetap sepinggan. Tak tambah. " Abang nampak lapar, tapi makan sepinggan saja. Abang takut gemuk ya ". Perli isteriku.

Buah kelubi yang dijual di tepi jalan. Kulitnya macam kulit buah salak

Setelah lama berada dirumah kenduri, kami meminta diri untuk pulang. Besar hati tuan rumah dengan membungkus lauk pauk pula. Lega malam tak payah cari makan lagi. Kami singgah di sebuah masjid untuk solat jamak. Cepat-cepat aku ketandas. Perut dah meragam benar. Bila masuk ketandas kunci tak ada. Ishh macam mana tengah kadha hajat dengan pintu tak ada kunci. Aku ke tandas sebelah. Kunci ada tetapi tak boleh dikunci. Akhirnya terbantut niat aku. Selepas selesai solat aku merungut kepada isteri, " Apalah masijd ni. Bab kecik pun tak boleh selesai. Tak kanlah kunci tandas pun tak boleh ganti lain ". Akhirnya aku menyucuk perut aku sendiri seperti orang shaolin buat. Tertawa isteriku dengan gelagatku. Rasa lega bila solat sudah selesai dilaksanakan. Aku sudah bertekad akan singgah di warung tepi jalan sekali lagi.

Setelah jauh memandu akhirnya sampai juga kedestinasi yang dinanti. Aku memberhentikan kenderaanku. " Ala bang jeruk belakang kedai Nah pun banyak jual buah kelubi ". Dia berkata demikian setelah melihat aku membelek-belek buah kelubi. Aku mengambil sebiji buah kelubi segar yang belum dibuat jeruk. Aku kupas kulitnya yang seperti kulit buah salak. Rasanya amat masam tapi aku masih boleh makan sebab setiap hari aku mengambil apple cider yang masamnya lebih kurang sama. " Masam ka buah kelubi tu bang ". Isteriku bertanya setelah melihat aku makan bersahaja namun didalam hati tiada siapa tahu yang masamnya menusuk sehingga kedalam perut. " Tak la masam sangat. Rasanya masam-masam manis ". Sambil menghulurkan buah kepada isteriku.

Setelah mengunyah buah kelubi fresh serta merta muka isteriku berkerut. " Ya Allah bang. Masam sampai ke kerongkong. Tak baik abang tipu Nah tau ". Kesian aku melihat isteriku yang tak tahan masam. Tapi aku cukup seronok menyakatnya. Sehari kalau tak mengusik isteri tidak sah bagiku. " Sorry la Nah. Bukan abang tipu tapi sengaja nak melawak ". Takut juga dia merajuk jadi cepat-cepat aku minta maaf. Alhamdulillah dia tak merajuk namun sudah berapa kali aku di cubit didalam kereta. Aku melihat dia memegang sebiji buah kelubi segar ditangan untuk dibawa balik. Setelah 2 jam memandu sampai juga kami dirumah. " Nah tolong bawa mai buah kelubi yang abang beli tadi ". Isteriku datang membawa buah lalu mencedok buah kelubi dan memberinya kepadaku. kenapa tersenyum-senyum isteriku. Bisik hati kecil. Aku terus mengunyah buah jeruk kelubi. Dengan serta merta tersembur buah dari dalam mulut.

" Ya Allah pasai apa buah ni masam. Tadi abang makan rasa manis ". Tertawa aku tak tertahan bila isteriku berkata dia meletakkan buah yang fresh didalam. Katanya ini operasi balas balik. " Tadi abang pekena Nah. Ni Nah pekena balik dekat abang. Bukan apa bang melawak saja ". Tersengih aku bila ayat yang aku guna di sebut kembali oleh isteriku namun aku tidak sedikit pun berkecil hati dengan isteriku malah bersyukur sebab isteriku sudah pandai bergurau denganku berbanding semasa kami diijab kabulkan. Diam dia tak banyak bercakap sebab takut disangkanya aku seorang yang garang berasas mukaku yang nampak garang. Tapi sesungguhnya aku seorang yang amat baik. Sorry la sebab terpaksa puji diri sendiri............

Monday, November 22, 2010

Tiada Mood menulis

Sudah 6 hari kakak aku pergi mengadap ilahi. Aku masih lagi terkesan diatas pemergiannya. Inilah orang yang membesarkan aku semenjak dari dalam buaian lagi. Aku tidak dapat melelapkan mata andaikata tidak mendengar nyanyian darinya. Setelah aku dewasa bidang nyanyian tidak dapat aku pisahkan dari diriku. Aku mendoakan agar Allah tempatkan kakak aku bersama para solihin. Mood untuk menulis seperti dirantap pergi. Aku merasa malas membuka komputer. Setelah keadaan kembali normal aku baru membuka blog tetapi hanya membaca blog rakan-rakan yang lain. Sudah 2 bulan aku tidak keluar makan bersama isteri. Standby yang begitu meletihkan membuatkan aku tidak mengajak isteri keluar. Suatu hari aku bersuara pada isteri, " Nah malam ini kita makan chickenpox ". Begitu beria-ia aku mengajaknya. " Apa la abang ni dari dulu lagi sebut tak betul. Bukan chickenpox tapi chicken chop ". Tertawa isteriku membetulkan perkataan yang disebut. Entahlah dari arwah Siti Aishah lagi aku cukup suka sebuat chinkenpox. Bukan aku tak tahu maksudnya chickenpox atau demam campak tetapi mulut ini terlalu ringan menyebut perkataan ini.

Selepas solat maghrib kami keluar untuk menikmati chicken chop. Entah kenapa tanpa ada perancangan kami memakai baju yang sedondong warnanya. " Ya Allah Nah. Macam mana boleh sama colour baju kita ". Tersenyum isteriku bila menyedari yang warna baju kami serupa. setelah sampai di warung kelihatan ramai orang. Aku dan isteri meninjau warung yang lain dan akhirnya warung yang masih kosong menjadi pilihan. Kami memilih meja yang sunyi sedikit memandangkan meja yang lain berdekatan dengan orang yang menghisap sisha. Berkepul-kepul asap dilepaskan oleh mereka yang menyedutnya.

" Abang nak order apa ". Tanya pelayan. kelihatan rantai leher yang begitu besar dilehernya. Aku memang tak seronok kalau melihat orang lelaki memakan rantai. " Chicken chop black pepper ada ". Aku bertanya dan terangguk-angguk kepala pelayan mengatakan ada. Isteriku sudah mula rimas dengan asap dari sisha. Sudah setengah jam berlalu. rupa chicken chop masih belum nampak. Pelayan tadi sekali-sekala menyedut sisha dimeja rakannya. Bergulung-gulung asap yang keluar. Kemudian dia berlari pula mengambil order dari pelanggan yang datang. Ada sesetengah pelanggan yang baru datang terus pergi melihat asap berkepul. " Abang pengotor la warung ni. Nah rasa tak lalu makan ". Betul kata isteriku. Aku sendiri merasakan yang warung ini adalah warung pengotor. Pelayan mengambil order sambil asap terkeluar dari mulutnya.



" Betul la Nah. Warung ni macam warung penagih. Begitu ramai anak muda yang mula ketagih dengan sisha ". Aku sudah rasa kurang selesa. Akhirnya setelah menunggu hampir sejam maka chicken chop black pepper pun datang. Tak ada rupa macam black pepper. " Dik. Saya minta chicken chop black pepper. Ini bukan black pepper tapi cili sos ". Tergaru-gari kepala pelayan tadi yang baru menghisap sisha setelah menghantar chicken chop kepada kami. Terus dia mengambil chicken chop tadi untuk ditaruh black pepper tapi akhirnya aku terus meminta dia membungkus saja. Tiada selera makan diwarung begini. Isteriku mengajak saja aku pulang kerumah. Aku mengajaknya ke restoran lain tapi moodnya sudah hilang.

Setelah pulang kerumah dibukanya almari lalu dia mengeluarkan maggi mamee pedas. " Ini yang senang dan sedap dari warung tadi ". Kata isteriku sambil menghidangkan maggi goreng mamee pedas. Begitu lazat aku makan mamee pedas. Sungguh menyelerakan. Sekali sekali makan maggi tak apa. Kalau kerap alamat botak la kepala aku.

Tuesday, November 16, 2010

Sabar Menempuh Ujian

Aku mendapat berita yang standby aku telah tamat. Sudah berapa bulan aku bekerja tidak kira waktu sehingga lupa hari apa. Ketika dalam perjalanan pulang kerumah kakak aku menalipon mengatakan yang kakak sulong kami telah dimasukkan kedalam CCU. Selepas solat maghrib aku dan isteri serta anak gadisku bergegas ke hospital.Inilah orang yang membesarkan aku serta adik-adik yang lain. Tidak menang tangannya menyuap nasi kemulut kami. Aku masih ingat kami berebut-rebut minta disuapkan seperti anak burung yang kelaparan. Kini setelah aku melihatnya kaku tidak bermaya hati aku terlalu sebak. Didepannya semalam aku berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Biarlah kakakku pulih seperti biasa.

Anak kakak aku seorang lagi telah disahkan mengalami demam denggi. Hari ini akan dimasukkan ke hospital. Abang iparku masih lagi dalam keadaan koma di hospital besar Taiping. Baru-beru ini isterinya menalipon isteriku. Menangis dia menceritakan perihal jirannya yang datang melawat. Jirannya menyuruh isteri abang iparku memegang tangan dan memanggil nama sedang doktor melarang berbuat demikian. " Panggil nama dia. Mungkin ini merupakan yang terakhir. Tengok muka dia. Dah hitam. Tak ada harapan lagi ni ". Kata jirannya yang melawat.

Memang tidak mempunyai akal orang sebegini rupa. Tiada langsung akhlak dan adap ketika menziarah orang sakit. Kalaulah isterinya begitu bagaimana perasaan jika dikatakan tiada harapan. Aku dan keluarga berdoa agar Allah permudahkan segalanya.

Monday, November 15, 2010

Alhamdulillah..Akhirnya...Tercapai Juga

Setelah puas bertanya dan mencari akhirnya aku menerima panggilan talipon dari seorang rakan memberitahu bahawa rakannya ingin menjual rumah. Setelah melihat 2 buah rumah yang hendak dijualnya, aku berpuashati dengan rumah kampong yang sederhana. Aku mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada isteri. Perlu juga aku ketahui pendapatnya tentang rumah yang aku berkenan. " Ikut abang la. Kalau abang berkenan Nah juga begitu ". Alhamdulillah. Keesokkan harinya aku membawa dia melihat sendiri rumah itu. Rumah yang terletak di Bayan Lepas. Ia berdekatan dengan pasar malam tempat isteriku berniaga.


" Masyallah bang. Cantik rumah ni. Nah cukup berkenan ". Dah isteri pun suka dan aku terus proceed dengan tuan rumah. " Budiman bagi dekat saya deposit. Saya akan beri kunci selepas hari raya haji. Yang bakinya diberi kemudian ". Tuan rumah membuat perjanjian. Secara kebetulan aku juga mengenali tuan rumah tersebut. Kami pernah sama-sama mendengar ceramah agama. Setelah mengadakan perbincangan dengan isteri, dia akan membayar deposit dan aku akan membayar bulanannya di bank. Ternyata isteriku begitu suka dengan rumah yang bakal kami duduki. Diberitahunya kepada kakak-kakaknya tentang rumah baru kami. Sudah berbelas tahun dia menyewa. Kini barulah dapat merasa sendiri betapa bersyukurnya mempunyai rumah sendiri.

Aku juga masih ingat sewaktu aku dan arwah Siti Aishah membeli rumah. Begitu gembiranya kami mendapat rumah sendiri. Walaupun sederhana ia tetap rumah kami. Melihat rumah baruku dan kegembiraan isteriku, aku terbayang pula wajah arwah isteriku. Dia tidak dapat merasai suasana ini. Tapi andaikata dia masih hidup mungkin suasana ini tidak ada. Aku tidak perlu memikir akan perkara ini lagi. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Aku mengharapkan agar Allah berkati rumah baru kami dan Allah juga memberkati kehidupan baruku bersama isteriku Rosnah. Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau permudahkanlah...

Saturday, November 13, 2010

Demam Pun Nak Mengubat

Sudah 3 hari aku mengalami sengal-sengal badan dan demam. Namun aku gagahi juga menjalankan tugasku. " Abang ambil cuti la. Macam mana nak kerja kalau demam ". Kata isteriku. Memang kalau nak ikutkan hati ini, aku nak cuti lama sikit. Tetapi tiada orang yang boleh diganti. Terpaksa aku bekerja dalam keadaan badan yang berbisa. Siap aku bekalkan segala jenis minyak dan ubat. Dalam masa aku bekerja tiba-tiba talipon bimbitku berbunyi. " Budiman boleh tolong mai tengok sat menantu kami. Sudah 2 minggu demam tak kebah. Bercakap dengan orang pun tak mau. Asyik tidur saja ". Suara abang iparku seolah-olahnya mengharap agar aku dapat meninjau mereka.

Aku gagahi juga kerumah abang iparku walaupun dalam masa yang sama aku sendiri kesakitan. " Macam mana abang nak mengubat dengan abang pun demam ". Nada isteriku seolah-olahnya tidak mengizinkan aku pergi. Ya la badan dah demam. Kalau terjadi sesuatu dia juga yang susah. Aku tahu apa yang terbuku dihatinya yang tidak dapat diluahkan. " Tak apalah Nah. Dah orang mengharap ". Setibanya aku disana sudah sahlah ada benda yang sentiasa mengikut anak saudaraku kemana saja dia pergi. Bila aku berhenti motor dihadapannya dibeliak matanya merenung aku. " Hangpa dok perhati aku macam tu pasai apa ". Aku berkata bukan kepada anak saudaraku tetapi kepada makhluk yang dibelakangnya. Rambutnya panjang. Matanya merah biji saga. Memang menakutkan. Tersenyum sumbing anak saudaraku semacam takut bertentangan mata denganku.

" Lepas maghrib nanti pakcik buat ubat ". Aku berkata kepada anak saudaraku. Makhluk itu terus memerhati aku seperti marah. Selepas selesai solat maghrib, aku terus membaca al mathurat. Itulah yang selalu aku buat. Ayat quran adalah senjata yang terbaik. Setelah selesai membaca aku turun kebawah bersama air yang dijampi. Benda itu sudah tiada disisi anak saudaraku. Aku menyuruhnya minum dengan berselawat keatas nabi dan berdoa kepada Allah agar segala benda yang selama ini membelenggu keluar dari badan. Aku terus pulang kerumah untuk merehatkan badanku. Aku terima kembali dari anak saudaraku. " Pakcik alhamdulillah. badan dah segar. Seperti dikutil-kutil keluar dari badan. Terima kasih pakcik kerana tolong jampi ". kata anak saudaraku. " Yang sebenarnya terima kasih kepada Allah. Dia yang memberi sakit dan dia yang menyembuhkannya. Jangan kita jauh dari Allah. Pakcik bukannya pandai ". Aku memperbetulkan kembali. Takut dikatakan akulah yang menyembuhkannya.

Selesai aku solat isyak, aku terus terlelap. Aku bermimpi benda itu datang kearahku. Marah nampaknya. Aku membaca ayat qursi. Isteriku mendengar aku membacanya dan menghembus sesuatu. Isteriku membiarkan sahaja. Akhirnya makhluk itu bertambah besar. Dia memukul aku sambil memarahi kenapa menggangu dia. Akhirnya aku tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Terus aku menjerit meminta tolong. Akhirnya satu tamparan hinggap kepipiku. " Abang ni mimpi apa. Mula-mula baca ayat qursi. Kemudian menjerit meminta tolong ". Aku tertawa gelihati bila isteriku menceritakan keadaan aku semasa bermimpi. keesokan harinya aku tidak dapat bangun. Badan terasa begitu sakit sekali. " Abang ni setiap kali pergi berubat pasti kena ganggu ". Itulah sebabnya dari mula dia tak izin aku pergi. Namun kata-kata ini tidak terkeluar. Akhirnya aku sendiri yang terpaksa mengubat diriku sendiri dengan kaedah yang sama.

Aku kerumah ibu. Terhinjut-hinjut aku berjalan. " Pasal apa Budiman jalan nampak teruk sangat ". Tanya ibuku. " Budiman demam mak. Mak boleh tolong picit tak badan Budiman. Tangan mak ni berkat. Mana tau nanti Budiman sihat ". Tersenyum ibuku bila aku pujinya. Dipicit-picitnya badan aku. Walaupun dia tidak pandai bab urat namun tangan seorang ibu tiada tolok bandingannya. " Sedaplah mak urut badan. Tangan seorang mak ni Allah berkati ". Aku berkata kepada ibuku. Akhirnya selepas bersalaman dengan ibuku aku mengucapkan terima kasih kerana mengurut badan aku. " Kalau sakit lagi mai la mak urut ". Tersenyum aku mendengarnya. Insyaallah



Tuesday, November 09, 2010

Tak Serik-Serik lagi

Isteriku menerima panggilan talipon dari kakaknya mengatakan bahawa suaminya telah dimasukkan kehospital akibat serangan jantung dan stroke. Isteriku terpaksa menutup gerainya untuk menziarahi abang ipar yang koma di Hospital Taiping. Setibanya kami disana kami terus masuk kedalam ICU. Isteriku kelihatan terlalu sebak sewaktu mendoakan abang ipar. Ya la sudah berapa puluh tahun mereka bersama. Aku yang baru memasuki setahun lebih turut merasa keintiman mereka terhadap aku.

Kakak ipar menceritakan bahawa pada malam suaminya dimasukkan kehospital, Rakan-rakan ramai yang ziarah. Mereka bercakap dan memanggil nama suaminya. Akhirnya suaminya terpaksa membuka mata dan jantungnya terus menjadi tidak stabil. Dr terpaksa memberi ubat untuk merihatkan jantung dan tidak membenarkan lawatan secara group. Diizinkan masuk seorang demi seorang. Itupun untuk sekejap saja.

Kadang-kadang kita tidak mengerti akan adab-adab menziarahi orang sakit. Islam telah mendidik umatnya tentang semua ini. Dalam kitab Figh sunnah - Sayid Sabiq telah menjelaskan tentang adab-adab ketika menziarahi pesakit
  1. Mendoakan pesakit agar lekas sembuh
  2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah
  3. Menyampai ucapan yang baik seperti memberi harapan agar cepat sembuh
  4. Pendekkan waktu ziarah
Ini merupakan 4 yang boleh aku tulis. Ada beberapa lagi perkara penting. Berdasarkan 4 perkara ini aku dan isteri tidak lama di hospital. Kakaknya berkali-kali mengajak kami makan nasi dirumahnya tapi kami menolak secara baik. Tidak mahu kami menambah tekanan memasak untuk kami tapi hati masih memikirkan tentang keadaan suaminya. Kami mengambil keputusan untuk solat di masjid Taiping saja. Selepas itu kami mula meronda di Taman Tasik. Aku mencari bot kayuh. Niat dihati nak kayuh bersama isteri ditasik namun tidak kelihatan. Aku mengajaknya ke zoo Taiping tetapi isteriku tidak berminat. Nak ke Bukit Larut cuaca kelihatan gelap nak hujan. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang saja ke Penang.

Dalam perjalanan pulang kelihatan begitu banyak buah-buahan yang dijual di tepi jalan. Aku memang tak boleh lihat buah-buah. Akhirnya aku berhenti di gerai yang menjual buah dokong. " La abang nak beli buah dokong ka. Abang ni tak serik-serik lagi. Dah baik sikit lutut tu mencari pula ". Rungut isteriku. " Abang beli buah ni untuk Nah. Abang tak makan. Kan abang dah taubat tak makan dah buah dokong ". Aku memujuk isteriku. Memang aku tak ada niat nak makan tapi aku geram melihat begitu banyak buah dokong. " Encik rasa buah ni. memang manis ". Penjual buah memberi buah untuk merasa. Aku rasa sejorong saja itupun mata isteriku dah membesar sedikit. Aku terus beri kepadanya. Akhirnya aku beli sekilo buah dokong.

" Terima kasih abang beli buah untuk Nah. Ni Nah beli buah untuk abang pula. Jangan makan buah dokong ". Sambil menghulurkan buah limau kepadaku. " Terima kasih kerana beli buah limau untuk abang ". Senyum aku begitu tawar mengambil buah limau. Isteriku tersenyum melihat gelagat aku menerima buah pemberiannya. " Nah nak sorok buah ni dari abang. Nanti bila Nah pergi meniaga abang dok makan buah dirumah ". Begitu beria benar dia tidak memberi aku makan buah dokong. Memang benar apa yang dia kata. kesokkan harinya aku tidak melihat langsung bayangan buah dokong. Akhirnya aku mendapat tahu dia membawa ke gerai dan makan bersama pekerjanya. Terliur aku melihat mereka bila mengupas buah dokong. " Tak apa bang. Nah makan untuk abang ". Aku tersenyum sendirian ketika membawa motosikalku bila mengingati akan bait-bait ayat ini.

Sunday, November 07, 2010

Rezeki Rimau

Entah kenapa bila aku pulang dari pasar malam setelah menemani isteri berniaga, badan aku terasa begitu letih dan berbisa. Akhirnya yang paling terasa ialah lututku. Aku pandang kearah isteriku yang keletihan dimana pagi berniaga roti canai dan sambung pula kepasar malam. Pasti dia begitu letih. kesian aku nak kejutkan dia. Semakin lama semakin bisa sehingga aku sendiri tidak dapat melelapkan mata. Bila kesakitan datang mulalah aku rindu arwah isteriku Siti Aishah. Selalunya dia pasti mengusap kaki aku perlahan-lahan sehingga aku terlelap. Sedar-sedar dia tertidur dihujung kaki aku. Tapi kini dia sudah tiada. Aku terpaksa berdikari. kesakitan yang terlampau tidak dapat aku bendung lagi sehingga mengalir air mata akibat menahan kesakitan. Perlahan aku bangun lalu mencari pain killer. Ini saja yang dapat aku lakukan. Akhirnya ketika dalam keadaan khayal akibat terlalu mengantuk aku terasa seseorang mengusap kakiku. Tatkala tersedar aku melihat isteriku tertidur dihujung kakiku sambil memegang kakiku. Subhanallah. Allah jua yang mengetahui akan hati hambanya. Bayangan Siti Aishah dan Rosnah bersilih ganti dihujung kaki aku.

" kesian Nah tengok abang tak tahan sakit. Nah hanya boleh gosok kaki abang saja. Nah tak tau nak buat apa ". kata-kata isteriku Rosnah membuat aku mengalir airmata . Rupanya Allah mendengar rintihanku. " Terima kasih Nah. Itu pun sudah memadai buat abang ". Sambil mencium tangannya itulah yang mampu aku lakukan. Bersemangat pagi ini aku ketempat kerja. Isteriku tersenyum melihat aku berjalan begitu laju tanpa tiada tanda-tanda kesakitan. Alhamdulillah sebab aku perlu bekerja dari jama 8 pagi hingga 12 tengahmalam. Kalau sakit lutut bermakna tergendalalah kerjaku.

Dalam kesibukan bekerja, isteriku menaliponku, " Abang tak payah beli makan. Nah pergi hantar nanti ". Kebetulan tempat aku bekerja berdekatan rumahku jadi senang kalau ada apa-apa isteriku boleh datang. Akhirnya dia beli nasi goreng ikan masin dan telur dadar iaitu favourite aku. Hujan lebat pula ketika itu maka berseleralah aku makan. Jam 2 petang aku menerima panggilan dari anak lelaki aku pula . " Ayah adik nak balik Tanjung Malim. Nanti adik singgah tempat kerja ayah hantar nasi ". Anak lelaki aku yang sedang menuntut di Politeknik Tanjung Malim dalam diploma elektronik. Dibawanya sebungkus nasi bersama nescafe ais. Habis juga aku bedal. Tak makan nanti jauh hati anak-anak pula.

Jam 6.30 petang pula anak gadisku talipon. " Ayah kakak baru balik dari Sungai petani. Kakak singgah tempat kerja ayah hantar satay ". Anak gadisku yang masih membuat praktikal dalam diploma makmal perubatan di Sungai petani. Syukur ya Allah. Kau beri rezeki yang melimpah ruah kepadaku hari ini. Anak gadisku ke kolejnya untuk mengambil keputusan diplomanya. walaupun bukan terbaik tapi aku beritahunya agar bersyukur apa yang kita dapat. " Kakak masa kita gembira bersama mak. Kita bersyukur kepada Allah. Bila mak sudah tiada, kita perlu juga bersyukur dan menerima segala dugaan ini. Kini kakak mendapat result walaupn tidak menepati target bersyukurlah dengan apa yang Allah beri. Tentu ada hikmahnya disebalik itu ". Aku juga perlu bersyukur dengan apa yang Allah anugerah kepadaku. Ya Allah janganlah engkau jadikan aku dan anak-anak dikalangan mereka yang tidak tahu mensyukuri akan nikmatmu.

Saturday, November 06, 2010

Tidak Mustahil Boleh Berlaku

Anak kepada isteriku baru pulang dari KL sempena cuti deepavali. Beliau menceritakan banyak berlaku kejadian aneh semasa berada didalam asrama. kadang-kadang kelihatan makhluk halus sedang mengekori seseorang masuk kedalam tandas. Yang anehnya kebanyakan mereka membawa naskah yasin bukan untuk dibaca. Buku yasin diletak dibawah bantal atau dipegang bila berjalan kemana-mana. Didalam asrama hanya dia saja yang bersolat. Bila waktu malam mereka terjerit-jerit menari diatas katil.

Aku berkata kepada isteriku tidak mustahil suatu hari mereka semua akan terkena histeria memandangkan cara mereka disana. Akhirnya aku memberi tips kepada anak kami bagaimana nak handle jikalau berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Aku menyuruhnya membaca Al-mathurat sehingga ke 3 qul sebelum tidur lalu dihembus bermula dari bawah kaki dan atas kepala kemudian kekanan dan kekiri dan barulah tidur. Insyaallah yang lain kita serah kepada Allah. Aku juga berpesan andaikata berlaku histeria jangan dipandang terus mereka yang terkena. Pejamkan mata sambil istighfar dan baca ayatul qursi dan 3 qul dan buka mata perlahan. Takut bila kita pandang terus akan terlihat benda itu dan kita turut sama menjerit.

Akhirnya aku membekalkan kayu yang aku guna untuk berubat kepadanya. Jika sesiapa yang terkena histeria rendamkan kayu ini kedalam mangkuk yang berisi air. baca Al-fatihah, ayatul qursi dan 3 qul. kemudian sapu dimuka mereka yang terkena histeria. Aku katakan kepadanya jangan terlalu bergantung kepada kayu. Dia tidak ada apa. Cuma dia menjadi alat sahaja. Takut kalau kita meletakkan kayu melebihi tuhan akan berlaku syirik pula. Aku memberinya kayu itu sebab aku telah menggunakannya terhadap arwah isteriku. Makhluk halus sudah lama menumpang didalam badannya. Entah macam mana seperti ada yang menggerakkan aku membaca ayat-ayat tersebut lalu aku letakkan didahi arwah isteriku. Akhirnya baru dizahirkan benda yang sebenar.

Aku juga pernah bersama arwah sepupu sewaktu mengubat. Kayu itu bila diletakkan dikaki pesakit maka meraunglah meminta tolong. Ramai dari sanak saudara yang tahu aku masih lagi menyimpan kayu tersebut memujuk untuk diberikan kepada mereka. Sudah 20 tahun lebih kayu itu bersama aku. Pernah suatu ketika kayu itu ditutupi oleh busut anai-anai. Akhirnya aku temui jua kayu itu dan yang mengkagumkan ia tidak dimakan oleh anai-anai walaupun anai-anai penuh didalam busut. Berkali-kali aku berpesan kepada anak kami yang kayu itu hanya sebagai alat saja. Hanya kepada Allah saja kita meminta perlindungan.

Friday, November 05, 2010

Bidadari syurga....

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari
bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia
(isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya
sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu
pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai
salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi
juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi
cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu
lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah
maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang
wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah
dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah
ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya,
ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di
dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia
ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas
mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai
permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda
cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang
kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu
berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-
galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia
shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi
di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi
telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka
kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW
dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi... dalam
menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam
sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar
cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga.... subhanallah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...