Aku menerima sekeping gambar dari seorang sahabat. Aku tak dapat berkata-kata apa lagi bila menatap gambar ini. Hanya perkataan subhanallah yang terkeluar dari mulutku. Apa tidaknya didalam gambar ada kedua-dua isteriku. Gambar ini dirakam sekitar tahun 2006 sewaktu aku dan isteri serta sahabat-sahabat lain dari NGO Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) telah mengadakan program sumbangan untuk ibu-ibu tunggal menjelang hari raya aidil Fitri. Dalam senarai peserta sumbangan nama isteriku Rosnah telah dimasukkan.
Tersenyum isteriku Rosnah ketika itu sewaktu bersalaman dengan arwah isteriku Siti Aishah. Kini siapa sangka Rosnah telah mengambil tugasan sebagai isteriku setelah ketiadaan Siti Aishah. Itu semua merupakan perancangan Allah. Pada masa itu tidak terlintas langsung dibenak hatiku ingin memperisterikan Rosnah. Biarlah Siti Aishah bersamaku sehingga di penghujung nyawa. Tapi kita sebagai manusia hanya layak berdoa dan penentunya ialah Allah. Pada 18 Disember 2010 merupakan tarikh keramat yang aku serta anak-anak tidak dapat melupakan. 18 Disember Siti Aishah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Kini hanya kenangan indah masih terpahat didada ini betapa rindunya aku terhadap seorang wanita yang bergelar isteri bernama Siti Aishah. Semoga kita dapat bertemu diakhirat nanti. Al - Fatihah.....
6 comments:
asmkm en. diman...
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...jodoh pertemuan ditangan Allah jua...lelaki yang baik selalunya ditemukan dgn wanita2 yg baik2 juga..itulah tanda kasih sayang Allah kpd hamba2NYA.
Zai sendiri tak dapat bayangkan hidup tanpa suami zai skrg..kalaupun ada pepatah berkata patah tumbuh hilang berganti tapi pastinya yg tumbuh takkan sama dgn yg hilang kan ???
Zai..Semoga kebahgiaan ini berkekalan hendaknya walaupun tak sama bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain janji bertakwa kepada Allah.
Dalam lipatan silam ada sebuah kenangan. Tiada diminta tetapi telah menerima. Tiada diberi tetapi telah memberi. Yang pergi pasti diekori dan esok, lusa tiada diketahui. Maka sentiasa redha suka dan duka. Semuanya milikNya jua.
Al Fatihah.
hrusli61..Tewrima kasih diatas ingatan ini.
Salam en diman...
Perancangan Allah lebih baik dari apa yang kita harapkan....
Tentunya arwah isteri cik diman bahagia bila mengetahui suaminya kini dijaga dengan baik...setiap isteri itu walau berbeza ...tapi pasti punya keistimewaan tersendirikan....
Begitulah Maha suci Allah yang kasih akan hambanya.....
shami2..Saya setuju apa yang dikatakan oleh shami. Terima kasih
Post a Comment