Sudah beberapa hari aku mengalami sakit kepala. Sahlah rambut dah panjang. Semenjak dari kecil hinggalah dewasa, tidak pernah aku menyimpan rambut panjang. Kalau panjang maka sakit kepala dibuatnya. Pernah aku buat gila, aku suruh tukang gunting rambut potong sampai nampak kepala ala shaolin temple. Apalagi marah arwah isteriku bila melihat kepala aku yang shining. tapi bila kena air terasa begitu nyaman kepala. Idea ketika itu datang mencurah-curah. Lirik-lirik lagu serta ciptaan lagu begitu mudah dicipta. Itu dulu. Kini entah kenapa mood untuk mencipta lagu nasyid seperti hilang terus dariku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa. Aku terus memecut motosikal untuk menggunting rambut. Tukang gunting pula tak boleh lihat aku. Maka bermula topik politik. " Abang malam ni Anwar datang ka bang ". Aku mengiakan saja pertanyaannya. " Petang ni Tian Chua ka ". Aku hanya diam membisu. " Bang kita di sini nak buka cawangan Keadilan. Kami sudah dapat orangnya ". Begitu bersemangat sambil gunting sambil bersembang.
Tiba-tiba pintu kedai dibuka. Langkah masuk seorang lelaki sambil tangannya dipimpin oleh anaknya. Aku hanya memerhati saja mereka. Sambil leka dengan tukang gunting, aku di tegur oleh lelaki tersebut yang dipimpin oleh anaknya. " Ini Ariff Budiman ka ". Suaranya berkulum mengatur ayat. Aku hanya tersenyum serta mengiakan saja. " Hang tak kenai aku ka. Ini Lan masa sekolah rendah dan menengah kita tak pernah berpisah ". Ya Allah aku tersentak bila menyedari bahawa dia merupakan rakan kelasku semenjak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Masa sekolah menengah kalau sukan aku merupakan pelari jarak dekat iaitu 100m , 200m dan 4 x 100m manakala rakanku merupakan pelari jarak jauh iaitu 400m dan 800m.
" Sorry Lan aku tak kenai hang tadi. Hang tak sihat ka ". Aku sengaja bertanya walaupun dari pertuturan dan jalannya aku sudah mengagak yang dia mungkin diserang stroke. " Aku kena stroke Ariff. Semua disebabkan aku suka makan nasi kandar. Pagi nasi kandar dan teh tarik. Petang pun sama dan malam kadang-kadang bila berjumpa kawan kalau tak nasi kandar sudah pasti roti canai ". Aku memberi tumpuan sepenuhnya pada rakanku ini. " Kadang-kadang jam 2 pagi bila teringat nak makan nasi kandar terus aku pergi berseorangan. Akhirnya Ariff pada jam 4 pagi aku terus diserang stroke. Nasib baik ada isteri dan anak-anak dirumah. Ni kira boleh jalan sikit sebab dah mengurut ". Takut juga aku mendengar tentang penyakit segera dizaman ini.
Aku begitu terkesan bila melihat rakanku dan mendengar ceritanya. kini sudah 3 hari aku tidak menyentuh nasi. Pagi, tengahari serta malam aku hanya makan roti gandum cicah dengan kuah kari. Akibat rajin juga aku berjoging, dalam masa 3 hari saja sudah turun 1 kilo. isteriku pun sudah mengikut cara makan aku. Entah betul entah tidak cara pemakanan aku. Dia sudahlah kurus maka akan bertambah kuruslah lagi dia. " Nah macam ni pun sudah cantik. Tak gemuk dan kurus. kalau lagi kurus akibatnya abang tak pergi kerjalah '. Tersenyum dia menerima usikan dari aku. " Dah tua cantik apa " Kata isteriku. " Aishh...tua cara tua cantiknya. Muda cara muda cantiknya. Tapi Nah tak makan tua la. Masih lagi bergetah ". Pujiku. " Ala..bang tok sah pujilah. Nah tak makan dengan pujian ". Aku tertawa dengan kata-katanya. Memang seronok kalau aku dapat menyakat isteriku. Terhibur bangat. kepada pembaca yang baik hati. Tolong berikan tips-tip cara pemakanan yang baik. Boleh tak.
6 comments:
Man
1. Baca Bismillah
2. Iringi doa.
3. Guna tangan kanan.
4. Ambil yang dekat dengan kita
5. Berhenti sebelum kenyang.
Tapi hang jangan tengok size bandan aku. Tak boleh buat contoh :-)
ibu_suri juga di serang stroke ketika bangun tidur waktu pagi di hospital. betul kata DD, makan pagi adalah paling mustahak.
jangan mis!
hrusli61..Terima kasih. Tak banding aih badan cikgu cuma dok bayang saja
Insan Marhein...Benar. makan pagi adalah amat mustahak tapi janganlah terlampau juga no.
Salam ...,
Jangan asyik duk makan gandum je..sekali - sekala minum susu makan oat buat sarapan.
Makan buah dan banyak kan minum air masak.
kak wan..terima kasih. satu tip yang baik. insyaallah akan amalkan
Post a Comment